1. PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Sejak tahun 1970an, Malaysia berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan perkilangan/pembuatan. Sektor pembuatan menjadi semakin penting sejajar dengan dasar Malaysia untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Di dalam sektor pembuatan sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat besar dan penting. PKS merangkumi lebih daripada 70% daripada bilangan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia (Mohd Asri, 1999). Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-usahawan PKS dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. PKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara. Dalam teks ucapan Belanjawan 2001 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 27 Oktober 2000, telah menyentuh tentang peranan penting PKS dalam menjana kegiatan ekonomi melalui peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1. PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sejak tahun 1970an, Malaysia berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang memberangsangkan. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah
daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan perkilangan/pembuatan.
Sektor pembuatan menjadi semakin penting sejajar dengan dasar Malaysia
untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Di dalam
sektor pembuatan sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) amat besar dan penting. PKS merangkumi lebih daripada 70% daripada
bilangan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia (Mohd Asri, 1999).
Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-
usahawan PKS dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi
ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. PKS adalah penting di dalam
proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting
dalam rangkaian pengeluaran negara. Dalam teks ucapan Belanjawan 2001
yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 27 Oktober 2000,
telah menyentuh tentang peranan penting PKS dalam menjana kegiatan
ekonomi melalui peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan dalam
negeri dan mengurangkan keperluan negara untuk mengimport. PKS juga
adalah wadah bagi usahawan yang baharu untuk memulakan perniagaan dalam
pengeluaran dan seterusnya berkembang maju sebagai penggerak ke arah
menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian menjelang tahun 2020.
Syarikat Jaminan Kredit (CGC) (1993) mentakrifkan firma PKS sebagai firma
yang mempunyai modal berbayar dalam lingkungan RM 100,000 hingga RM
200,000. Secara umumnya pengetahuan asas, pengurusan yang tidak cekap,
masalah tenaga pekerja dan organisasi menyebabkan PKS mengalami masalah
keluaran. Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mentakrifkan
PKS sebagai syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi 25 juta
atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Justeru semua
1
pertubuhan perniagaan sama ada terlibat dalam pengeluaran barang atau
perkhidmatan tanpa mengira saiz, tergolong dalam takrif ini. Antara contoh
pertubuhan perniagaan tersebut ialah kedai runcit yang menawarkan
perkhidmatan peruncitan, syarikat atau pengusaha kecil yang mengeluarkan
rempah ratus, keluaran produk makanan ringan, pengusaha home stay,
pengusaha batik dan kraftangan, restoran, dan pemberi pinjaman yang memberi
perkhidmatan kewangan.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai masalah yang lazimnya tidak
dihadapi oleh perusahaan besar. Antara masalah tersebut ialah masalah untuk
mendapatkan modal, masalah pemasaran, masalah produk yang tidak pelbagai
dan berkualiti rendah, masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan.
Masalah ini timbul kerana berpunca daripada modal yang terhad, kepakaran
pengurusan yang rendah, pengetahuan pasaran yang terhad.
Pada umumnya perusahaan kecil dan sederhana di Bukit Gambir terlibat dalam
pengeluaran secara kecil-kecilan produk-produk yang berasaskan makanan dan
perkhidmatan peruncitan. Persoalannya adakah perusahaan kecil dan sederhana
di Bukit Gambir juga menghadapi masalah yang sama seperti perusahaan kecil
yang lain. Khususnya adakah PKS ini berhadapan dengan masalah kepelbagaian
produk dan masalah pemasaran produk.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Pada amnya tujuan kajian ini ialah untuk meneliti PKS di kawasan Bukit
Gambir, Ledang. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti;
(i) jenis produk PKS
(ii) pasaran produk PKS
(iii) masalah yang dihadapi oleh pengusaha PKS
2
2. LATAR BELAKANG KAJIAN
2.1 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHAHA DI MALAYSIA
Dalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah
bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan,
perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan.**
Definisi ini adalah untuk kegunaan kesemua Kementerian dan Agensi Kerajaan
yang ada kaitan dengan pembangunan PKS, dan juga institusi-institusi
kewangan. Kegunaan definisi PKS ini akan memudahkan penggubalan dasar-
dasar dan program-program sokongan yang berkesan untuk sektor-sektor sasar
ekonomi, memudahkan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan, dan
memudahkan identifikasi PKS di pelbagai kategori dan peringkat. Definisi PKS
di Malaysia boleh dikelaskan dalam tiga kategori, iaitu: Mikro, Kecil, atau
Sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini ditetapkan berasaskan kepada: jumlah
pekerja sesebuah perniagaan, atau jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan
dalam tempoh setahun.
I. Jumlah Pekerja
Berasaskan jumlah pekerja sepenuh masa :
Pertanian Asas
Perkilangan (termasuk Asas tani) dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan