NFOAR lwn HBY Undang-Undang Keluarga Islam Defendan … 2019/NFOAR LWN HBY.pdf[2] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 11 November 2011 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan,
Post on 15-Jan-2020
44 Views
Preview:
Transcript
1
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
NFOAR
lwn.
HBY
[Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang di Selangor. Kes Mal Bil.: 10006-014-0824-2018
(Muhamad Nazri bin Hj. Basrawi, HMRS)]
[25 Ramadhan 1440H bersamaan 30 Mei 2019]
Undang-Undang Keluarga Islam - Tuntutan Fasakh – Defendan tidak memperuntukkan atau
cuai menyediakan nafkah melebihi 3 bulan – lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan
Plaintif menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya - Defendan melupuskan harta Plaintif –
sama ada wajar dibenarkan - Seksyen 53 (1) (b), (h) (ii), (iv) dan (vi) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Undang-Undang Tatacara Mal – Perbicaraan tanpa kehadiran Defendan - seksyen 121 (1)
(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003).
Fakta Kes
[1] Kes ini adalah satu Tuntutan Fasakh yang telah didaftarkan pada 07 Disember 2018 oleh
Plaintif yang diwakili Peguam syarienya Irsamuddin bin Ikhsan dari Tetuan Irsamuddin
Fitri & Associates manakala Defendan tidak diwakili mana-mana peguam syarie.
[2] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada 11 November 2011 di Pejabat Agama Islam
Daerah Kuantan, Pahang. Pada 14 Disember 2011 Plaintif telah memfailkan dan menuntut
perceraian secara fasakh kepada Mahkamah di bawah Seksyen 53 (1) (b), (h) (i), (ii), (iv)
2
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 berdasarkan alasan-
alasan berikut:-
[i] Suami telah cuai dan tidak mengadakan peruntukkan nafkah untuk Plaintif bagi
tempoh melebihi 3 bulan iaitu sejak Mac 2018 sehingga kini;
[ii] Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan
aniaya;
[iii]Suami melupuskan harta isteri;
[3] Perbicaraan kes ini telah dilaksanakan secara sebelah pihak sebagaimana kehendak
Seksyen 121 (1) (b) setelah Mahkamah berpuas hati dengan bukti penyampaian Saman
dan Penyata Tuntutan kepada Defendan secara ganti sebagaimana afidavit yang telah
diangkat sumpah oleh Irsamuddin bin Ikhsan bahawa satu iklan telah disiarkan dalam
Utusan Malaysia bertarikh 22 Januari 2019.
[4] Mahkamah telah menetapkan perbicaraan dengan keterangan utama Plaintif pada 11 April
2019 secara penyata keterangan bertulis. Keterangan saksi Plaintif ditetapkan pada 7 Mei
2019 dan Mahkamah menetapkan pada 13 Mei 2019 untuk Peguam Plaintif memfailkan
Hujjah dan Keputusan ditetapkan pada 30 Mei 2019.
Diputuskan
Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuashati dengan
dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz sumpah al-Istizhar oleh Plaintif, maka
mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:-
1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi 3 bulan sejak Mac 2019 sehingga kes ini
didaftarkan pada 07 Disember 2018.
3
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
2) Mahkamah menolak dakwaan Plaintif bahawa Defendan hidup berperangai keji mengikut
pandangan hukum syarak;
3) Mahkamah mensabitkan bahawa Defendan melupuskan harta Plaintif dan menafikan
Plaintif dari menggunakan hak-haknya disisi undang-undang terhadap harta tersebut;
4) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara NFOAR
dengan HBY mulai 30 Mei 2019.
5) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.
6) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
dan Sijil Nikah Negeri Pahang No. KTN/2163/2011 hendaklah dikembalikan dan
dibatalkan.
Peguam Syarie
Plaintif : diwakili oleh En.Irsamuddin bin Ikhsan dari Tetuan Irsamuddin Fitri &
Associatess.
Defendan : tidak diwakili
Surah Al-Quran yang dirujuk
1. Surah Al-Baqarah: ayat 187, 282 dan 233
2. Surah Al-Maidah: ayat 106
3. Surah Al-Nisa’: ayat 3, 34 dan 129
4. Surah Al-Talaq: ayat 7
5. Surah Ar-Rum: ayat 21
4
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Kitab-kitab yang dirujuk
1. Sheikh Al Bakri Muhammad Syatha. I’anat al-Talibin. Juzuk 4. Beirut: Dar Ihya’ al-
Kutub al-Arabiyah
2. Izzuddin Abdul Aziz ibn Abdus Salam. Qawaid al-Fiqhiyyah. Beirut: Dar Ihya’ al-Kutub
al-Arabiyah.
3. Sheikh Dr. Mustafa Al Bugha. 2011. Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie. Jilid 4.
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
4. Dr. Yusof Al Qaradhawi. Kitab Halal dan Haram dalam Islam.
5. Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah (HAMKA). 1981. Tafsir al-Azhar. Juzuk 4.
6. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya Ibn Syaraf Al Nawawi Al Damsyqi. Raudh al-
Thalib. Juzuk 3. Damsyiq: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyah.
Undang-undang yang dirujuk
1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 53
2. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 72 - 76
3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 121 (1) (b) dan
(2)
Kes-kes yang dirujuk
1. Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin Arshad, (1994) 9 bhg 1 JH 16
2. Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor
3. Hasmah lwn Borhan al-Din, (1988) 1 JH 118
4. Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman bin Hj. Musa, JH 1995 jld. X.Bhg.I
5. Roslani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli, JH 6/2
5
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Penghakiman Tuan Muhamad Nazri Basrawi, HMRS
[5] Mahkamah berpuas hati bahawa penyampaian saman kepada Defendan telah sempurna
penyampaiannya melalui iklan di akhbar tempatan seperti mana kehendak Seksyen 48
(2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Dengan ini,
Mahkamah membenarkan kes ini diteruskan dan diputuskan sebagaimana kehendak
Seksyen 121(1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 yang memperuntukkan;
(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran-
(a) .....
(b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada
bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan
itu tanpa kehadirannya; atau
(c) .....
Bidangkuasa Mahkamah
[6] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 11 November 2011 dengan bilangan daftar
nikah KTN/2163/2011 di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, Negeri Pahang Darul
Makmur. Mengenai pemastautinan, Plaintif telah memenuhi syarat yang diberikan di
bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Seksyen 2
EUUKIS 2003 memperuntukkan “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada
kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Berdasarkan Penyata Tuntutan
Plaintif, Mahkamah berpuashati Plaintif pada masa ini tinggal di alamat No. 27, Jalan
Warisan Bestari 2, Taman Warisan Bestari, 43800 Dengkil, Selangor.
[7] Kuasa Mahkamah untuk membicarakan kes ini mengikut Seksyen 4 Enakmen Undang –
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan bahawa:
6
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,
Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri
Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri
Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.”
[8] Manakala Seksyen 45 Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa:
“Mahkamah boleh membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah
mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan
talaq jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada
masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.”
[9] Di dalam kes Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin Arshad, (1994) 9
bhg 1J.H 16 Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan
mastautin seperti yang terdapat dalam Seksyen 2 enakmen tersebut hanya mensyaratkan
seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu
kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.
Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa:
“Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidang kuasa Mal,
mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang
Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam
mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi
seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang
(tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian).”
7
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[10] Dalam kes ini, Mahkamah berpuashati dengan pemastautinan salah satu pihak iaitu
Plaintif adalah dalam daerah Sepang, Negeri Selangor. Hal ini dibuktikan melalui
akuan pengesahan pemastautinan Plaintif yang mana perkara ini tidak dipertikaikan
oleh pihak-pihak. Oleh itu, Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar
dan memutuskan kes ini.
Kesaksian
[11] Mahkamah dalam kes ini telah menetapkan keterangan diberikan secara Afidavit
Keterangan Bertulis. Plaintif telah mengesahkan Afidavit Keterangannya dan diterima
sebagai keterangan dalam Mahkamah ini pada 7 Mei 2019, manakala saksi-saksi
Plaintif pula iaitu saksi pertama SP1 Onn Ar-Rashid bin Abdul Rashid (bapa kandung
Plaintif) dan saksi kedua SP2 iaitu Esah @ Azizah binti Awang (ibu kandung Plaintif)
kedua-duanya telah mengesahkan afidavit keterangan bertulis masing-masing dan
diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah ini pada 7 Mei 2019.
[12] Dalam surah al-Baqarah ayat 282:
واستشهدوا شهيدين من رجالكم فإن ل يكون رجلي ف رجل وامرأتن من .…
.…ت رضون
Bermaksud:
“……… bersaksilah oleh kamu dengan dua orang saksi daripada
lelaki kamu, maka jika sekiranya kamu tidak mendapati dua orang
lelaki, bersaksilah dengan seorang lelaki bersama dua orang
perempuan yang engkau redhai……….”
8
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[13] Di dalam surah al-Maidah ayat 106:
تم ل نشتي به ثنا ولو كان ذا حتبسون هم ..… لة ف ي قسمان بلل إن ارت ب ا من ب عد الص
ق رب ول نكتم شهادة الل إن إذا لمن الثي
Bermaksud:
(kalau kamu meragui kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu
tahan mereka sesudah selesai solat, kemudian mereka disuruh
bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: “(demi Allah) kami
tidak akan menjual sumpah kami dengan harga yang sedikit (untuk
mendapat sesuatu yang berbentuk duniawi) walaupun orang itu
daripada kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keteranagn
yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan
oleh) Allah. (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami
dengan itu termasuk dalam golongan orang yang berdosa.”
[14] Di bawah Seksyen 86 (4) EKMS 2003 memperuntukkan bahawa:
“Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk
membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam
pengetahuan seorang perempuan.”
[15] Di bawah Seksyen 121 (2) ETMMS 2003 memperuntukkan bahawa:
“Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman
mengenai tuntutan Plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan
balas Defendan di bawah perenggan (1) (c), mengarahkan Plaintif
9
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
atau Defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat
sumpah istizhar.”
[16] Di bawah Seksyen 129 EKMS 2003 memperuntukkan bahawa:
“Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan
saksi di bawah Bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak
kepada prosiding itu membuat permohonan kepada Hakim supaya
saksi itu mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan
keterangannya, Hakim hendaklah memerintahkan saksi itu
mengangkat sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi
itu bahawa jika dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh
diterima.”
[17] Di dalam kes Hasmah lwn Borhan al-Din (1988) 1 JH 118, Plaintif telah menuntut
cerai taklik.Yang kena dakwa tidak hadir perbicaraan. Plaintif telah membawa dua
saksi. Mahkamah meminta kedua-dua saksi untuk bersumpah dan ditambah lagi
dengan sumpah istizhar plaintif. Mahkamah mensabit telah jatuh talak khuluk.
[18] Di dalam kes ini, bilangan saksi ialah seorang lelaki dan seorang perempuan disokong
sumpah daripada Plaintif.
Keharusan Tuntutan Fasakh
[19] Mahkamah merujuk kepada pendapat-pendapat ulama muktabar berkaitan keharusan
permohonan isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya di
dalam kitab I’anat al-Talibin, Juzuk 4, Mukasurat 100 membincangkan perkara ini
seperti berikut:-
10
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
ح : وشرع دفع لضرر املرأة جيوز ) لزوجة مكلفة ( أي بلغة عاقلة فرع يف فسخ النكا
ل لويل غري مكلفة ) فسخ نكاح من ( أي زوج )أعسر( مال وكسب لئقا به حلل
) أبقل نفقة ( جتب وهو مد ) أو ( أقل ) كسوة ( جتب كقميص ومخار وحبة شتاء ،
قاء النفس بدوهنما فل فسخ خبلف حنو سراويل ونعل وفرش وخمدة واألواين لعدم ب
بإلعسار بألدم وإن ل يسغ القوت ول بنفقة اخلادم ول بلعجز عن النفقة املاضية
كنفقة األمس وما قبله لتنزيلها منزلة دين آخر ) او ( اعسر ) مبسكن ( وإن ل يعتادوه
)أو( أعسر ) مبهر ( واجب حال ل تقبض منه شيئا حال كون اإلعسار به ) قبل
وطء (
Bermaksud:
“Cabang pada membicarakan fasakh nikah: fasakh disyariatkan untuk
menolak darar di pihak perempuan. Harus bagi sesearang isteri yang
mukallaf tetapi tidak harus bagi wali kepada seseorang isteri yang
tidak mukallaf memfasakhkan nikah daripada suami yang papa (iksar)
sama ada papa dari segi harta atau tidak mempunyai pekerjaan yang
boleh menghasilkan harta yang halal dengan nafkah wajib yang
paling sedikit iaitu secupak atau pakaian yang paling sedikit seperti
baju kurung, tudung kepala dan baju sejuk; berbeza dengan pakaian
lain seperti seluar, kasut, hamparan seperti tikar, bantal, tilam dan
seumpamanya dan peralatan-peralatan kerana ketidakboleh
berterusan hidup tanpa kedua-duanya (nafkah dan pakaian yang
11
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
paling sedikit). Oleh itu tidak boleh fasakh dengan sebab kepapaan
dari memberi nafkah lauk-pauk sekalipun makanan ataupun pakaian
yang sedikit itu tidak memberikan tenaga dan kekuatan dan tidak
boleh juga atas sebab ketidakmampuan menanggung nafkah orang
gaji dan ketidakmampuan membayar nafkah kebelakangan seperti
nafkah kelmarin kerana kedudukan nafkah kebelakangan adalah sama
dengan hutang-hutang yang lain (yang tidak boleh menjadi alasan
untuk fasakh bilamana suami tidak mampu membayar hutang-hutang
tersebut ) atau papa untuk menyediakan tempat tinggal sekalipun
tempat tinggal yang menjadi kebiasaan pada adat ataupun papa dari
membayar mahar yang wajib dibayar dengan segera.
[20] Seterusnya merujuk kepada pendapat yang diutarakan oleh Profesor Madya Tuan Haji
Mohd Salleh Bin Haji Ahmad di dalam bukunya yang bertajuk Qawaid al-Fiqhiyyah
di halaman 592, beliau telah memberikan contoh-contoh hukum yang termasuk di
bawah kaedah ini antaranya “suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila
isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri akan diambil
kira kerana pada asalnya kedua-dua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan
tidak ditunaikan”. Ini selaras dengan apa yang disebut dalam kitab Ianat al-Talibin,
juzuk 4, halaman 71 yang menyebut:
أي وتصدق هي فيما لو اتفقا على التمكي ))شوز واإلنفاقوهي يف عدم الن((
وادعى هو نشوزها بعده وهي عدمه أو ادعى هو اإلنفاق عليها وادعت هي عدمه،
وذلك ألن األصل عدم النشوز وعدم اإلنفاق
12
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:
“Diterima dakwaan isteri di dalam situasi kedua-dua suami isteri
tinggal bersama dan suami mendakwa isterinya itu nusyuz dan isteri
pula mendakwa sebaliknya atau suami mendakwa ia memberi nafkah
tetapi dinafikan oleh isteri kerana pada asalnya isteri tidak nusyuz dan
pada asalnya nafkah tidak diberi.”
[21] Menurut tafsiran dalam Seksyen 2 EUUKIS 2003, memperuntukkan bahawa fasakh
bermaksud:-
“Pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang
diharuskan oleh Hukum Syarak mengikut Seksyen 53”.
[22] Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 53 Enakmen undang-Undang Keluarga
Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan:
53. (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang
berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau
untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang
berikut, iaitu-
a- bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah
tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
b- bahawa suami telah cuai dan telah tidak mengadakan
peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan;
c- bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama
tempoh tiga (3) tahun atau lebih;
13
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
d- bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa
sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah
batin) selama tempoh satu tahun;
e- bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan
masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa
perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
f- bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun
atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau
sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;
g- bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbinya
sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu
sebelum umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi
oleh suaminya itu;
h- Bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya
iaitu, antara lain-
(i)- lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
(ii)- berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki
jahat atau hidup berperangai keji mengikut
pandangan hukum syarak;
(iii)- cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
(iv)- melupuskan harta isteri atau suami atau melarang
isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya
di sisi undang-undang terhadap harta itu;
(v)- menghalang isteri atau suami dari menunai atau
menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;
14
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
(vi)- jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang,
dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil
mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
i- bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih
belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan
menyetubuhinya;
j- bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya
tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui
Hukum Syarak;
k- bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah
seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau
berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord.
31/52] dan sakit otak adalah dari jenis atau setakat
menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
l- apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah
Hukum Syarak.
(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak
adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran
perkahwinan atau fasakh atas alasan isteri atau suami menjadi
tak upaya yang menghalang persetubuhan.
(3) Tiada suatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan
(1) (c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau
isteri telahpun menjalani hukuman satu tahun dari hukuman itu.
(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan
(1) (e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami,
15
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati
Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu
bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan
hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu
perintah boleh dibuat atas alasan itu.
(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan
dalam sub-seksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah
bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka
kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah
bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang
menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa
isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah
tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.
Beban Pembuktian
[23] Di dalam kes Mal, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Plaintif. Ini selari
dengan kaedah:
البينة على املدعى واليمي على من انكر
Bermaksud:
”Bayyinah (Keterangan)bagi orang yang mendakwa dan Sumpah bagi
orang yang menafikan”.(rujuk: Sayid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, Juzuk 3,
hlm. 400).
16
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[24] Ianya selari dengan peruntukan seksyen 72, 73. 74 dan 75 Enakmen Keterangan
Mahkmah Syariah (Negeri Selangor) No 5 Tahun 2003. Plaintif bertanggungjawab
untuk membuktikan segala dakwaan dan alasan-alasan permohonan beliau. Seksyen-
seksyen tersebut memperuntukkan bahawa –
72. Beban mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal
terletak pada pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu
fakta (al Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk
menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta al Mudd’a’alaih).
73. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah
memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi
undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang
ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta,
maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.
74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding
adalah terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada apa-apa
keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.
75. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak
pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang
kewujudan fakta itu.
[25] Sepanjang prosiding kes ini, Defendan telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah
pada setiap tarikh sebutan yang ditetapkan. Justeru itu, beban pembuktian adalah di
pihak Plaintif sepenuhnya.
17
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Fakta Yang Menjadi Isu
[26] Setelah mahkamah meneliti penyataan tuntutan Plaintif dan keterangannya bersama
keterangan saksi-saksinya, Mahkamah berpuashati bahawa terdapat beberapa isu yang
perlu diteliti dan diputuskan oleh Mahkamah, iaitu:
[i] Samada suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan nafkah untuk
Plaintif bagi tempoh melebihi 3 bulan iaitu sejak Mac 2018 sehingga kini;
[ii] Suami hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak;
[iii]Suami melupuskan harta isteri;dan
[iv] Suami berpoligami dan tidak melayani isteri secara adil mengikut kehendak-
kehendak hukum syarak.
Isu pertama: Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan
peruntukan nafkah melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut
[27] Plaintif mendakwa bahawa Defendan merupakan seorang suami yang tidak
bertanggungjawab yang telah cuai dan gagal memberi nafkah yang mencukupi dan
sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga bulan iaitu sejak Mac 2018 sehingga
sekarang.
[28] Plaintif menegaskan bahawa Defendan hanya beberapa kali sahaja ada memberi
nafkah kepada Plaintif tetapi ianya tidak tetap dan tidak mencukupi. Menurut Plaintif,
jumlah keseluruhan pemberian nafkah Defendan sepanjang tempoh perkahwinan
sehingga sekarang adalah tidak melebihi RM 500.00 sahaja sedangkan tempoh
perkahwinan mereka adalah hampir 8 tahun lamanya.
[29] Plaintif di dalam keterangannya menyatakan bahawa, sepanjang tempoh perkahwinan
mereka, Defendan sebagai suami telah gagal untuk menyediakan nafkah yang
18
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
sepatutnya kepada Plaintif melebihi tiga bulan berturut-turut dan hujah ini disokong
dengan keterangan oleh dua orang saksi yang merupakan anak-anak kandung Plaintif
bersama bekas suami yang tinggal bersama Plaintif. Menurut keterangan saksi-saksi
tersebut, Defendan sudah tidak pulang ke rumah Plaintif sejak Mac 2018 dan ini
menjadi bukti bahawa Defendan telah gagal untuk memberikan nafkah kepada Plaintif.
[30] Menurut hukum Syara’, apabila suami tidak memberi nafkah kepada isterinya
sedangkan ia mempunyai harta atau pekerjaan, haruslah bagi isteri menuntut fasakh
kerana memberi nafkah adalah wajib. Sabda Rasulullah S.A.W (Ahmad bin Ali bin
Hajar al-‘Asqalani, Bulugh al-Maram Min Adillati al-Ahkam, Jilid 2, hlm. 117):
بملعروف وكسوهتن رزقهن عليكم وهلن
Bermaksud:
“Dan bagi isteri-isteri itu wajib atas kamu (suami-suami) memberi
nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang baik.”
[31] Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali membenarkan fasakh jika suami gagal memberi
nafkah. Mengikut Mazhab Syafie, sekiranya suami tidak memberi nafkah kerana
kemiskinan dan isteri masih bersabar serta tetap tinggal bersama suami, maka semua
jumlah nafkah yang tidak dijelaskan dikira hutang dan perlu dilangsaikan oleh suami
(Al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Juzuk 3, Dar al-Fikr, hlm. 442-445).
[32] Mazhab Syafie berpendapat tempoh masa suami diberi peluang memberi nafkah
setelah isteri mengadu tidak diberi nafkah ialah tiga hari. Pada hari keempat sekiranya
suami masih gagal memberi nafkah, apabila isteri membuat aduan, maka Hakim boleh
19
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
memerintahkan fasakh (Imam Muhammad Abu Zahrah al-Ahwal al-Syakhsiah,
Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, hlm. 352).
[33] Nabi S.A.W. bersabda:
كفى بملرء إثا أن يضيع من يقوت
Bermaksud:
“Memadailah seseorang itu menanggung dosa, apabila dia
melalaikan orang yang dalam tanggungannya.”
[34] Di dalam kitab Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie karangan Dr. Mustafa Al-
Khin, Dr. Mustafa Al- Bugha dan Dr. Ali Al- Syarbaji, Jilid 3 tahun 2009 di hlm 221
menjelaskan pengertian nafkah:
Menurut bahasa: mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu.
Menurut istilah: semua keperluan asas manusia seperti makanan,
minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Ia dinamakan nafkah
kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan untuk keperluan asas tersebut.
[35] Dalil wajib nafkah suami kepada isteri berdasarkan surah al-Nisa’ ayat 34:
ب عضهم على ب عض ومبا أن فقوا من أمواهلم ..…الرجال ق وامون على النساء مبا فضل الل
20
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian harta mereka…….”
[36] Begitu juga firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233:
وعلى المولود له رزق هن وكسوت هن بلمعروف
Bermaksud:
………. Dan kewajipan ayah (suami) memberikan makanan dan
pakaian dengan cara yang maaruf.
[37] Ayat-ayat Al-Quran diatas jelas menunjukkan bahawa suami adalah orang yang
bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri.
[33] Berdasarkan hadith, daripada Jabir RA katanya:
فاتقوا هللا يف النساء فإنكم اخذمتوهن بمان هللا واستحللتم فروجهن بكلمة هللا ولكم
بوهن ضرب غري مربح عليهن ان ل يوطئن فروشكم احدا تكرهونه. فإن فعلن ذلك فاضر
21
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
وهلن عليكم رذقهن وكسوهتن بملعروف وقد تركت فيكم ما لن تضلوا بعده إن اعتصمتم
به كتاب هللا.
Bermaksud:
“Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum
wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan
bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah.Hak kamu yang
wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan
orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka
melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan.
Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang
sepatutnya kepada mereka.Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara
yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang
dengannya, iaitu kitab Allah.” (riwayat muslim)
[38] Kadar nafkah isteri berdasarkan kedudukan suami, berdasarkan hadith:
عن معاوية القشريي رضى هللا عنه قال: أتيت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم، فقلت:
ما تقول يف نسائنا. قال: أطعموهن ما أتكلون، واكسوهن ما تكتسون، ول تضربوهن،
ول تقبحوهن.
Bermaksud:
“Daripada Mu’awiyah al-Qushayri katanya, “aku menemui Rasulullah
S.A.W. dan bertanya, apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?
22
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Rasulullah menjawab, berilah mereka makan sama seperti yang kamu
makan, berilah mereka pakaian sama seperti yang kamu pakai, jangan
pukul mereka dan jangan hina mereka .”
[39] Berdasarkan hukum fiqh yang disebut dalam kitab Sunan al-Matalib bin Syarki Raudi
al-Matalib ( أسنى المطالب شرح روض المطالب ) karangan Zakariya al-Ansari;
“Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi
nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas perkahwinannya. Dan
bahawa jika ia (isteri) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan
membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk dirinya dengan
perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu
terlepas dari kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia (isteri)
memilih fasakh, maka ia berhak berbuat demikian.”
[40] Hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, Sabda Rasulullah
s.a.w.yang bermaksud:
“Telah bersabda Rasullullah s.a.w berkenaan seorang laki-laki yang
tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan
antara keduanya. ”
[41] Nafkah yang dimaksudkan di sini adalah terdiri daripada nafkah pakaian, minuman dan
makanan. Jelas sekali bahawa adalah menjadi kewajipan seorang suami memberi nafkah
terhadap isterinya. Walaubagaimanapun, bagi nafkah tempat tinggal pula, ianya
hendaklah mengikut kadar kemampuan suami tersebut.
[42] Berkenaan nafkah tempat tinggal, berdasarkan Afidavit Keterangan Plaintif, Defendan
mempunyai perniagaan Cyber Café di Putrajaya dan Terengganu. Plaintif menyatakan
23
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
bahawa Defendan mempunyai pendapatan sebanyak RM 8000.00 sebulan. Hal ini
menunjukkan bahawa Defendan sebenarnya berkemampuan untuk menyediakan nafkah
tempat tinggal kepada Plaintif memandangkan Defendan menjalankan perniagaan
sendiri. Akan tetapi, Defendan telah gagal untuk menyediakan tempat tinggal kepada
Plaintif sejak awal perkahwinan mereka. Keterangan ini disokong dengan keterangan
daripada saksi-saksi Plaintif iaitu anak-anak kandung Plaintif bersama bekas suami yang
tinggal bersama Plaintif sejak perkahwinan kedua Plaintif bersama Defendan. [P24]
Berdasarkan surah al-Talaq ayat 7:
ل يكلف الل ن فسا لي نفق ذو سعة من سعته ومن قدر عليه رزقه ف لي نفق ما آته الل
……إل ما آتها
Bermaksud:
“Hendaklah yang mampu memberikan nafkahnya menurut
kemampuannya. Barang siapa yang sampai (sedikit) rezekinya,
hendaklah dia memberikan nafkah menurut yang diberikan oleh Allah
kepadanya, Allah tidak memberati diri seseorang itu melainkan
sekadar apa yang Allah berikan kepadanya……”
[43] Di dalam kitab Al- Fiqh Al- Manhaji Mazhab Al-Syafie karangan Dr. Mustafa Al-Khin,
Dr. Mustafa Al-Bugha dan Dr. Ali Al-Syarbaji, Jilid 4 tahun 2011 di hlm 386
menjelaskan tambahan kepada nafkah tempat tinggal yang perlu disediakan oleh suami
kepada isterinya adalah berbeza-beza mengikut kadar kemampuan suami tersebut seperti
rumah yang sesuai dengan kemampuan suami yang boleh didiami oleh isterinya,
sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
24
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[44] Di bawah Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003 memperuntukkan bahawa seseorang
perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut
Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu:
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
[45] Di dalam kes Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman bin Hj. Musa, JH 1995 jld. X.Bhg.I
hlm. 86 yang mana menjelaskan nafkah adalah hak dari orang yang mempunyai dan hak
itu harus dipenuhi oleh orang yang berkewajipan membayarnya. Seperti bapa kepada
anaknya atau kepada keluarganya, suami kepada isterinya.
[46] Di dalam kes Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor yang mana dalam
kes ini, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa
berdasarkan qaul Imam Shafie, yang memutuskan bahawa perkahwinan hanya boleh
difasakhkan setelah dibicarakan dan diputuskan oleh Kadi atau Hakim Mahkamah, dan
hak untuk fasakh tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti berikut;
Tiada kuasa memberi belanja makan dan minum.
Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.
Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.
Tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.
[47] Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si
suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah Kadi atau Hakim
itu memberi tempoh tiga hari. Kemudian selepas tiga hari serta malamnya tiada juga
kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang biasa) maka
barulah Kadi atau Hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut.
25
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[48] Di dalam kes Roslani Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli JH 6/2 mukasurat 338 yang
mana Hakim Bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar Bin Ahmad telah
menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan pengertian nafkah tersebut. Menurutnya:
“Nafkah adalah segala yang dibelanjakan kata nafkah hanya
dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga
perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari
suaminya itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk 3) pakaian 4)
kebersihan 5) pakaian 6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam
jika biasa berkhadam. Kesimpulannya adalah wajib suami memberi
nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di
dalam syarah Kitab Raudh al-Thalib Juzuk 3, Bahagian an-Nafkah
muka surat 426.”
[49] Dengan itu, Mahkamah berpuashati dengan hujah-hujah dan otoriti yang dikemukakan
oleh Peguam Plaintif berkaitan Defendan cuai atau telah gagal untuk menyediakan
nafkah kepada Plaintif melebihi tiga bulan berturut-turut sesuai di bawah peruntukkan
Seksyen 53 (1) (b) EUUKIS 2003 iaitu sejak 17 Oktober 2003.
Isu Kedua : Defendan Hidup Berperangai Keji Mengikut Pandangan Hukum Syarak
[50] Plaintif juga mendakwa pada tahun 2018, Defendan telah mempunyai hubungan
dengan perempuan lain dan sering bertukar-tukar pasangan. Defendan pernah
mengaku di hadapan Plaintif bahawa beliau pernah terlanjur dengan seorang
perempuan ketika Defendan bekerja di Batu Kurau Perak.
[51] Keterangan ini disokong bahawa Plaintif pernah memeriksa telefon bimbit milik
Defendan dan menjumpai banyak perbualan di antara Defendan dengan perempuan-
perempuan yang tidak dikenali oleh Plaintif. Plaintif juga mendakwa bahawa
26
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Defendan di dalam perbualan tersebut telah mengakui beliau adalah seorang yang
bujang dan belum berkahwin.
Isu Ketiga : Suami Melupuskan Harta Isteri
[52] Plaintif mendakwa Defendan telah melakukan dua penganiayaan iaitu pertama,
Defendan kerap kali meminta wang daripada Plaintif. Namun begitu Defendan tidak
pernah memulangkan semula wang yang dipinjam dari Plaintif kepada Defendan.
Plaintif menyatakan beliau terpaksa menggunakan wang hantaran perkahwinan mereka
untuk membayar deposit rumah sewa yang diduduki oleh Plaintif pada ketika itu.
Defendan langsung tidak pernah bersusaha untuk menggantikan wang hantaran yang
telah digunakan tersebut.
[53] Mahkamah berpuashati bahawa tindakan Defendan adalah termasuk di dalam tindakan
melupuskan harta Plaintif, menyusahkan hidup Plaintif dan menyebabkan Plaintif
ternafi dari menggunakan haknya ke atas hartanya.
Rumusan
[54] Mahkamah ingin menyatakan kepada pihak Plaintif bahawa setiap dakwaan hendaklah
senantiasa konsisten bagi membuktikannya. Pemilihan kes yang sesuai dengan matan
dan keadaan Plaintif juga menyumbang kepada kelancaran dalam sesuatu perbicaraan.
[55] Peruntukan Seksyen 53 (1) dengan jelas menyatakan bahawa pembubaran
perkahwinan melalui fasakh boleh dibuat atas satu atau lebih daripada alasan yang
dinyatakan yang terdiri daripada 18 alasan.
27
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[56] Plaintif melalui peguam syarienya memilih untuk mengemukakan empat alasan bagi
mendapatkan pembubaran perkahwinan di antara Plaintif dengan Defendan iaitu di
bawah seksyen 53 (1) (b), (h) (ii) (iv) dan (vi) EUUKIS 2003.
[57] Mahkamah mengucapkan syabas kepada Plaintif di atas kesabaran dan ketabahan
dalam menghadapi proses yang dilalui bagi mendapatkan perintah perceraian secara
fasakh. Mahkamah juga mengucapkan terima kasih kepada peguam Plaintif di atas
kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membantu Plaintif dan juga
Mahkamah bagi memberikan keputusan pada hari ini.
[58] Pada Pendapat Mahkamah, Mahkamah hanya menghukum berdasarkan apa yang
dizahirkan sahaja sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
مرت أن أحكم بلظواهر وهللا يتوىل بلسرائرا
Bermaksud:
“Aku di suruh menghukum dari segi zahirnya, Allah sahaja mengetahui
batinnya.”
[59] Oleh kerana Defendan tidak hadir sepanjang perbicaraan kes ini, maka Mahkamah
mengarahkan Plaintif bersumpah Yamin al-Istizhar bagi mengelakkan tohmah
sebelum kes ini diputuskan. Perkara ini selari dengan kehendak Seksyen 121 (2)
ETMMSS 2003.
Kamu sedia untuk bersumpah?
28
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Keputusan
Setelah meneliti keterangan Plaintif dan saksi-saksi Plaintif, dan setelah berpuashati dengan
dokumen yang telah dikemukakan serta lafaz sumpah al-istizhar oleh Plaintif, maka
mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:
1) Mahkamah sabitkan Defendan telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkah kepada Plaintif selama tempoh melebihi 3 bulan sejak Mac 2019 sehingga kes ini
didaftarkan pada 07 Disember 2018.
2) Mahkamah menolak dakwaan Plaintif bahawa Defendan hidup berperangai keji mengikut
pandangan hukum syarak;
3) Mahkamah mensabitkan bahawa Defendan melupuskan harta Plaintif dan menafikan
Plaintif dari menggunakan hak-haknya disisi undang-undang terhadap harta tersebut;
4) Mahkamah dengan ini membubarkan dan memfasakhkan pernikahan di antara NFOAR
dengan HBY mulai 30 Mei 2019.
5) Plaintif hendaklah beriddah selama tiga (3) kali suci bermula dari tarikh ini.
6) Mahkamah perintahkan perceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
dan Sijil Nikah Negeri Pahang No. KTN/2163/2011 hendaklah dikembalikan dan
dibatalkan.
top related