Transcript
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
1/15
Pengenalan
Lumba jalan kaki, adalah sejenis acara olahraga dalam kategori perlumbaan
jarak jauh. Walaupun ianya merupakan perlumbaan yang menggunakan kaki, lumba
jalan kaki berbeza dengan larian kerana dalam acara lumba jalan kaki, sebelah kaki
mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan jalan atau trek larian pada setiap
masa perlumbaan. Jarak langkahan adalah dikurangkan, oleh itu bagi mencapai satu
kelajuan yang diperlukan dalam perlumbaan, peserta lumba jalan kaki mesti
mendapatkan satu kadar tempo atau irama semasa larian. Lumba jalan kaki mungkin
dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan
adalah 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
2/15
Kemunculan Perlumbaan Jalan Kaki
Lumba jalan kaki berkembang sebagai salah satu daripada acara-acara trek
terawal yang diperkenalkan pada mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur
Inggeris pada 1880. Catatan pertama lumba jalan kaki datang daripada percubaan
untuk menetapkan undang-undang bagi acara sukan lumba jalan kaki jarak jauh yang
popular pada abad ke-19, iaitu Pedestrianism. Pedestrianism telah berkembang seperti
juga sukan lumba kaki dan menunggang kuda yang merupakan sukan yang popular
bagi golongan atasan British dan Amerika pada suatu masa dahulu, selain menjadi
tempat meraka untuk melakujkan aktiviti pertaruhan.
Para peserta lumba jalan kaki telah menganjurkan kejohanan lumba jalan kaki
amatur Inggeris yang pertama pada 1866. yang dimenangi oleh John Chambers dan
dihakimi dengan undang-undang "fair heel and toe". Peraturan yang agak kabur ini
merupakan asas kepada peraturan yang telah dikodkan semasa mesyuarat pertama
Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880, yang merupakan kemunculan
olahraga moden. Dengan bola sepak, kriket dan beberapa sukan lain dikodkan
peraturan permainannya pada abad ke-19, perubahan sukan Pedestrianism kepada
lumba jalan kaki amatur berlaku agak lewat sama seperti kebanyakan sukan pada
masa sekarang.
Lumba jalan kaki moden kini boleh ditakrifkan sebagai acara yang memerlukan
peserta melakukan pergerakan langkah yang berterusan supaya langkah tersebut
sentiasa mencecah bumi, tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi berlaku yang boleh
kelihatan (pada mata kasar). Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus (tidak
membengkok lutut) dari mula mencecah bumi sehinggalah keadaan pejalan benar-
benar tegak ataupun kaki belakangnya melepasi badan.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
3/15
Peserta-peserta Lumba Jalan Kaki Pada Kemuncak Prestasi
Lelaki
20 kilometer
50 kilometer
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
4/15
Wanita
20 kilometer
Pelumba-pelumba Jalan Kaki Terkenal Dunia
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
5/15
Lumba Jalan Kaki Dalam Sukan Olimpik
Lumba jalan kaki merupakan acara olahraga dalam sukan Olimpik yang
dijalankan di trek atau di jalan raya dengan jarak yang ditetapkan untuk acara tersebut
adalah 20 kilometer bagi kedua-dua lelaki dan wanita serta 50 meter bagi lelaki sahaja.
Acara lumba jalan kaki membuat kemunculan pertama dalam sukan Olimpik moden
adalah pada 1904 yang dikenali sebagai acara lumba jalan kaki separuh batu, dan telah
dimasukkan ke dalam 10 acara dalam dekatlon.
Pada 1906, acara lumba jalan kaki yang berdiri secara sendiri iaitu lumba jalan
kaki jarak 1,500m and 3,000m telah diperkenalkan semasa sukan Olimpik, dan kecuali
pada 1924, terdapat sekurang-kurangnya satu acara untuk lelaki bagi setiap
pertandingan lumba jalan kaki. Pertandingan lumba jalan kaki bagi wanita menjadi
acara sukan Olimpik hanya pada 1992, setelah beberapa tahun diminta diperkenalkan.
Kejohanan Piala Dunia bagi acara lumba jalan kaki diadakan setahun dua kali,
dan acara lumba jalan kaki muncul dalam Kejohanan Olimpik Dunia IAAF, Sukan
Komanwel dan Sukan Pan Amerika.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
6/15
Gambarajah permulaan acara 3500 meter lumba jalan kaki akhir semasa Sukan
Olimpik 1908, yang merupakan Sukan Olimpik pertama yang menganjurkan
pertandingan lumba jalan kaki.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
7/15
Peraturan
Terdapat dua peraturan yang ditetapkan dalam acara lumba jalan kaki.
Peraturan pertama mewajibkan jari kaki belakang peserta tidak boleh meninggalkan
tanah sehinggalah tumit kaki depannya menyentuh tanah. Pelangggaran peraturan ini
dikenali sebagai hilang sentuhan atau loss of contact. Peraturan kedua memerlukan
kaki peserta yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan tanah dan
kekal lurus sehinggalah badan peserta melepasi kaki yang menyokong tersebut.
Peraturan-peraturan ini adalah dinilai oleh mata kasar, yang boleh mengundang
kontroversi semasa peserta-peserta berada dalam keadaan pergerakan yang laju.
Peserta mungkin melakukan kesalahan loss contact untuk beberapa milisaat dalam
satu langkahan yang boleh dikesan dengan menggunakan filem kelajuan tinggi, akan
tetapi fasa apungan peserta semasa berlumba adalah tidak mampu dikesan dengan
mata kasar.
Peserta perlu mengekalkan keadaan badannya supaya rendah dengan tanah
(mengelakkan fasa apungan) dengan cara mengekalkan ayunan lengannya dalam
keadaan rendah, iaitu dihayun separas punggung. Jika terdapat seseorang ternampak
bahu peserta lumba jalan kaki naik tinggi, hal itu mungkin merupakan satu tanda
bahawa paserta tersebut loss contact dengan tanah. Apa yang menjadikan keadaan
pangkal paha berputar secara berlebihan adalah disebabkan oleh puturan penuh perlvis
oleh peserta. Peserta perlu menggerakkan pelvis ke depan dan juga mengurangkan
pergerakan sebelah kaki lagi dalam usaha untuk mencapai daya landaran ke depan
yang maksimum. Kelajuan dicapai dengan cara melangkah dengan laju iaitu
mengantikan kaki yang melangkah secara pantas. Hal ini akan dapat mengurangkan
risiko berlakunya keadaan kaki meninggalkan tanah (fasa apungan). Langkahan yang
dibuat adalah pendek dan pantas, dengan daya tolakan ke depan datang daripada
bebola kaki, yang juga dapat mengurangkan risiko hilang sentuhan dengan tanah.
Peserta lumba jalan kaki bertarah dunia (lelaki dan perempuan) secara puratanya dapat
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
8/15
melakukan bawah tujuh dan lapan minit per batu (atau bawah empat dan lima minit per
kilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4 batu) perlumbaan jalan kaki.
Gambarajah menunjukkan situasi acara lumba jalan kaki 20 kilometer semasa
Kejohanan Olahraga Dunia di Helsinki, Finland. Peserta dua dari kiri dan peserta paling
kanan boleh dilihat melakukan kesalahan loss contact dengan tanah.
Teknik betul
(Tidak batal)
Kesalahan terapung
(Batal)
Kesalahan
membengkok lutut
(Batal)
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
9/15
Kesalahan-kesalahan dalam acara lumba jalan kaki :
1. Kehilangan sentuhan dengan tanah / terapung
Berlaku apabila kedua-dua belah kaki dilihat tidak bersentuhan dengan tanah.
Sebelah kaki sepatutnya kelihatan bersentuhan dengan tanah pada setiap masa.
2. Membengkokkan lutut
Berlaku apabila kaki yang menyokong dihadapan gagal dilihat diluruskan semasa
bersentuhan dengan tanah dan juga gagal untuk mengekalkan kaki yang
menyokong di hadapan supaya sentiasa lurus sehinggalah badan melepasi kaki
yang menyokong tersebut.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
10/15
Aspek Penilaian
Terdapat beberapa hakim yang bertugas di laluan pertandingan lumba jalan kakibagi memantau peserta dalam perlumbaan tersebut. Tiga hakim akan ditugaskan
memberi amaran kepada seseorang peserta yang melakukan perlanggaran peraturan
yang boleh menyebabkannya tidak layak meneruskan perlumbaan. Terdapat sebuah
papan markah yang diletakkan pada laluan acara lumba jalan kaki supaya para peserta
dapat melihat tahap perlanggaran peraturan yang telah meraka lakukan.
Jika perlanggaran peraturan yang ketiga dilakukan oleh seseorang peserta,
ketua hakim akan membatalkan penyertaannya dengan mengangkat papan bet
bewarna merah. Bagi tujuan pemantauan yang baik, perlumbaan lumba jalan kaki
adalah lebih sesuai diadakan di trek balapan kerana para hakim dapat melihat peserta
beberapa kali semasa perlumbaan berlangsung.
Seseorang hakim berkuasa untuk memberi amaran kepada peserta yang berada
dalam keadaan melanggar peraturan lumba jalan kaki seperti kesalahan hilang
sentuhan dengan tanah atau membengkokkan lutut dengan mengangkat papan bet
khas untuk kesalahan tersebut. Seseorang hakim hanya diberikan kuasa mengangkat
papan bet kesalahan untuk seorang sahaja peserta yang melakukan kesalahan dan
ketua hakim tidak dibenarkan mengangkat papan bet kesalahan. Tugas ketua hakim
adalah hanya untuk membatalkan penyertaan peserta yang telah melakukan tiga kali
kesalahan peraturan acara lumba jalan kaki.
Pembatalan penyertaan peserta adalah sesuatu yang biasa dalam kejohanan
tahap elit, seperti kes popular yang berlaku pada Jane Saville yang telah dibatalkan
penyertaannya ketika dia sudah berada dalam keadaan hampir memenangi pingat
emas di hadapan ribuan penyokongnya dalam kejohanan Olimpik musim panas 2000.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
11/15
Papan bet dalam acara lumba jalan kaki :
1. Papan bet amaran yang dipegang hakim perlulah bewarna kuning. Papan betpembatalan penyertaan yang dipegang ketua hakim perlulah bewarna merah.
2. Adalah sangat penting semua papan bet yang digunakan hakim dan ketua hakim
diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak dan tidak mudah rosak.
3. Papan bet yang paling sesuai digunakan adalah panjangnya dari hujung pemegang
hingga ke bahagian atas adalah kira-kira 11 inci (28 cm) dan diameter bulatannya
adalah kira-kira 5 inci (13 cm), supaya ianya dapat dilihat oleh peserta dengan baik.
Papan bet kesalahan
kehilangan sentuhan
dengan tanah.
Papan bet kesalahan
membengkok lutut.
Papan bet pembatalan
penyertaan.
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
12/15
Lampiran
Laman Web Rasmi Lumba Jalan Kaki Bertaraf Dunia
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
13/15
Aksi Pertandingan Lumba Jalan Kaki
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
14/15
Permulaan Pertandingan Lumba Jalan Kaki Moden
7/29/2019 27907626 Lumba Jalan Kaki
15/15
Rujukan
Internet :
1. www.racewalk.com
2. www.racewalking.org
3. www.walk-usa.com
4. http://www.racewalkingassociation.btinternet.co.uk/Rule230.html
5. http://www.iaaf.org/community/athletics/racewalking/
6. http://www.iaaf.org/statistics/records/
http://www.racewalk.com/http://www.racewalking.org/http://www.walk-usa.com/http://www.racewalkingassociation.btinternet.co.uk/Rule230.htmlhttp://www.iaaf.org/community/athletics/racewalking/http://www.iaaf.org/community/athletics/racewalking/http://www.racewalkingassociation.btinternet.co.uk/Rule230.htmlhttp://www.walk-usa.com/http://www.racewalking.org/http://www.racewalk.com/
top related