-
1
ZAWIYATUL SIBER : REMAJA IT @MASJID
Norita Md Norwawi, Mohd Ilias M. Shuhud, Syed Najihuddin Syed
Hassan
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstrak
Rasulullah telah menyatakan bahawa golongan pemuda yang terikat
hatinya dengan masjid
adalah di antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di
Padang Mahsyar kelak.
Baginda juga menyeru agar kita mengasihi dan meraikan golongan
yang lebih muda ini
dengan memberikan bimbingan yang berterusan kepada mereka.
Mereka sebenarnya adalah
generasi pelapis kepimpinan pada masa akan datang. Namun begitu,
perkembangan terkini
mendapati wujudnya keciciran sesetengah golongan ini. Mereka
dilaporkan terlibat dengan
kegiatan tidak sihat yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah
kehinaan. Mereka lebih
gemar melibatkan diri dengan gejala lepak di tempat-tempat awam
seperti pusat membeli-belah,
pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan sebagainya. Siber
kafe juga menjadi salah satu
tempat pilihan mereka berkumpul dan bersosial sesama rakan
sebaya. Senario sebegini
menjadikan remaja mudah terlibat dengan aktiviti yang kurang
sihat seperti pembaziran masa
dan wang dengan permainan komputer, melayari laman web yang
tidak bermoral dan memuat
turun bahan-bahan porno dari Internet. Kertas kerja ini
bertujuan untuk mencadangkan agar
program remaja IT@masjid untuk dilaksanakan di masjid-masjid
dengan mewujudkan
Zawiyatul Siber atau sudut siber yang berkonsepkan pendidikan
Islam. Ini dapat membantu
mengimarahkan masjid yang juga berfungsi sebagai pusat
pendidikan dan latihan sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Rasullullah . Konsep Zawiyatul Siber ini
mestilah bersifat mesra remaja
dan dalam masa yang sama mendidik pengguna remaja dengan etika
dan adab pengguna IT
Muslim. Perisian dan perkakasan yang bersesuaian dengan hasrat
murni ini perlu dibangunkan
untuk diaplikasikan seperti sistem pengoperasian komputer dari
sumber terbuka Ubuntu for
Muslim Edition yang dikenali sekarang sebagai Linux Sabily yang
sememangnya dibangunkan
berkonsepkan Islam.
1.0 PENGENALAN
Golongan pemuda dan pemudi adalah kumpulan masyarakat yang perlu
diberikan perhatian dan
bimbingan sewajarnya agar menjadi insan yang berguna kepada
agama, masyarakat dan negara.
Mereka juga merupakan harapan pelapis kepimpinan generasi akan
datang. Usaha mendidik dan
mentarbiah agar mereka agar menjadi pemimpin yang berwibawa,
amanah dan bertanggung-
jawab amat perlu melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang
disebatikan dalam diri mereka yang
sebaik-baiknya dimulakan sejak dari kecil. Tanpa pegangan agama
sebagai benteng pertahanan
diri, remaja akan mudah terjebak kepada masalah sosial seperti
penyalahgunaan dadah, melepak,
pergaulan bebas yang akhirnya membawa kepada pembuangan bayi dan
sebagainya. Rasulullah
telah mengingatkan umatnya di dalam sebuah hadis yang
memperihalkan bahawa di antara 7
golongan yang dilindungi oleh Allah dengan naungan-Nya di Padang
Mahsyar nanti adalah
-
2
pemuda-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah , serta orang
yang hatinya terikat
dengan masjid sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis
berikut:
Berkata Abu Hurairah : Nabi telah bersabda: “Ada 7 kelompok yang
akan
mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan
kecuali
perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda
yang
senantiasa beribadah kepada Allah , seseorang yang hatinya
selalu dipertautkan
dengan masjid, 2 orang yang saling mencintai kerana Allah ,
yakni keduanya
berkumpul dan berpisah kerana Allah , seorang lelaki yang ketika
digoda oleh
seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab:
“Sesungguhnya aku
takut kepada Allah”, seseorang yang mengeluarkan sedekah
lantas
disembunyikannya sampaikan tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang
diperbuat oleh tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir
kepada Allah di
tempat yang sunyi lalu ia mencucurkan air mata (HR.
Bukhary-Muslim)
Ini mengambarkan peri pentingnya anak-anak muda dibimbing dengan
agama dan
kewujudan kumpulan yang mengimarahkan masjid hingga diberi
keistimewaan oleh Allah di
Padang Mahsyar kelak. Golongan remaja patut menjadikan
Rasulullah serta para sahabat
yang telah mendapat didikan Baginda yang merupakan remaja
gemilang seperti Ali bin Abu
Talib, Abd Allah bin al-‟Abbas, al-Zubair bin Al-Awwam, Talhah
bin Ubaidillah, Saad bin Abi
Waqqas, Fatimah binti Muhammad dan Ummul Mukminin Aisyah binti
Abu Bakar . Mereka
memeluk Islam sewaktu umur mereka belasan tahun lagi. Mereka
menjadi tulang belakang
kepada usaha dakwah Rasulullah dalam meninggikan syiar Islam dan
menyebarkan mesej-
-
3
mesej Islam. Jiwa dan keimanan mereka begitu mantap tanpa gentar
dengan penentangan dan
penindasan golongan yang bencikan risalah disebarluaskan.
Remaja perlu dididik agar mematangkan mereka dan mampu berfikir
serta menjadi
manusia yang bertanggung jawab memikul amanah yang telah
ditinggalkan oleh Rasulullah .
Mendidik anak-anak muda golongan remaja terutamanya adalah
tanggungjawab bersama bukan
sahaja oleh keluarga malahan setiap anggota masyarakat yang
prihatin sebagaimana Allah
berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-
malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa
yang
diperintahkan.” (QS, al-Tahrim:6)
2.0 PENDIDIKAN REMAJA
Untuk mendidik remaja mempunyai cabarannya yang tersendiri
apatah lagi di zaman
kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang
begitu pesat. Saidina Ali
berpesan “Ajarlah anak kamu dengan perkara lain yang kamu
pelajari. Mereka hidup pada
zaman yang bukan zaman kamu”.
Kita harus memahami persekitaran zaman remaja ini dibesarkan dan
berusaha
menyesuaikan pendidikan selari dengan apa yang mereka hadapi
dalam zaman semasa. Ini dapat
membantu dalam mengurangkan jurang komunikasi yang mungkin
timbul dlam usaha mendidik
mereka. Adalah tidak adil untuk mendidik remaja sekarang
sebagaimana zaman kita didik oleh
ibubapa dan guru dahulu. Zaman mereka TV hitam putih pun sukar
untuk diperolehi dan dilihat
lagi. Sekarang bukan sahaja dengan TV warna tetapi wujud juga
stesyen penyiaran awam
malahan swasta serta TV satelit seperti Astro di samping DVD dan
sebagainya.
-
4
Malahan di kala ini, teknologi maklumat dan komunikasi telah
menjadi sebahagian dari
hidup mereka. Facebook, MySpace, Friendster, Yahoo Messenger
adalah sebahagian dari “alat
permainan” mereka. Jika tidak dibimbing mungkin mereka akan
hanyut dan
menyalahgunakannya. Pemikiran remaja zaman ICT ini perlu
difahami agar pendidikan lebih
relevan dengan dunia mereka. Adalah tidak adil untuk kita
mmendidik mereka sebagaimana ibu-
bapa kita mendidik kita. Kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab
yang masyhur tentang
mendidik anak iaitu “Bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun,
umur 7 ke 14 tahun masa
untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun,
bersahabatlah dengan mereka”.
Pemasalahannya ialah bagaimanakah kita menterjemahkan
“bersahabat dengan anak yang dalam
peringkat umur remaja” dalam kehidupan kita seharian dan
masyarakat?
3.0 MASALAH SOSIAL MELIBATKAN REMAJA
Kajian telah dijalankan untuk meneliti punca-punca berlakunya
masalah sosial seperti budaya
lepak di kalangan remaja. Azizi Yahaya dan Nalini a/p Madavan
(2007) antaranya melaporkan
hubungan kekeluargaan merupakan faktor yang dominan dan
signifikan yang mempengaruhi
remaja di samping faktor kendiri remaja dan pendidikan agama.
Corak asuhan ibu bapa dan
peranan ibu bapa sebagai contoh teladan adalah pengaruh utama.
Hubungan kekeluargaan yang
renggang, kurang pendidikan agama serta kebosanan duduk di rumah
kerana ibu bapa bekerja
menjadi antara punca remaja melepak seterusnya terlibat dengan
gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah, merempit dan pergaulan bebas sehingga
membabitkan pembuangan bayi
dan sebagainya.
Remaja yang kini begitu sinonim dengan gejala lepak sama ada di
kompleks membeli-
belah, pusat-pusat hiburan seperti karaoke, disko dan snuker.
Kafe siber juga dilaporkan menjadi
sarang mereka menghabiskan masa dengan permainan komputer,
melayari laman-laman web
yang tidak berfaedah dan memuat turun bahan-bahan porno. Perkara
ini pula disokong oleh
premis-premis kafe siber yang berorientasikan perniagaan dan
keuntungan yang dilengkapi
peralatan komputer yang canggih. Fenomena “ketagihan dengan
permainan komputer telah biasa
dilaporkan yang melibatkan pembaziran wang, masa dan cuai dengan
tanggungjawab sebagai
seorang pelajar malahan sebagai seorang Muslim seperti
mengabaikan solat dan sebagainya.
Sebahagian dari premis juga menyediakan makanan dan minuman bagi
kemudahan pelanggan
-
5
mereka. Maka dengan demikian, begitu selesalah pelanggan untuk
duduk selama berjam-jam
sehingga larut malam bersama kawan-kawan untuk bermain permainan
komputer hatta
melibatkan perjudian..
Sehubungan dengan itu, beberapa kajian telah dijalankan
berkaitan pengunaan kafe siber
di kalangan remaja melaporkan bahawa majoriti pengguna kafe
siber adalah mereka yang dalam
lingkungan umur 15 hingga 35 tahun (Furuholt, Kristiansen, &
Wahid, 2005). Mereka ini
didapati mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan
belajar sesama sendiri cara-cara
penggunaan Internet. Kajian tersebut juga merumuskan bahawa kafe
siber telah dijadikan
sebagai pusat melepak, pusat permainan, tempat berhubung dengan
rakan-rakan melalui emel
serta sembang secara online, muat turun bahan seperti muzik,
membuat pembelian online,
berjudi, melayari Internet untuk tugasan sekolah, membaca berita
mengenai artis-artis dan
melawat laman web lucah, ( Jamaluddin, 2008; Wishart, 2004;
Furuholt & Kristiansen, 2007).
Oleh itu para remaja Muslim perlu dibimbing mengenai penggunaan
Internet dengan konsep
Allah yang Maha Melihat. Walau bagaimanapun dengan persekitaran
kafe siber yang
berorientasikan perniagaan bukanlah ruang yang sesuai untuk
mendidik mereka menjadi
pengguna IT Muslim yang amanah dan bertanggung jawab. Oleh itu
kertas kerja ini
menyambung perbincangan Ariffin Abdul Mutalib et al. (2008)
untuk mencadangkan sudut siber
di masjid yang dipanggil Zawiyatul Siber dengan matlamat
mentarbiyah golongan sasar remaja
Muslim dengan pendidikan ICT yang bersesuaian dengan etika Islam
dalam masa yang masa
menjadi tarikan untuk mereka ke masjid dan tidak lalai dalam
tanggungjawab mereka. Mudah-
mudahan usaha ini akan dapat membantu mewujudkan suasana mesra
remaja dalam usaha
mengimarahkan masjid-masjid di Malaysia.
4.0 KAFE SIBER DI MALAYSIA
Sehubungan dengan itu, dari pemerhatian penulis, terdapat 3
jenis kafe siber : 1) Berorientasikan
perniagaan dan keuntungan; 2) Berorientasikan khidmat yang
biasanya wujud di institusi
-
6
pengajian tinggi untuk pelajar menyiapkan tugasan; serta 3)
Berorientasikan khidmat untuk
kegunaan pelancong dari luar negara biasanya di lapangan terbang
atau hotel-hotel. Walau
bagaimanapun, jika diselidiki tiada definisi jelas untuk kafe
siber di Malaysia. Premis kafe siber
seolah-olah telah disamatarafkan sebagai pusat hiburan dan pusat
perjudian. Difahamkan bahawa
permohonan lesen dan pembaharuan lesen kafe siber ini adalah di
bawah pengurusan Majlis
Perbandaran.
Sejauh manakan penguatkuasaan polisi, prosedur dan peraturan
yang perlu dipatuhi di
kalangan pengusaha premis kurang diketahui. Setakat ini jika
terdapat penangkapan yang
dilaporkan, adalah melibatkan penggunaan perisian cetak rompak
di premis tersebut. Sejauh
mana pemantauan kunjungan para pelajar sekolah, serta aktiviti
yang wujud di premis itu kurang
diketahui. Masyarakat juga kurang memberikan perhatian serius
kepada gejala sosial yang timbul
hasil daripada kewujudan kafe siber yang kurang bertanggungjawab
ini. Perundangan siber
berkaitan kafe siber juga kurang diberikan perhatian. Keadaan
ini amat berbeza di Barat, di mana
kumpulan NGO serius dalam memperjuangkan perbuatan salahguna
oleh premis kafe siber ke
atas kalangan pengguna remaja khasnya.
Lanjutan dari isu-isu yang timbul berkaitan kafe siber dan
remaja, kertas kerja ini
mencadangkan model kafe siber yang berteraskan pendidikan Islam
yang disarankan untuk
dilaksanakan di masjid-masjid sebagai satu alternatif yang lebih
positif. Usaha ini bukan sahaja
mendedahkan remaja kepada dunia ICT tetapi juga sebagai satu
strategi untuk mendekatkan
mereka kepada masjid. Usaha ini juga membantu mengimarahkan
masjid terutama dari kalangan
remaja yang begitu kurang bilangannya. Maka fungsi masjid yang
bukan terhad hanya kepada
ibadah khusus tetapi juga sebagai pusat pendidikan komuniti sama
ada fardu ain mahupun fardu
kifayah dapat dihidupkan. Satu pendekatan yang lebih mesra
remaja boleh direalisasikan sebagai
satu tarikan untuk mereka ke masjid. Program-program khas perlu
dijalankan untuk mentarbiyah
golongan ini khasnya dan masyarakat umumnya. Personel yang
mempunyai kemahiran ICT juga
perlu diwujudkan bagi melaksanakan program ini.
Selari dengan hasrat itu, konsep pendidikan dalam Islam perlu
menekankan penawar bagi
keruntuhan akhlak dengan menghubungkan makhluk dengan Allah
serta mewujudkan
program-program tarbiyah bagi mengukuhkan iman, ruh dan akhlak
yang selaras dengan
tuntutan agama. Penghalang kepada pendidikan golongan remaja ini
sebenarnya berpunca dari
-
7
ketiadaan falsafah atau ruh Islam yang jelas dalam program
pendidikan mereka. Dengan nilai-
nilai agama inilah diharapkan akan menjadi benteng dan perisai
mereka dari terlibat dengan
masalah sosial remaja yang semakin lama semakin tenat. Kafe
siber adalah menjadi minat remaja
zaman kini yang perlu diambil sebagai satu peluang untuk
mendekati mereka di samping
mentarbiyah mereka.
5.0 ZAWIYATUL SIBER : SUDUT SIBER@MASJID
Zawiyatul Siber atau sudut ICT di masjid disarankan untuk
diwujudkan sebagai satu platfom
untuk mendidik remaja dalam masa yang sama menjadi daya tarik
untuk mereka hadir ke masjid.
Langkah ini sebagai satu alternatif bagi kafe siber dalam
mewujudkan persekitaran (bi’ah)
solehah dalam pendidikan mereka khususnya dalam penggunaaan
ICT.
Masjid sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah adalah
merupakan
institusi pendidikan masyarakat yang tidak terbatas kepada
ibadah khusus semata-mata. Pada
zaman Nabi , masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat
pentarbiyahan, pusat komuniti
malahan menjadi pusat latihan ketenteraan. Sebagaimana yang
dinyatakan sebelum ini, institusi
masjid perlulah “mesra remaja” agar golongan remaja berminat
untuk pergi ke masjid bukan
setakat seminggu sekali pada setiap hari Jumaat.
5.1 Sistem Pengurusan Zawiyatul Siber (SPZS)
Ariffin Abdul Mutalin et al. (2009), telah mencadangkan satu
model Sistem Pengurusan
Zawiyatul Siber (SPZS) yang mempunyai beberapa fungsi utama
iaitu :
Jaduan 1: Komponen Sistem Pengurusan Zawiyataul Siber (Ariffin
et al. 2009).
KOMPONEN KETERANGAN
Pengurusan ZS
Digunakan untuk menguruskan tempahan
komputer yang akan digunakan.
Masa dan kos yang terlibat boleh dipantau.
-
8
Komputer akan tidak aktif selepas tempoh tamat.
Jana laporan berkala berkaitan penggunaan ZS
Pemantauan ZS
Perisian untuk memantau aktiviti dan penggunaan
Internet di kalangan pengguna ZS seperti laman
web yang dilawati dan rakan-rakan sembang
online.
Perisian yang boleh memantau penggunaan emel.
Perisian yang boleh menapis dan menghalang
muat turun bahan yang sensitif atau lucah.
Auto Rehat
Perisian yang boleh diset supaya komputer
berehat beberapa minit sebelum azan waktu solat
fardhu. Sistem ZS akan disambung semula secara
automatik setelah solat dijangka selesai.
Latihan IT Perisian E-latihan untuk pendidikan penggunaan
Internet yang selamat dan beretika.
Keselamatan
Komputer
Mekanisme pencegahan dan rawatan dari
serangan virus, pencerobohan dan keselamatan
komputer.
Sehubungan dengan itu, SPZS ini telah mula dibangunkan peringkat
demi peringkat. Fasa
pertama adalah untuk melihat dari keperluan infrastruktur.
Kajian ini dijalankan di makmal
Fakulti Sains dan Teknologi, USIM. Keperluan rangkaian dan
perkakasan seperti server dan
workstation telah dikenal pasti. Sistem pengoperasian berasaskan
sumber terbuka (Open source)
Linux iaiatu UBuntu telah dipilih untuk digunakan sebagai
platform. Di Indonesia, di kalangan
golongan penggemar Linux menggelarkannya “OS halaalan toyyiban”.
Tiada isu cetak rompak
dalam penggunaannya kerana boleh diperolehi secara percuma.
Salah satu aplikasi Islamik yang
menjadikan model rujukan adalah aplikasi Linux Sabily. Rajah 1
sehingga Rajah 10 dalam
bahagian seterusnya menunjukkan contoh antara muka Linux Sabily
yang memperlihatkan
persekitaran Islamik.
-
9
5.2 Contoh Antara Muka (Interface) Linux Sabily
Paparan berikut memberikan beberapa contoh interface perisian
yang dibangunkan itu.
Rajah 1 : Paparan loading masuk utama
Rajah 2 : Paparan ayat 108, Surah Yusuf yang menyebut perkataan
„Sabili‟ bermaksud „Jalanku‟
-
10
Rajah 3 : Paparan login masuk
Rajah 4 : Paparan desktop yang boleh diubahsuai dan zikrullah
pada aksara tetikus
-
11
Rajah 5 : Paparan perisian Zekr untuk bacaan al-Quran
Rajah 6 : Paparan perisian Zekr untuk bacaan tafsir al-Quran
Paparan zikrullah pada aksara
tetikus yang akan muncul semasa
arahan sedang diproses oleh
komputer
-
12
Rajah 6 : Paparan perisian „Minbar‟ untuk waktu solat dan arah
kiblat mengikut kawasan tertentu
Rajah 7 : Paparan kalendar Islam
Paparan peringatan kepada Allah
untuk pengguna yang akan
muncul pada masa-masa tertentu.
-
13
Rajah 8 : Paparan perisian „Fsool‟ untuk mempelajari sirah
Rasulullah
Rajah 9: Paparan pengurusan fail seperti system operasi
Microsoft Windows
-
14
Rajah 10: Paparan khidmat sokongan sekiranya pengguna memerlukan
bantuan dan pertanyaan
Fasa seterusnya aplikasi bagi memantau pelayaran laman web akan
dibina bagi
mengawasi dan menapis penggunaan laman Web yang tidak sesuai
seperti laman Web berunsur
lucah. Satu aplikasi untuk memantau penggunaan Internet di
kalangan pengguna juga akan
dimasukkan dalam SPZS ini. Di samping pengawalan penggunaan yang
diaktifkan dan
direhatkan secara automatik mengikut waktu solat juga akan
dibina. Asas persekitaran SPZS ini
seterusnya boleh digunakan untuk membangunkan kandungan yang
bersesuaian.
-
15
6.0 KESIMPULAN
Remaja perlu diberikan alternatif dalam proses pentarbiyahan
mereka. Jiwa mereka perlu
difahami agar penyampaian dakwah berjalan dengan lancar. Dalam
hal ini, institusi masjid perlu
didekatkan dengan jiwa mereka. Justeru, persekitaran masjid
perlulah mesra remaja dan kanak-
kanak.
Adalah diharapkan model SPZS ini dapat digunakan sebagai satu
model kafe siber
Muslim yang menekankan kepada tarbiyah, ta’dib dan ta‘lim
bertepatan dengan aspek
pendidikan Islam untuk diterapkan dalam penggunaan ICT agar
menjadi satu ibadah yang diredai
Allah bukan mengundang kemurkaan-Nya.
Penghargaan
Penulis ingin meyatakan penghargaan dan terima kasih di atas
segala pandangan dan input serta
sokongan terutamanya Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, USIM,
Pengarah Pusat Teknologi
Maklumat, USIM, Juruteknik Makmal Komputer Nur Nadia Elma,
saudara Meor Bu, pelajar
tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer yang terlibat dengan
projek ini secara langsung
iaitu Yahya Sjarony dan Wab Marzuki. Semoga usaha ini
diberkati.
7.0 BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (1400H). Sahih al-Bukhari.
Kaherah: al-Maktabah al-
Salafiyah. c.1.
Abd. Hamid, M.A., Suratman, A. S. & Othman, M. F. (2001).
Senario Pendidikan Moral
Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT):
Trend, Hala tuju dan
Model Pendidikan Moral Keluarga Islam. Jurnal teknologi, 35(e)
Dis. 2001: 45–70.
Abu Bakar, A. B. (2007). Information and Communication
Technology Skills and Mosque
Administrators. In Abrizah Abdullah, et al. (Eds.): ICOLIS 2007,
Kuala Lumpur: LISU,
FCSIT, 2007:pp 313-318.
Ahmad, J., Ahmad, S., Ab. Majid, M. & Wahid, H. (2009).Dana
dan Harta Masjid di Malaysia:
Ke arah Pengurusan Strategik. Akses pada 29hb Mei, 2009 di
pkukmweb.ukm.my/~ekonis/BI/ proceeding.html .
-
16
Atan, M. A. (2009) .Pengurusan Masjid : Pengalaman Republik
Singapura. Akses pada 29hb
Mei, 2009 di static.scribd.com/docs/2ot21r5rphyxf.pdf .
Furuholt, B. & Kristiansen, S. (2007). Internet Cafés in
Asia and Africa –Venues for Education
and Learning? [Online] The Journal of Community Informatics, Vol
3, No 2.
Furuholt, B., Kristiansen, S., & Wahid, F. (2005).
Information Disemmination in a Developing
Society: Internet Kafe Users in Indonesia. The Electronic
Journal on Information Systems
in Developing Countries. Vol 22 (3). Ms 1-16.
Zakiyah Jamaluddin (2008). Kemudahan Kafe Siber dan Penularan
Salah Laku Remaja. In the
Proceedings of The 6th International Malaysian Studies
Conference (MSC6), Kucing
Sarawak. 5-7 Ogos.
Junaini, S.N. & Kadikon, S. (2008). Isu dan Cabaran dalam
Memperkasakan Ummah melalui
ICT. In the Proceedings of InSIST 2008, Putra World Trade
Centre, Kuala Lumpur.
Wahid1, F. (2008). Pemberdayaan Pendidikan Islam Merespon
Perkembangan Teknologi
Informasi. El-Tarbawi Jurnal pendidikan Islam. Vol 1 (1) pp
71-82
Wishart, J. (2004).Internet safety in emerging educational
contexts. Journal of Computers &
Education 43 ms 193–204.
Azizi Yahaya. & Nalini a/p Madavan (2007). Faktor-Faktor
Lepak dan Hubungan Keibubapaan
di Kalangan Pelajar Remaja di Sekolah Menengah di Empat Buah
Negeri. Akses pada 2
Jun, 2009 di eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf.
Ariffin Abdul Mutalib, Norita Md Norwawi, Siti Norezam Othman,
Nadiyah Eliyas (2009).
Zawiyatul Siber: Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengimarahan Masjid.
Seminar Pengurusan Masjud Peringkat ASEAN. Julai. Universiti
Utara Malaysia.