944 4 Kajian Kerja Kursus - Baik
Post on 10-Aug-2015
148 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
1. PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sejak tahun 1970an, Malaysia berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang memberangsangkan. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah
daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan perkilangan/pembuatan.
Sektor pembuatan menjadi semakin penting sejajar dengan dasar Malaysia
untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Di dalam
sektor pembuatan sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) amat besar dan penting. PKS merangkumi lebih daripada 70% daripada
bilangan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia (Mohd Asri, 1999).
Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-
usahawan PKS dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi
ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. PKS adalah penting di dalam
proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting
dalam rangkaian pengeluaran negara. Dalam teks ucapan Belanjawan 2001
yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 27 Oktober 2000,
telah menyentuh tentang peranan penting PKS dalam menjana kegiatan
ekonomi melalui peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan dalam
negeri dan mengurangkan keperluan negara untuk mengimport. PKS juga
adalah wadah bagi usahawan yang baharu untuk memulakan perniagaan dalam
pengeluaran dan seterusnya berkembang maju sebagai penggerak ke arah
menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian menjelang tahun 2020.
Syarikat Jaminan Kredit (CGC) (1993) mentakrifkan firma PKS sebagai firma
yang mempunyai modal berbayar dalam lingkungan RM 100,000 hingga RM
200,000. Secara umumnya pengetahuan asas, pengurusan yang tidak cekap,
masalah tenaga pekerja dan organisasi menyebabkan PKS mengalami masalah
keluaran. Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mentakrifkan
PKS sebagai syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi 25 juta
atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Justeru semua
1
pertubuhan perniagaan sama ada terlibat dalam pengeluaran barang atau
perkhidmatan tanpa mengira saiz, tergolong dalam takrif ini. Antara contoh
pertubuhan perniagaan tersebut ialah kedai runcit yang menawarkan
perkhidmatan peruncitan, syarikat atau pengusaha kecil yang mengeluarkan
rempah ratus, keluaran produk makanan ringan, pengusaha home stay,
pengusaha batik dan kraftangan, restoran, dan pemberi pinjaman yang memberi
perkhidmatan kewangan.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai masalah yang lazimnya tidak
dihadapi oleh perusahaan besar. Antara masalah tersebut ialah masalah untuk
mendapatkan modal, masalah pemasaran, masalah produk yang tidak pelbagai
dan berkualiti rendah, masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan.
Masalah ini timbul kerana berpunca daripada modal yang terhad, kepakaran
pengurusan yang rendah, pengetahuan pasaran yang terhad.
Pada umumnya perusahaan kecil dan sederhana di Bukit Gambir terlibat dalam
pengeluaran secara kecil-kecilan produk-produk yang berasaskan makanan dan
perkhidmatan peruncitan. Persoalannya adakah perusahaan kecil dan sederhana
di Bukit Gambir juga menghadapi masalah yang sama seperti perusahaan kecil
yang lain. Khususnya adakah PKS ini berhadapan dengan masalah kepelbagaian
produk dan masalah pemasaran produk.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Pada amnya tujuan kajian ini ialah untuk meneliti PKS di kawasan Bukit
Gambir, Ledang. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti;
(i) jenis produk PKS
(ii) pasaran produk PKS
(iii) masalah yang dihadapi oleh pengusaha PKS
2
2. LATAR BELAKANG KAJIAN
2.1 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHAHA DI MALAYSIA
Dalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah
bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan,
perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan.**
Definisi ini adalah untuk kegunaan kesemua Kementerian dan Agensi Kerajaan
yang ada kaitan dengan pembangunan PKS, dan juga institusi-institusi
kewangan. Kegunaan definisi PKS ini akan memudahkan penggubalan dasar-
dasar dan program-program sokongan yang berkesan untuk sektor-sektor sasar
ekonomi, memudahkan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan, dan
memudahkan identifikasi PKS di pelbagai kategori dan peringkat. Definisi PKS
di Malaysia boleh dikelaskan dalam tiga kategori, iaitu: Mikro, Kecil, atau
Sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini ditetapkan berasaskan kepada: jumlah
pekerja sesebuah perniagaan, atau jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan
dalam tempoh setahun.
I. Jumlah Pekerja
Berasaskan jumlah pekerja sepenuh masa :
Pertanian Asas
Perkilangan (termasuk Asas tani) dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan
Sektor Perkhidmatan (termasuk ICT*)
Mikro Kurang daripada 5 orang pekerja
Kurang daripada 5 orang pekerja
Kurang daripada 5 orang pekerja
Kecil Antara 5 hingga 19 pekerja
Antara 5 hingga 50 pekerja
Antara 5 hingga 19 pekerja
Sederhana
Antara 20 hingga 50 pekerja
Antara 51 hingga 150 pekerja
Antara 20 hingga 50 pekerja
Sumber: Laman web SME
3
II. Jumlah Jualan Tahunan
Berasaskan jumlah jualan tahunan :
Pertanian Asas
Perkilangan (termasuk Asas tani) dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan
Sektor Perkhidmatan (termasuk ICT*)
Mikro Kurang daripada RM200,000
Kurang daripada RM250,000
Kurang daripada RM200,000
Kecil Antara RM200,000 hingga kurang daripada RM1 juta
Antara RM250,000 hingga kurang daripada RM10 juta
Antara RM200,000 hingga kurang daripada RM1 juta
Sederhana
Antara RM1 juta hingga RM5 juta
Antara RM10 juta hingga RM25 juta
Antara RM1 juta hingga RM5 juta
Sumber: Laman web SME
Sesetengah ekonomi negara-negara yang maju telah berjaya kerana PKS
merupakan bahagian utama ekonomi negara itu, mencakupi lebih 98% daripada
jumlah perniagaan dan menyumbang lebih 65% kepada pekerjaan serta lebih 50%
daripada keluaran domestik negara. Meskipun di Malaysia angkanya mungkin
lebih rendah, PKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi
dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan
industri baru sementara mengukuhkan industri yang ada, untuk pertumbuhan
masa hadapan negara
2.1.1 Ciri-Ciri Perusahaan Kecil Dan Sederhana
PKS mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu
(a) Jenis keluaran
Keluaran PKS tidak memerlukan tahap teknologi yang tinggi, mesin yang
canggih, dan pekerja yang berkemahiran tinggi. Jenis keluaran PKS boleh
dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu
(i) Barang pengguna untuk memenuhi keperluan harian. Contohnya
industri makanan, industri tekstil, industri perabot, dan industri
kraf tangan.
4
(ii) Barang berupa alat gantian untuk menyokong industri besar seperti
kusyen kereta, nat, skru, madgag dan sebagainya. (Komen: industri
sebegini memerlukan teknologi dan pekerja berkemahiran tinggi)
(b) Organisasi
Organisasi PKS lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik, dan
kurang formal. Pengkhususan tidak dapat diamalkan sepenuhnya.
Kadangkala seorang pegawai atau pekerja terpaksa menjalankan berbagai
fungsi kerana skop bekerja secara mengkhusus terhad.
(c) Modal
Kebanyakan PKS terdiri daripada syarikat sendirian berhad, perkongsian
atau milikan tunggal yang bermodal kecil atau sederhana. Penggunaan aset
adalah kecil. Aset PKS kebanyakannya terdiri daripada alatan dan mesin
yang mudah dan kurang canggih. PKS sering kali menghadapi kekurangan
modal kerana keengganan bank memberi pinjaman. Sebahagian besar
modal disumbang oleh pekongsi dan keluarga atau tabungan dalaman.
(d) Lokasi
PKS biasanya terdapat di kawasan perindustrian yang murah, di pinggir
bandar, di bandar kecil, di desa, dan adakalanya di rumah sendiri.
(e) Pekerja
Kebanyakan pekerja kurang bertauliah, pendidikan formal yang rendah,
kurang didedahkan kepada kursus dan latihan. Kadar peralihan kerja
adalah tinggi kerana bayaran gaji yang rendah.
(f) Teknologi pengeluaran
Tahap teknologi adalah rendah, berintensif buruh dan kurang
mengamalkan automasi. Pengkhususan kerja tidak diamalkan sepenuhnya.
5
2.1.2 Jenis Kegiatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
(a) Perusahaan berasaskan sumber
PKS ini wujud kerana kewujudan bahan mentah di kawasan tersebut.
Contoh, jika kawasan tersebut mempunyai tanah liat, maka PKS yang
wujud di kawasan tersebut akan menghasilkan keluaran berasaskan tanah
liat seperti labu air, pasu dan buyung. Demikian juga kalau di kawasan
buah-buahan maka wujud PKS yang menghasilkan kerepek ubi, pisang,
gula melaka, dan jeruk.
(b) Perusahaan berasaskan logam
Biasanya PKS jenis ini menggunakan logam seperti besi, perak dan emas
untuk menghasilkan nat, skru, bingkai gambar, alat ganti jentera.
(c) Perusahaan berasaskan plastik dan getah
PKS ini menggunakan bahan plastik dan getah untuk menghasilkan
keluaran seperti tudung getah, paip getah, dan tayar.
(d) Perusahaan komponen automatif
PKS ini mengeluarkan komponen kenderaan untuk pengeluar kereta
seperti Proton dan Perodua di bawah Skim Subkontrak atau Program
Pembangunan Vendor. Di bawah skim ini PKS diberi bantuan dan latihan
untuk menghasilkan komponen mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Keluaran vendor PKS seperti lampu kereta, kusyen, bateri dan
sebagainya.
(e) Perusahaan komponen elektrik dan elektronik
PKS ini mengeluarkan komponen elektrik untuk syarikat pengeluar barang
elektrik yang besar dan multinasional seperti Sony, Panasonic, Philips dan
Samsung.
6
(f) Perusahaan pemprosesan makanan
PKS ini mengeluarkan makanan untuk pasaran dalam negeri dan dieksport
ke luar negara.
(g) Perusahaan pembuatan lain
Contohnya PKS yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional.
7
2.2 LATAR BELAKANG LOKASI KAJIAN
Bukit Gambir adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 35 km dari bandar
Muar, Johor. Bilangan penduduknya seramai 35,000 orang yang terdiri daripada
80% melayu, 15% cina, dan 5% india (sumber: ketua kampung Bukit Gambir).
Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada melayu keturunan jawa. Aktiviti
utama ekonomi berasaskan pertanian (maklumat sebenar tentang taburan
pekerjaan tidak diperolehi). Aktiviti ekonomi lain perniagaan runcit dan
pengeluaran barang-barang berasaskan pertanian.
PETA: BUKIT GAMBIR
Terdapat beberapa kawasan perindustrian dalam radius 20 kilometer dari Kampung Bukit
Gambir iaitu kawasan perindustrian Grisek dan kawasan perindustrian Tangkak. 20
kilometer ke utara Kampung Bukit Gambir ialah kawasan pelancongan Gunung Ledang
yang merupakan satu sumber pekerjaan bagi penduduk daerah Ledang.
(http://www.majlisdaerahmuar.gov.my), dilayari pada 08 Ogos 2008).
Dari segi urusan pentadbiran, Kampung Bukit Gambir ditadbir oleh Majlis Perbandaran
Muar sehingga tahun 2007. Mulai tahun 2008, Kampung ini ditadbir oleh Majlis Daerah
8
Ledang. Pada tahun 2007, mengikut rekod di Pejabat Daerah Muar, terdapat 18
syarikat/pengusaha yang membayar cukai pintu. (Pejabat Daerah Muar, Laporan Tahunan
2008, Lampiran 2.4).
Sumber: Laman web j-travel.blogspot.com
Sumber: Laman web j-travel.blogspot.com
9
3. KAEDAH KAJIAN
Berpandukan objektif kajian, kajian lapangan dimulakan dengan menyenarai
syarikat/pengusaha yang terdapat di Kampung Bukit Gambir. Sebagai langkah pertama
penyelidik melawat Pihak Berkuasa Tempatan dan meninjau sekitar kawasan Bukit
Gambir untuk mendapat maklumat tentang pengusaha yang beroperasi di kawasan ini.
Berasaskan maklumat yang diberi oleh pihak berkuasa serta tinjauan di lokasi penyelidik
mendapat maklumat tentang nama syarikat/pengusaha, alamat, jenis syarikat/pengusaha
dan nombor telefon. Bilangan dan jenis syarikat/pengusaha seperti Jadual 1.
Jadual 1: Jenis Perusahaan
Jenis Bilangan
Pembuat perabut 2
Kedai runcit 4
Restoran 5
Bengkel besi 2
Pengetuk dan pengecat kereta 2
Pemprosesan makanan 12
Jumlah 27
Berasaskan dapatan ini dan objektif kajian, penyelidik memutuskan untuk mengkaji
syarikat/pengusaha pemprosesan makanan. Penyelidikan seterusnya diasaskan kepada
satu instrumen pengumpulan data yang diberikan di Lampiran 3 (Borang Soal Selidik).
Sampel yang dipilih ialah enam perusahaan pemprosesan makanan dan setiap perusahaan
dikenakan satu instrumen penyelidikan yang mengandungi dua komponen (a) latar
belakang perusahaan seperti pemilik, jenis produk, dan bilangan pekerja, dan (b) soalan-
soalan untuk mendapat maklumat tentang jenis produk, pasaran produk dan masalah yang
dihadapi oleh pengusaha.
10
4. DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.1 Profil Syarikat/Pengusaha
Enam syarikat yang ditemubual terdiri daripada syarikat yang mengeluarkan
pelbagai jenis produk makanan iaitu dua syarikat yang mengeluarkan makanan
ringan dan masing-masing satu syarikat yang mengeluarkan kicap dan sos, roti
dan kek, rempah ratus, dan makanan sejuk beku. Terdapat empat syarikat
dimiliki oleh bumiputra manakala dua buah syarikat lagi dimiliki oleh bukan
bumiputra. Syarikat yang paling lama beroperasi ialah Syarikat A, iaitu pada
tahun 1980. Syarikat yang paling baru ditubuhkan ialah Syarikat F yang
mengeluarkan makanan sejuk beku, iaitu pada tahun 2007. Nilai hasil jualan
yang tertinggi ialah Syarikat B yang mengeluarkan makanan ringan manakala
nilai hasil jualan yang terendah ialah Syarikat E yang juga mengeluarkan
makanan ringan. Sila rujuk Jadual 2.
Jadual 2: Profil Syarikat
Nama Syarikat
Kegiatan Yang Dijalankan
Hasil Jualan Kasar Sebulan
(RM)
Tahun Mula
Beroperasi
Pemilikan
1 Syarikat A Kicap dan sos 40 000 – 50 000 1980 Bumiputra
2 Syarikat B Makanan ringan 50 000 – 60 000 2000 Bumiputra
3 Syarikat C Rempah ratus 20 000 – 30 000 2003 Bumiputra
4 Syarikat D Roti dan kek 30 000 – 40 000 2005 Bukan Bumiputra
5 Syarikat E Makanan ringan < 10 000 1990 Bumiputra
6 Syarikat F Makanan sejuk
beku
Tiada maklumat 2007 Bukan Bumiputra
Sumber: Kaji selidik
11
Semua syarikat menggunakan pekerja tetap dengan bilangan tertinggi sebanyak
lima. Secara umumnya lebih ramai pekerja sambilan daripada pekerja tetap dan
hanya dua syarikat yang mengambil pekerja asing yang berasal dari Indonesia.
Sila rujuk Jadual 3. Jadual ini juga menunjukkan bahawa syarikat pemprosesan
makanan di Bukit Gambir menggunakan pekerja keluarga. Pekerja keluarga
ialah ahli keluarga yang membantu kerja-kerja syarikat dan mereka tidak
dibayar gaji tetap.
Jadual 3: Bilangan Pekerja
Nama Syarikat
Bilangan Pekerja Tetap
Bilangan Pekerja
Sambilan
Bilangan Pekerja
Keluarga
Bilangan Pekerja Asing
1 Syarikat A 5 10 3 0
2 Syarikat B 5 20 2 5
3 Syarikat C 3 5 1 0
4 Syarikat D 4 2 1 2
5 Syarikat E 1 1 3 0
6 Syarikat F 4 0 0 3
Sumber: Kaji selidik
Nota: Terdapat pertindihan dalam mengklasifikasikan jenis pekerja.
Terdapat pekerja asing yang bekerja secara tetap atau bekerja
secara sambilan.
12
4.2 Pemasaran
4.2.1 Jenis produk
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis produk makanan yang dikeluarkan
oleh syarikat yang dikaji di kawasan kajian. Contoh produk makanan
seperti di bawah:
Produk kicap dan sos Syarikat A
Produk makanan ringan Syarikat B dan Syarikat E
13
Produk roti dan kek Syarikat D
Rempah ratus Syarikat B
14
Produk makanan sejuk beku Syarikat F
15
Jadual 4 : Jenis Produk
Nama
Syarikat
Jenis Produk
1 Syarikat AMemproses makanan halal seperti kicap, sos, sri kaya dan
perisa minuman.
2 Syarikat B Memproses dan mengedar kerepek pisang, ubi, dan keledek
3 Syarikat C Membuat dan memproses rempah mee bandung, rempah
soto, kerisik kelapa dan bawang goring.
4 Syarikat D Memproses pelbagai biskut, kek, roti, muffin dan lain-lain.
5 Syarikat E Memproses dan menjual sendiri makanan ringan buatan
sendiri iaitu semua jenis kacang.
6 Syarikat F Memproses dan membekal makanan sejuk beku seperti roti
pita, roti canai, karipap, pau, bebola ikan, daging kebab
ayam dan lembu, dan sate.
Sumber: Kaji selidik
Kepelbagaian produk syarikat tersebut dapat memberi banyak pilihan bagi
memenuhi citarasa pengguna. Contohnya perusahaan makanan ringan
diusahakan oleh dua syarikat iaitu Syarikat B dan Syarikat E.
4.2.2 Saluran Pemasaran
Terdapat empat saluran pemasaran, iaitu menjual sendiri, rangkaian peruncit
tempatan, dan wakil pengedar untuk menjual di luar kawasan dan di luar
negeri Johor. Beberapa syarikat juga menjual produknya dipasar malam dan
pasar tani. Tiada syarikat yang memasarkan melalui pasaraya dan pasaraya
besar. Semua syarikat memasarkan produk mereka di pasaran dalam negeri
dan tiada produk yang dieksport. Sila rujuk Jadual 5.
16
Jadual 5 : Saluran Pemasaran
Nama
Syarikat
Saluran Pemasaran
Jual Sendiri Rangkaian
Peruncit
Tempatan
Wakil Pengedar Pasar Malam/
Pasar Tani
1 Syarikat A - -
2 Syarikat B
3 Syarikat C
4 Syarikat D
5 Syarikat E - -
6 Syarikat F
Sumber: Kaji selidik
Nota: tanda (-) menunjukkan syarikat tidak menggunakan saluran pemasaran ini.
17
4.2.3 Saluran maklumat
Terdapat pelbagai cara syarikat menyalurkan maklumat kepada pelanggan
untuk tujuan promosi. Tidak ada satu syarikat pun mengiklankan produk
mereka melalui radio dan televisyen. Semua syarikat menggunakan saluran
sebaran secara lisan dan risalah edaran.
Jadual 6: Saluran Maklumat
Nama Syarikat
Saluran Maklumat
Risalah edaran
Sampel percuma
Sebaran lisan
Laman web
Media cetak
1 Syarikat A - -
2 Syarikat B
3 Syarikat C - -
4 Syarikat D - -
5 Syarikat E - -
6 Syarikat F -
18
Sumber: Kaji selidik
Nota: tanda (-) menunjukkan syarikat tidak menggunakan saluran pemasaran ini.
4.2.4 Masalah yang dihadapi oleh syarikat
Berdasarkan Jadual 7 masalah umum yang utama ialah pekerja kurang
mahir dan masalah ini dihadapi oleh semua syarikat terutama syarikat
pengeluar barangan sejuk beku. Syarikat juga rata-rata mengalami
kesukaran meningkatkan kualiti produk. Masalah ini juga mungkin
berpunca daripada pekerja kurang mahir dan penggunaan teknologi yang
rendah. Jadual menunjukkan juga bahawa semua syarikat kurang
menghadapi masalah kemudahan asas.
Jadual 7: Masalah Umum
Bil Masalah Umum Syarikat/Skala Respon
A B C D E F Purata
1. Sukar untuk menambah modal 3 3 3 3 33
3.0
2. Sukar mendapat bantuan daripada
khidmat sokongan3 3 4 3 4
33.3
3. Sukar meningkatkan kualiti produk 4 4 4 3 4 2 3.5
4. Sukar mendapat bahan mentah/bahan
mentah mahal3 3 3 3 3
22.8
5. Buruh tempatan sukar diperolehi 3 3 2 3 32
2.7
6. Kemudahan asas tidak mencukupi di
premis anda2 2 2 2 2
22.0
7. Pekerja kurang mahir 4 4 4 4 4 5 4.2
19
Jadual 8 menunjukkan masalah pemasaran yang dihadapi oleh syarikat.
Rata-rata syarikat menghadapi masalah kos pengangkutan tinggi, kos
pembungkusan yang mahal dan kuasa beli pengguna tempatan yang rendah.
Purata skor bagi setiap masalah ialah masing-masing 4.5, 4.3 dan 4.2.
Disamping itu, syarikat juga menghadapi masalah sukar mendapat rakan
pengedar dan ramai pesaing yang mengeluarkan produk yang sama.
Bagaimanapun semua syarikat kurang menghadapi masalah lokasi
perniagaan yang tidak strategik.
Jadual 8: Masalah Pemasaran
Bil Masalah Pemasaran Syarikat/Skala Respon
A B C D E F Purata
1. Sukar mendapat rakan pengedar 5 3 4 4 4 3 3.5
2. Lokasi perniagaan anda tidak
strategik1 1 1 1 1 1 1.0
3. Persaing yang sama jenis produk
terlalu ramai4 4 5 3 5 2 3.8
4. Kos pengangkutan yang tinggi 5 5 3 5 4 5 4.5
5. Kos meningkatkan kualiti
pembungkusan mahal4 4 4 5 4 5 4.3
6. Kuasa beli pengguna tempatan
rendah4 4 4 4 4 5 4.2
20
5. RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari kajian luar ini jelas menunjukkan bahawa
terdapat pelbagai jenis perusahaan memproses makanan di kawasan Bukit Gambir.
Pengeluaran pelbagai jenis produk makanan membolehkan pengguna mempelbagai jenis
cita rasa mereka. Permasalahan dalam PKS perlu dibantu kerana PKS membentuk lebih
daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, penggalakan
sektor PKS yang berdaya maju adalah penting dan strategik dalam usaha negara ke arah
memperluas sumber pertumbuhan dan mengekalkan momentumnya.
Sektor kewangan dan perbankan yang mantap telah meningkatkan keupayaan pekilang-
pekilang Malaysia, terutama PKS untuk mengembangkan operasi mereka dan
mengeksport ke luar negara. Selain kredit perniagaan biasa, banyak bank perdagangan
dan institusi kewangan telah dilantik Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan bayaran
geran kerajaan dan menyediakan kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan kepada
PKS. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan
industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah
bertambah, kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi PKS dengan
memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk
21
membangunkan lagi PKS yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti
ialah memperbaiki sistem sokongan institusi, memudahkan ketersampaian kepada
pembiayaan, menaiktaraf kemahiran teknologi, mempertingkatkan akses pasaran,
menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak, dan menambahkan kesedaran
penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. Untuk membolehkan PKS
dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan
daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan
lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah
mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar,
memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan
hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.
6. SENARAI RUJUKAN
1. www. mara.gov.my
2. www. bernama.com /bernama/v3/bm/news_business.php?id=297987
3. www. umk.edu.my /v2/bm/index.php?...&view=article&id=129&Itemid=12
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Jengka
5. http://www.mdmaran.gov.my/peta.htm
22
8. PENEMUAN KAJIAN
23
LAMPIRAN
24
top related