Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 2012 Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Sandakan Sabah
KAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS PEKERJAAN DI TAMAN
FAJAR, BATU 7, SANDAKAN, SABAH
Nama: Siti Syasya Nabilah Sanudin Tingkatan: 2 Imam Bukhari Nama
Guru: Awg. Sharil Omar
Tandatangan Murid
Tandatangan Guru
..
...
Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan
limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru
Geografi saya, Encik Awang Sharil Omar atas tunjuk ajar dan
bimbingan beliau ketika menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga
kepada pengetua sekolah saya, Ustaz Roslan Diming kerana
membenarkan saya menjalankan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Sanudin
Kosmas dan Puan Supinah Raiman yang sentiasa memberi dorongan dan
galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian
ini sehinggalah kajian ini selesai.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
sekelas yang terlibat menjalankan kajian ini iaitu Nurul Hazirah
Mat Nor, Nur Syakirah Abdul Razil dan Rina Rahayu Ramli.
Pendahuluan
Saya, Siti Syasya Nabilah Sanudin, pelajar Tingkatan 2A di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sandakan telah diberi tugasan
oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang
fungsi petempatan.
Saya telah memilih tajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan
Jenis Pekerjaan Taman Fajar, Batu 7, Sandakan. Sebab Saya memilih
Taman Fajar sebagai tempat kajian saya ialah kerana, ia merupakan
tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan lagi saya menjalankan
kajian ini.
Objektif Kajian
Antara objektif kajian ialah :
Memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di Taman Fajar.
Mengkaji jenis-jenis pekerjaan di Taman Fajar. Menyatakan kaitan
antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman
Fajar.
Kawasan Kajian
Latar Belakang Kawasan KajianSaya telah memilih Taman Fajar
sebagai kawasan kajian. Taman Fajar terletak di bawah pentadbiran
Daerah Sandakan. Taman Fajar merupakan kawasan perumahan teres.
Segala kemudahan dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh
MPS.
Lokasi Kawasan KajianTaman Fajar mempunyai keluasan seluas 55.61
ekar. Lokasi kawasan ini ialah di barat Bandar Sandakan. Taman
Fajar terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Airport,
Taman Sejati dan Taman Fajar Perdana.
Jarak Dari BandarTaman Fajar terletak lebih kurang 12km daripada
Pusat Bandar Sandakan. Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat
Bandar dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaaan awam seperti
bas mini, teksi dan lain-lain lagi.
Jenis PetempatanTaman Fajar adalah sebuah kawasan perumahan yang
didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa
Melayu diikuti oleh bangsa Cina dan India.
Peta Sabah
Peta Kawasan Perumahan Taman Fajar
Peta Malaysia
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: Kaedah pemerhatian Kaedah
temu bual Kaedah rujukan
Kaedah PemerhatianSelama menjalankan kajian ini, saya telah
meluangkan banyak masa memerhati komposisi penduduk mengikut kaum
dan jantina
Kaedah Temu BualSeramai 20 orang responden telah saya temu bual.
Mereka terdiri daripada penduduk di Taman Fajar yang terdiri
daripada pelbagai peringkat umur dan jantina.
Kaedah RujukanSaya membuat rujukan di internet untuk mendapatkan
maklumat tambahan dan untuk menyempurnakan lagi hasil kajian
saya.
Hasil Kajian
Berikut adalah dapatan hasil kajian saya semasa kajian di Taman
Fajar. Jadual di bawah menunjukkan komposisi penduduk dari segi :
Kaum Jantina Pekerjaan
Jadual 1.1 : Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum,
Jantina dan jenis pekerjaan.
Bil.1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
NamaEn. Salman Ariff Pn. Afiqah Alfina En. Mohd. Afiq Asyraf En.
Zalaily Zabana En. M. Nurfazlie En. M. Ariff Farhan Pn. Nur
Syamimie Pn. Hassha Pn. Nurain En. Ruzaile Pn. Nechfina En. Izzat
Azizi En. Zulhafizan
KaumM M M M M M M I M M C M M
JantinaL P L L L L P P P L P L L
PekerjaanPengurus FELDA (Kerajaan) Guru (Kerajaan) Pengurus
Pertubuhan Ladang (Kerajaan) Pengurus FELDA (Kerajaan) Doktor
(Kerajaan) Juruteknik (Swasta) Guru (Kerajaan) Juruwang (Swasta)
Berniaga Guru Besar (Kerajaan) Guru Tadika Methodist (Swasta)
Juruteknik (Swasta) Doktor (Kerajaan)
14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.
Pn. Nur Azimah En. Borhan En. Fikri Pn. Siti Zubaidah En. Muhd.
Adam En. Rithzan En. Elvian
M M M M M M C
P L L P L L L
Guru (Kerajaan) Pesara (Kerajaan) Berniaga Pengetua (Kerajaan)
Berniaga Guru (Kerajaan) Berniaga
Kaum L Melayu Cina India Lain-lain
Swasta P
Kerajaan L///////
Lain-lain L /// / P /
Jumlah
P ////
// / /
17 2 1
Jadual 1.2: Borang akuran menunjukkan komposisi penduduk Taman
Fajar mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.
Kaum
Swasta L P 1 1 2 4
Kerajaan L 7 7 11 P 4 4
Lain-lain L 3 1 4 5 P 1 1
Jumlah
Peratus
Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
2 2
17 2 1 20
85% 10% 5% 100%
Jadual 1.3: Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum,
jantina dan jenis pekerjaan.
Jadual 1.3 menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian dari
segi kaum, jantina dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang
responden, terdapat seramai 12 orang lelaki dan 5 orang perempuan
kaum Melayu, 1 orang lelaki dan 1 orang kaum Cina serta 1 orang
perempuan kaum India. Jadual di atas boleh ditukar kepada graf bar
berganda. (lihat Graf 1.1)
Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan
kajian saya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina,dan
kaum India. Daripada 20 orang responden, kaum Melayu 17 orang
(85%), kaum Cina 2 orang (10%) dan kaum India 1 orang (5%).
Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada orang Melayu,
diikuti orang Cina dan India.
Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Fajar Mengikut Kaum12 Bilangan
Mengikut Kaum 10 8 6 4 2 0 Melayu Cina Kaum India Swasta Kerajaan
Lain-lain
Graf 1.1: Jenis pekerjaan penduduk Taman Fajar mengikut
kaum.
Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor
swasta seramai 2 orang, sektor Kerajaan 11 orang dan sektor
lain-lain seramai 4 orang. Kaum Cina yang bekerja dalam sektor
swasta pula ialah 1 orang, tiada yang bekerja dalam sektor
kerajaan dan 1 orang bekerja dalam sektor lain-lain. Di kalangan
kaum India pula, seramai 1 orang yang bekerja dalam sektor swasta
dan tiada yang bekerja dengan sektor kerajaan dan lainlain.
Jenis Pekerjaan Penduduk Taman Fajar Mengikut Jantina8 Bilangan
Mengikut Jantina 7 6 5 4 3 2 1 0 Swasta Kerajaan Jenis Pekerjaan
Lain-lain Perempuan Lelaki
Graf 1.2: Jenis pekerjaan penduduk Taman Fajar mengikut
jantina
Graf 1.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jantina. Kaum
lelaki yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah 2 orang, dalam
sektoe swasta 4 orang dan 1 orang dalam sektor lain. Bagi kaum
perempuan pula, terdapat 2 orang bekerja dalam sektor swasta, 7
orang dalam sektor kerajaan dan 4 orang dalm sektor lain.
RumusanHasil daripada kajian yang saya telah jalankan
menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai komposisi penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka
bekerja dalam sektor swasta, kerajaan dan lain-lain. Mereka hidup
dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.Ini
menggambarkan rakyat negara Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup
bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman dan harmoni. Dari
segi jantina kaum lelaki masih merupakan golongan yang paling ramai
bekerja manakala kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan
semakin ramai. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki dan wanita
bersama-sama mengejar peluang pekerjaan. Kegiatan ini akan membantu
negara Malaysia membangun dalam sektor ekonomi.
Lampiran
Lampiran 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan,
Sabah
Borang Soal Selidik KGTNama murid: Kawasan Kajian: Tingkatan:
Nama Responden: Jantina: Kaum: Melayu India Lelaki Perempuan Cina
Lain-lain Tarikh:
Jenis Pekerjaan: Kerajaan Swasta Lain-lain
Tandakan (/)
Jenis Pekerjaan
Isi Kandungan Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian
Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran
Muka surat