Kepentingan Kepekaan Deria
Post on 26-Jan-2016
38 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
Kepentingan Kepekaan Deria
1.0 Kepentingan
• Membentuk persepsi mengenai sesuatu fenomena.
• Memproses maklumat yang diterima daripada rangsangan-rangsangan.
• Pembelajaran multi-sensor yang melibatkan aktiviti yang menggunakan semua deria sangat digalakkan.
1.1 Persekitaran
• Jensen (2000) percaya bahawa otak respons kepada pembelajaran persekitaran yang kaya melibatkan pelbagai deria.
• Oleh itu, kepekaan kepada persekitaran yang menggunakan pelbagai deria dapat meningkatkan pembelajaran.
Lawatan Sambil Belajar
• Kaedah ini dapat menstimulasikan pelbagai deria dalam pembelajaran.
• Cth : seorang kanak-kana dapat menghayati dan memahami flora dan fauna dengan lebih mendalam melalu lawatan ke taman botani.
• Kanak-kanak dapat menyentuh, membau, merasa, melihat dan mendengar suasana di persekitaran.
• Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti seni seperti melukis dan membentuk flora dan fauna melalu teknik corak seni visual, membuat pergerakan berirama yang menyerupai binatang yang dilihat serta menghasilkan bunyi.
Kesannya….
• Memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dengan stail pembelajaran yang pelbagai untuk menyertai pembelajaran dan meningkatkan kefahaman.
1.2 Perkembangan Nilai Estetik
• Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat aspek iaitu:
I. Daya instuisiII. PersepsiIII.Imaginasi IV.Konsep belajar.
i. Daya instuisi : kemampuan mendapat pengetahuan melalui gerak hati.
ii. Persepsi : satu proses kesedaran individu terhadap rangsangan dan menginterpretasi maklumat.
contohnya, apabilA terhidu bau wangi, otak akan membuat perkaitan dengan wanita atau bunga.
• Contoh seterusnya, seorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk siren ambulans, bunyi ini diamati dan dihantar ke otak untuk diproses.
iii. Imaginasi : daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.
iv. Konsepsi pelajar : membina hubungan sesuatu maklumat dalam bentuk konsep.
Contoh : memahami konsep tenaga boleh dipindahkan dan tidak boleh dihapuskan.
2.0 Cadangan Aktiviti • Cth : melawat satu tempat (kafeteria,asrama,makmal, taman, kilang, pantai) dan melaksanakan aktiviti tersebut.
i. Mendengar dan menghayati 3 bunyi dari persekitaran tersebut dan cuba menghasilkan semula bunyi tersebut dengan improvisasi muzik.
ii. Melihat dan menyentuh 3 bahan maujud dari persekitaran tersebut dan menghasilkan semula bahan tersebut secara kreatif.
iii. Melihat dan menghayati 3 jenis pergerakan dari persekitaran dan menghasilkan semula pergerakan tersebut secara kreatif dengan mengaplikasikan unsur-unsur pergerakan dalam tarian ataupun lakonan.
top related