webmpm.mpm.edu.mywebmpm.mpm.edu.my/perisian/9424_manualKK_17p3/SKRIP CONTO… · Hal ini disebabkan oleh perbezaan antara ciri -ciri budaya dan juga ... UMUR LELAKI PEREMPUAN ...
Post on 11-Feb-2018
251 Views
Preview:
Transcript
2
1.0 PENGENALAN
Penduduk bermaksud manusia yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Terdapat juga
pengertian lain tentang penduduk antaranya ialah penduduk ialah mereka yang mendiami
sesuatu tempat dalam wilayah tertentu dengan tanpa melihat status kewarganegaraan yang
dianut oleh orang tersebut . Selain itu, penduduk juga komponen yang sangat penting dalam
sesuatu wilayah dan juga negara.
Penduduk akan dianggap sebagai sumber jika dapat menyumbang atau menjana kepada
pembangunan negara. Penduduk juga dibahagi kepada beberapa kategori antaranya ialah
penduduk produktif, belum produktif, dan tidak lagi produktif yang mana berkait rapat
dengan umur penduduk. Penduduk dalam kategori 19 tahun kebawah dianggap belum
produktif kerana tidak terlibat dalam kegiatan ekonomi dan masih ditanggung oleh keluarga.
Taburan penduduk dapat ditakrifkan sebagai sebaran atau agihan penduduk diatas muka
bumi yang tidak sekata. Corak atau pola taburan ialah satu susunan petempatan bentuk
petempatan yang terhasil akibat agihan penduduk. Maka akan terhasilah petempatan berpusat,
berselerak dan berjajar. Taburan penduduk di Asia Tenggara berbeza dengan taburan
penduduk di kawasan lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan antara ciri-ciri budaya dan juga
fizikal.
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada empat objektif iaitu:
1. Mengenalpasti struktur dan komposisi penduduk.
2. Membina jadual yang menunjukkan struktur penduduk dan komposisi penduduk.
3. Menjelaskan ciri-ciri penduduk berdasarkan graf piramid penduduk
4. Menghuraikan kesan komposisi penduduk di kawasan kajian.
Melalui kajian ini, pengkaji bersyukur dapat menyelesaikan objektif kajian dalam menjadikan
faktor utama dalam kajian ini.
4
3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN
Ciri-ciri fizikal di kawasan kajian:
Kampung Limau Hantu merupakan kawasan pedalaman sedikit dan jauh dari bandar iaitu
Machang. Penduduk kampung ini menggunakan sebaik mungkin kawasannya untuk aktiviti
pertanian terutamanya untuk penanaman padi sawah. Hampir keseluruhan penduduknya
merupakan seorang petani dan bekerja sebagai pesawah. Namun bukan itu sahaja, kampung
ini juga menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung jiran yang lain seperti Kampung Pak
Roman, Kampung Tandak, Kampung Lubuk Bunut, Kampung Chanor dan Kampung Pangkal
Kuang. Hal ini kerana kampung ini terletak di tengah-tengah kawasan mukimnya, Jadi ia
amat strategik untuk bercucuk tanam dan memudahkan jentera-jentera pertanian untuk
memasuki kawasan ini. Kampung ini juga mempunyai ciri-ciri tanih yang sesuai untuk
penanaman kelapa sawit dan getah seperti Aluvium, Laterit dan Gambut. Tetapi penanaman
padi sawah lebih dominan berbanding penanaman kelapa sawit dan getah. Hal ini kerana ciri
fizikal yang dapat kita lihat di kampung ini ialah kawasan yang berbentuk tanah pamah di
samping mempunyai saliran dari anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Sat. Sungai ini
memberikan sumbangan yang besar untuk menyalurkan air ke petak-petak sawah padi. Oleh
sebab itu penanaman padi adalah yang lebih sesuai berbanding penanaman Kelapa sawit dan
getah kerana seperti yang kita ketahui padi sawah memerlukan lebih banyak air berbanding
penanaman padi bukit. Selain itu, ciri fizikal yang terdapat di kampung ini juga ialah bukit.
Sepanjang kawasan penanaman padi ini terdapat bukit yang mengindahkan lagi pemandangan
di waktu petang.
5
Ciri Budaya yang terdapat di kawasan kajian:
Kampung Limau hantu juga mempunyai kawasan petempatan yang terdiri daripada 60
buah rumah yang mempunyai penduduk seramai 315 orang.Kebanyakan penduduk di
Kampung Limau Hantu akan menghabiskan masa ke bendang bagi mencari sumber
pendapatan. Selain itu, di kampung in juga mendapat kemudahan pengangkutan seperti jalan
raya. Pembinaan jalan raya menyusuri kawasan penanaman padi memudahkan para petani
membawa masuk jentera menuai padi dan membajak tanah. Penduduk kampung ini
keseluruhannya ialah penganut agama islam oleh sebab itu di kampung ini terdapat masjid
yang dikenali sebagai masjid Mukim Limau Hantu. Akhir sekali , kampung ini juga
berhampiran dengan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pak Roman. Sekolah ini
menjadi tempat pengajian anak-anak para petani kerana hampir dan memudahkan mereka
untuk menghantar anak-anak dan mengambilnya bila tamat waktu persekolahan.
6
PETA DAERAH MACHANG
Peta 1: Lokasi kajian penduduk dalam Daerah Machang, Kelantan
7
Peta 2: Peta lakaran Bandar Pasir Mas
4.0 KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci tentang kajian yang ingin dijalankan. Melalui kaedah ini, pengkaji telah
mendapati banyak maklumat penting untuk menjalankan penyelidikan ini. Terdapat beberapa
kaedah yang telah pengkaji gunakan semasa penyelidikan dijalankan antaranya ialah
kaedah soal selidik, pemerhatian dan perpustakaan.
8
Kaedah Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah kaedah utama yang pengkaji gunakan dalam kajian ini bagi
mengenalpasti umur, jantina dan juga bilangan isi rumah dikawasan kajian. Kaedah soal
selidik memudahkan proses bagi mendapatkan data bagi menjalankan sesuatu kajian
terutamanya melibatkan masyarakat. Dengan mengunakan kaedah soal selidik memudahkan
proses memungut data kerana penyelidik boleh terus kepada responden bagi mendapatkan
maklumat yang diinginkan. Dalam kaedah soal selidik, pengkaji telah menyediakan borang
soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji menyatakan beberapa soalan yang
dikehendaki dalam mengenalpasti struktur dan komposisi penduduk antaranya ialah soalan
tentang jantina, umur, bangsa dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di
kawasan kajian. Penggunaan borang soal selidik telah memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat tentang umur penduduk bagi melukis piramid penduduk. Melalui
kaedah ini, pengkaji telah memperoleh maklumat yang betul daripada penduduk dikawasan
kajian dan maklumat tersebut telah banyak membantu pengkaji dalam menjalankan kajian
pengkaji.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik dalam
mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini turut memberi
gambaran tentang perkara yang berlaku di kawasan kajian untuk memudahkan pengkaji
menjalankan penyelidikan. Kaedah ini digunakan untuk meninjau kawasan kajian yang
ingin dikaji tentang struktur dan komposisi penduduk di Kg Limau Hantu. Kaedah ini
dijalankan menggunakan beberapa peralatan yang sesuai untuk mengambil beberapa
gambar yang diperlukan oleh pengkaji melalui kamera. Penggunaan kamera dapat
9
menjelaskan lagi keadan yang berlaku di kawasan Kg Limau Hantu. Penggunaan kaedah ini
juga dapat membantu penyelidik untuk mendapatkan keadaan yang sebenar tentang
kawasan Kg Limau Hantu terutamanya dari segi komposisi penduduk iaitu umur, jantina,
bangsa dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kg Limau Hantu.
Kaedah Perpustakaan
Dalam menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah merujuk beberapa bahan rujukan bagi
menambahkan lagi maklumat untuk menghasilkan sebuah kajian yang lengkap. Antara
bahan rujukan yang pengkaji gunakan ialah dengan melayari laman web internet untuk
memperbanyakkan lagi maklumat yang diperolehi mengenai kawasan Kg Limau Hantu.
Pengkaji juga turut memuat turun bahan-bahan tersebut sebagai bahan rujukan. Selain itu,
pengkaji telah menjalankan kaedah penyelidikan perpustakaan iaitu dengan mengunjungi
perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu perpustakaan Tuanku Bainun bagi
mendapatkan maklumat tambahan dengan kepelbagaian sumber yang terdapat di
perpustakaan tersebut, seperti buku ilmiah, akhbar dan majalah akan memudahkan lagi
untuk pengkaji menjalankan kajian ini. Segala maklumat yang kami dapat kumpulkan sangat
berguna kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian pengkaji tentang struktur dan komposisi
penduduk di Kg Limau Hantu. Sememangnya kaedah perpustakaan banyak membantu
pengkaji dalam menyelesaikan kajian di kawasan Kg Limau Hantu bagi mengenalpasti
struktur dan juga kompisisi penduduk.
10
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
a)Membina jadual yang menunjukkan struktur penduduk.
Hasil daripada kaedah kajian yang pengkaji gunakan. Pengkaji telah berjaya memperoleh
data tentang penduduk kampung Limau Hantu. Jadual di bawah menunjukkan umur
penduduk Kg Limau Hantu mengikut jantina.
JADUAL STRUKTUR UMUR PENDUDUK KG LIMAU HANTU
UMUR LELAKI PEREMPUAN
0-4 18 19
5-9 17 18
10-14 15 16
15-19 13 15
20-24 12 13
25-29 11 12
30-34 11 11
35-39 11 11
40-44 10 10
45-49 9 10
50-54 8 9
55-59 8 9
60-64 7 8
65-69 6 6
70-74 4 5
75-79 3 4
11
80-84 2 2
JUMLAH 149 167
12
b)Melukis piramid penduduk dikawasan kajian
i) GRAF PIRAMID PROGRESIF
Skala = 2cm : 5 orang penduduk.
13
c) Menjelaskan bentuk dan ciri yang membentuk piramid penduduk
Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar
atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk
piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.
Graf diatas menunjukkan tapak piramid yang lebar. Ini mnunjukkan bahawa kadar
kelahiran di Kg Limau Hantu adalah tinggi dan menunjukkan kadar kelahiran yang
meningkat. Manakala kadar kematian di kampung tersebut semakin merosot dan juga
menurun. Ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan dan amalan perancan keluaraga
yang dibuat kurang berkesan.
Kebanyakan penduduk wanita di Kg Limau Hantu masih lagi mengamalkan amalan
perkahwinan di peringkat umur yang muda yang telah banyak meningkatkan tahap fertiliti
wanita dan seterusnya menambah kelahiran.
Graf piramid diatas juga menunjukkan puncak yang sempit dan tajam. Keadaan ini
menggambarkan jangka hayat penduduk di kampung tersebut adalah rendah. Hal ini
bermakna tempoh hidup golongan tua adalah rendah iaitu sedikit yang melepasi angka 80
tahun.
Hal ini mungkin disebabkan oleh taraf kesihatan yang tidak mampu untuk mencegah
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan jantung yang menyerang golongan tua. Di
samping itu, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berzat dalam kalangan
penduduk di negara yang sedang membangun juga memendekkan jangka hayat penduduk.
14
d) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan tersebut.
i) Faktor Sosial
Amalan perkahwinan muda diambil kira sebagai faktor sosial yang dapat
mempengaruhi kadar kelahiran di sesebuah kawasan. Amalan perkahwinan pada usia muda
meningkatkan kadar kelahiran berikutan kadar kesuburan wanita yang tinggi pada usia muda.
Kadar kesuburan wanita adalah antara umur 14 hingga 45 tahun.
Perkahwinan pada usia muda berkecenderungan memiliki saiz keluarga yang besar
berbanding dengan berkahwin pada usia lewat. Terdapat perkaitan yang rapat antara umur
seseorang perempuan semasa berkahwin. Seseorang wanita yang berkahwin pada usia 20
tahun atau lebih dikatakan mempunyai purata anak 5.3 oarang berbanding dengan wanita
yang berkahwin pada umur kurang daripada 20 tahun.
ii) Faktor Ekonomi
Kemajuan sains dan teknologi telah menyebabkan sektor pertanian makanan, iaitu
bekalan padi mencukupi untuk keperluan penduduk. Dengan kemajuan sains dan teknologi
ini penanaman padi boleh dilakukan dua hingga tiga kali setahun, menggunakan benih cepat
matang dan rancangan pengairan di kawasan jelapang padi utama.
Begitu juga dengan perkembangan revolusi perindustrian telah menyebabkan sumber
alam yang ada disesebuah negara dapat dieksploitasi dengan lebih meluas serta membuka
peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Keadaan ini telah menyebabkan
peningkatan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta mewujudkan persekitaran
kehidupan yang lebih selesa dan baik.
iii) Faktor Dasar Kerajaan
Dasar juga bermaksud tindakan-tindakan kerajaan yang mempengaruhi atau cuba
mempengaruhi keseimbangan antara kelahiran, kematian dan migrasi.Dasar kependudukan
yang diamalkan oleh sesebuah negara itu boleh mempengaruhi pertumbuhan dan
15
pengurangan penduduk. Dasar kependudukan dari aspek dasar keluarga dan kebajikan yang
Malaysia perkenalkan ialah Dasar 70 juta Penduduk bertujuan untuk menambah jumlah
penduduk bagi menampung keperluan tenaga kerja. Untuk menjayakan polisi ini, kerajaan
telah cuba memberikan beberapa insentif seperti cuti bersalin 60 hari, kemudahan rawatan
percuma dan rebat cukai pendapatan.
e) Menghuraikan kesan komposisi penduduk terhadap sosioekonomi penduduk
dikawasan kajian
i) Kadar kelahiran tinggi
kadar kelahiran yang tinggi banyak mendatangkan kesan positif kepada sesebuah
kawasan ataupun negara. Kadar kelahiran yang tinggi memyebabkan adanya banyak tenaga
kerja dalam bidang ekonomi. Contohnya, di kawasan kajian kami mendapati ramai tenaga
kerja yang mampu menyumbangkan tenaga terutamanya dalam bidang pertanian.
Kg Limau Hantu masih lagi menjadikan aktiviti pertanian sebagai kegiatan ekonomi
yang utama sebagai punca rezeki dalam menampung keperluan harian. Kegiatan penanaman
padi yang dijalankan di kampung tersebut masih berjalan dengan baik. Ini disebabkan masih
ramai tenaga kerja yang boleh digunakan untuk mengusahakan kawasan sawah.
ii) Bilangan penduduk muda.
Bilangan penduduk muda di kawasan kajian iaitu Kg Limau Hantu masih ramai. Ini
sebenarnya banyak membantu dalam memperkembangkan ekonomi di kawasan tersebut. Ini
kerana dalam apa jua bidang ekonomi, tenaga muda tetap diperlukan dalam menjalankan
aktiviti ekonomi seperti pertanian dan juga perindustrian. Tenaga kerja yang muda ataupun
golongan muda amat diperlukan kerana tenaga mereka masih kuat dalam membuat apa jua
kerja.
Di Kg Limau Hantu, masih terdapat ramai golongan tenaga muda yang sanggup
menjalankan kegiatan pertanian di sawah. Ada sesetengah golongan muda yang tidak
16
berhijrah ke bandar semata, mata untuk mengusahakan sawah peninggalan daripada orang
tua. Tenaga muda juga mampu untuk mengeluarkan idea yang baharu bagi meningkatkan lagi
pengeluaran padi di kampung tersebut. Sememangnya tenaga muda banyak memainkan
peranan dalam meningkatkan tahap ekonomi di kawasan tersebut.
iii) Nisbah Tanggungan
Bilangan anak yang banyak di kampung Limau Hantu mungkin boleh membebankan
keluarga dan juga kerajaan. Terdapat banyak kanak kanak yang tidak membangun dan tidak
berpeluang untuk mendapatkan pendidikan kerana faktor kemiskinan dan juga kedaifan
keluarga. Apatah lagi jika sesebuah kerajaan miskin sudah tentu kerajaan tidak dapa
menyediakan sekolah yang sempurna untuk rakyatnya.
Golongan dewasa yang banyak disesebuah kawasan terutamanya di kawasan yang
senag membangun menyebabkan nisbah tanggungan menjadi kecil dan rendah. Keadaan ini
telah menyebabkan pendapatan per kapita penduduk menjadi tinggi dan taraf hidup rakyat
meningkat.
f)Menghuraikan tiga peranan kerajaan dalam mempengaruhi struktur penduduk di
kawasa kajian
Kerajaan sememangnya memberi fokus yang tinggi terhadap perkampungan-
perkampungan di Malaysia dan tidak hairanlah kawasan perkampungan yang menjadikan
pertanian sebagai sumber rezeki mendapat perhatian yang tinggi. Disini dapat kita lihat
peranan penduduk Kampung Limau Hantu sendiri seperti Ketua kampung yang menjadi
tulang belakang dan suara penduduk untuk memohon bantuan dari pihak kerajaan.Agensi-
agensi yang memainkan peranan dalam menyalurkan idea dan bantuan modal kepada para
petani ialah seperti agensi MARDI, FAMA, PELADANG dan Jabatan Pertanian
Malaysia.Hal ini memberi kemudahan terhadap penduduk untuk memasarkan hasil pertanian
tidak kira padi atau pun getah secara komersial. Selain itu, kerajaan telah membina
17
kemudahan infrastruktur bagi kampung ini iaitu kemudahan jalan raya sebagai laluan kereta,
motorsikal dan juga jentera pertanian. Kemudahan ini memberi kesan yang baik untuk
mempercepatkan pemasaran hasil pertanian tersebut. Kerajaan juga membina sistem
pengairan sepanjang kawasan pertanian terutamanya padi sawah.Parit ini mendapat sumber
air dari sungai yang berdekatan dan disalurkan terus ke petak-petak sawah. Disini juga dapat
kita lihat, pembinaan empangan yang dikenali sebagai empangan “Kemuning” memberikan
kemudahan kepada penduduk dari segi bekalan air dan juga elektrik ke setiap rumah. Di
kampung ini juga terdapat kemudahan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pak Roman dan
juga masjid. Kebanyakkan penduduk di kampung ini akan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah tersebut berikutan jarak yang dekat dari rumah masing-masing.
18
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penduduk sebagai agen perubahan diukur dari sudut perubahan yang
berlaku terhadap perubahan sosioekonomi, sosiobudaya, landskap fizikal dan landskap
budaya. Struktur dan komposisi penduduk serta ciri-ciri penduduk mempengaruhi sesebuah
graf piramid penduduk seterusnya memberi impak terhadap komposisi penduduk di kawasan
kajian. Secara keseluruhannya, penduduk merupakan satu daripada komponen sumber yang
penting dan berharga yang boleh diukur secara kuantiti dan kualiti. Umur dan jantina
penduduk diukur penduduk yang dilihat dari sudut kumpulan umur produktif dan tidak
produktif. Kualiti penduduk diukur daripada segi sifat fizikal, kesihatan, tahap pendidikan,
kemahiran, sikap dan etika. Pertumbuhan penduduk yang pesat mendatangkan kesan terhadap
ciri-ciri demografi dan sosioekonomi kepada sesebuah negara. Kesan penurunan kadar
kelahiran menyebabkan bilangan penduduk tu meningkat. Jumlah penduduk tua semakin
meningkat membawa kepada penuaan penduduk. Kesan penuaan penuaan penduduk boleh
dilihat pada ciri-ciri demografi sesebuah graf piramid penduduk dan sosioekonomi. Rajah
piramid penduduk yang menunjukkan ciri-ciri demografi dan tahap pembangunan sesebuah
negara. Model peralihan demografi juga menunjukkan ciri-ciri tertentu pertumbuhan
penduduk di sesuatu kawasan.
19
7.0 SENARAI RUJUKAN
Colleta dan Kayam, (1987). Pengembangan Wilayah Pedesaan. Bina Aksara. Jakarta.
Suyanto M. (2002). Pemikiran-Pemikiran dalam Pembangunan Kesejahteraan Sosial.Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia.
Temubual antara pengkaji dengan Encik Hatta bin Ali, iaitu Ketua Kampung di Kawasan Kg Limau Hantu, Machang, Kelantan, pada 5 Mac 2017.
Rusly Musa & Nurashikin Abdullah (2013). Teks Pra U Geografi Penggal 3 Alam Sekitar Manusia, Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Rosnah Haji Salleh & Chek Zainon Shafie (2011), Teks STPM Geografi, Penggal 1, Penerbit : Pelangi Sdn. Bhd.
Portal Rasmi Majlis Daerah Machang, Kelantan, http://www.mdmachang.gov.my/
20
8.0 LAMPIRAN
1. Kemudahan sistem pengairan
2. kawasan pertanian
3. Kemudahan pusat pendidikan
21
4. Kemudahan jalan raya
5. Kemudahan tempat ibadah
top related