Transcript
1
NAMA SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK
KOD SUBJEK : MPU 3113
TAJUK : BABA & NYONYA___________________
____________________________________
TARIKH AKHIR : ____________________________________
NAMA PENSYARAH : CIK. NEESHANTI RHAMAROO
SESI : SEPTEMBER 2015
NAMA AHLI : ____________________________________
____________________________________
____________________________________
____________________________________
____________________________________
Saya/ Kami mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya/kami. Saya/Kami
tidak menyalin daripada kerja kursus pelajar lain, mengambil sumber rujukan di dalam teks
tanpa dinyatakan dari mana rujukannya dan juga tidak ditulis oleh mana-mana individu
lain.
Tandatangan Ketua Kumpulan : _______________ Nama : _______________________
2
Kandungan
Tajuk Muka Surat
Pengenalan 3
Objektif 4
Pakaian 5
Perayaan 9
Pantang Larang 13
Makanan 14
Perkahwinan 25
Bahasa 33
Refleksi 37
Lampiran 45
3
Pengenalan
Pada abad ke-15, negeri-negeri di Kepulauan Melayu membayar ufti kepada negara
China dan Siam. Pembayaran ufti ini adalah untuk manjalinkan hubungan yangbaik
dengan negara-negara tersebut. Dalam era pentadbiran Parameswara, Laksamana
Cheng Ho – salah satu Laksamana yang terbaik di China – membuat satu ekspedisi ke
Melaka. Raja negeri China juga menghantar salah seorang puterinya, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai penghargaan hubungan diplomatic mereka.
Dalam dua-dua peristiwa ini, ramai pengikut sama ada kepada Laksamana Cheng Ho
atau Puteri Hang Li Po menetap di Bukit Cina, Melaka. Merekalah yang menjadi nenek-
moyang kepada golongan Peranakan atau Baba-Nyonya di Melaka. Sebahagian besar
golongan Cina ini ialah lelaki, oleh itu mereka berkahwin dengan perempuan tempatan
dan melahirkan generasi Peranakan yang pertama. Cucu-cicit golongan ini berhijrah
dari Melaka ke Singapura dan Pulau Pinang pada zaman pemerintahan British.
4
Objektif:
a. Memahami asal usul sub-etnik Baba Nyonya serta kebudayaannya.
b. Memahami kepentingan memelihara kebudayaan sub-etnik Baba Nyonya.
c. Memahami kesan-kesan hubungan antara entik berlainan dalam perpaduan Negara.
5
Pakaian
Pakaian Baba Nyonya masih dipakai sehingga hari ini oleh orang ramai di Malaysia, ia
mengandungi ciri-ciri yang unik dan bergaya. Hingga hari ini masih terdapat pelbagai
kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan
dan merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.
Namun kebelakangan ini, masyarakat Cina yang bukan Baba mula memelihara
tradisi ini. Mereka telah dapat menyesuai diri dengan memakai sarung. Pakaian ini
dapat membezakan kaum Baba daripada Cina dan Baba yang wajar memang tidak
memakai sarung dan kebaya. Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaran
masyarakat Baba dengan masyarakat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat
Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya
yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
Pakaian Baba semacam pakaian tradisi Melayu kerana ia terdiri daripada Baju Kebaya
dan Kersongsang.
6
7
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai
banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai
pelbagai aksesori seperti kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam ,cucuk sanggul
dan lain-lain lagi.Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari
barat dan kaum Cina sendiri.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan
warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Sejak 1930-an, kasut
manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
8
Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil
sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat
cantik dan halus buatannya.
Seterusnya, golongan wanita Baba Nyonya yang berusia (dikenali sebagai bibik)
pula memakai kebaya panjang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada (baju
panjang yang dipanggil kebaya encim. Kebaya panjang tersebut mestilah melebihi
bawah lutut, terbuka di bahagian depan seakan-akan kebaya, tidak berpotongan
mengikut badan. Kasut mereka pula bersulam dengan pelbagai motif dan warna yang
tidak keterlaluan bersesuaian dengan usia mereka. Kebanyakan mereka akan
mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang besar diperbuat daripada emas
dan batu-batu seperti permata.
Golongan berusia Baba pula berpakaian lebih ringkas dan selesa, biasanya kini
masih mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan berkasut
sulam serta topi.
9
Perayaan serta Adat Resam
Masyarakat Baba Nyonya banyak mengadaptasi perayaan masyarakat Cina. Antaranya
seperti, Tahun Baru Cina, Tung Cek, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang
Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama
pada bulan pertama takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan
rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan perlbagai
masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun
Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua
ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal
berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis
makanan akan disajikan di atas meja besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai
tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya kaum Baba akan bersembahyang untuk
mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu, sanak
saudara akan datang berkunjung dengan membawa perlbagai juadah serta buah limau
mandarin. Mereka yang telah berkeluarga wajib memberikan ‘angpau’ kepada mereka
yang masih bujang. Angpau yang diberikan mestilah dalam sampul yang berwarna
merah dan mempunyai dua keping duit kertas walaupun nilainya kecil.
Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong
juga diraikan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini dilakukan pada hari keempat
perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan
diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan merah. Pada hari
10
tersebut juga masyarakat Baba Nyonya akan menghidangkan peralatan sembahyang
datok pauh, iaitu tiga cawan air teh, dua batang lilin dan 12 batang colok. Ketika ini
masyarakat Baba Nyonya akan berdoa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan
rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat cina.
Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam
kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng,
beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh
yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan
menggunakan colok dan kertas emas yang kubur. Upacara sembahyang akan
dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar di hadapan
patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya
nenek moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga akan mengadakan
persembahan lauk ketika bersembahyang iaitu roh akan dihidangkan dengan gula tarik,
kacang, arak dan makanan lain.
Sembahyang Bulan juga merupakan salah satu perayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini disambut pada 15 haribulan lapan dalam
kalendar cina. Sembahyang Bulan akan dilakukan di rumah ‘akhay-akhay’ iaitu rumah
kecil yang halaman rumahnya dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh
batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan lazat
11
dihidangkan. Kuih bulan diletakkan di tengah-tengah dan dikelilingi kuih-kuih lain seperti
waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya.
Kelahiran
Pada bulan lunar penuh perayaan muar-guay, iaitu tiga puluh hari slepas kelahiran
anak. Nyonyas akan mengadakan satu majlis di mana nasi kunyit, kari ayam dan kek
kacang merah berbentuk kura-kura (ang-koo) bersama dengan ang-t’oe atau ang-ee
dan dua telur ayam rebus berwarna merah akan ditawarkan kepada nenek moyang,
yang berlebihannya akan diagihkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan rapat.
Perayaan muar-guay juga menandakan pengakhiran pantang seperti yang diamalkan
oleh wanita Melayu yang baru bersalin. Orang Melayu merujuk nasi kunyit sebagai pulot
kuning atau nasi kuning dan mereka menggunakannya di kenduri dengan mewah. Kek
muar guay untuk majlis ini adalah nasi kunyit, dua telur rebus berwarna merah, dua
kura-kura (ang-koo), dan dua pic ang t’oe (yang menanda bahawa jantina bayi itu
adalah perempuan).
Kematian
Kematian bagi masyarakat baba dan nyonya adalah satu perkara yang begitu
menyedihkan. Masyarakat ini percaya sekiranya berlaku kematian mereka perlu
berkabung selama tiga tahun. Pada tahun pertama perkabungan, mereka akan
memakai pakaian berwarna hitam dan putih sahaja manakala pada tahun kedua dan
12
ketiga mereka memakai pakaian berwarna biru dan hijau. Sepanjang tempoh
perkabungan ini, masyarakat baba nyonya dilarang menyambut sebarang perayaan
dan berkahwin bagi keluarga terdekat. Hal ini sebagai tanda penghormatan buat si mati
dan keluarga.
13
Pantang Larang
Sama dengan setiap masyarakat lain di dunia, masyarakat Baba dan Nyonya
just mempunyai pantang larang sendiri. Antaranya, mereka masih percaya kepada
pawang dan bomoh. Oleh itu, mereka akan mendapatkan bantuan bomoh apabila
menghadapi masalah. Contohnya, kebiasaannya mereka akan pergi berjumpa dengan
bomoh apabia terdapat bayi yang sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka
percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin atau hantu. Meraka akan
meminta tolong daripada pawang dan bomoh unuk menghalau hantu atau jin tersebut
daripada mengganggu anak mereka.
Selain itu, ibu yang hamil tidak boleh keluar dari rumah pada waktu senja.
Mengikuti masyarakat Baba dan Nyonya, pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis,
dan hantu mula berkeliaran. Mereka mempercayai bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh langsuir dan pontianak. Sekiranya ibu
terpaksa keluar dari rumah, ibu tersebut harus membawa barangan yang diperbuat
daripada besi, contohnya pisau untuk menakutkan hantu.
Di samping itu, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya, dalam penyakit demam campak atau
‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Mereka
mempercayai bahawa air tersebut boleh membantu untuk mengubati penyakit tersebut.
14
Makanan
Masakan Nonya adalah hasil daripada campuran bahan-bahan Cina dengan pelbagai
rempah yang berbeza dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu /
Indonesia. Ini menimbulkan tafsiran Peranakan makanan Melayu / Indonesia yang juga
sama masam , aromatik , pedas dan herba.
Terdapat variasi serantau dalam masakan Nonya. Hidangan dari Pulau Pinang di
bahagian utara Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh Thai, seperti penggunaan
yang lebih liberal asam jawa dan bahan-bahan yang masam lain.
Hidangan dari Singapura dan Melaka menunjukkan pengaruh Indonesia yang lebih
besar, seperti penggunaan santan. Satu contoh klasik ialah laksa (a mi sup pedas), yang
datang dalam dua varian: yang masam laksa asam dari Pulau Pinang dan laksa lemak
berasaskan santan dari Singapura dan kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
Rasa laksa dan resipi Nonya lain ditentukan oleh rempah, yang dalam bahasa Melayu
bermakna rempah. Pelbagai kombinasi tersebut dihancurkan menjadi pes dengan alu
dan mortar, dengan tekstur yang sangat khusus dan kepadatan. Dikatakan bahawa
nonya yang boleh menentukan kemahiran masakan undang-undang anak perempuan
yang baru hanya dengan mendengar rempah menyediakan beliau dengan lesung.
15
Senarai hidangan Nonya
Acar - pelbagai daging jeruk dan sayur-sayuran seperti acar keat lah (madu limau /
calamansi ), Achar hu (ikan goreng), acar Kiam hu (ikan garam), acar timun (timun ),
acar awat (sayur-sayuran campuran).
Asam Laksa - Dianggap sebagai salah satu daripada tiga hidangan istimewa di Pulau
Pinang, Asam laksa terdiri daripada semangkuk lut mi beras putih berkhidmat dalam
sup pedas diperbuat daripada ikan ( biasanya ikan kembung ), asam jawa (kedua-dua
jawa asam dan asam gelugor ), dan daun kesum . Topping boleh termasuk bawang ,
pudina , dicincang bunga kantan , dan keping nanas dan timun. A dollop pedas, likat
belacan biasanya dihidangkan di sebelah.
16
Ayam buah keluak - hidangan ayam yang dimasak menggunakan kacang dari
Pangium edule atau "Kepayang" pokok, pokok bakau yang tumbuh di Malaysia dan
Indonesia.
Ayam pongteh - rebus ayam yang dimasak dengan tauchu atau masin kacang soya
yang ditapai, dan gula melaka. Ia biasanya masin-manis dan boleh digantikan sebagai
hidangan sup dalam masakan Peranakan.
17
Cap cai - kacau goreng sayur-sayuran. Versi Nonya ini klasik Cina Indonesia
menggabungkan tauchu dan udang kering.
Cencaluk - perasa jelas Melaka diperbuat daripada udang diperam kecil (udang
geragau), garam dan beras. Ia juga merupakan bahan memasak digemari digunakan
oleh masyarakat Kristang Eurasian Melaka.
Enche Kabin - digoreng kepingan ayam diperap dalam pes santan dan rempah.
18
Kari Kapitan - yang Nonya mengambil kari ayam sentiasa ada. Daun limau purut dan
santan adalah antara bahan-bahan utama untuk kari yang sederhana ini.
Itek Tim atau Kiam Chye Ark Th'ng - ialah sup itik, sawi dipelihara dan kubis
berperisa dengan buah pala, cendawan Cina, tomato dan lada.
Jiew Hu Char - adalah hidangan yang terdiri terutamanya daripada sayur-sayuran
cincang seperti orang bodoh atau jicama, lobak merah dan kubis dan goreng bersama-
sama dengan sotong kering nipis dicincang.
19
Kerabu Bee Hoon - adalah hidangan salad yang terdiri daripada mee hoon dicampur
dengan sambal belacan, calamansi jus limau, dan herba dicincang halus dan rempah.
Lain-lain hidangan salad terkenal adalah kerabu bok née (awan cendawan telinga /
tikus telinga), kerabu kay (ayam), kerabu kay khar (kaki ayam), kerabu timun (timun),
kerabu kobis (kubis), kerabu kacang botol (empat kacang bersudut ), kerabu bak Poey
(daging babi kulit).
Kiam Chye Boey - adalah campuran selebihnya Kiam Chye Ark Th'ng, Jiew Hu Char,
Tu Thor Th'ng dan pelbagai hidangan lain. "Boey" bermaksud "akhir".
Laksa lemak - adalah sejenis laksa berkhidmat dalam kuah santan yang kaya,
dihidangkan dengan udang, kerang, kapur dan dollop sambal belacan.
20
Lam mi - adalah mi kuning lama dimasak dalam kuah yang kaya dilakukan dengan stok
udang dan ayam. Ia sentiasa dihidangkan di hari lahir untuk mengucapkan anak ulang
tahun atau Perempuan kehidupan yang panjang, dan dengan itu ia juga dikenali
sebagai mi hari jadi.
Lontong Cap Go Meh - adalah mengambil Indonesia Cina Peranakan di hidangan
tradisional Indonesia.
21
Mee hidangan siam - goreng mee hoon nipis dengan kuah pedas.
Nasi kunyit - adalah beras pulut berpengalaman dengan serbuk kunyit, santan dan
asam gelugor. Ia biasanya dihidangkan dengan kari ayam, ang koo kueh, dan telur
rebus pink-dicelup sebagai hadiah untuk meraikan seorang kanak-kanak rakan dan
keluarga menjadikan satu bulan lama
.
22
Otak-otak - adalah hidangan yang melibatkan keping ikan dibungkus dengan daun
pisang. Dua variasi yang sangat berbeza wujud: satu terdiri daripada campuran keping
ikan dan rempah pes dibungkus dengan daun pisang dan char panggang. Versi ini
terutamanya yang berkaitan dengan negeri Melaka dan bandar Muar, Johor. Gaya
penang otak-otak adalah dalam bentuk petak halus kukus, dan teguh merah hued
rempah pes itu eschewed memihak kepada pangkal kastard yang rempah ratus, herba
aromatik seperti daun kaduk.
Perut ikan - rebus pedas (sama seperti asam pedas dalam profil rasa) yang
kebanyakannya terdiri daripada sayur-sayuran / herba dan mendapatkan rasa yang
tersendiri terutamanya daripada perut ikan dipelihara dalam air garam dan daun kaduk
(daun Wild Pepper adalah dari stylosum Piper atau sarmentosum Piper) . Klasik
hidangan Penang Nonya.
23
Pie Tee - adalah shell pastry tart nipis dan rangup dipenuhi dengan, campuran gula
pedas sayur-sayuran dihiris nipis dan udang.
Seh Bak - hidangan daging babi pinggang, diperap semalaman dengan herba dan
rempah, dimasak di atas api yang perlahan dan simmered untuk kelembutan.
24
Swikee - adalah Peranakan katak kaki hidangan sup, yang lebih dikaitkan dengan
bandar Jatiwangi dan Purwodadi di Jawa, Indonesia.
Kuih Kohsui
25
Perkahwinan
Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan adat dalam perkahwinan mereka sendiri.
Oleh itu, Baba dan Nyonya juga terdapat adat perkahwinan sendiri yang unik dan paling
berwarna-warni berbanding dengan kaum lain. Hal ini sebab kebanyakan Majlis
perkahwinan Peranakan mengetengahkan tradisi Cina.
Perkahwinan Baba dan Nyonya Perkahwinan Cina
Baba dan Nyonya di dalam Malaysia dilahirkan di Negeri-negeri Selat seperti, Melaka,
Penang dan Singapore. Baba ialah ahli lelaki manakala ahli wanita dipanggil Nyonya.
Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, Baba mengahwini wanita dalam masyarakat
Peranakan setempat. Selain itu, pengantin dari China dibawa masuk oleh keluarga
Peranakan atau anak perempuan dihantar ke China untuk mencari suami. Kewujudan
26
perkahwinan tersebut dan kedudukannya dalam social menjadi meningkat selepas
perkahwinan Sultan Mansur Syah dan Princess Hang Li Poh dari China.
Dalam perkahwinan tersebut, lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul
berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu
bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, manakala
memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang
memeluk agama Kristian.
Majlis Perkahwinan Peranakan diserikan dengan lagu berima spontan dondang
sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan para hadirin menari di jamuan. Lagu
yang bertema asmara disambungkan oleh pendondang degan bergilir-gilir sambil
menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan
kemahiran berjenaka dan bertikam balas, sesiapa yang bijak berdondang maka dialah
yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai.
ADAT PERKAHWINAN BABA NYONYA
Perkahwinan Peranakan tradisional adalah urusan 12 hari yang biasanya dijalankan di
rumah pengantin perempuan dan upacara dijalankan seperti Lap Chai (menukar
hadiah) dan Cheo Thau. Majlis Cheo Thau memainkan peranan yang sanggup penting
dan menandakan kali yang pertama apabila pengantin perempuan dan pengantin lelaki
memakai pakaian perkahwinan sahih mereka.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan
melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang
bersampul merah dan dihantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
27
saudara mara adalah berbeza dan dia mengambil masa selama enam hari sebelum
upacara perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara akan berpakaian gaun cina
yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang
terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga dipanggil
'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih ' pula adalah symbol kepada
benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau
'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
Lap Chai Cheo Thau
Persiapan bilik pengantin jua perlu dan dia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya
dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan
dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga
dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih
dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari
'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang.
28
Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk
datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'.
Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal
serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua
belas upacara perkahwinan.
Bilik Pengantin
Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan dahulu pada dua hari sebelum
perkahwinan. Tepung ini akan digunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang,
pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang
perlu disediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam
bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah antara keluarga pengantin lelaki dan
wanita. Antara barangan yang sering ditukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan
lain-lain.
29
Hari Sang Jit
Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati dalam perkahwinan
mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan
berkahwin itu. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu
kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah,
penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan
ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Walaupun upacara berlangsung selama
12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan
hari kedua belas sahaja.
Chia N Lang
Jamuan makan malam diadakan di rumah pengantin perumpuan di manakumpulan
'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin Sang Kheh Umm juga dinama mak
andam mengadakan peranan yang mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut
30
dan seterusnya Pak Chindek membantu pengantin lelaki dan terlibat dalam
penghantaran kad jemputan perkahwinan
Chiu Thau
Ini merupakan pemberian yang dianggap suci dan dipersembahkan di tempat pemujaan
seperti 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.
Pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Kedua-dua pengantin tidak
boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
Chim Pang
Chim Pang ialh ertemuan pertama antara pengantin perempuan dan lelaki. Kedua-dua
pengantin ( mesti baba dan nyonya) dipasang oleh ibu bapa mereka Selepas pertemuan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain
Choon Tok
Upacara ini adalah untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri.
Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat
kepada ahli keluarga dan tuhan mereka. Permainan yang akan dijalankan pada upcara
tersebut. Di bawah jadual, jika pengantin lelaki itu berjaya meletakkan kakinya ke atas
31
pengantin, maka dia akan menjadi tuan rumah. ika pengantin perempuan berjaya
meletakkan kakinya lebih , maka dia akan menjadi pilihan utama.
Chian Sia
Chian Sia merupakan acara jemputan untuk adat resam Pengantin perempuan memakai
baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan
benang perak dan emas.Nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-
selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
Dondang Sayang
32
Dua Belas Hari
Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang
diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus
dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
Chian Ching Kay, Che Umm
Upacara ini sebenarnya ialah makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin
perempuan. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua
belah pihak. Masyarakat baba nyonya percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat
mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. Beberapa upacara yang
mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya
bercirikan kemelayuan.
33
Bahasa
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Baba dan Nyonya, juga dikenali
sebagai peranakan, dididik oleh Inggeris lantaran penjajahan British atas Malaya. Oleh
sebab itu, kebanyakan peranakan dapat bertutur dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Cina,
Melayu dan Inggeris.
Kini, masyarakat Baba Nyonya di Melaka menggunakan Bahasa Melayu dan
juga Bahasa Hokkien dalam pertuturan seharian mereka. Selain itu, kaum Baba di
Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang yang wujud pada hari ini bertutur
dalam bahasa Baba. Bahasa Baba merupakan sejenis dialek Melayu yang dapat
difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Walaupun Bahasa Baba berasal dari Melaka,
bahasa ini yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan Bahasa Baba yang
dituturkan di Melaka dalam beberapa aspek.
Pada dasarnya, Bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara Bahasa
Melayu dengan Bahasa Hokkien. Walaupun kebanyakkan nahu Bahasa Baba berasal
daripada Bahasa Melayu, Bahasa Baba tetap mempunyai perbezaan dengan Bahasa
Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama. Dengan ini, Bahasa Baba merupakan
satu bahasa yang berasingan.
Antara perbezaan ini ialah, Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan
Cina, seperti “lai” untuk “datang”, dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis
Hokkien, terutamanya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh orang-
orang Melayu.
34
Di samping itu, orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan
sintaksis bahasa Melayu. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa bahasan
orang Melayu. Sebagai contoh, “Ibu bapanya sedang makan di meja” disebut “Dia
punya mak-bapa ada dudok makan do sbiah punya meja”. Dalam pergunaan Bahasa
Baba, kata ganti “ini” dan “itu” mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa
Melayu.
Bukan itu sahaja, Bahasa Baba telah mengubahkan kebanyakan sebutan
bahasa Melayu, dan juga sebutan bahasa Hokkien. Orang-orang Baba menggunakan
peribahasa Cina dengan lebih luas, berbanding dengan peribahsa Melayu. Mereka juga
tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berkaitan dengan agama Islam.
Contoh lain penggunaan perkataan kata ganti nama yang digunakan dalam etnik
baba dan nyonya termasuklah saya-“goa”, anda-“lu”, dia-“i”, dan kita-“wa lang”.
Peralatan dapur pula diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti teko-
“tekuan”, sudu sup-“tngsi”, cerek-“teko”.
Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu,
“sepit”. Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak,
kecuali “mengukus” yang dipanggil tim. Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka
diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis
pakaian juga diberi nama Cina.
35
Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara
semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang. Misalnya,
kakak disebut “tachi”, ayah disebut “tia”,dan suami kakak disebut ”chau” dalam Bahasa
Baba.
Selain itu, perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu
aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba. Sebagai contoh, tokong
disebut “bio”, melutut disebut “kui”, dan membakar colok disebut “sio-hio” dalam Bahasa
Baba.
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya bukan
sahaja menggabungkan warisan budaya Melayu dalam warisan budaya mereka sendiri,
malah mereka mengambil inisiatif menggabungkan dua budaya menjadi satu budaya
yang unik.
Sejak dahulu lagi masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan
mereka dengan budaya Melayu termasuklah puisi tradisional Melayu. Pantun boleh
dikatakan amat popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya. Pantun Baba
merupakan nyanyian irama Dondang Sayang.
36
Naday bugis tolak blayar,
Tengah laot patah kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
Hutang hati apa ganti-nya.
Tengah laot patah kemudi,
Layar koyak di pukol angin;
Hutang hati membawak mati,
Sebagi bola di pukol angin.
Pisang mas bawak blayer,
Jerok mari dalam kendi;
Hutang budi balas di dunia,
Hutang hati mengikat diri.
Pisang mas bawak blayer,
Masak sa-bijik di-atas peti;
Hutang mas boleh di bayer,
Hutang budi menanggong hati
37
Refleksi
1) Tan Jia Yi
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah berjaya dilengkapkan dengan
kerjasama setiap ahli kumpulan. Saya telah menerima banyak faedah dari tugasan ini.
Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah, Ms Neeshanti
Rhamarao yang yang sanggup meluangkan masa untuk menerangkan tugasan kami
dengan jelas sekali. Saya juga amat bersyukur dengan ahli-ahli kumpulan yang telah
banyak berusaha dalam menghadapi masalah-masalah bagi menyiapkan tugasan.
Dengan ini, barulah tugasan kami dapat dilengkapkan dengan lancar.
Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapat lebih memahami
budaya kumpulan etnik Baba Nyonya selepas membuat penyelidikan dan rujukan.
Selain itu, saya juga mula sedar bahawa kepentingan dan keistimewaan kumpulan etnik
di Malaysia. Malaysia terdiri daripada rakyat yang berlainan warna kulit dan kaum-kaum
yang berbeza. Inilah yang membuat Malaysia beristimewa dan berlainan dengan
negara-negara lain.
Oleh sebab setiap kaum mempunyai budaya dan cara kehidupan yang berbeza,
perpaduan etnik sentiasa menjadi cabaran dalam pengurusan masyarakat dan
pemerintahan negara. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat kerjasama atau
kekitaan dalam kalangan masyarakat harus dilakukan untuk mengelakkan konflik kaum.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah berganding bahu dan
memainkan peranan sebagai individu dalam masyarakat majmuk ini untuk mengatasi
38
cabaran plurality budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Hubungan etnik yang mantap
dan teguh melahirkan negara yang maju dan berkembang.
2) Andrew Mah Koon Yan
Sebelum projek ini diberi kepada kami, secara jujurnya, saya langsung tidak
berpengetahuan tentang etnik Baba dan Nyonya yang bertetapan di Malaysia.
Sebenarnya, mereka bukanlah sangat berbeza daripada kita, tetapi kewujudan mereka
terhad kepada negeri Melaka sejak awal dahulu. Pengetahuan yang kami belajar amat
susah untuk mendapati dari internet. Biasanya, maklumat yang didapati dari internet
bukan maklumat yang terbukti dan kadang kadang maklumat dalam internet adalah
palsu.
Sebagaimana yang dikatakan, kami terus pergi ke Rumah Warisan Baba dan
Nyonya untuk mendapatkan maklumat yang asli. Jadi, lawatan kami ke Melaka
memang tidak sia-sia. Pemandu pelancong yang berkerja di Rumah Warisan Baba dan
Nyonya tersebut amat berpengetahuan tentang etnik Baba dan Nyonya yang asal, jadi
saya sangat berterima kasih kepada En. Kamal. Projek ini telah menukar perspektif
saya terhadap etnik yang lain kecuali tiga kaum yang terbesar di Malaysia. Projek ini
telah menyinarkan kepada-ku dan pemahaman saya tentang etnik Baba dan Nyonya.
Terima kasih kepada Cik Neeshanti, pensyarah Hubungan Etnik kami, atas kewajiban
perlaksanaan projek ini. Terima kasih kepada kawan-kawan saya juga yang telah
39
menemani satu sama lain dalam perjalanan ini. Seperti yang dikatakan oleh rakan saya,
“Ilmu tidak akan cari kita, tetapi kita hendaklah cari ilmu.”
3) Yap Jia En
Malaysia ialah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Contohnya, orang
melayu, cina, india, chatti, baba nyonya, iban dan seterusnya.
Melalui project tersebut, saya mendapatkan banyak maklumat tentang baba dan
nyonya seperti pantang larang, pakaian, adat perkahwinan, makanan dan sebagainya.
Saya dan ahli kumpulan pergi ke muzium baba nyonya yang berada di Melaka supaya
kami boleh lebih memahami budaya baba nyonya yang tidak boleh didapati daripada
laman web atau buku.
Sebelum itu, kami mencari ilmu pemgetahuan daripada laman web dan buku
buku dari perpustakaan untuk membuat report. Selepas itu, kami mula merancang
sehari lawatan untuk melawat muzium baba nyonya di Melaka. Dua orang ahli
kumpulan memandu dan membawa kami ke Melaka. Semasa tiba Melaka, kami makan
sarapan pagi lalu pergi ke muzium pada masa 11.30am. Seorang baba menjelaskan
asal usul, budaya, rumah struktur, kenangannya semasa kecil dan juga bagaimana
baba nyonya menjaga kaum mereka supaya tidak hapus pada masa hadapan.
Selain itu, kami juga hendak mempersembah tentang kaum yang kami milih iaitu baba
nyonya. Persembahan tersebut dapat membolehkan kami lebih memahami tentang
baba nyonya dan berkongsi ilmu yang kami dapat kepada kawan kawan lain. Pendapat
40
saya kepada project ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat memahami kaum dalam
Malaysia terutamanya baba dan nyonya
4) Wang Kai-Chian
Kesimpulannya, saya amat bersyukur kepada Ms. Neeshanti Rhamarao kerana
memberikan peluang kepada kita untuk memlakukan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu
dalam projek ini. Project ini tidak dapat dihabis dengan lancar tanpa mereka.
Dalam 3 bulan ini, saya telah belajar banyak tentang Baba Nyonya terutamanya
pakaian dan makanan tradiasional. Kita telah mengunjungi Melaka untuk menimba
pengalaman yang lebih berharga daripada emas. Masyarakat Baba dan Nyonya amat
penting kepada budaya kita dan telah menwarnakan budaya kita dengan unsur unsur
yang istimewa. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan
Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat
Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam
masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermasyarakat.
41
5) Pan Lek Vun
Dalam tugasan berkumpulan tersebut, saya dapat belajar tentang sub-etnik Baba
dan Nyonya melalui lawatan ke Melaka dan kajian dengan menggunakan internet. Saya
juga dapat memperoleh ilmu pengetahuan tentang tradisi, pakaian, pantang larang,
makanan, perkahwinan dan sebagainya sub-etnik tersebut. Sebagai seorang
warganegara Malaysia, saya mahu memahami pelbagai sub-etnik yang terdapat dalam
negara kita. Oleh itu, ilmu tersebut sangat menarik untuk saya dan saya berasa seronok
semasa membuat tugasan ini. Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang sangat
berbeza dalam pelbagai aspek. Oleh itu, ia adalah sangat penting bahawa semua
rakyat dapat memahami tradisi etnik yang lain supaya kita dapat mencapai perpaduan
dan berganding bahu dalam memperkembangkan negara kita, Malaysia.
6) Ng Seng He
Kesimpulannya, saya amat berterima kasih kepada Ms. Neeshanti Rhamarao kerana
memberikan keputusan untuk memberikan peluang kepada kita untuk membuat projek
ini.
Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
membantu dalam projek ini. Mererka memainkan peranan yang amat besar untuk
melengkapkan modul Hubungan Etnik ini.
42
Dalam 3 bulan ini, saya telah belajar banyak tentang Baba Nyonya terutamanya
pakaian dan makanan tradiasional. Kita telah mengunjungi Melaka untuk menimba
pengalaman yang lebih berharga daripada emas. Masyarakat Baba dan Nyonya masih
teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk
meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan
budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara
masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan
perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya
Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.
7) Pang Khai Shuen
Projek ini sememangnya telah membantu saya memahami sub-etnik Baba
Nyonya dengan lebih mendalam. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah modul
ini, Cik Neeshanti, dan juga rakan-rakan sekumpulan yang telah berkerjasama tanpa
mengutamakan kepentingan diri demi menyempurnakan projek ini. Terima kasih juga
kepada ibu-bapa saya yang memberi sokongan moral dan kewangan sepanjang projek
ini dijalankan.
Antara perkara yang paling saya ingati dalam proses projek ini ialah keunikan
sub-etnik Baba Nyonya lebih mendalam daripada yang saya tahu sebelum ini. Mereka
telah mengalami proses assimilasi yang sempurna, dan telah melahirkan identity diri
yang tidak boleh didapati di tempat lain di dunia. Demi menjaga pusaka budaya ini,
43
mereka hanya berkahwin dengan sub-etnik sendiri sahaja. Inilah pengorbanan yang
terpaksa dilakukan demi kepentingan seluruh entik, dan bukan untuk kepentingan diri.
Dalam perjalanan kami ke Melaka, saya telah menimba pelbagai ilmu yang amat
susah didapati tidak kira dari buku teks ataupun lama web. Teringat juga pepatah Cina:
“Berjalan seribu kaki lebih baik daripada membacau seribu buku”. Lawatan ini amat
berharga dan kami bersyukur kerana projek ini memberi peluang untuk berkunjung ke
situ.
Keadaan sub-etnik ini juga mengingatkan saya bahawa manusia merupakan
makhluk yang boleh menyesuaikan diri dalam mana-mana jua keadaan. Ini kerana sub-
etnik Baba Nyonya lahir kerana nenk moyang mereka sudi meninggalkan tanah air
mereka iaitu China, dan membentuk kehidupan yang baru di Kepulauan Melayu, yang
pada masu itu merupakan tempat utama perdagangan. Walaupun perkara ini berlaku
pada berate-ratus tahun dahulu, saya yakin keputusan ini amat sukar dibuat. Akhirnya,
berlakulah perkahwinan antara entik secara skala yang besar dan lahirnya kebudayaan
unik yang menjadi salah satu identity Malaysia sehingga ke hari ini.
LAPORAN BERAKHIR DI SINI
TERIMA KASIH
44
Lampiran
Tiket Kunjungan ke Muzium Warisan Baba Nyonya
45
Borang Soal Selidik
Nama:
Pekerjaan:
Umur: a. 13 – 17
b. 18 – 22
c. 23 – 27
d. 27 – 31
e. 31 ke atas
1. Adakah anda mempunyai jiran yang berlainan bangsa?
a. Ya b. Tidak
2. Jika ya, seringkah anda bergaul dengan jiran yang berlainan bangsa, nombor satu
mewakili “tidak perbah” dan nombor sepuluh mewakili “setiap hari”
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
3. Adakah anda tahu bertutur dalam Bahasa bangsa yang lain?
a. Ya b. Tidak
4. Sejauh manakah anda memahami pantang larang kaum lain? 1 mewakili “langsung
tidak tahu” dan 10 mewakili “amat memahami”
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
5. Pernahkah anda melawat ke rumah rakan yang berlainan bangsa?
a. Ya b. Tidak
6. Pada pandangan anda, mampukah matlamat “1 Bangsa 1 Negara” dicapai di negara
Malaysia?
a. Ya b. Tidak
7. Dengan kadar perpaduan di Malaysia hari ini, mampukah wawasan 2020 dapat
dicapai dengan sempurna?
a. Ya b. Tidak
46
8. Pernahkah anda bergaduh dengan kaum lain?
a. Ya b. Tidak
9. Pernahkah anda menghadiri majlis perkahwinan bangsa yang berlainan?
a. Ya b. Tidak
10. Adakah anda mempunyai impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang
aman, serta mengambil tindakan untuk memastikan bahawa hubungan kaum dapat
dieratkan?
a. Ya b. Tidak
TAMAT
top related