LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 - yuenchoon …yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2010/12/LAPORAN-AKTIVITI... · Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz v. Kekemasan Perlaksanaan
Post on 02-Feb-2018
255 Views
Preview:
Transcript
______________________________________________________________________________
LAPORAN AKTIVITI SUDUT INOVASI 2010 Nama Sekolah : SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG
Jenis : Sudut Inovasi Panitia Mata Pelajaran dan Pusat Sumber Sekolah
Tarikh : 8/2/2010 – 11/10/2010
Tempat : Lokasi yang telah ditetapkan – Rujuk Lampiran 1
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 (ditentukan oleh Panitia
Mata Pelajaran berkenaan)
Rasional : Mewujudkan kerjasama Panitia Mata Pelajaran ke arah pemantapan
proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.
Objektif : i. Memangkin proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.
ii. Mempromosi koleksi bahan P&P termasuk bahan bercetak PPS
secara produktif.
iii. Merancang bahan-bahan sokongan kepada bahan P&P yang
terpilih seperti soalan-soalan kuiz.
iv. Menetapkan kriteria-kriteria umum untuk pengurusan sudut
inovasi.
Kandungan : Sukatan Mata Pelajaran – ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran
Metadologi : Pendekatan Bersepadu / Integrasi dengan mata pelajaran
Kriteria : i. Label sudut inovasi
ii. Label tajuk / tajuk pameran
iii. Bahan pameran yang menepati tajuk
iv. Senarai bahan rujukan soalan-soalan kuiz
v. Kekemasan
Perlaksanaan : i. Bulan Januari : Menentukan lokasi dan kriteria kepada setiap
Panitia Mata Pelajaran.
ii. Bulan Februari – Oktober : Mempamerkan bahan-bahan pameran
dan mengemaskini bahan-bahan pameran dari semasa ke semasa.
iii. Bulan Julai & September : Memantau sudut inovasi supaya
mematuhi semua kriteria yang telah ditetapkan.
iv. Bulan Ogos: Tajuk sudut inovasi untuk panitia masing-masing
yang seragam telah dicetak dan dilekatkan ke atas sudut inovasi
masing-masing untuk menambahkan kekemasan dan kecantikan.
______________________________________________________________________________ v. Bulan November : Membuat dokumentasi dalam bentuk fotografi
dan laporan bertulis untuk simpanan dan rujukan.
Kekangan : Terdapat beberapa sudut inovasi mata pelajaran yang dipamerkan
tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Terdapat juga sudut inovasi yang tidak dikemaskinikan mengikut
tempoh yang telah ditetapkan.
Akan tetapi, kekerapan sudut inovasi dikemaskini telah
bertambah baik jika berbanding dengan tahun yang lalu selepas
peringatan telah dibuat dalam mesyuarat guru.
Pameran sudut inovasi yang tidak menarik menyebabkan pelajar
tidak merujuk kepada sudut inovasi tersebut.
Cadangan : Guru yang bertanggungjwab perlu menjelaskan kepada pelajar
dengan teliti mengenai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Guru juga perlu memantau hasil kerja pelajar supaya menepati
dan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Guru juga perlu memastikan pelajar untuk mengemaskinikan
sudut inovasi masing-masing dengan menukar bahan pameran
mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Guru perlu memantau pameran pelajar dan memberi cadangan
untuk meningkatkan daya tarikan sudut inovasi tersebut.
Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar
dalam proses pemilihan bahan pameran untuk memastikan
kesesuaian bahan.
______________________________________________________________________________ Ulasan Keseluruhan:
Walaupun sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran dijalankan sepanjang tahun dan setiap
tahun, namun masih terdapat guru dan pelajar yang tidak memahami perkara yang perlu
dilaksanakan oleh mereka. Justeru, sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran masih terdapat
kelemahan dan kekurangan dari pelbagai aspek. Pihak-pihak yang terlibat sepatutnya
melaksanakan tanggungjawab mereka dalam berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar-pelajar
yang lain menerusi pameran sudut inovasi yang telah dihasilkan. Oleh itu, bahan yang
dipamerkan perlu mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran
pembelajaran kendiri di kalangan pelajar dan menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu
yang boleh dikongsi dengan semua warga sekolah di sekolah ini. Oleh itu, pameran yang
menarik dan kandungan yang bersesuaian amatlah penting untuk menarik perhatian pelajar yang
berlalu di lokasi sudut inovasi. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat meneroka maklumat yang
dipamerkan dan juga menimbulkan keinginan mereka untuk turut menunjukkan kebolehan
mereka dalam mencari maklumat terkini dan membantu mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Usaha Panitia Pendidikan Moral harus dipuji dan diikuti oleh Panitia Mata Pelajaran yang
lain. Sejak tahu lalu, Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan pertandingan menghiasi papan
kenyataan mengikut kelas. Pemenang-pemenang pertandingan ini akan mengemaskini sudut
inovasi panitia Pendidikan Moral dengan hasil kerja mereka. Jadi, tindakan ini telah
menjimatkan masa guru-guru dan pelajar dalam memikirkan bahan-bahan yang perlu dipaparkan
di sudut inovasi setiap tiga bulan.
Sudut inovasi Panitia Mata Pelajaran bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama yang
baik antara Panitia Mata Pelajaran dengan Pusat Sumber Sekolah. Maka, adalah diharapkan
kekurangan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang sudut inovasi akan dapat diperbaiki dengan
kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak ini. Kekangan ini perlu diatasi supaya hasil
sudut inovasi yang terbaik dapat dipamerkan dan seterusnya memanfaatkan pelajar dan
membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan.
Disediakan oleh, _____________________ (CHEAH PHAIK HOON) Unit Sudut Inovasi & Literasi Maklumat.
Disahkan oleh, _________________ (Cik YEO ENG SIM) Pengetua SMJKPCPP
______________________________________________________________________________
Lampiran 1 – Lokasi Penempatan Sudut-sudut Inovasi A) Foyer
Pejabat A B
Bilik Guru Kanan
Bilik Kebajikan
C D E A - Sudut Inovasi Pendidikan Moral C, D, E - Sudut Inovasi 3 Bahasa B - Sudut Inovasi Pendidikan Sivik
B) Laluan Kedai Buku ke Tandas H I J K
Kedai Buku
H - Sudut Inovasi Matematik J - Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun I - Sudut Inovasi Sejarah K - Sudut Inovasi Ekonomi
C) Kantin
Bengkel Kemahiran Hidup Kantin Guru
L M
L - Sudut Inovasi PSS 1 M - Sudut Inovasi Kemahiran Hidup
______________________________________________________________________________
Lampiran 2 – Gambar-gambar Sudut Inovasi
Sudut Inovasi Sejarah Sudut Inovasi Perdagangan & Akaun
Sudut Inovasi Pendidikan Ekonomi Sudut Inovasi Matematik
______________________________________________________________________________
Sudut Inovasi Pendidikan Moral Sudut Inovasi Pendidikan Sivik
Sudut Inovasi Sains - Kimia Sudut Inovasi Sains - Fizik
______________________________________________________________________________
Sudut Inovasi Sains – Biologi
Sudut Inovasi Pendidikan Jasmani
Sudut Inovasi PSS
top related