My GEO Project - Kerja Kursus Geografi 2011 - Pencemaran
Post on 02-Jul-2015
1105 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat1.. Penghargaan --------------------------------------------- 1
2.. Pendahuluan ---------------------------------------------- 2
3.. Objektif Kajian ------------------------------------------- 3
4.. Kawasan Kajian ------------------------------------------ 4
5.. Kaedah Kajian -------------------------------------------- 5
6.. Dapatan Kajian ------------------------------------------- 6--14
7.. Rumusan ------------------------------------------------- 15
8.. Lampiran ------------------------------------------------- 16
9.. Rujukan --------------------------------------------------- 17
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Taman
Nusa Jaya, Puan Wan Intan binti Wan Chik kerana telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ragamkan kepada guru Geografi saya iaitu
Puan Selvamalar yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang jelas
kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang saya sayangi kerana
mereka telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna. Mereka juga banyak memberikan sokongan wang
ringgit kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancarnya.
Tidak lupa juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Kong Kein Fei, Tan
Jie Xi, Woon Wei Khong dan juga Mohd. Haziq atas memberi kerjasama kepada saya
ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden iaitu
penduduk yang tinggal di Gelang Patah. Kerjasama mereka yang amat baik kepada
saya semasa kajian ini dijalankan akan saya kasihi.
=1=
2.0 PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu saya lakukan kerana ia merupakan syarat untuk
pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk
Pencemaran Alam Sekitar Pekan Gelang Patah. Guru mengarahkan saya untuk
membuat kajian ini di kawasan yang telah rnengalami pencemaran.
Saya telah memilih kawasan Pekan Gelang Patah kerana kawasan ini berhampiran
dengan sekolah dan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan saya untuk
menjalankan kajian ini dengan sempurna.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini adalah bermula pada
bulan March sehingga Mei. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap
tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan juga kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
=2=
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:
1. Menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar.
2. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Gelang Patah.
3. Menyenaraikan dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Gelang
Patah.
4. Menyenaraikan dan menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Gelang
Patah.
5. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar di Gelang Patah.
6. Dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan menghargai alam sekitar
dalam kehidupan seharian penduduk di Gelang Patah melalui kajian ini.
Saya berasa gembira dan banggga kerana pencemaran alam sekitar di Gelang Patah
dapat dikurangkan atas kerjasama penduduk dengan melakukan langkah-langkah yang
telah dicadangkan.
=3=
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Pekan Gelang Patah, Johor. Lokasi kawasan kajian ini
terletak kira-kira 21 kilometer dari Bandar Johor Bahru. Biasanya tambang bas yang
dikenakan ialah RM5 untuk perjalanan pergi dan balik antara Pekan Gelang Patah
dengan Bandar Johor Bahru.Perjalanan ini biasanya mengambil masa 40 hingga 45
minit.
Kawasan ini mudah untuk dikunjungi kerana ia mempunyai sistem perhubungan
dan pengangkutan yang canggih. Kawasan Pekan Gelang Patah merupakan tanah
subur (tanah pamah) yang rata dan menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat
dalam aktiviti pertanian.
Pekerjaan utama penduduk di Pekan Gelang Patah ialah dalam sektor pertanian
iaitu menanam kelapa sawit dan sesetengahnya terlibat dalam sektor perkilangan,
peniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta. Kegiatan
ekonomi ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Pekan Gelang
Patah.
=4=
5.0 KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah
rujukan untuk menjalankan kerja kursus ini.
Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :
1. Soal Selidik - Saya telah menyediakan sebanyak 20 borang soal selidik yang perlu
diisi oleh penduduk Pekan Gelang Patah yang akan menjadi responden terhadap
kajian yang akan dilakukan. ( Borang soal selidik -Sila rujuk lampiran 4 )
2. Rujukan - Selain itu, saya juga memdapatkan bahan rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk mengenali
pencemaran alam sekitar.
=5=
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) , pencemaran adalah sesuatu
perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
Jenis-jenis pencemaran ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanih,
pencemaran bunyi, dan pencemaran bau.
=6=
6.2 JENIS – JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Saya telah membuat pemerhatian di Pekan Gelang Patah dan mendapati wujud
pencemaran udara dan air.
1. PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta
benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap, dan gas
(Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-
bauan ) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan , jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Di Gelang
Patah pencemaran udara berlaku disebabkan oleh faktor perkilangan, kenderaan dan
penbakaran secara terbuka.
2. Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan
dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan
sampah dan sebagainya. Di Gelang Patah Pencemaran air berlaku di sekitar
kawasan kilang disebabkan oleh faktor pembuangan sisa toksik. =7=
6.3 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. PERKILANGAN
Kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat
serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung
keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
Selain itu, terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong
asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Lebih
memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosessan
petroleum dan lain-lain lagi. Menurut 5 orang responden pencemaran udara disebabkan
perkilangan berlaku di FMC TECHNOLOGIES yang terletak di kawasan
perkilangan yang berhampiran dengan Taman Nusa Perintis 1.
2. KENDERAAN
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar
yang menyebabkan pencemaran udara di Gelang Patah. Gas beracun yang ini juga turut
menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan
menyebabkan udara semakin panas. Menurut 7 orang responden pencemaran udara
disebabkan asap kenderaan dan kawasan terlibat ialah di depan SMK Taman Nusajaya.
=8=
3. PEMBAKARAN TERBUKA
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara
ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan
membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sisa hasil pertanian juga merupakan salah satu punca pencemaran
alam sekitar. 4 orang responden mengatakan pencemaran udara disebabkan pembakaran
terbuka dan berlaku di Taman Nusantara.
4. SAMPAH SARAP
Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama
sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-
rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku.
Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh
pihak pemaju. 6 orang responden mengatakan pencemaran udara disebebkan sampah-
sarap dan berlaku di sekitar kawasan Taman Nusa Perintis 2 di Gelang Patah.
Saya berharap penduduk di sekitar kawasan Gelang Patah sedar akan pencemaran
yang berlaku di sekeliling mereka dan berusaha bekerjasama mengatasi masalah ini
daripada berterusan.
=9=
6.4 KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. HUJAN ASID
Pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil dibakar dalam jumlah yang banyak. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin
dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk
asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan Asid boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati,
bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain
menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga
merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih mudah, golongan tua,
dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
2. JEREBU
Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang
kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak,
bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya
matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat
pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah berterusan kepada jerebu
termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar
untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap
bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
=10=
3. SUHU MENINGKAT
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan
global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Gas karbon dioksida yang terlalu
banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat
dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan
kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam
yang tidak normal.
4. BAU BUSUK
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan
baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan-bahan lain menyebabkan
sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila
petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan
haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.
5. AIR TERCEMAR
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh
manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada
manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Di mana antara kesan yang
dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu
=11=
pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan
badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
Saya berasa kita harus sedar tentang kejadian pencemaran dengan mengamalkan
nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dan mengambil langkah-langkah wajar untuk
mengatasinya.
=12=
6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. MENGHIJAUKAN KAWASAN
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatan kandungan gas oksigen
melalui proses fotosintesisnya. Ini dipersetujui oleh 3 orang daripada responden yang
ditemui.
2. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
7 orang responden mencadangkan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini
dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat
mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
3. PROGAM KITAR SEMULA
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar
taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang
yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Ini dipersetujui oleh 5
orang daripada responden yang ditemui di Gelang Patah. Antara barang yang boleh
dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan
=13=
kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas
baru.
4. KEMPEN
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang menurut 3 orang daripada responden yang ditemui.
Amalan ini akan dapat menerapkan unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada
negara seperti peribahasa Negara Bersih Rakyat Sihat.
=14=
7.0 RUMUSAN
Melalui kajian yang telah saya jalankan, saya dapati beberapa jenis pencemaran alam
sekitar di Pekan Gelang Patah ialah pencemaran udara, air, bunyi, bau, tanih dan
sebagainya.
Punca-punca pencemaran alam sekitar ialah dari segi perkilangan, kenderaan,
pembakaran terbuka, dan sampah sarap. Di samping itu, saya juga menyeranaikan
kesan pencemaran alam sekitar di Gelang Patah seperti hujan asid, jerabu, suhu
meningkat, bau busuk dan air tercemar dan langkah-langkah untuk mengatasinya iaitu
menghijaukan kawasan, penggunaan petrol tanpa plumbun, progam kitar semula dan
mengadakan kempen.
Pada pendapat saya, masalah-masalah pencemaran alam sekitar boleh diatasi jika
langkah-langkah wajar dan berkesan diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar
ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua
pihak.
Jika semua pihak menggembeling tenaga untuk menangani masalah pencemaran,
sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan
sains dan teknologi negara pada masa yang akan datang.
Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap rakyat
Malaysia supaya seruan kerajaan untuk menghargai alam sekitar mendapat
membuahkan hasil yang menguntungkan segenap lapisan masyarakat.
=15=
8.0. LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri murid
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/ penjaga
4. Surat kebanaran ibu bapa/ penjaga
5. Gambar/ foto yang berkaitan ( Sila nomborkan Lampirkan)
=16=
9.0. RUJUKAN
1. Buku Teks
Chong Mui Sen, Dr. Azizan bin Hj Abu Samah, 2002 Geografi Tingkatan 1
Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd
2. Orang Sumber
Encik Kong Jia Seng, umur 43, penduduk di Gelang Patah.
3. Internet
http://maps.google.com
=17=
P.P B.P
Petunjuk Peta
Jalan Raya Terminal Bas Kilang
Sekolah Pejabat Pos Balai Polis
Sekolah(SMK Taman Nusajaya)
Rumah Kedai Flat
Petronas Petempatan Kondominium
Taman Nusa Perintis2
Taman Nusa Perintis1
SEK
TamanRos
SEK
SEK
SEKDewanRaya
Klinik
TamanNusantara
SEK
SMKTNJ
TamanGelangEmas
P.P
B.S
B.SP
B.P
Padang
U
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN DI GELANG PATAH
Padang
SEK
B.S
P
SMKTNJ
Bahan Grafik
GRAF : Pendapat responden tentang punca pencemaran udara di Gelang Patah
GRAF : Pendapat responden tentang punca pencemaran udara di Pekan Gelang Patah
Punca Pencemaran Alam Sekitar Bilangan Respoden ( Orang )
1. Kenderaan 3
2. Perkilangan 4
3. Pembakaran Terbuka 6
4. Sampah Sarap 5
5. Perniagaan 3
6. Penebangan 2
Hutan
top related