Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya - Copy
Post on 07-Mar-2016
251 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
1
Isi Kandungan
Perkara Mukasurat
Abstrak 2
Pengenalan 3
Konsep Usahawan dan Peniaga Kecil 5
Teori dan Pendekatan Keusahawanan 6
Mitos Pembangunan Keusahawanan 9
Trend Terkini Keusahawanan 13
Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik 14
Kesimpulan 23
Rujukan 26
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
2
Abstrak
Tugasan ini membincangkan bab satu daripada modul Asas Keusahawanan BPME
1013. Bab ini meungkaikan pengenalan kepada Keusahawanan , Konsep Usahawan dan
Peniaga Kecil, Teori dan Pendekatan Keusahawanan, Mitos Pembangunan Keusahawanan,
Trend Terkini Keusahawanan dan tokoh usahawan yang berjaya sebagai contoh di dalam
tajuk Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik.
.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
3
ENTERPRENEUR DAN TOKOH USAHAWAN BERJAYA
(i) PENGENALAN.
Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan
individu tersebut menghadapi cabaran dan mengenal pasti sesuatu peluang dan seterusnya
merebut peluang tersebut. Ciri-ciri positif keusahawanan juga dipunyai oleh individu yang
berjaya dalam hidup. Individu ini terlibat dalam perniagaan usahawan dan berjaya
menyemarakkan ekonomi dan pembangunan.
Enterpreneur bermaksud Usahawan meupakan istilah yang dipetik daripada
perkataan bahasa Inggeris. Istilah dalam bahasa Inggeris ini berasal daripada istilah bahasa
Perancis, iaitu entreprendre yang bermaksud to undertake atau mencuba. Pada tahun
1725, perkataan entrepreneur yang digunakan oleh Richard Cantillon, seorang ahli
ekonomi, jelas mengaitkan istilah ini dengan kegiatan perniagaan.
Bahasa Melayu pula menyifatkan , istilah usahawan adalah daripada perkataan asal
usaha. Perkataan usaha adalah berkaitan dengan ciri-ciri daya upaya (ikhtiar, kegiatan,
perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu (Kamus
Dewan, 2000).
Ciri-ciri yang dimiliki oleh individu ini dikaitkan dengan ciri-ciri keusahawanan
termasuk daya usaha, motivasi, kreativiti, kepercayaan pada diri sendiri yang tinggi serta
keupayaan mengambil risiko. Di kalangan usahawan, ciri-ciri ini amat terserlah sekali. Ciri-
ciri ini juga dimiliki oleh individu yang berjaya, walaupun mereka tidak menceburkan diri
dalam bidang perniagaan.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
4
Keusahawanan adalah bidang baru tetapi telah berkembang dengan pesat semenjak
akhir 1970-an dan hanya beberapa buah universiti sahaja yang mengendalikan kursus dalam
bidang ini. Kini, kursus ini telah ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di
Amerika Syarikat. Universiti-universiti terkemuka di dunia juga turut menawarkan kursus
dalam bidang keusahawanan ini. Malahan bukan sahaja ditawarkan kepada pelajar bidang
perniagaan tetapi juga kepada pelajar bukan perniagaan.
Perkembangan bidang keusahawananan dapat dilihat dengan peningkatan jumlah
institusi pendidikan tinggi menawarkan ijazah khusus dalam bidang keusahawanan di
peringkat sarjana muda dan juga sarjana.
Selain itu bidang Keusahawanan ini memberi banyak manfaat kepada sesebuah negara
khususnya dalam sektor ekonomi. Pembangunan keusahawanan mempunyai manfaat yang
menyeluruh mahupun kepada individu, masyarakat dan negara. Bagi individu, yang
mempunyai ciri-ciri keusahawanan dapat membantu melahirkan individu yang berjaya kerana
ciri-ciri keusahawanan juga merupakan antara ciri positif yang dimiliki oleh individu yang
berjaya. Individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan mempunyai daya survival, daya
tahan dan daya saing yang tinggi.
Dalam masyarakat pula, berbudaya keusahawanan yang tinggi berjaya melahirkan
anggota masyarakat yang berdikari dan berjaya. Masyarakat yang berbudaya keusahawanan
dapat melahirkan ramai usahawan seterusnya memberi manfaat kepada negara dimana
Usahawan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara di
peringkat global. Mereka menghasilkan produk baru dan memasarkannya ke seluruh dunia.
Keusahawanan juga memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan yang terpinggir, sekali gus
dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan di kalangan kumpulan tersebut.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
5
(ii). KONSEP, USAHAWAN DAN PENIAGA KECIL
Keusahawanan meupakan bidang ilmu yang baru. Oleh kerana itu, para penyelidik dan
ahli akademik belum menentukan untuk menerima pakai satu konsep yang dapat diterima
oleh semua. Maka , tidak hairanlah keusahawanan sering disamakan dengan peniaga. Istilah
usahawan dan keusahawanan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa
erti yang berbeza. Seorang pekedai runcit yang berniaga secara kecil-kecilan juga disebut
sebagai usahawan. Dengan itu istilah keusahawanan, usahawan, peniaga kecil harus
diperjelaskan.
Usahawan dan Peniaga Kecil sememangnya sering dikaitkan dan disalah ertikan. Ini
kerana kedua-duanya wujud diatas satu landasan yang sama iaitu melalui dunia perniagaan
dan mempunyai motif untuk menjana pendapatan masing - masing. Selalunya peniaga kecil
hanya memfokuskan kepada satu bidang sahaja dan tidak menunjukkan ciri - ciri
keusahawanan yang tinggi.
Tetapi Usahawan agak berbeza. Ini kerana dalam ciri - ciri seorang usahawan yang
berjaya, mereka berani mengambil risiko untuk menceburi apa-apa jua bidang perniagaan
yang dirasakan boleh mendatangkan keuntungan. Pada mereka, segala peristiwa yang berlaku
samada baik atau buruk tetap mempunyai peluang ekonomi dan boleh diekplotasi untuk
memperolehi keuntungan.
Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk
mencipta dimana menanggung risiko besar di dlm equity, masa & komitmen kerjaya /
proses mencipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko
kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
6
Hanya bermula dengan idea , usahawan mampu membangunkan produk,
perkhidmatan atau proses yang boleh ditawarkan di pasaran. Seiring dengan perubahan
persekitaran, seseorang usahawan akan berhadapi dengan pelbagai,risiko dan cuba
mengubahsuai sistem syarikat mengikut permintaan semasa atau kehendak pasaran.
Seorang usahawan ialah individu yang mempunyai ciri peribadi keusahawanan yang
ketara. Seorang peniaga kecil mungkin mempunyai semua atau sebahagian daripada ciri-ciri
tersebut tetapi pada tahap yang tidak begitu ketara seperti yang dimiliki oleh usahawan.
(iii) TEORI DAN PENDEKATAN KEUSAHAWANAN
Kebanyakan kajian dalam bidang keusahawanan hanya membuat kajian dari satu sudut
bidang ilmu seperti ekonomi, sosiologi atau psikologi. Kajian dari beberapa sudut ilmu ini
jelas menunjukkan bahawa kajian dalam bidang keusahawanan memerlukan pendekatan
antara disiplin.
Ahli-ahli sains sosial telah berjaya mengemukakan beberapa teori dan model
keusahawanan. Ahli ekonomi, sosiologi dan psikologi merupakan tiga golongan utama dalam
sains sosial yang menjadikan keusahawanan dan usahawan sebagai bidang kajian. Pendekatan
kepada keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut makro dan sudut mikro.
Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan boleh dipecahkan kepada tiga, iaitu:
pemikiran aspek persekitaran; pemikiran aspek kewangan dan modal; dan pemikiran aspek
displacement atau anjakan. Aspek persekitaran menekankan pentingnya faktor persekitaran
ke atas keusahawanan (Van de Ven, 1993). Faktor ini boleh membantu atau membantut
pembangunan keusahawanan. Faktor persekitaran ini termasuk pengaruh institusi sokongan,
budaya dan individu tertentu serta lain-lain faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
7
kejayaan seseorang usahawan. Dari aspek Kewangan dan Modal pula, menekankan
pentingnya sokongan kewangan atau modal untuk menjamin kejayaan keusahawanan.
Sokongan kewangan atau modal dipandang amat penting dalam pembangunan keusahawanan.
Sokongan ini boleh berbentuk pinjaman untuk pembelian aset atau sumber, modal kerja atau
modal teroka.
Seterusnya adalah, Aspek Anjakan. Sudut ini mengambil pendekatan bahawa
seseorang individu akan menceburkan diri dalam keusahawanan apabila beliau diketepikan
daripada memilih atau mengikuti sesuatu kerjaya selain dari keusahawanan. Anjakan ini boleh
berbentuk anjakan politik, anjakan budaya dan anjakan ekonomi.
Melalui aspek - aspek ini maka wujulah satu dunia baru di mana, para usahawan
mewujudkan peluang pekerjaan misalnya. Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk
bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja. Selain itu, Penggunaan
sumber tempatan atau barangan buatan tempatan juga akan meningkat dimana keperluan
perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi.
Ini meningkatkan pendapatan penduduk.Sekaligus, menjana ekonomi yang sihat. Seorang
usahawan yang hendak berjaya pasti akan memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan
baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau
mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada.
Selain itu, semangat keusahawanan ini akan menjadi sumber inspirasi atau model
kepada masyarakat dengan memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan
baru. Daripada elemen - elemen dalam aspek-aspek makro ini juga, dapat melahirkan
usahwan yang boleh membangunkan industri sokongan yang dapat membantu
mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui
pembabitan bumiputera dalam perdagangan.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
8
Dari sudut mikro pula, melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh
seseorang. Ciri-ciri ini didapati mempengaruhi kejayaan seseorang dalam keusahawanan. Di
antara ciri-ciri tersebut ialah motivasi ke arah kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan
pengetahuan teknikal. Ciri-ciri ini dikatakan amat ketara di kalangan usahawan yang berjaya
(Shaver dan Scott, 1991). Pendekatan tersebut secara berasingan telah didapati sukar untuk
membangun keusahawanan khususnya di peringkat memulakan perniagaan.
Justeru, Gartner (1985) mencadangkan empat aspek penting dalam pembangunan
keusahawanan, iaitu individu yang menceburkan diri dalam perniagaan, organisasi yang
dipilih untuk memulakan perniagaan, persekitaran di sekeliling yang mempengaruhi
perniagaan dan proses serta tindakan yang diambil oleh individu tersebut semasa memulakan
perniagaan, persekitaran, proses dan organisasi.
Dari sudut ini juga dapat melihat masalah sebagai peluang untuk mewujudkan idea
perniagaan yang bernas. Mengurus faktor pengeluaran seperti modal, aset dan sumber
manusia dengan cekap untuk tujuan aktiviti pengeluaran hasil. Menangani risiko kegagalan
bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan berkembang. Memaksimumkan
keuntungan-Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti peluang atau cara-cara bagi
memaksimumkan keuntungan perniagaannya.
Meningkatkan produktiviti-Usahawan sentiasa mencari atau mengenalpasti cara-cara
bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran produknya. Melatih pekerja-Usahawan melatih para
pekerjanya dengan menghantar pekerjanya menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan
kerja. Menjana idea perniagaan-Usahawan sentiasa mencari dan menjana idea perniagaan bagi
meningkatkan keuntungan. Meminimumkan kos-Usahawan sentiasa mencari dan
mengenalpasti cara-cara meminimumkan kos dan seterusnya akan meningkatkan untung.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
9
(iv). MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Selain itu, terdapat beberapa mitos yang dikaitkan dengan pembangunan usahawan.
Stereotaip mengenai usahawan adalah banyak. Begitu juga dengan mitos pembangunan
keusahawanan. Mitos ini timbul kerana mereka kurang mendalami penemuan atau hasil
penyelidikan dalam pembangunan keusahawanan. Berikut ialah beberapa mitos umum dan
mitos spesifik yang utama serta realitinya yang berasaskan penyelidikan.
Pertama adalah, Usahawan ialah pelaksana bukan pemikir. Realitinya, Walaupun
usahawan berkecenderungan dan pantas untuk bertindak tetapi mereka juga adalah pemikir,
perancang dan berhati-hati. Kerana itu setiap langkah permulaan terhadap keusahawan
mereka diperlukan untuk membina pelan perniagaan yang baik dan matlamat mudah dicapai.
Kedua, Usahawan dilahirkan bukan diwujudkan. Realiti, Mitos ini mengambarkan
usahawan memang dilahirkan semulajadi, keusahawanan tidak boleh dipelajari. Tetapi pada
masa ini keusahawan diwujudkan dengan kaedah dan model, perlu melalui proses kemahiran,
belajar melalui kajian kes dan pengetahuan dari bengkel dan seminar keusahawanan.
Ketiga, Usahawan mestilah pencipta (inventor). Kekeliruan ini selalu terjadi,
sebenarnya untuk menjadi usahawan pelbagai peluang boleh diraih. Apa yang perlu adalah
kebolehan dalam mengenalpasti peluang dan kreativiti. Ada manusia yang inovatif tetapi
mereka bukan usahawan, contohnya para penyelidik dari organisasi kerajaan atau universiti.
Keempat, Usahawan tidak mementingkan pelajaran dan sosial. Mitos ini diadaptasikan
dari rekod kejayaan usahawan yang wujud dari kegagalan pelajaran tapi berjaya dalam
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
10
perniagaan. Tetapi ketika ini para usahawan dilihat sebagai role-model, mereka berjaya dalam
bidang pelajaran, menjadi pemimpin masyarakat dan sebagai pemangkin ekonomi negara.
Kelima, Mesti memenuhi ciri-ciri atau karektor keusahawan. Ada orang mengariskan
berbagai ciri-ciri dalam diri bagi menjadi usahawan. Tetapi adakah semua manusia boleh
memenuhi semua sifat tersebut. Ciri-ciri ini telah dikumpulkan oleh para penyelidik dari
berbagai sumber dan sudah pasti bukan berdasarkan atas diri seorang usahawan. Ciri utama
usahawan adalah bersedia untuk mengambil risiko dan memantapkan motivasi diri.
Keenam, Usahawan bergantung pada wang. Benar, untuk menjalankan perniagaan
usahawan memerlukan wang. Tetapi banyak perniagaan yang gulung tikar disebabkan
kegagalan untuk mengurus kewangan dengan baik. Selain dari itu tiada kemahiran dalam
pengurusan, tiada pengetahuan dalam pelaburan, lemah dalam pengurusan keawangan dan
pelan perniagaan yang tidak strategik juga penyumbang kepada kegagalan perniagaan.
Ketujuh, Usahawan bergantung pada nasib. Selalu kita dengar kata-kata ini "berlaku
pada masa yang betul dan pada tempat yang betul". Sebenarnya nasib boleh berlaku jika
persediaan cukup untuk mengarap peluang. Persediaan terhadap keusahawanan adalah yang
terbaik untuk mencapai kejayaan. Apa yang tersembunyi dibelakang nasib itu adalah
persediaan, pengetahuan, keazaman, kemahuan dan inovatif.
Kelapan, Perniagaan tidak tersusun dan kacau bilau. Mitos ini adalah datangnya dari
mereka yang langsung tidak mengetahui selok-belok perniagaan, mereka hanya membuat
tanggapan.
Sebenarnya usahawan bergerak dari berbagai sudut, mereka sentiasa melihat banyak
peluang didepan mata maka mereka kelihatan seperti tidak terurus atau tidak terkawal.
Sebenarnya mereka mempunyai matlamat dan sistem yang kadangkala boleh dihuraikan
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
11
kadangkala tidak. Maka dari kacamata orang luar ianya kelihatan amat janggal sekali, tetapi
usahawan berjaya dengan cara mereka.
Sembilan, Usahawan adalah ibarat ahli judi yang mengambil risiko tinggi. Dalam
hidup memang ada risiko. Dalam proses keusahawanan, memang usahawan terpaksa
menempuh risiko. Walau bagaimanapun, usahawan yang berjaya didapati amat berhati-hati
dalam mengambil risiko dan risiko yang diambil oleh beliau sudah dikiranya. Dalam usaha
untuk mengurangkan risiko yang akan beliau hadapi, usahawan tersebut akan mencari
maklumat dan membuat perancangan sebelum mengambil sesuatu tindakan. Ini bermakna
usahawan mengambil risiko tetapi yang sudah dihitungnya masak-masak terlebih dahulu.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan!. Oleh itu, usahawan sering mengamalkan peribahasa
Sediakan payung sebelum hujan.
Dan akhir sekali adalah, Memulakan sesebuah perniagaan mempunyai risiko dan
sering berakhir dengan kegagalan. Usahawan yang dapat mengenal pasti dan menilai peluang
perniagaan yang baik dengan dibantu oleh pengalaman dan pendidikan dapat menarik sumber
manusia dan sumber kewangan yang sesuai. Usahawan ini sering mencapai kejayaan dalam
perniagaan dengan berkongsi risiko bersama pemberi modal teroka. Dalam keusahawanan,
perniagaan mungkin gagal tetapi usahawan tidak. Kegagalan akan menyemarakkan semangat
untuk berjaya. Pengalaman dalam kegagalan ini akan membuatkan usahawan lebih kental dan
masak untuk menempuh liku-liku keusahawanan.
Dalam aspek perniagaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, beberapa mitos sering
diketengahkan. Antara mitos spesifik mengenai perniagaan pertumbuhan tinggi (high growth)
ialah Mitos 1: Mengambil risiko yang tinggi, Risiko ialah sebahagian daripada perniagaan.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
12
Memulakansebarang jenis perniagaan akan mendatangkan risiko, sama ada kecil atau besar
kepada kehidupan seorang usahawan.
Risiko yang dihadapi oleh usahawan teroka baru akan memberi tekanan ke atas famili,
imej diri dan juga kedudukan kewangan usahawan tersebut. Namun demikian, kajian
menunjukkan tahap risiko tertinggi (yang boleh diukur) yang dihadapi oleh pengasas
perniagaan, iaitu dalam aspek kewangan dan keprofesionalan bukan di tahap memulakan
perniagaan kerana mereka sering mendapatkan orang lain atau organisasi lain menanggung
sebahagian besar daripada beberapa risiko pada awal perniagaan.
Mitos 2: Mencipta teknologi tinggi Inovasi penting kepada perniagaan. Namun
demikian, kajian mendapati ciptaan baru, keluaran produk yang unik atau proses pengeluaran
yang luar biasa bukanlah satu kemestian kepada kebanyakan perniagaan yang berjaya. Dalam
banyak keadaan perniagaan yang berjaya telah menghasilkan kelainan dan mengekalkannya
dengan kerap membuat peningkatan satu tapak di hadapan saingannya.
Pemasaran yang kuat sering menjadi kunci utama. Kualiti, fleksibiliti, kemampuan
memenuhi kehendak pelanggan lebih penting daripada sama ada perniagaan tersebut telah
mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang unik.
Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang lama dalam industri yang diceburi. Hasil
kajian mendapati bahawa kebanyakan pengasas mungkin menimba pengalaman melalui
proses penerokaan bidang baru.
Jika dilihat kembali sangkalan mitos - mitos diatas, anda akan dapati semua sangkalan
tersebut menyebut tentang ilmu keusahawan, berpengetahuan dari merancang perniagaan,
strategi perniagaan, inovatif dan perlu cepat mengambil peluang. Semua perkara ini perlu
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
13
dipelajari dahulu agar setiap usahawan dapat menangani setiap isu didalam perniagaan yang
dijalankan dengan teratur dan terancang.
(v). TREND TERKINI KEUSAHAWANAN
Skop keusahawanan sudah merentasi kelompok yang diberi tumpuan awal seperti
perniagaan kecil dan mereka yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Pada masa
ini bidang keusahawanan memperluaskan skopnya dengan mencakupi aspek-aspek seperti
Intrapreneurship, Keusahawanan sosial (social entrepreneurship) dan Francais.
Satu lagi trend Keusahawanan yang terkini dan sedang berkembang luas di serata
dunia adalah, E-dagang. E-dagang telah mendatangkan hasil jualan yang memberansangkan
kepada negara maju dan membangun. E-dagang ialah pelaksanaan aktiviti pemasaran,
promosi, belian dan jualan produk atau perkhidmatan melalui ICT, terutamanya melalui
internet.
Kaedah ini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi produk atau
perkhidmatan secara meluas di dalam dan luar negara melalui internet. Penggunaan e-dagang
ini memberi peluang yang lebih luas untuk melaksanakan perniagaan. Di samping peluang
yang luas terbuka, e-dagang juga tidak terkecuali daripada cabaran seperti menangani masalah
keselamatan melalui urus niaga elektronik dan gejala lain yang tidak sihat yang boleh
dilakukan kepada perniagaan secara on-line.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
14
(vi). CONTOH TERBAIK ADALAH DARIPADA YANG TERBAIK.
TAN SRI ROBERT KUOK
Kita boleh contoh yang nyata disekeliling kita seperti orang terkaya di negara kita
ketika ini iaitu Tan Sri Robert Kuok atau pun yang lebih dikenali dengan Raja Gula. Nama
penuh beliau ialah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien. Beliau di lahirkan pada 6 Oktober 1923
di Johor Bharu , Johor. Permulaan kerjaya beliau hanyalah bermula sebagai budak pejabat di
sebuah syarikat. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga bersaudara. Berkahwin dengan
Ho Poh Lin dan mempunyai lapan orang anak
Beliau merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya. Bermula dengan
mendiang bapa beliau, dia dan dua saudara lelakinya meneruskan usaha mendiang bapanya
dan telah mengasaskan Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949 ( perdagangan komoditi
pertanian). Di bawah kerajaan baru pasca-kolonial ini, Kuok mula dalam perniagaan gula
dengan pemerintah. Kuok BrotherS Sdn Bhd, pengusahaan gula dalam bidang pertanian iaitu
menanam tebu. Menjadi pembekal kepada kerajaan.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
15
Bapanya Kuok Keng Kang adalah berasal dari Fujian China. Beliau telah tiba di Tanah
Melayu pada awal abad ke 20 dan membentuk Tong Seng Company di Johor selepas
memperoleh lesennya daripada Sultan Johor ketika itu. Syarikat Tong Seng sangat masyur
dalam bidang pengedaran beras , gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan
sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000
tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat dan telah meninggal dunia pada 1948.
Mempunyai ciri - ciri sebagai seorang usahawan yang sangat tinggi. Selepas tamat
pengajian, beliau bekerja dengan konglomerat industri Jepun, Mitsubishi Dhoji Kisha antara
1942 dan 1945 yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan
keluarganya , beliau telah mencontohi hubungan rapat bapanya dengan pemimpin Melayu
Johor ketika itu.
Beliau menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan
kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing . Pada tahun 1961,
beliau membuat rampasan kuasa dengan membeli gula murah dari India sebelum harga
melonjak.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
16
Malayan Sugar Manufacturing Company ( 1958 ) - dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha
Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing
Pada 1964, Kilang gula pertama Malaysia ditubuhkan dengan mendapat kuasa
monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara iaitu Perlis
Plantation di tanah kerajaan dengan bantuan FELDA dan telah mengembangkannya ke
Indonesia pada tahun 1970-an serta terus menjadikannya salah seorang pedagang utama gula
dunia.
Ladang Tebu - Perlis
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
17
Ladang Kelapa Sawit - Wilmar, Singapore
Beliau terus melabur dengan banyak dalam kilang penapisan gula, 80% daripada
pasaran gula Malaysia yang dikawal dengan pengeluaran 1.5 juta tan, bersamaan dengan 10%
daripada pengeluaran dunia, dan sebagainya yang diperolehi nama samaran "Gula Raja Asia".
Kejayaannya telah mendorong kerajaan meminta bantuan untuk menubuhkan
Malaysia Singapore Airline ( MSA ) pada lewat 1960 an serta syarikat perkapalan ulung
negara iaitu Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 . ( kini ialah MISC )
Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan
Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
18
PENGEMBANGAN EMPAYAR
`Orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok sering di rujuk sebagi Raja
Gula tetapi sebaliknya menyukai Hotel King dan percaya ianya hanya kemasyuran
palsu.
Saya suka hotel tetapi perkataan Raja hanya palsu
Tan Sri Robert Kuok CCTV
Temubual dengan China Central Telivisyen
Walaupun mendapat jolokkan sebagai Raja Gula, tetapi beliu sebenarnya lebih
menggemari dengan gelaran Hotel King. Ini kerana beliu amat menyukai bidang itu, Oleh
kerana itu beliau telah mengembangkan kerjayanya dari usahawan gula tersohor kepada
bidang perhotelan.
Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya amat terserlah dalam dirinya. Tidak
menumpukan pada satu jenis perniagaan baliau mengembangkan empayarnya dalam bidang
perhotelan, hartanah , serta media. Pada 1971, beliau membina Shangri-La Hotel yang
pertama , di Singapura
.
Shangri-La Hotel - di Singapura
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
19
Pada tahun 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke
Hong Kong kerana sebab-sebab cukai dan pada tahun 1977 pula , merupakan pelaburan awal
beliau di Hong Kong apabila beliau mengambil alih sebidang tanah yang baru ditambak Tsim
Sha Tsui Timur tepi laut, dan beliau membina hotel yang kedua, Kowloon Shangri-La.
Kowloon Shangri-La Hong Kong
Filipina
Singapore
Malaysia
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
20
Tetapi ada juga mengandaikan, bahawa wujudnya persaingan sengit di kalangan
usahawan Melayu dan Cina di Malaysia di samping memelihara kepentingan beliau sendiri.
Di Hong Kong juga , beliau telah menubuhkan Kerry Trading Company dan
melangkah dalam bidang media serta hartanah.. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat
terbitan awam Hong Kong termasuklah South China Morning Post ( SCMP ).
South China Morning Post ( SCMP ).
Rupert Murdoch Tan Sri Robert Kuok
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
21
Bukan itu sahaja akhbar berbahasa Inggeris terunggul juga dibelinya dari Rupert
Murdoch pada 1993 serta mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Melalui SCMP
beliau mengambil alih tve Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan
penerbitan dengan RM570 juta ( AS$150 ) pada tahun 1996.
Dan pada ketika itu beliau juga merupakan ahli perniagaan Asia pertama membina
rangkaian hotel lima bintang ( Shangri- La ). Di situ beliau mengembangkan lagi empayarnya
dengan beralih ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah,
hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.
Kini, beliau adalah di antara usahawan negara yang paling berjaya setalah
mengekalkan kedudukan teratas dalam carta jutawan negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
Dengan sikap yang berani mengambil risiko di kala orang lain teragak-agak beliau
memberanikan diri untuk melabur di negara yang sedang bergolak seperti Indonesia pada
tahun 1960-an dan Filipina pada 1980-an dan hasilnya belaiu berjaya mengukuhkan hubungan
dengan pihak berkuasa terbabit sejak empat dekat lalu.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
22
DI ANTARA MERCU TANDA KEJAYAAN BELIAU
History Supreme - Kapal Peranginan Mewah bersalut emas, peribadi milik beliau diantara hasil kejayaannya.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
23
(vii). KESIMPULAN.
Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu adalah masih muda usianya. Program
keusahawanan adalah bidang baru di institusi pendidikan tinggi. Pada tahun 1970-an, hanya
beberapa buah universiti yang menawarkan program keusahawanan. Pada masa kini, program
keusahawanan telah ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika Syarikat.
Universiti-universiti ini termasuk universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Walau
bagaimanapun, mitos mengenai pembangunan keusahawanan masih dibincangkan. Mitos ini
timbul kerana kurang mendalami penemuan penyelidikan mengenai pembangunan
keusahawanan. Penyelidik dari berbagai disiplin telah menunjuk minat yang mendalam
kepada bidang ini termasuk ekonomi, psikologi dan sosiologi.
Keusahawanan boleh dilihat dari aspek makro dan juga mikro. Walau bagaimanapun,
pendekatan antara disiplin yang paling sesuai. Trend dan perkembangan bidang
keusahawanan boleh dilihat menerusi perkembangan skop dan penggunaan ICT dalam
perniagaan.
Selain itu terdapat kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya. Dalam dunia
keusahawanan terdapat berbagai peluang yang tiada batasan. Kerjaya dalam keusahawanan
tidak menghadkan bilangan individu untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Mempunyai
pemilikan perniagaan atau organisasi sendiri. Usahawan mempunyai kawalan terhadap
halatuju perniagaan dari segi ,Fleksibiliti dalam melakukan pekerjaan, Tanggungjawab
terhadap kerja, Sasaran pencapaian, penggunaan sumber, dan faedah.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
24
Punca pendapatan atau ganjaran. Kedudukan kewangan merupakan satu pengukur
kejayaan. Usahawan boleh memaksimumkan keuntungan dengan menggemblengkan sumber
yang dimiliki dan menjadi pendorong untuk bekerja bersungguh-sungguh. Membaiki status
diri dan masyarakat. Kedudukan kewangan seseorang usahawan meningkatkan reputasi dan
statusnya di kalangan masyarakat.
Peluang mewariskan kerjayanya dimana perniagaan dapat diteruskan oleh waris
walaupun usahawan telah meninggal dunia. Di Malaysia, pula Pembangunan Keusahawanan
bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan
pedagang asing. British telah menukarkan struktur sosial dgn mjlnkan pemerintahan Pecah &
Perintah. iaitu kaum Melayu sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina disektor
perlombong dan berniaga, India disektor perladangan.
Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum
Melayu dan kaum India. Selepas kemerdekaan, kerajaan telah mengfokuskan kepada
keusahawanan sehinggalah sekarang.
DEB (1971-1990), Dasar Pbangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020, semua
pihak mengalakkan & mberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan telah mberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh
menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kem.
Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang memgawal & mempromosi pembangunan
keusahawanan & kini tlh ditukar kepada Kem. Pembangunan Keusahawanan & Koperasi.
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN
25
Dengan ciriciri keusahawanan yang dimiliki, mereka sentiasa mencuba untuk
menukar sesuatu idea kepada satu realiti yang boleh mendatangkan keuntungan kepada din
mereka khususnya dan organisasi amnya.
Oleh itu, sesebuah organisasi korporat mestilah memberi pengiktirafan yang tinggi
kepada usahawan korporat yang mempunyai ciri-ciri seperti mahukan kebebasan, tidak terikat
kepada struktur hierarki dan polisi syarikat, sanggup menerima risiko secara sederhana dan
tidak berminat dengan amalan birokrasi.
Antara kepentingan yang akan diperoleh dalam membangunkan usahawan korporat
ialah menolong mengintegrasikan aktiviti-aktiviti sekunder, merealisasikan keperluan secara
fleksibiliti dan inovatif bagi unit aktiviti-aktiviti sekunder, menolong memendekkan masa
bertindak balas, mengelakkan kecenderungan untuk berkompromi, membantu syarikat untuk
mengadaptasikan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar. membolehkan
syarikat mempelbagaikan perniagaannya dan memberi peluang kepada syarikat untuk
membuat percubaan pasaran.
Penulis dan pengkaji - pengkaji dalam bidang keusahawanan tidak lari dari perkataan -
perkataan - perkataan seperti; Risiko dan ketidaktentuan, inovasi, kreatif,mengenal pasti
peluang, keuntungan,kemahiran & pengetahuan. Ini kerana sememangnya untuk menjadi
usahawan yang berdaya saing yang tinggi harus ada elemen - elemen tersebut.
.
top related