1 NAMA SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK KOD SUBJEK : MPU 3113 TAJUK : BABA & NYONYA___________________ ____________________________________ TARIKH AKHIR : ____________________________________ NAMA PENSYARAH : CIK. NEESHANTI RHAMAROO SESI : SEPTEMBER 2015 NAMA AHLI : ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ Saya/ Kami mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya/kami. Saya/Kami tidak menyalin daripada kerja kursus pelajar lain, mengambil sumber rujukan di dalam teks tanpa dinyatakan dari mana rujukannya dan juga tidak ditulis oleh mana-mana individu lain. Tandatangan Ketua Kumpulan : _______________ Nama : _______________________
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
NAMA SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK
KOD SUBJEK : MPU 3113
TAJUK : BABA & NYONYA___________________
____________________________________
TARIKH AKHIR : ____________________________________
NAMA PENSYARAH : CIK. NEESHANTI RHAMAROO
SESI : SEPTEMBER 2015
NAMA AHLI : ____________________________________
____________________________________
____________________________________
____________________________________
____________________________________
Saya/ Kami mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya/kami. Saya/Kami
tidak menyalin daripada kerja kursus pelajar lain, mengambil sumber rujukan di dalam teks
tanpa dinyatakan dari mana rujukannya dan juga tidak ditulis oleh mana-mana individu
lain.
Tandatangan Ketua Kumpulan : _______________ Nama : _______________________
2
Kandungan
Tajuk Muka Surat
Pengenalan 3
Objektif 4
Pakaian 5
Perayaan 9
Pantang Larang 13
Makanan 14
Perkahwinan 25
Bahasa 33
Refleksi 37
Lampiran 45
3
Pengenalan
Pada abad ke-15, negeri-negeri di Kepulauan Melayu membayar ufti kepada negara
China dan Siam. Pembayaran ufti ini adalah untuk manjalinkan hubungan yangbaik
dengan negara-negara tersebut. Dalam era pentadbiran Parameswara, Laksamana
Cheng Ho – salah satu Laksamana yang terbaik di China – membuat satu ekspedisi ke
Melaka. Raja negeri China juga menghantar salah seorang puterinya, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai penghargaan hubungan diplomatic mereka.
Dalam dua-dua peristiwa ini, ramai pengikut sama ada kepada Laksamana Cheng Ho
atau Puteri Hang Li Po menetap di Bukit Cina, Melaka. Merekalah yang menjadi nenek-
moyang kepada golongan Peranakan atau Baba-Nyonya di Melaka. Sebahagian besar
golongan Cina ini ialah lelaki, oleh itu mereka berkahwin dengan perempuan tempatan
dan melahirkan generasi Peranakan yang pertama. Cucu-cicit golongan ini berhijrah
dari Melaka ke Singapura dan Pulau Pinang pada zaman pemerintahan British.
4
Objektif:
a. Memahami asal usul sub-etnik Baba Nyonya serta kebudayaannya.
b. Memahami kepentingan memelihara kebudayaan sub-etnik Baba Nyonya.
c. Memahami kesan-kesan hubungan antara entik berlainan dalam perpaduan Negara.
5
Pakaian
Pakaian Baba Nyonya masih dipakai sehingga hari ini oleh orang ramai di Malaysia, ia
mengandungi ciri-ciri yang unik dan bergaya. Hingga hari ini masih terdapat pelbagai
kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan
dan merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.
Namun kebelakangan ini, masyarakat Cina yang bukan Baba mula memelihara
tradisi ini. Mereka telah dapat menyesuai diri dengan memakai sarung. Pakaian ini
dapat membezakan kaum Baba daripada Cina dan Baba yang wajar memang tidak
memakai sarung dan kebaya. Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaran
masyarakat Baba dengan masyarakat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat
Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya
yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
Pakaian Baba semacam pakaian tradisi Melayu kerana ia terdiri daripada Baju Kebaya
dan Kersongsang.
6
7
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai
banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai
pelbagai aksesori seperti kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam ,cucuk sanggul
dan lain-lain lagi.Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari
barat dan kaum Cina sendiri.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan
warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Sejak 1930-an, kasut
manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
8
Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil
sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat
cantik dan halus buatannya.
Seterusnya, golongan wanita Baba Nyonya yang berusia (dikenali sebagai bibik)
pula memakai kebaya panjang berkolar tinggi yang menutup bahagian dada (baju
panjang yang dipanggil kebaya encim. Kebaya panjang tersebut mestilah melebihi
bawah lutut, terbuka di bahagian depan seakan-akan kebaya, tidak berpotongan
mengikut badan. Kasut mereka pula bersulam dengan pelbagai motif dan warna yang
tidak keterlaluan bersesuaian dengan usia mereka. Kebanyakan mereka akan
mengenakan seutas rantai labuh dengan loket yang besar diperbuat daripada emas
dan batu-batu seperti permata.
Golongan berusia Baba pula berpakaian lebih ringkas dan selesa, biasanya kini
masih mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda dengan berseluar dan berkasut
sulam serta topi.
9
Perayaan serta Adat Resam
Masyarakat Baba Nyonya banyak mengadaptasi perayaan masyarakat Cina. Antaranya
seperti, Tahun Baru Cina, Tung Cek, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang
Bulan, Ong Yah dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama
pada bulan pertama takwim orang cina. Masyarakat Baba Nyonya akan membersihkan
rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih dan perlbagai
masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun
Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua
ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal
berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis
makanan akan disajikan di atas meja besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai
tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya kaum Baba akan bersembahyang untuk
mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu, sanak
saudara akan datang berkunjung dengan membawa perlbagai juadah serta buah limau
mandarin. Mereka yang telah berkeluarga wajib memberikan ‘angpau’ kepada mereka
yang masih bujang. Angpau yang diberikan mestilah dalam sampul yang berwarna
merah dan mempunyai dua keping duit kertas walaupun nilainya kecil.
Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong
juga diraikan oleh masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini dilakukan pada hari keempat
perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan
diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan merah. Pada hari
10
tersebut juga masyarakat Baba Nyonya akan menghidangkan peralatan sembahyang
datok pauh, iaitu tiga cawan air teh, dua batang lilin dan 12 batang colok. Ketika ini
masyarakat Baba Nyonya akan berdoa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan
rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat cina.
Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam
kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng,
beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh
yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan
menggunakan colok dan kertas emas yang kubur. Upacara sembahyang akan
dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar di hadapan
patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutamanya
nenek moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya juga akan mengadakan
persembahan lauk ketika bersembahyang iaitu roh akan dihidangkan dengan gula tarik,
kacang, arak dan makanan lain.
Sembahyang Bulan juga merupakan salah satu perayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Baba Nyonya. Perayaan ini disambut pada 15 haribulan lapan dalam
kalendar cina. Sembahyang Bulan akan dilakukan di rumah ‘akhay-akhay’ iaitu rumah
kecil yang halaman rumahnya dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh
batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan lazat
11
dihidangkan. Kuih bulan diletakkan di tengah-tengah dan dikelilingi kuih-kuih lain seperti
waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya.
Kelahiran
Pada bulan lunar penuh perayaan muar-guay, iaitu tiga puluh hari slepas kelahiran
anak. Nyonyas akan mengadakan satu majlis di mana nasi kunyit, kari ayam dan kek
kacang merah berbentuk kura-kura (ang-koo) bersama dengan ang-t’oe atau ang-ee
dan dua telur ayam rebus berwarna merah akan ditawarkan kepada nenek moyang,
yang berlebihannya akan diagihkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan rapat.
Perayaan muar-guay juga menandakan pengakhiran pantang seperti yang diamalkan
oleh wanita Melayu yang baru bersalin. Orang Melayu merujuk nasi kunyit sebagai pulot
kuning atau nasi kuning dan mereka menggunakannya di kenduri dengan mewah. Kek
muar guay untuk majlis ini adalah nasi kunyit, dua telur rebus berwarna merah, dua
kura-kura (ang-koo), dan dua pic ang t’oe (yang menanda bahawa jantina bayi itu
adalah perempuan).
Kematian
Kematian bagi masyarakat baba dan nyonya adalah satu perkara yang begitu
menyedihkan. Masyarakat ini percaya sekiranya berlaku kematian mereka perlu
berkabung selama tiga tahun. Pada tahun pertama perkabungan, mereka akan
memakai pakaian berwarna hitam dan putih sahaja manakala pada tahun kedua dan
12
ketiga mereka memakai pakaian berwarna biru dan hijau. Sepanjang tempoh
perkabungan ini, masyarakat baba nyonya dilarang menyambut sebarang perayaan
dan berkahwin bagi keluarga terdekat. Hal ini sebagai tanda penghormatan buat si mati
dan keluarga.
13
Pantang Larang
Sama dengan setiap masyarakat lain di dunia, masyarakat Baba dan Nyonya
just mempunyai pantang larang sendiri. Antaranya, mereka masih percaya kepada
pawang dan bomoh. Oleh itu, mereka akan mendapatkan bantuan bomoh apabila
menghadapi masalah. Contohnya, kebiasaannya mereka akan pergi berjumpa dengan
bomoh apabia terdapat bayi yang sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka
percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin atau hantu. Meraka akan
meminta tolong daripada pawang dan bomoh unuk menghalau hantu atau jin tersebut
daripada mengganggu anak mereka.
Selain itu, ibu yang hamil tidak boleh keluar dari rumah pada waktu senja.
Mengikuti masyarakat Baba dan Nyonya, pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis,
dan hantu mula berkeliaran. Mereka mempercayai bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh langsuir dan pontianak. Sekiranya ibu
terpaksa keluar dari rumah, ibu tersebut harus membawa barangan yang diperbuat
daripada besi, contohnya pisau untuk menakutkan hantu.
Di samping itu, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya, dalam penyakit demam campak atau
‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Mereka
mempercayai bahawa air tersebut boleh membantu untuk mengubati penyakit tersebut.
14
Makanan
Masakan Nonya adalah hasil daripada campuran bahan-bahan Cina dengan pelbagai
rempah yang berbeza dan teknik memasak yang digunakan oleh masyarakat Melayu /
Indonesia. Ini menimbulkan tafsiran Peranakan makanan Melayu / Indonesia yang juga
sama masam , aromatik , pedas dan herba.
Terdapat variasi serantau dalam masakan Nonya. Hidangan dari Pulau Pinang di
bahagian utara Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh Thai, seperti penggunaan
yang lebih liberal asam jawa dan bahan-bahan yang masam lain.
Hidangan dari Singapura dan Melaka menunjukkan pengaruh Indonesia yang lebih
besar, seperti penggunaan santan. Satu contoh klasik ialah laksa (a mi sup pedas), yang
datang dalam dua varian: yang masam laksa asam dari Pulau Pinang dan laksa lemak
berasaskan santan dari Singapura dan kawasan selatan Semenanjung Malaysia.
Rasa laksa dan resipi Nonya lain ditentukan oleh rempah, yang dalam bahasa Melayu
bermakna rempah. Pelbagai kombinasi tersebut dihancurkan menjadi pes dengan alu
dan mortar, dengan tekstur yang sangat khusus dan kepadatan. Dikatakan bahawa
nonya yang boleh menentukan kemahiran masakan undang-undang anak perempuan
yang baru hanya dengan mendengar rempah menyediakan beliau dengan lesung.
15
Senarai hidangan Nonya
Acar - pelbagai daging jeruk dan sayur-sayuran seperti acar keat lah (madu limau /
calamansi ), Achar hu (ikan goreng), acar Kiam hu (ikan garam), acar timun (timun ),
acar awat (sayur-sayuran campuran).
Asam Laksa - Dianggap sebagai salah satu daripada tiga hidangan istimewa di Pulau
Pinang, Asam laksa terdiri daripada semangkuk lut mi beras putih berkhidmat dalam
sup pedas diperbuat daripada ikan ( biasanya ikan kembung ), asam jawa (kedua-dua
jawa asam dan asam gelugor ), dan daun kesum . Topping boleh termasuk bawang ,
pudina , dicincang bunga kantan , dan keping nanas dan timun. A dollop pedas, likat
belacan biasanya dihidangkan di sebelah.
16
Ayam buah keluak - hidangan ayam yang dimasak menggunakan kacang dari
Pangium edule atau "Kepayang" pokok, pokok bakau yang tumbuh di Malaysia dan
Indonesia.
Ayam pongteh - rebus ayam yang dimasak dengan tauchu atau masin kacang soya
yang ditapai, dan gula melaka. Ia biasanya masin-manis dan boleh digantikan sebagai
hidangan sup dalam masakan Peranakan.
17
Cap cai - kacau goreng sayur-sayuran. Versi Nonya ini klasik Cina Indonesia
menggabungkan tauchu dan udang kering.
Cencaluk - perasa jelas Melaka diperbuat daripada udang diperam kecil (udang
geragau), garam dan beras. Ia juga merupakan bahan memasak digemari digunakan
oleh masyarakat Kristang Eurasian Melaka.
Enche Kabin - digoreng kepingan ayam diperap dalam pes santan dan rempah.
18
Kari Kapitan - yang Nonya mengambil kari ayam sentiasa ada. Daun limau purut dan
santan adalah antara bahan-bahan utama untuk kari yang sederhana ini.
Itek Tim atau Kiam Chye Ark Th'ng - ialah sup itik, sawi dipelihara dan kubis
berperisa dengan buah pala, cendawan Cina, tomato dan lada.
Jiew Hu Char - adalah hidangan yang terdiri terutamanya daripada sayur-sayuran
cincang seperti orang bodoh atau jicama, lobak merah dan kubis dan goreng bersama-
sama dengan sotong kering nipis dicincang.
19
Kerabu Bee Hoon - adalah hidangan salad yang terdiri daripada mee hoon dicampur
dengan sambal belacan, calamansi jus limau, dan herba dicincang halus dan rempah.
Lain-lain hidangan salad terkenal adalah kerabu bok née (awan cendawan telinga /
tikus telinga), kerabu kay (ayam), kerabu kay khar (kaki ayam), kerabu timun (timun),