Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Post on 05-Dec-2014
3207 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
THE PALACE OF JUSTICE
Laporan PerintisMahkamah-Mahkamah Atasan
dan Rendah di Malaysia
The Palace ofThe Palace of
Justice, PutrajayaJustice, Putrajaya
iv
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanahkepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankanhukuman di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan
adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yangsebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagisentiasa Melihat.
(An-Nisaa’ 5:58).
Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaransupaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allahwahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang
tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat”.
(An-Nisaa’ 4:105)
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadiorang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkankebenaran; dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu
kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamuberlaku adil (kepada sesiapa pun jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepadataqwa. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahuidengan mendalam apa yang kamu lakukan.
(Al-Maidah 6:8)
Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa)di muka bumi, maka berilah keputusan (penghakiman) di antara manusiadengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darijalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hariperhitungan”.
(Al-Sad: 26)
v
vi
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII
TUANKU SYED SIRAJUDDIN
IBNI AL-MARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan), D.K.M.B.(Brunei), D.K. (Selangor), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M.,
S.S.M.T., Grant Order of King Tomislav (Crotia)
vii
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU FAUZIAH BINTI AL-MARHUM
TENGKU ABDUL RASHID
D.K., D.K.(Kelantan), S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N.
viii
ix
‘Rahsia untuk maju ke hadapan ialah untuk menentukan permulaan. Rahsia
untuk bermula ialah untuk memecahkan tugas-tugas yang amat kompleks kepada
tugas-tugas kecil yang mudah dikendalikan, dan kemudian bermula dengan yang
pertama’ . (Terjemahan daripada Mark Twain yang dalam bahasa asalnya
berbunyi – The secret of getting ahead is getting started. The secret of getting
started is breaking your complex overwhelming tasks into small manageable
tasks, and then starting on the
first one).
Kebenaran nukilan di atas
adalah terserlah dalam
sebarang usaha kita untuk
melaksanakan sesuatu tugas.
Demikianlah yang telah
berlaku sehinggakan
idea yang berputik kini
membuahkan laporan perintis
ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih saya utarakan
kepada Jawatankuasa
Penyunting yang saya pasti
telah bertungkus-lumus
menjayakan kewujudan
penerbitan ini. Alhamdulillah
dengan penerbitan ini,
masyarakat dapat mengenali
dan memahami organisasi
dan fungsi Badan Kehakiman
Malaysia. Ianya juga adalah
kesaksian terhadap ketelusan
Prakata
TAN SRI DATO’ SRI AHMAD FAIRUZBIN DATO SHEIKH ABDUL HALIM
P.S.M., S.S.A.P., S.S.M.Z., S.P.M.S., S.S.D.K., S.J.M.K., S.P.M.T.,D.S.M.T., D.S.D.K., S.M.J., S.M.S., B.C.K., P.I.S.
YANG AMAT ARIF KETUA HAKIM NEGARA
x
Badan ini selain dari memangkinkan dan merintiskan penerbitan laporan
tahunan Badan ini di masa-masa yang akan datang.
Saya telah membaca isi kandungan penerbitan ini dan saya yakin ianya
berupaya menjadi kayu pengukur bagi penilaian prestasi dan pencapaian-
pencapaian Badan Kehakiman Malaysia. Statistik pelupusan kes-kes
sepertimana yang dipaparkan dalam Laporan ini adalah untuk penelitian
para pembaca. Hakikatnya, para pembaca itu boleh membuat penilaian
mereka sendiri terhadap keupayaan dan pencapaian Badan Kehakiman
ini. Dengan cara demikian Badan Kehakiman ini sendiri perlulah
memastikan pada setiap masa perlaksanaan keadilan yang berkesan dan
berkualiti diamalkan semasa menjalankan tugas-tugas mengikut undang-
undang.
Statistik yang terdapat di dalam laporan ini akan membantu perancang-
perancang di dalam Badan Kehakiman untuk membentukkan strategi-
strategi bagi meningkatkan kecekapan dan juga bagi menangani kes-kes
tertunggak.
Selain dari itu, adalah diharapkan bahawa penerbitan ini dan laporan-
laporan tahunan berikutnya mampu membolehkan pembaca-pembacanya
yang ingin membuat cadangan-cadangan yang membina bagi peningkatan
prestasi mahkamah-mahkamah, mengemukakan idea-idea dan syor-syor
mereka itu kepada Badan Kehakiman ini. Insya-Allah cadangan-cadangan
mereka akan dipertimbangkan dan dilaksanakan jika bersesuaian.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para
penasihat, jawatankuasa penyunting, para pegawai dan kakitangan yang
terlibat, atas segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan bagi
menjayakan penerbitan perintis ini.
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Fairuz
bin Dato’ Sheikh Abdul Halim.
Ketua Hakim Negara
Palace of Justice, Putrajaya Malaysia
30 Jun 2004.
xi
Isi Kandungan
PRAKATA ix
IMEJ-IMEJ PENGASINGAN KUASA xiii
STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN 1
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN 2
MAHKAMAH PERSEKUTUAN 11
MAHKAMAH KHAS 33
MAHKAMAH RAYUAN 37
MAHKAMAH-MAHKAMAH TINGGI 51
MAHKAMAH-MAHKAMAH RENDAH 93
KES-KES PRA 2000 129
KES-KES REMAN 144
PEJABAT KETUA PENDAFTAR 147
PENINGKATAN KECEKAPAN 165
DIREKTORI 180
PENGHARGAAN 184
Muka Surat
xii
LO
KA
SI
MA
HK
AM
AH
DI
MA
LA
YS
IA
Pe
tun
juk:
Ma
hka
ma
h T
ing
gi
Ma
hka
ma
h S
esye
n
Ma
hka
ma
h M
ajistr
et
Pe
tun
juk:
Ma
hka
ma
h T
ing
gi
Ma
hka
ma
h S
esye
n
Ma
hka
ma
h M
ajistr
et
xiii
“Setiap kuasa undang-undang mesti mempunyai had undang-
undang, jika tidak, wujudlah kediktatoran. Khususnya, adalah
menjadi suatu keperluan ketat bahawa sesuatu budibicara
hendaklah dilaksanakan untuk sesuatu maksud
yang sah, dan ianya tidak boleh
dilaksanakan secara t idak
munasabah. Dengan kata lain,
setiap budibicara tidak bebas
daripada sekatan undang-
undang; bila ianya dilaksanakan
secara salah, adalah menjadi
kewajipan mahkamah untuk
campur tangan. Mahkamah
adalah satu-satunya pembela
kebebasan rakyat terhadap
pencerobohan jabatan. Pada
masa sekarang di mana jabatan-
jabatan dan pihak-pihak berkuasa awam
mempunyai kuasa-kuasa dan pengaruh yang
besar, ini adalah perlindungan paling mustahak bagi rakyat
biasa: supaya mahkamah-mahkamah boleh memastikan
kuasa-kuasa dan pengaruh besar itu dilaksanakan mengikut
undang-undang.” (Terjemahan per Raja Azlan Shah Pemangku
Hakim Besar Malaya (ketika itu), di dalam kes PENGARAH
TANAH DAN GALIAN, WILAYAH PERSEKUTUAN V SRI
LEMPAH ENTERPRISE SDN. BHD. [ 1979 ] 1 MLJ 135
yang dalam bahasa asalnya berbunyi–Every legal power
must have legal limits, otherwise there is dictatorship. In
particular, it is a stringent requirement that a discretion should
be exercised for a proper purpose, and that it should not be
exercised unreasonably. In other words, every discretion
cannot be free from legal restraint; where it is wrongly
exercised, it becomes the duty of the courts to intervene.
The courts are the only defence of the liberty of the subject
against departmental aggression. In these days when
Imej-ImejPengasingan Kuasa
Jabatan
Perdana
Menteri
xiv
“Parlimen-Parlimen, Eksekutif-Eksekutif dan
Kehakiman-Kehakiman di setiap negara
Komanwel adalah penggerenti-penggerenti di
dalam sfera kedaulatan undang-undang masing-
masing, penggalakan dan perlindungan hak-hak
asasi manusia dan pengukuhan pemerintahan
yang baik berasaskan kejujuran, kebolehpercayaan
dan kebertanggungjawaban di tahap tertinggi.”
(Terjemahan dari Prinsip-prinsip Komanwel
mengenai kebertanggungjawaban dan hubungan
antara tiga cabang Kerajaan yang dalam bahasa
asalnya berbunyi–
Each Commonwealth country’s Parliaments,
Executives and Judiciaries are the guarantors in
their respective spheres of the rule of law, the
promotion and protection of fundamental human
rights and the entrenchment of good governance
based on the highest standard of honesty, probity
and accountability.
— Commonwealth Principles on the
Accountability of and The Relationship between
the Three Branches
of Government)
government departments and public authorities have such
great powers and influence, this is a most important safeguard
for the ordinary citizen: so that the courts can see that these
great powers and influence are exercised in accordance
with law).
xv
“Apabila kita memperkatakan mengenai kerajaan mestilah
diingat bahawa ianya mengandungi tiga cabang, iaitu,
perundangan, eksekutif dan kehakiman. Mahkamah-
mahkamah mempunyai fungsi berperlembagaan untuk
dilaksanakan dan mereka juga penjaga Perlembagaan di
dalam terma dan struktur Perlembagaan itu sendiri; mereka
bukan sahaja mempunyai kuasa pentafsiran dan interpretasi
undang-undang tetapi juga kuasa semakan kehakiman -
suatu konsep yang mengepamkan setiap arteri
penghakiman berperlembagaan dan yang
tidak mengimplikasikan ketinggian hakim-
hakim di atas legislator-legislator tetapi
kedaulatan Perlembagaan di atas
kedua-duanya. Mahkamah-
mahkamah adalah pemutus yang
muktamad diantara individu dan
Negara dan antara individu dan
individu; dan di dalam menjalankan
peranan berperlembagaan mereka
mesti lah atas keperluan dan
pematuhan ketat kepada
Perlembagaan dan undang-undang
menjadi benteng terakhir terhadap
undang-undang yang menyalahi
perlembagaan atau tindakan pentadbiran yang
keterlaluan. Jika peranan kehakiman itu dihayati akan ketaralah
bahawa mahkamah-mahkamah mempunyai tanggungjawab
untuk dilaksanakan mengikut sumpah yang telah diambil
oleh hakim-hakim untuk mendukung Perlembagaan dan
bertindak mengikut peruntukan undang-undang. (Terjemahan
dari per Saleh Abas Ketua Hakim Negara dalam kes LIM
KIT SIANG v DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD [1987]
1 MLJ 383 yang dalam bahasa asalnya berbunyi–When we
speak of government it must be remembered that this
comprises three branches, namely, the legislature, the
executive and the judiciary. The courts have a constitutional
function to perform and they are the guardian of the Constitution
within the terms and structure of the Constitution itself; they
not only have the power of construction and interpretation
of legislation but also the power of judicial review - a concept
The
Palace of
Justice
xvi
“Kebebasan kehakiman adalah pra-syarat kepada
kedaulatan undang-undang dan jaminan asas
bagi perbicaraan yang adil. Oleh itu seseorang
hakim hendaklah mendukung dan mencerminkan
kebebasan kehakiman itu di dalam kedua-dua
aspek individu dan institusinya.”
(Terjemahan dari Prinsip-prinsip Bangalore
Mengenai Tatalaku Kehakiman yang di dalam
bahasa asalnya berbunyi–
Judicial independence is a pre-requisite to the
rule of law and a fundamental guarantee of a
fair trial. A judge shall therefore uphold and
exemplify judicial independence in both its
individual and institutional aspects
— The Bangalore Principles of
Judicial Conduct)
that pumps through the arteries of every constitutional
adjudication and which does not imply the superiority of
judges over legislators but of the Constitution over both. The
courts are the final arbiter between the individual and the
State and between individuals inter se, and in performing
their constitutional role they must of necessity and strictly
in accordance with the Constitution and the law be the
ultimate bulwark against unconstitutional legislation or
excesses in administrative action. If that role of the judiciary
is appreciated then it will be seen that the courts have a duty
to perform in accordance with the oath taken by judges to
uphold the Constitution and act within the provisions of and
in accordance with the law).
xvii
Bangunan Parlimen“Di dalam kes sekarang, kenyataan responden hendaklah
dibaca berlatarbelakangkan doktrin Pengasingan Kuasa antara
Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Fungsi Badan
Perundangan ialah untuk membuat undang-undang. Fungsi
Kehakiman ialah untuk mentafsirkan undang-undang (yang
dibuat oleh Parlimen) ketika itu dan tidak sebagaimana yang
Kehakiman mengingininya. (Terjemahan dari per Harun H.
(ketika itu), dalam kes LIM KIT SIANG v DATO SERI DR
MAHATHIR MOHAMAD [1987] 1 MLJ 383 di m.s. 385 yang
dalam bahasa asalnya berbunyi–In the instant case, the
statement of the respondent has to be read against the
background of the doctrine of the Separation of Powers
between the Legislature, the Executive and the Judiciary.
The function of the Legislature is to make laws. The function
of the Judiciary is to interpret the laws (made by Parliament)
as it stands and not as the Judiciary fancies it should be).
xviii
“Hubungan-hubungan antara parlimen dan
kehakiman hendaklah ditentukan oleh
penghormatan kepada tanggungjawab utama
parlimen untuk membuat undang-undang di satu
pihak dan tanggungjawab kehakiman untuk
pentafsiran dan pemakaian undang-undang di
pihak satu lagi.”
(Terjemahan dari Prinsip-prinsip Komanwel
mengenai Kebertanggungjawaban dan Hubungan
Antara Tiga Cabang Kerajaan yang di dalam
bahasa asalnya berbunyi–
Relations between parliament and the judiciary
should be governed by respect for parliament’s
primary responsibility for law making on the one
hand and for the judiciary’s responsibility for the
interpretation and application of the law on the
other hand.)
“Fungsi perundangan adalah tanggungjawab
utama parlimen sebagai badan yang dipilih
mewakili rakyat. Hakim-hakim boleh bersifat
membina dan mementingkan matlamat dalam
mentafsirkan undang-undang, tetapi tidak boleh
mengambil alih fungsi perundangan Parlimen.”
(Terjemahan dari Garis Panduan Rumah
Latimer untuk Komanwel Mengenai Kedaulatan
Parlimen dan Kebebasan Kehakiman yang di
dalam bahasa asalnya berbunyi–
The legislative function is the primary
responsibility of parliament as the elected body
representing the people. Judges may be
constructive and purposive in the interpretation of
legislation, but must not usurp Parliament’s
legislative function.
— Latimer House Guidelines for the
Commonwealth on Parliamentary Supremacy and
Judicial Independence)
top related