Muka Surat 1| 28bpa.ums.edu.my/SemakanUMS/PanduanDegree.pdf · Surat tawaran ditarik balik, dan Dikenakan tindakan undang-undang Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari
Post on 29-Aug-2019
234 Views
Preview:
Transcript
Muka Surat 1| 28
Muka Surat 2| 28
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan
dengan:
Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan
Akan diambil tindakan dengan;
Surat tawaran ditarik balik, dan
Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
CALON DIKEHENDAKI UNTUK MENDAFTAR PADA MASA DAN KETETAPAN SEPERTI
BERIKUT :
TARIKH Masa PERKARA TEMPAT
3 September
2019
8.00 pagi – 5.00
petang
Pendaftaran Kolej
Kediaman
Seperti yang dinyatakan dalam
surat tawaran
PENGGUGURAN TAWARAN
Pihak Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak
dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/
pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT
DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
HARI PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI
Muka Surat 3| 28
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PANDUAN PENDAFTARAN
Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 1 - 4
Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS
CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2019/2020
Carta alir proses pendaftaran Universiti
Carta alir proses pendaftaran secara online (E-daftar)
Carta alir semasa lapor diri dan daftar kolej
5 - 7
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN 8
Dokumen yang perlu disediakan
Pemeriksaan Kesihatan
Keperluan Peribadi
YURAN PENGAJIAN & KAEDAH PEMBAYARAN 9 - 11
Proses Pembayaran Yuran Pengajian
Struktur Yuran Pengajian
Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar
Biasiswa / Tajaan / Pinjaman
Akaun Bank Islam
MINGGU SUAI MESRA 12-13
Program Minggu Suai Mesra (MSM)
Pakaian Minggu Suai mesra
DOKUMEN SALINAN 14 SAHSIAH RUPA DIRI 15 KOLEJ KEDIAMAN DAN KEMUDAHAN LAIN 16 - 18 SENARAI SEMAK 19 BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI 20 MAKLUMAT UMUM 21 - 24
Ketibaan
Label Beg
Biasiswa / Tajaan / Pinjaman
Pengeluaran KWSP IbuBapa
Pembiayaan PTPTN
Tabung Kebajikan Pelajar
Pengisian Talent Profiling (Next)
SOALAN-SOALAN LAZIM 25-28
Muka Surat 4| 28
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON
SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN
Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh enam (6) hari
daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima
sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak
Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama
ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi
dipinda.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UMS
1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.
ii. Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk
mengikuti kursus pengajian di Universiti
iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh
calon dan calon mestilah memenuhi syarat-syarat khas program yang ditawarkan
untuk diterima masuk ke Universiti.
iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohonan
masuk ke Universiti.
2. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB:
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta
Universiti dan Kolej Universiti, Peraturan Perpustakaan, Kaedah-kaedah Tatatertib
Pelajar Universiti serta peraturan-peraturan lain Fakulti/Pusat yang berkenaan;
ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta
kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;
iii. Menghormati para Pegawai Universiti;
iv. Mematuhi Peraturan Asrama Universiti;
v. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta
Peraturan Keselamatan Universiti;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat
masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Persediaan
Sains Dan Teknologi, Universiti dan Negara;
vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
viii. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;
PANDUAN PENDAFTARAN
Muka Surat 5| 28
3. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya
menerima tawaran ini. Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri
pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Universiti.
4. Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar
syarat-syarat tersebut di atas.
Muka Surat 6| 28
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2019/2020
31 Julai 2019 Melalui laman web
upu.mohe.gov.my atau http://jpt.ums.edu.my
CARTA ALIR PENDAFTARAN UNIVERSITI SESI 2019/2020
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia upu.mohe.gov.my atau http://jpt.ums.edu.my
Semak Status
Kemasukan
BERJAYA
Laman Semakan Keputusan
TIDAK
Data akan digugurkan
TIDAK BERJAYA
E-Rayuan
Pengesahan
Setuju Terima
Kemasukan
YA
Cetak Surat Tawaran Online
Pendaftaran Universiti Secara Online
Lapor Diri Kolej Kediaman
1 Ogos 2019 Melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
1 - 6 Ogos 2019
Calon jaya membuat pengesahan setuju terima / tolak
tawaran melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
[ Calon hendaklah memberi maklumbalas dalam
tempoh yang ditetapkan ]
1 Ogos 2019
Calon jaya boleh cetak surat tawaran online melalui
laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
2 Ogos 2019
Sila rujuk Carta Alir Pendaftaran Secara Online Sesi
2019/2020 di muka surat 6
Catatan : Calon yang tidak dapat membuat pendaftaran
secara online wajib menyelesaikan pendaftaran sebelum
minggu MSM bermula
3 September 2019
Calon jaya melapor diri di Kolej Kediaman
yang telah ditetapkan seperti di dalam
surat tawaran
TAMAT
MULA
Muka Surat 7| 28
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN UNIVERSITI SECARA ONLINE (E-DAFTAR)
CATATAN: SILA BAWA SLIP PENGESAHAN ANDA SEMASA HARI PENDAFTARAN
MULA
Sistem Pendaftaran Universiti Masukkan no. matrik sebagai username dan nombor
kad pengenalan sebagai password http://smp.ums.edu.my/edaftar
Login
Langkah 1: Perakuan Pelajar
Langkah 2-5: Mengemaskini Maklumat
Langkah 6: Pembayaran Yuran Pengajian
Langkah 7: Pembayaran Yuran Pengajian
Langkah 8: Cetak slip Pengesahan
Kemaskini Maklumat Kemaskini/lengkapkan maklumat peribadi, ibu bapa,
kesihatan dan maklumat bank
Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad:
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan seluruh Malaysia
Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui: i. Perkhidmatan FPX (Financial Process
eXpress). ii. Perkhidmatan Jom Pay
iii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari (Pejabat) sahaja.
TAMAT
Muat Naik Gambar Sila muat naik gambar yang bersesuaian mengikut
garis panduan yang diberikan
Muka Surat 8| 28
CARTA ALIR SEMASA LAPOR DIRI DAN DAFTAR KOLEJ
LALUAN A
BAGI CALON YANG TELAH MELENGKAPKAN E-DAFTAR
LALUAN B
BAGI CALON YANG BELUM MELENGKAPKAN E-DAFTAR
7. SELESAI
6. TERIMA KUNCI BILIK ASRAMA
5. KAUNTER GAMBAR
4. TERIMA PAKEJ MSM
3. KAUNTER SERAHAN MAKLUMAT KESIHATAN
2. KAUNTER WEB CHECKIN
1. MULA
3. TERUSKAN SEPERTI DI LALUAN A
2. KAUNTER E-DAFTAR
1. MULA
ARAHAN :
Bagi calon yang TELAH melengkapkan
pendaftaran e-daftar (langkah 1 hingga 7), calon
boleh terus membuat self-check in; atau
ARAHAN :
Bagi calon yang BELUM melengkapkan
pendaftaran e-daftar, calon boleh membuat
semakan di Kaunter BPA
Muka Surat 9| 28
Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;
1. Lengkapkan pendaftaran secara online (E-daftar) dan bawa Semasa Pendaftaran iaitu;
Surat Tawaran ( 2 Salinan Akademik )
4 Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa
4 Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa
4 Salinan Sijil SPM
4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
4 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
UMS/HEP/01 Ikrar
UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
2. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pengesahan di klinik
kerajaan/swasta/Pusat Kesihatan Universiti dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar
sebagai pelajar UMS.
SILA GUNAKAN BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN SEPERTI YANG BOLEH
DIMUAT TURUN MELALUI LAMAN WEB http://bpa.ums.edu.my/semakanums.
Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan
membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.
3. Penyediaan Gambar
Anda digalakkan menyediakan gambar berukuran pasport (35mm lebar x 50mm panjang)
sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan semasa berada di Universiti.
4. Keperluan Peribadi
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
Pakaian ke kuliah
Pakaian sukan
Kelengkapan solat/sejadah
dan lain-lain
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran
Negeri/Cawangan
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh
Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak
mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon
/Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung/ Wakil Rakyat/Pegawai
Daerah
Muka Surat 10| 28
1. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
Yuran pengajian hendaklah DIJELASKAN sebelum pelajar membuat proses
pendaftaran Universiti melalui e-Daftar secara online.
Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di
seluruh Malaysia.
Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membuat bayaran secara TUNAI di
Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah.
Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan
Bendahari menerima pengesahan terimaan bayaran daripada pihak bank.
Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum,
pengesahan bayaran hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak
Jabatan Bendahari sebelum tarikh tutup proses pada 28 Ogos 2019.
Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari
pendaftaran.
2. BERIKUT ADALAH KADAR YURAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA :
Pelajar WAJIB menjelaskan Yuran Pengajian sepenuhnya sebelum TARIKH LAPOR DIRI.
STRUKTUR YURAN PENGAJIAN PRASISWAZAH MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN
YURAN
BIDANG
SAINS &
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
BIDANG
SASTERA
BIDANG
KEJURUTERAAN
BIDANG
PERUBATAN
(RM) (RM) (RM) (RM)
(l) Bayaran Sekali
Sepanjang Tempoh
Pengajian Yuran Pendaftaran Pelajar
Baharu 515.00 490.00 515.00 515.00
(Pendaftaran
Kemasukan)
(ll) Bayaran Setiap
Semester Yuran Pengajian 960.00 865.00 1,040.00 1,240.00
- 18 minggu /
Semester Yuran Asrama 665.00 665.00 665.00 665.00
(2 Semester
Setahun) Yuran Akreditasi - - 50.00 -
Jumlah 1,625.00 1,530.00 1,755.00 1,905.00
YURAN PENGAJIAN & KAEDAH PEMBAYARAN
Muka Surat 11| 28
(lll) Bayaran Setiap
Permulaan Sesi
(Tahunan)
Yuran Insuran Kelompok 25.00 25.00 25.00 25.00
Yuran Keahlian Persatuan
Mahasiswa 5.00 5.00 5.00 5.00
Jumlah 30.00 30.00 30.00 30.00
JUMLAH KESELURUHAN 2,170.00 2,050.00 2,300.00 2,450.00
(PELAJAR BAHARU)
JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN
PENGAJIAN 6,365.00 5,770.00 - 8,045.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
JUMLAH YURAN UNTUK 3 TAHUN SETENGAH
PENGAJIAN
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
- 6,665.00 - -
JUMLAH YURAN UNTUK 4 TAHUN
PENGAJIAN 8,315.00 7,530.00 9,355.00 10,555.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
JUMLAH YURAN UNTUK 5 TAHUN
PENGAJIAN - - - 13,065.00
(TIDAK TERMASUK YURAN ASRAMA)
3. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di
mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:
i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress).
ii. Perkhidmatan Jom Pay
iii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari
(pejabat) sahaja.
4. BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN
Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman, DIWAJIBKAN untuk mengemukakan
surat tawaran tajaan tersebut kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah
semasa hari pendaftaran atau pada bila – bila masa setelah mendapat tawaran daripada
pihak penaja.
Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar
(SMP) untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.
5. AKAUN BANK ISLAM
Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Pelajar
boleh membuka akaun tanpa deposit.
Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan
pembayaran yuran pengajian melalui kaedah:
Muka Surat 12| 28
i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)
ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet.
Pelajar yang memohon PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Bank Islam
bagi tujuan kemasukan duit pembiayaan PTPTN.
Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank
WAJIB mengemaskini maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan
NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi memudahkan sebarang urusan bayaran
pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.
Muka Surat 13| 28
1. PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)
Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra
(MSM) yang bermula pada tarikh lapor diri. Sebarang urusan peribadi seperti
mengurus cuti belajar, atau perletakan jawatan perlu dilakukan sebelum atau
selepas Minggu Suai Mesra (MSM).
Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MSM tanpa sebarang
gangguan, ibu/bapa/penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau
melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.
2. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA
Pelajar Lelaki
2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim
2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua)
Tali Leher (warna bebas)
2 pasang track bottom
Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam)
Pelajar Wanita
2 pasang baju kurung berwarna putih/ krim
Kain berwarna gelap (hitam/ biru tua)
Tudung (hitam/ biru tua) bagi beragama Islam
2 pasang track bottom
Baju T lengan panjang berwarna gelap
Para pelajar juga diingatkan supaya membawa keperluan asas yang lain
seperti cadar, sarung bantal, selimut, dan sebagainya.
3. PERTANDINGAN SWAFOTO (SELFIE) DAN VIDEO TERBAIK
Syarat-syarat Pertandingan:
Terbuka kepada semua pelajar baharu sesi 2019/2020 sahaja;
Muat naik gambar atau video dengan menggunakan #MSMUMS2019 di laman
sosial Facebook peribadi;
Pastikan anda memilih butang ’umum’ (public) sebelum menyiarkan (posting)
gambar anda.
Jumlah penyertaan tidak terhad. Pelajar boleh memuat naik seberapa banyak
gambar ’Selfie’ atau Video;
MINGGU SUAI MESRA
Muka Surat 14| 28
Peserta hendaklah memastikan gambar yang dimuat naik tidak mengandungi
unsur-unsur yang menyalahi undang-undang di Malaysia.
Pemenang akan diadili berdasarkan jumlah tanda suka (like) terbanyak.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 September 2019 (Jumaat) jam 12.00
tengahari.
Keputusan akan diumumkan pada Malam Bakat Minggu Suai Mesra (MSM) Sesi
2019/2020 sempena Hari Malaysia;
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau
kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini;
Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.
Hadiah menarik menanti anda.
Muka Surat 15| 28
1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR.
Dokumen Asal
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:
i. Sijil SPM
ii. Sijil Berhenti Sekolah
iii. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
iv. UMS/HEP/01 Ikrar
v. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
vi. UMS/HEP/03 Aku janji
vii. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu
disertakan)
viii. Surat Kebenaran Pembedahan
Nota:
1. Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM salinan boleh didapatkan melalui
Majlis Peperiksaan Malaysia.
2. Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan
Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
3. Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan
sementara.
Dokumen Salinan
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:
a. 4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
b. 4 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
c. 4 Salinan Sijil SPM
d. 4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
e. 4 Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa
f. Surat Tawaran ( 2 Salinan Online )
g. 4 Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar)
h. 4 Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini
i. 4 Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga
j. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat
berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja); Pekerjaan dan
pendapatan ibu bapa/penjaga
Nota :
Perkara C hingga I dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung /Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil
Rakyat
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan
Pendaftaran Negeri/Cawangan Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh
Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak
mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon
/Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung/ Wakil
Rakyat/Pegawai Daerah
DOKUMEN SALINAN
Muka Surat 16| 28
SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan
bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
b) Pelajar dilarang BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:
Berselipar
Berskirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
Berbaju T tanpa kolar
Berbaju tanpa lengan
Berseluar terlalu ketat
Berpakaian terlalu nipis/ jarang (transparent)
1. KAD PELAJAR
a) Pelajar baharu DIWAJIBKAN untuk membuat kad pelajar melalui proses E-daftar dan wajib
memakai kad pelajar sepanjang berada dalam kampus.
SAHSIAH RUPA DIRI
Muka Surat 17| 28
A. KOLEJ KEDIAMAN
1. Kolej Kediaman adalah pusat kecemerlangan lanjutan dan pelengkap kepada sistem pendidikan Universiti berteraskan semangat integrasi nasional dan memelihara kesejahteraan dan keharmonian.
2. Kolej Kediaman merupakan satu KEMUDAHAN BUKANNYA HAK seseorang pelajar.
3. Senarai Kolej-Kolej Kediaman & Nombor Perhubungan;
BI
L
KOLEJ KEDIAMAN NO. TELEFON NO. FAKS
1. Kolej Kediaman Tun
Mustapha
088-320000 samb. 3283/3680 088-320371
2. Kolej Kediaman Tun Fuad 088-320000 samb.3491 088-320656
3. Kolej Kediaman E 088-448201 | 088-320000
samb.613509
088-448203
4. Kolej Kediaman 1-Borneo 088-485156 | 088-320000 samb.
613502
088-488157
5. Kolej Kediaman Kingfisher 088-438890 | 088-320000
samb.613101
088-438890
6. Kediaman Ecopark 088-320000 samb. 4150/4159/4160 088-320155
7. Kolej Kediaman UMSKAL 087-460455/460524 087-465149
8. Kolej Kediaman Lestari 089-248100 samb. 8189/8173 089-220703
4. Tafsiran dan Nombor Perhubungan PPPH;
Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH) merupakan Pusat Pentadbiran Induk Kolej-
Kolej Kediaman. Pusat ini bertanggungjawab menyelaras penempatan penginapan pelajar,
perancangan pembangunan dan penambahbaikan polisi dasar penginapan Universiti bagi
menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif kepada kecemerlangan pelajar di Kolej
Kediaman dengan menyediakan kelengkapan / prasarana dan sentiasa memastikan
kemudahan berada dalam keadaan yang sebaik mungkin bagi keselesaan pelajar.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN / KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI DI :
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti
Telefon: 088-320000 samb. 4150/4160/4159
Faks: 088-320155
Emel: pusatperumahan@ums.edu.my
Page FB: pusatperumahan@ums.edu.my
KOLEJ KEDIAMAN & KEMUDAHAN LAIN
Muka Surat 18| 28
B. PENGANGKUTAN BAS
UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke
Fakulti/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00
malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke fakulti, perpustakaan dan juga kawasan
berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan
kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas.
C. PUSAT KESIHATAN
Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus.
Poliklinik UMS dan semua Pusat Kesihatan di kampus cawangan.
D. PERPUSTAKAAN
Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 399,671 naskhah buku dan media, 186
judul jurnal, 23 pangkalan data elektronik, 21,022 judul e-books dalam pelbagai bidang dan 19,859
koleksi UMSIR yang boleh diakses secara atas talian. Disamping itu, perpustakaan juga
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;
E. Perkhidmatan
Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan Perkhidmatan Pembekalan
Dokumen (PPD)
Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
Perkhidmatan Terbitan Bersiri
Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, American Corner, Aseana dan
Kanak-kanak)
Perkhidmatan Pelanggan
Perkhidmatan Megalab
Kelas Literasi Maklumat
Muka Surat 19| 28
F. Kemudahan
Auditorium
Bilik Tayangan
Bilik Latihan
Bilik Multimedia
Bilik Seminar
Bilik Kubikal
Bilik 24 jam
Surau
Peti Cadangan dan E- Aduan
Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
Wireless
Komputer
Mesin Pinjaman Sualayan
Peti Pemulangan Buku
Xpress OPAC
Taklimat pelawat, dan
Induksi Perpustakaan
G. PERKHIDMATAN ICT
H. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain
Stadium
Padang Kawad
Perkhidmatan Pejabat Pos Bergerak
Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)
Kafeteria
Kedai Buku Anjung Siswa
BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL
1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun
Pengguna Rangkaian tanpa Wayar(Wireless)
ISNIN – KHAMIS
8.00 Pg – 12.15 Tgh
2.15 Ptg – 4.30 Ptg
JUMAAT
8.00 Pg – 11.15 Pg
2.30 Ptg – 4.30 Ptg
SABTU & AHAD
(TUTUP)
Borang boleh didapati di
(Bangunan JTMK, Aras
Bawah Kaunter Teknikal) 2 Perkhidmatan Instalasi Perisian Berlesen (MS
Office, SPSS,Visual Studio)
3 Perkhidmatan Video Conferencing
4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar
(ABM)
5 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my
6 Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my
Muka Surat 20| 28
1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di klinik kerajaan/swasta
2. Keperluan Peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, pakaian
formal, pakaian sukan, sarung bantal, cadar, kasut , selipar tandas, kelengkapan solat/sejadah
dan sebagainya.
Dokumen
Semasa pendaftaran pelajar digalakkan membawa dokumen seperti berikut:
1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )
2. salinan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa
3. Salinan Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa
4. Sijil SPM
5. Sijil Berhenti Sekolah
Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan
Borang/Dokumen
1. Surat Tawaran (surat tawaran yang asli akan diberi pada hari pendaftaran)
2. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
DUA Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
4. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
5. Salinan Sijil SPM
6. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
7. Salinan Berhenti Sekolah
8. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM
9. UMS/HEP/01 Ikrar
10. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
SENARAI SEMAK
Muka Surat 21| 28
SILA MUAT NAIK BORANG-BORANG SEPERTI BERIKUT DAN BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI LAMAN WEB
SEMAKAN KEPUTUSAN UMS http://bpa.ums.edu.my/SemakanUMS
1. UMS/HEP/01 Ikrar
2. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
3. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
4. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar
5. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI
Muka Surat 22| 28
MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN
Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan
Universiti Malaysia Sabah disediakan pada 3 September 2019 (Masa 8:00 pagi – 11:00 malam)
kepada pelajar baharu sahaja mengikut lokasi seperti berikut :
TEMPAT MASA
Kampus Kota Kinabalu :
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu
7.00 pagi – 12.00 malam
Terminal Bas Inanam 9.00 pagi – 7.00 malam
Terminal Bas KK Sentral 9.00 pagi – 7.00 malam
Kampus Antarabangsa Labuan
Lapangan Terbang Labuan 7.00 pagi – 10.00 malam
Terminal Feri Labuan 7.00 pagi – 5.00 petang
Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan :
Lapangan Terbang Sandakan 7.00 pagi – 10.00 malam
MAKLUMAT UMUM
Muka Surat 23| 28
LABEL BEG
Sila pastikan label / tag telah di pasang pada beg anda bagi mengelakkan kehilangan semasa
ketibaan. Sila labelkan beg dengan maklumat berikut :
1. Nama
2. Nombor telefon
3. Alamat lengkap
4. Kolej kediaman (seperti yang dinyatakan pada surat tawaran)
Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal / tercicir sebelum atau semasa berada di
Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses lapor diri.
BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN
Pelajar boleh memohon biasiswa / tajaan / pinjaman daripada mana – mana agensi Kerajaan, Badan
– Badan Berkanun dan pihak swasta. Iklan mengenai tawaran biasiswa / tajaan / pinjaman ini
biasanya dikeluarkan melalui akhbar – akhbar tempatan, laman web dan juga lain – lain medium
rasmi agensi berkaitan. Pihak Universiti Malaysia Sabah juga akan memaklumkan kepada pelajar
sekiranya terdapat penawaran biasiswa / tajaan / pinjaman daripada agensi-agensi berkenaan.
Bagi memudahkan urusan permohonan biasiswa / tajaan / pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-
agensi berkenaan, pelajar dinasihatkan supaya menyediakan sekurang-kurangnya 5 salinan sijil /
dokumen berikut yang telah disahkan oleh mana-mana pegawai kumpulan A. Sila simpan salinan
tersebut sehingga pelajar memerlukannya.
Surat tawaran masuk ke Universiti Malaysia Sabah
Gambar berukuran pasport (3 keping)
NAMA : …………………………………………..
NO.TEL :…………………………………………..
ALAMAT : …………………………………………
………………………………………………………
SILA LABELKAN BEG ANDA DENGAN
MAKLUMAT BERIKUT :
Muka Surat 24| 28
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pengenalan ibubapa/penjaga
Salinan Sijil STPM / Diploma / SPM / PMR dan sijil akademik lain yang berkaitan
Salinan Sijil Berhenti Sekolah
Salinan Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)
Salinan Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)
Salinan Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)
Salinan penyata cukai ibu bapa (jika ada)
Surat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Daerah / Pegawai
Kerajaan Kumpulan
A/Wakil Rakyat berkaitan dengan:
a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga
b.Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan
Pelajar yang ingin mendapatkan Surat Pengesahan Penaja / Struktur Bayaran / Bayaran daripada
pihak UMS bagi keperluan permohonan biasiswa / tajaan / pinjaman hanya perlu mengisi Borang
Permohonan Surat Pengesahan Penaja / Struktur Bayaran / Bayaran di Kaunter Jabatan Bendahari
semasa Hari Pendaftaran Universiti atau pada bila – bila masa sepanjang berada di Universiti.
PENGELUARAN PENDIDIKAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) IBUBAPA
Pengeluaran ini membolehkan ahli (Ibubapa pelajar) mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk
membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Pelajar hanya perlu mengisi Borang Permohonan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar daripada
UMS kepada KWSP di Kaunter Jabatan Bendahari semasa Hari Pendaftaran Universiti atau pada
bila – bila masa sepanjang berada di Universiti.
Sila rujuk maklumat lanjut berkaitan prosedur Pengeluaran Pendidikan KWSP di pautan seperti
berikut:
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6356913/Risalah_Pendidikan_words_Maklu
mat_lanjut_V01052018_BM_21062018.pdf
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Urusan permohonan PTPTN adalah TANGGUNGJAWAB pelajar sepenuhnya. Sila layari
http://www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pembiayaan pendidikan
PTPTN.
Pelajar yang memohon PTPTN adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam untuk tujuan
kemasukan bayaran wang pembiayaan.
TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Tabung Kebajikan pelajar disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Pelajar boleh berurusan dengan Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar
bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Muka Surat 25| 28
PENGISIAN TALENT PROFILING (NEXT) SECARA ATAS TALIAN
Talent Profiling (NEXT) adalah sistem penilaian untuk membantu pelajar mengenalpasti kekuatan, semangat
dan kerjaya pilihan mereka yang paling sesuai dengan set kemahiran mereka. Sebagai bakal graduan, para
pelajar perlu mempunyai matlamat dan hala tuju kerjaya yang jelas. Hal ini mustahak kerana dunia
pekerjaan yang semakin mencabar dari masa ke masa.
Bermula sesi pengajian tahun 2019/2020, semua pelajar baharu adalah diwajibkan untuk mengisi dan
melengkapkan maklumat profiling masing-masing melalui laman web www.findmynext.com.
Pelajar hendaklah menyerahkan salinan laporan penuh profiling masing-masing dalam bentuk softcopy ke
Pusat Kerjaya dan Alumni UMS melalui alamat emel kerjayaums@ums.edu.my bagi tujuan analisis dan
tindakan selanjutnya. Tarikh akhir untuk melengkapkan dan menyerahkan laporan Talent Profiling (Next)
adalah pada 27 September 2019 (Jumaat).
Muka Surat 26| 28
KATEGORI 1 : PENDAFTARAN UNIVERSITI
S1: Bagaimana cara untuk membuat pendaftaran universiti?
J1: Pendaftaran universiti hendaklah dibuat oleh calon pelajar sendiri secara online melalui Sistem
Pendaftaran Universiti di laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Sila rujuk manual
pengguna di laman web berkenaan untuk maklumat terperinci.
S2: Bolehkah saya membuat Pendaftaran Universiti secara online selepas tiba di UMS?
J2: Tidak boleh. Anda perlu membuat pendaftaran universiti dalam tempoh yang ditetapkan.
S3: Saya tidak mempunyai akaun emel. Bolehkah saya membuat proses Pendaftaran Universiti?
J3: Sila gunakan emel rasmi Universiti yang telah diberikan bagi tujuan masuk ke dalam sistem e-daftar
UMS.
S4: Saya tidak mempunyai talian internet di rumah. Bagaimana untuk saya mendaftar?
J4: Sistem Pendaftaran Universiti boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan
talian internet, contohnya siber kafe dan sebagainya.
S5: Saya menghadapi masalah semasa membuat Pendaftaran Universiti secara online. Siapa perlu
saya hubungi untuk bantuan?
J5: Sebarang masalah berkaitan Pendaftaran Universiti secara online boleh dikemukakan melalui
talian Hotline iaitu:
(8.30 pagi – 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat)
Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320 193
Jabatan Bendahari : 088-320 194
S6: Bolehkah saya melapor diri jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J6: Tidak Boleh.
S7: Apakah kesannya jika saya tidak lapor diri pada tarikh lapor diri yang ditetapkan?
J7: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan
munasabah dan mendapat kebenaran daripada Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran
kemasukan terbatal.
S8: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Universiti dibenarkan?
J8: Penangguhan pendaftaran universiti untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran
kemasukan akan menjadi luput/ terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 2 minggu
dari tarikh rasmi pendaftaran Universiti.
S9: Adakah permohonan pertukaran Fakulti/Program dibenarkan?
J9: Tawaran Program Pengajian adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Fakulti / Program
adalah TIDAK DIBENARKAN.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Muka Surat 27| 28
S10: Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit?
J10: Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan boleh
dirujuk dalam Kaedah Pengajian Prasiwazah UMS (Muat turun di Lama Sesawang
http://bpa.ums.edu.my).
S11: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk lapor diri?
J11: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh lapor diri.
S12: Sebagai pelajar baharu, bolehkah saya membawa kenderaan sendiri?
J12: Pelajar baharu TIDAK DIBENARKAN untuk membawa kenderaan sendiri.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa lapor diri?
J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian
pelajar.(Rujuk Muka Surat 12 & 15)
S14: Saya mewakili negara dalam bidang olahraga, adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani
latihan?
J14: Ada, di samping itu terdapat juga kemudahan sukan yang lain disediakan.
S15: Ibu/Bapa saya tidak mempunyai borang J, bagaimanakah saya hendak mengesahkan
pendapatan Ibu/bapa saya?
J15: Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawal /
Penghulu / Ketua Kampung.
S16: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM?
J16: MSM bermaksud Program Minggu Suai Mesra. MSM adalah program wajib diikuti oleh semua
pelajar baharu. Bertujuan untuk mengenali Universiti Malaysia Sabah
(Fakulti/Jabatan/Pusat/Institut/Unit/Program Pengajian) dengan lebih dekat serta mengeratkan
hubungan silaturahim antara pelajar dan kakitangan.
KATEGORI 2 : YURAN PENGAJIAN
S17: Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian?
J17: Tidak boleh. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lapor diri.
S18: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran
Universiti?
J18: Pihak Universiti menyediakan 3 pilihan bagi tujuan pembayaran Pendaftaran Universiti iaitu :
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. Kaunter bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
S19: Apakah MEPS FPX?
J19: MEPS FPX (Financial Process Exchange) adalah payment gateway yang membenarkan anda
untuk membuat pembayaran secara online melalui akaun simpanan atau akaun semasa anda. Anda
cuma memerlukan talian internet, akaun bank dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS
FPX. Ia adalah satu proses yang mudah, senang dan selamat.
Muka Surat 28| 28
S20: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS
FPX?
J20: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma perlukan
akaun Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk
menggunakan kemudahan ini.
S21: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai di Universiti?
J21: Tidak boleh. UMS telah melancarkan Kampus Tanpa Tunai. Kaunter bayaran hanya akan
menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, serta melalui aplikasi Maybank QR Pay, Boost dan
AliPay sahaja.
S22: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?
J22: Tidak perlu, pelajar cuma perlu mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat
Pelajar (SMP).
KATEGORI 3 : KOLEJ KEDIAMAN
S23: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman?
J23: Kolej Kediaman disediakan kepada semua pelajar tertakluk kepada syarat-syarat peraturan kolej
kediaman Universiti Malaysia Sabah.
S24: Jika saya sampai selepas waktu bekerja semasa hari lapor diri ke mana harus saya tuju?
J24: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing.
S25: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari lapor diri. Di manakah penginapan
yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?
J25: Terdapat banyak tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan kampus UMS. Maklumat
lanjut sila rujuk mana-mana laman sesawang atau aplikasi seperti Trivago / Booking.com dll.
S26: Adakah saya akan kekal di kolej kediaman sehingga tamat pengajian?
J26: Tidak. Hanya pelajar Tahun 1 sahaja yang disediakan penginapan di kolej kediaman manakala
pelajar Tahun 2 dan seterusnya adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam
peraturan kolej kediaman.
S27: Adakah saya boleh memilih mana-mana bilik yang sesuai untuk saya atau bersama rakan-rakan
saya?
J27: Tidak. Penempatan pelajar adalah ditentukan oleh pihak pengurusan kolej kediaman selaras
falsafah kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman adalah Pusat Kecemerlangan lanjutan dan pelengkap
kepada sistem pendidikan Universiti berteraskan semangat integrasi nasional dan memelihara
kesejahteraan dan keharmonian.
KATEGORI 4 : KESIHATAN / KECEMASAN
S28: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?
J28: Ada, Pusat Rawatan Warga di Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan
Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan yang diketuai oleh petugas perubatan terlatih.
S29: Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat?
J29: Anda boleh berhubung dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Penyelia Asrama atau Bahagian
Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.
Muka Surat 29| 28
S30: Boleh kah saya membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti?
J30: Boleh. Anda boleh membuat pemeriksaan kesihatan di Poliklinik UMS, Kota Kinabalu
S31: Boleh kah saya mendapatkan rawatan susulan di Pusat Kesihatan Universiti?
J31: hubungi Pusat Kesihatan Universiti dan membawa semua dokumen kesihatan yang berkaitan.
Web Rasmi
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
http://www.ums.edu.my.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN / KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI DI :
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Pendaftaran Universiti : 088-320053 / 088-320193
Yuran Pengajian : 088-320194
Kolej Kediaman : 088-320000 samb.4162/4150/4160
Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320000 samb. 4219/ 4175/ 088-320060 (Whatsapp)
HOTLINE (24 Jam):
Kad Pelajar / Bahagian Keselamatan : 088 – 320111 / 012-7922979 (Whatsapp)
top related