PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim & Nor Aini Suhaidan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk melihat kelestarian alam sekitar dilaksanakan melalui aktiviti kitar semula tin aluminium bagi mengenalpasti pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar terhadap aktiviti kitar semula (3R). Seramai 25 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Benta, Kuala Lipis, Pahang menjalankan aktiviti kitar semula tin aluminium dan soal selidik kitar semula ditadbir. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap. Setiap instrumen mengandungi soalan yang berbentuk soalan ya atau tidak. Dapatan kajian ini mendapati masih terdapat segelintir pelajar pada masa kini yang belum sedar akan kepentingan aktiviti 3R kerana tidak diamalkan di sekolah mahupun di rumah. Justeru, inisiatif yang berterusan diperlukan agar kesedaran dan pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar dapat dimanfaatkan melalui amalan dan sikap. Kata kunci: 3R, alam sekitar, tin aluminium ABSTRACT This article aims to look at environmental sustainability executed through recycling aluminum cans to identify the
27
Embed
Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM)
Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim & Nor Aini Suhaidan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan untuk melihat kelestarian alam sekitar dilaksanakan melalui aktiviti kitar
semula tin aluminium bagi mengenalpasti pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar
terhadap aktiviti kitar semula (3R). Seramai 25 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Benta, Kuala Lipis, Pahang menjalankan aktiviti kitar semula tin aluminium dan soal selidik
kitar semula ditadbir. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu pengetahuan,
kesedaran, amalan dan sikap. Setiap instrumen mengandungi soalan yang berbentuk soalan
ya atau tidak. Dapatan kajian ini mendapati masih terdapat segelintir pelajar pada masa kini
yang belum sedar akan kepentingan aktiviti 3R kerana tidak diamalkan di sekolah mahupun
di rumah. Justeru, inisiatif yang berterusan diperlukan agar kesedaran dan pengetahuan yang
dipunyai oleh pelajar dapat dimanfaatkan melalui amalan dan sikap.
Kata kunci: 3R, alam sekitar, tin aluminium
ABSTRACT
This article aims to look at environmental sustainability executed through recycling
aluminum cans to identify the knowledge, awareness, practices and attitudes towards
recycling (3R) activity. A total of 25 Year 6 students of Sekolah Kebangsaan Benta, Kuala
Lipis, Pahang involved in recycling aluminum cans ativities and recycling questionnaire
administered to them. The questionnaire consists of four parts, namely knowledge,
awareness, practices and attitudes. Each instrument consists of questions in the form of yes or
no question. This study found that there were a handful of students nowadays are not yet
aware of the importance of the 3R activities because is not practiced at school or at home.
Hence, the ongoing initiative is necessary for awareness and knowledge of students can be
done through the practices and attitudes.
Keywords: 3R, environment sustainability, aluminium can
1.0 PENGENALAN
Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu
kesan tersembunyi dalam senario masyarakat zaman sekarang iaitu penghasilan sampah sarap
domestik. Keadaan ini menyebabkan pihak berwajib menguruskan sistem pelupusan sisa
pepejal domestik yang efektif. Program kitar semula merupakan salah satu strategi untuk
menangani risiko peningkatan sampah sarap domestik di tapak-tapak pelupusan sisa di negara
ini. Sampah sarap atau sisa pepejal didefinisikan sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak
lagi dapat digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum melalui proses akhir.
Sisa domestik di Malaysia dianggarkan mencecah 10 juta tan pepejal sehari berbanding 7.34
juta tan sisa pepejal domestik pada tahun 2000. Jumlah ini dijangkakan meningkat sehingga
30000 tan sehari menjelang tahun 2020 (Abdul Yazid Alias, 2010).
Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi
mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan di
seluruh negara yang dianggarkan kira-kira RM 1 billion setiap tahun di Malaysia.
Walaubagaimanapun, sehingga kini aktiviti kitar semula didapati bukanlah suatu tabiat yang
sering diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam menguruskan sampah sarap.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Masalah pencemaran persekitaran sangat berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia, tetapi
juga di negara-negara membangun yang lain. Malaysia mengalami masalah pencemaran
persekitaran khususnya masalah sampah atau sisa pepejal. Bahan buangan pepejal domestik
merupakan masalah utama yang dihadapi oleh majlis perbandaran di kawasan jajahannnya.
Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg sampah setiap hari. Penghuni di
kawasan bandar pula dianggarkan menghasilkan sampah sebanyak 1.5kg setiap hari.
Penghasilan sisa pepejal atau sampah bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah
penduduk dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk di sesebuah kawasan. Jenis sampah
yang dihasilkan juga berbeza mengikut kawasan, iaitu kawasan bandar menghasilkan lebih
banyak sampah berbanding kawasan luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk