Pemilihan & Penyimpanan Makanan Segar

Post on 09-Apr-2016

129 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

TOPIK ERT TINGKATAN 4

Transcript

MAKANAN SEGAR

PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN menyatakan maksud makanan segar dengan tepat

menerangkan klasifikasi makanan segar dan memberikan 2 contoh bagi setiap klasifikasi makanan segar tersebut

menerangkan ciri-ciri pemilihan makanan yang sesuai bagi makanan segar

menyatakan cara menyimpan yang sesuai bagi makanan segar mengikut jenis makanan

PENDAH

ULUAN

Makanan

Makanan segar

Makanan kering

Sayur-sayuran Ikan Daging

Bijirin Hasil bijirin Kekacang Rempah Sayuran kering Ikan & Karangan laut

Ikan

Makanan segar

Daging

Sayur-sayuran

Makanan yang belum diproses atau dimasak

Ikan isi putih Ikan berminyak Karangan laut

Daging putih Daging merah Ofal

Berdaun Bunga Batang / pucuk Buah

Biji Bebawang Kacang Akar

KLASIFIKASI

Bahagian tumbuhan yang boleh dimakan

Protein yang sesuai dimakan Sumber berprotein tinggi

1. Sayur jenis berdaun

Contoh : kangkung, sawi, bayam, kailan, kubis, ulam raja, daun salad

Ciri pemilihan :

hijau segar dan cerah batang dan daun rangup tidak layu / berlendir bersih

Cara simpan: tidak perlu dicuci simpan dalam beg polisterena yang berlubang simpan di ruang khas sayuran simpan pada suhu 7 – 10°C

Sayur jenis berdaun

2. Sayur jenis bunga

Contoh : kubis bunga, brokoli, bunga kantan, jantung pisang

Sayur jenis bunga

Ciri pemilihan :

merah atau hijau segar dan cerah tidak lembik berbau segar tiada kesan kekuningan / lebam

Cara simpan:

bungkus dalam beg polisterena yang berlubang / beg kertas simpan di ruang khas sayuran dalam peti sejuk

3. Sayur jenis batang / pucuk

Contoh : asparagus, pucuk paku, rebung, taugeh, batang keladi, pucuk ubi

Ciri pemilihan : warna segar dan muda rangup dan keras bentuk elok tidak berlendir / layu tidak bertukar warna perang

Cara simpan : simpan dalam beg polisterena yang berlubang simpan di ruang khas sayuran

Sayur jenis batang / pucuk

4. Sayur jenis buah

Contoh : terung, cili, tomato, bendi, peria, labu, timun, bendi, petola

Ciri pemilihan : hijau batang dan daun rangup tidak layu / berlendir bersih

Cara simpan: tidak perlu dicuci simpan dalam beg polisterena yang berlubang simpan di ruang khas sayuran simpan pada suhu 7 – 10°C

Sayur jenis buah

5. Sayur jenis biji

Contoh : petai, jering, kerdas

Ciri pemilihan : kelihatan muda dan segar rangup tidak kecut

Cara simpan: simpan dalam peti sejuk (kacang pea) simpan dalam beg polisterena atau bekas kedap udara (contoh : petai)

Sayur jenis biji

6. Sayur jenis bebawang

Contoh : bawang besar, bawang merah, bawang putih

Ciri pemilihan : kulit luar berkilat tidak lembap tidak berlendir tidak bertunas pejal

Cara simpan: simpan dalam bakul pada suhu bilik simpan di tempat kering dan gelap buang bawang yang telah busuk jangan campur bawang baru dengan bawang lama

Sayur jenis biji

7. Sayur jenis kekacang

Contoh : kacang panjang, kacang sepat, kacang buncis, kacang kelisa / botor

Ciri pemilihan : segar rangup tidak patah muda saiz sederhana

Cara simpan: simpan dalam beg politena yang berlubang simpan di ruangan khas sayuran dalam peti sejuk

Sayur jenis kekacang

8. Sayur jenis akar / ubi

Contoh : akar teratai, lobak merah / putih, sengkuang, ubi keledek, kentang

Ciri pemilihan : tidak disekaputi tanah tidak bertunas tidak kecut saiz sederhana tiada tanda lebam keras / pejal

Cara simpan: simpan di rak yang ada pengudaraan yang baik, sejuk, gelap dan kering jauhkan daripada makanan yang berbau kuat

Sayur jenis akar / ubi

1. Ikan Isi Putih

Contoh : senangin, kekek, bawal putih, parang, selar, merah, tilapia

Ciri-ciri: isi putih, lemak tersimpan di hati

Ciri pemilihan : bau segar / hanyir mata menonjol & bersinar isi pejal badan licin dan berlendir sisik melekat dan berkilat insang merah cerah

Cara simpan: siang ikan dan cuci bersih simpan dalam peti sejuk beku pada 0 ºC bungkus dengan beg politena, plastik kedap udara / kertas

Ikan Isi Putih

2. Ikan Berminyak

Contoh : tongkol, kembung, terubuk, sembilang, selar, cencaru tenggiri

Ciri-ciri: isi gelap, lemak di seluruh isi

Ciri pemilihan : bau segar / hanyir mata menonjol & bersinar isi pejal badan licin dan berlendir sisik melekat dan berkilat insang merah cerah

Cara simpan: siang ikan dan cuci bersih simpan dalam peti sejuk beku pada 0 ºC bungkus dengan beg politena, plastik kedap udara / kertas

Ikan Berminyak

3. Karangan laut

Contoh : i) krustacea : ketam, kerang ii) moluska : kerang, sotong, kupang, lala, siput, tiram

Ciri-ciri: lembut dan dilitupi cengkerang, isi lebih kasar dari ikan

Ciri pemilihan : berbau segar / tidak busuk bentuk elok tiada bahagian tertanggal tiada perubahan warna dan kulit masih melekat pada badan(udang)

Cara simpan: bersihkan simpan dalam peti sejuk beku dengan serta-merta simpan dalam bekas bertutup kain lembap dalam peti sejuk

Karangan laut

1. Daging putih

Ciri-ciri: isi lembut, warna putih, kurang berlemak, otot pendekContoh : daging ayam, arnab, kambing muda, lembu muda

Ciri pemilihan :

berbau segar isi kelihatan lembut & lembap tetapi tidak basah isi pejal warna isi merah, lemak putih/ sedikit kekuningan tidak telalu banyak lemak

Daging putih

Cara simpan:

dalam keadaan kering sebelum dibungkus dibungkus dan disimpan dalam peti sejuk bahagikan dalam kuantiti secukupnya bagi setiap bungkusan labelkan bungkusan

2. Daging merah

Ciri-ciri: isi liat kerana ada tisu perantara yang lebih, warna lebih gelap / kemerahan, otot lebih panjang

Contoh : daging lembu, kambing, rusa, kerbau, itik, burung unta, burung puyuh

Ciri pemilihan : isi yang tidak banyak mengandungi lemak isi pejal dan lembap tetapi tidak berair pilihan bergantung pada kaedah memasak (daging lembut untuk kaedah memasak haba kering)

Cara simpan:

bahagikan kepada beberapa bahagian sebelum disimpan dalam peti sejuk beku simpan dalam peti sejuk pek dengan baik

Daging merah

3. Ofal

Ciri-ciri : kaya dengan nutrien, kandungan kolesterol tinggi

Contoh : ginjal, jantung, peparu, lidah, usus, otak, hati, ekor

Ciri pemilihan : Berbau segar Pejal Bentuk elok Tidak kecut atau kering

Cara simpan:

perlu dimakan dalam masa 24 jam selepas dibeli mesti disimpan dalam peti sejuk beku dengan serta-merta

Ofal

Kebaikan dan kelemahan makanan segar

Kebaikan Kelemahan

- boleh dimakan mentah- rasa manis semulajadi

- mengandungi pelbagai tekstur

- warna yang pelbagai dan menarik

- tidak boleh disimpan lama

- perlu dibersihkan dan di tus kering sebelum disimpan

- kandungan vitamin hilang jika disimpan lama

- sayur mudah layu dan

kecut

RUMUSAN

top related