Sejarah Seni Tampak Malaysia 1. KAJIAN SENIMAN – PROFESOR ZAKARIA BIN ALI a. BIODATA SENIMAN Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sememangnya mempunyai ramai seniman atau pelukis yang yang tidak dapat lagi disangkal bakat dan kemahirannya mereka dalam bidang seni ini. Dan di sebalik bilangan pelukis yang ramai dan kini bertambah tahun demi tahun seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan, ada seorang pelukis atau seniman yang tanpa disedari oleh kita sendiri telah memberi pelbagai manfaat dan sumbangan kepada negara amnya dan juga kepada bidang seni khususnya. Di sini, kami melakukan sebuah kajian atau penjelajahan seni mengenai seorang seniman yang sememangnya berbakat besar di dalam yang penuh kreativiti ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Zakaria bin Ali.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Sejarah Seni Tampak Malaysia
1. KAJIAN SENIMAN – PROFESOR ZAKARIA BIN ALI
a. BIODATA SENIMAN
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sememangnya mempunyai
ramai seniman atau pelukis yang yang tidak dapat lagi disangkal bakat dan
kemahirannya mereka dalam bidang seni ini. Dan di sebalik bilangan pelukis yang
ramai dan kini bertambah tahun demi tahun seperti tumbuhnya cendawan selepas
hujan, ada seorang pelukis atau seniman yang tanpa disedari oleh kita sendiri
telah memberi pelbagai manfaat dan sumbangan kepada negara amnya dan juga
kepada bidang seni khususnya.
Di sini, kami melakukan sebuah kajian atau penjelajahan seni mengenai
seorang seniman yang sememangnya berbakat besar di dalam yang penuh
kreativiti ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Zakaria bin Ali.
PROFESOR ZAKARIA BIN ALI
Sejarah Seni Tampak Malaysia
Seniman yang lahir di selatan semenanjung Malaysia iaitu di Kampung
Batu, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Air Molek, Johor Bahru pada tahun 1952 hingga tahun 1953 dan
menyambung pelajarannya di beberapa buah sekolah Inggeris sebelum
memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972 dari
Southwestern University, Georgetown, Texas yang menjadi sarang pencarian
ilmunya sejak dari tahun 1968 sehinnga 1971.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Harvard University,
Massachusetts dan Berjaya memperoleh Ijazah Phd. pada Mac 1991. Selepas itu,
beliau menyambung semula pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (MA) di
Stephen F. Austin State University, Texas pada tahun 1972 sehingga 1973.
Selepas itu, pada tahun 1974 sehingga 1976, beliau pergi ke Mexico untuk
menamatkan pengajian beliau untuk memperolehi MA di Universidad de las
Americas di Mexico. Pada tahun 1981 dan 1982 pula, Sabbatical, National
Museum of American Art Smithsonian Institution, Amerika Syarikat. Dan akhir
sekali, beliau memperoleh PhD di Harvard University, Massachusetts.
Selain menjadi seorang artis dan novelis yang berbakat besar, Profesor
Zakaria bin Ali juga seorang pengkritik seni, penterjemah dan kolumnis akhbar
Harian. Profesor Zakaria bin Ali menjadi pensyarah di Pusat Seni, Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang dan dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang
sejarah seni pada Januari 1993 hingga kini. Beliau meneroka dunia seninya
menerusi dua wadah, iaitu melalui tulisan seperti sajak, cerpen, novel, esei,
rencana, kertas kerja dan diari dan juga melalui lukisan dengan menghasilkan
karya dari media catan dan cat air.
Beliau bukan sahaja mampu menghasilkan karya dalam bahasa Melayu
tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Puisi awalnya berjudul "Sonnet I" dan "Doubt"
tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970. Kemampuan Zakaria
menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk
Sejarah Seni Tampak Malaysia
menceburi bidang terjemahan. Misalnya beliau menterjemahkan cerpen "Masalla
del Amor" dan "El Pajaro" karya Octavio Paz ke dalam bahasa Melayu yang
disiarkan di Dewan Sastera, Februari 1972.
Pada tahun 1991, beliau memenangi tempat kedua (tiada pemenang
pertama) dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah - GAPENA ke-IV melalui
novel Empangan dan Hadiah Sastera Malaysia 1991/1992 juga menerusi novel
yang sama.
Profesor Zakaria bin Ali pernah melakukan pameran solo karya-karyanya
yang pertama pada tahun 1982 di Muzium USM dan Art Gallery, Pulau Pinang.
Pameran solonya yang kedua pula ialah juga di Art Gallery, Pulau Pinang pada
tahun 1999.
Selain pernah mengadakan pameran solo, beliau juga pernah melakukan
pameran secara berkumpulan yang dianggotai para artis yang terpilih dan
sememangnya berbakat besar dalam bidang seni lukis. Pada tahun 1996, pameran
secara berkumpulan beliau adalah di Pekan Seni Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Pameran ini merupakan pameran IV yang pertama bersama Ismail Abdullah,
Baharuddin Arus dan Mohd. Najib Ahmad Dawa di Pusat Kreatif Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau turut serta dalam pameran
Cita Rasa, Malaysia Indah 1997 di Bank Negara juga di Kuala Lumpur. Pameran
ini merupakan pameran seni lukis tenaga pengajar &dan siswa juga siswi dari
Pusat Seni USM, Sabah Art Gallery, Kota Kinabalu.
Penglibatan beliau dalam bidang seni sememangnya tidak pernah gersang
bagaikan tanah yang tandus. Oleh kerana itulah, beliau telah banyak menerima
pelbagai jenis anugerah sepanjang beliau menapak di dalam bidang penuh kreatif
ini. Pada tahun 1981- 1982, beliau telah menerima anugerah Fullbright Fellow.
Selepas itu, pada tahun 1988 pula, beliau menerima anugerah daripada Fogg
Museum of Art Grant, Harvard University. Selepas itu, pada awal 90-an, beliau
Sejarah Seni Tampak Malaysia
menerima penghargaan sekali lagi iaitu Aga Khan Travel Grant juga daripada
universiti yang sama.
Selepas itu, rezekinya datang melimpah ruah apabila beliau menerima
anugerah sekali lagi tetapi di dalam bidang penulisan pula iaitu Literary Award of
The Sabah Foundation daripada Gapena. Beliau menerima hadiah di tempat yang
kedua dan tiada hadiah yang pertama. Dan anugerah yang paling terkini yang
diperolehinya ialah Hadiah Sastera Perdana 1998 berdasarkan kekreatifan beliau
menghasilkan novel yang menarik iaitu novel Villa Maya pada tahun 1998.
Selain itu juga, beliau telah memenangi beberapa kepujian atau
penghargaan daripada pelbagai agensi dan sebagainya. Anugerah yang pertama
ialah anugerah Blue Key pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pula, beliau telah
memenangi satu lagi kepujian lagi iaitu Who's Who in American University and
Colleges. Selepas itu pada 13 sehingga 29 Mei 1995, beliau telah menerima satu
lagi kepujian daripada negara Jepun iaitu Visiting Professor, Chubu University
Nagoya. Pada tahun 1998, beliau menerima lagi satu lagi kepujian yang agak
besar iaitu Commissioned by the publisher of The Encyclopedia of
Malaysia to do six entries for Vo. 14 : Arts and the Visual Arts.
Seperti mana yang kita semua tahu, Profesor Zakaria Ali bukan sahaja
seorang pelukis yang berbakat besar, beliau juga merupakan seorang seniman
yang juga memeiliki kelebihan di dalam bidang penulisan ilmiah mahu pun
penulisan kreatif. Pada tahun 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
telah menerbitkan satu karya penulisan beliau iaitu Seni dan Seniman : Esei-esei
Seni Halus (Art and Artists : Fine Art Essays). Selepas itu, pada tahun 1991 pula,
penulisan beliau yang bertajuk Kemalaysiaan Seni Lukis Malaysia : Soal Identiti
(The Malaysianess of Malaysian Art) oleh National Art Gallery, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1991 juga, beliau telah menghasilkan satu lagi karya yang kreatif iaitu
novel Empangan (The Dam) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dan telah dipilih oleh Menteri Pendidikan sebagai Buku teks STPM iaitu
novel pada tahun 1996. Islamic Art in South-East Asia 830 A-D 1570 A.D juga
Sejarah Seni Tampak Malaysia
merupakan karya ilmiahnya yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Sejak tahun 1996 pula, beliau menulis dalam ruangan Art
and Literature untuk Akhbar The New Straits Times. Pada tahun 1997 pula, Berita
Publishing Sdn. Bhd. Telah menerbitkan novel Profesor Zakaria Ali yang
sememangnya tidak dapat lagi disangkal kekreatifan karya beliau iaitu novel Villa
Maya.
b. HASIL KARYA SENIMAN
Seperti mana yang kita tahu, Profesor Zakaria Ali sememangnya
memilikibakat yang besar di dalam bidang penulisan kreatif selain di dalam
bidang seni lukis. Antara karya agung beliau yang paling popular ialah novel
Villa Maya yang telah diterbitkan pada tahun 1997. Novel ini telah diterbitkan
oleh Berita Publishing Sdn. Bhd.
Di dalam novel yang penuh unik tersebut dapatlah disipnosiskan beberapa
perkara. Isu darjat dan keturunan merupakan salah satu ramuan dalam novel
kedua Zakaria Ali ini. Selepas 'Empangan', sekali lagi kita dipertemukan dengan
watak 'J'. Kali ini 'J' adalah sebagai anak bekas diplomat Malaysia yang pulang
untuk mengebumikan jenazah bapanya. Pelbagai peristiwa bermula di Lapangan
Terbang Bayan Lepas dengan semua watak-watak utama diperkenalkan di sini
secara kreatif oleh Zakaria: Tareeq (bertindak sebagai Narrator), J, Felix Eboue,
Henriette, Syarifah Fawziah, Albino Balar, For Tun Tay dan juga Datuk Syed
Nira Hitam, yang watak antagonisnya turut dapat dikesan dalam 'Empangan'.
Tiada banyak dialog diutarakan dalam novel ini, jika ada pertukaran
dialog antara watak sekalipun, ianya lebih untuk memberi rencam dalam
penceritaan dan seringkali ianya melucukan. Zakaria Ali memilih untuk
menyampaikan cerita secara naratif dari pandangan Tareeq son of Mydeen yang
memiliki kedai makan mamak, The Lonesome Mamak.
J digambarkan sebagai cuba mencari ketenangan di sebalik kekecohan
sekelilingnya: usaha J untuk mengebumikan bapanya; Felix yang mahu
Sejarah Seni Tampak Malaysia
menceraikan Henriette kerana tidak boleh beranak; Syarifah Fawziah yang mahu
melepaskan diri daripada kawalan ayahandanya, Syed Nira Hitam; Felix
bersekedudukan dengan Syarifah Fawziah; Syarifah Fawziah mengandung tapi
Felix pula tak mahu anak; dan watak misteri Albino Balar yang sering memburu
J. Kesemua ini berlaku di bangunan Villa Maya, milik Syed Nira Hitam dan
serata tempat di Pulau Pinang.
Mungkin satu kebetulan watak misteri Albino Balar menyerupai watak
Silas dalam Da Vinci Code yang turut albino. Seperti Silas yang setia kepada
tuannya, begitulah Albino Balar yang setia kepada ketuanya (tidak dapat
didedahkan di sini, untuk menjaga unsur-unsur suspens).
Novel ini cuba mengutarakan kisah absurd dalam ruang kehidupan J dan
bagaimana J memaknai hidupnya yang disimpangi pelbagai pilihan. Seringkali
satu musibah di belakangnya nanti ada pula hikmahnya. Novel ini boleh dikaitkan
bersama-sama novel 'The Outsider' (Albert Camus) yang turut memperlihatkan
corak absurd dalam hidup watak utamanya, Mersault.
Antara karya penulisan kreatif beliau ialah novel Percikan yang telah
diterbitkan pada tahun 2003 dan diterbitkan oleh Utusan Publication. Novel
tersebut menceritakan tentang krisis pertengahan hidup Dr. J amat menyulitkan.
Dia dikunjungi oleh X, ex-student dua semester yang lalu. Tanpa disedari gerak-
geri dan lenggok badan X tiba-tiba menjadi sungguh mengujakan buat Dr. J.
Isterinya, Sabariah pula saban malam mendapat panggilan misteri membisikkan
gosip bahawa Dr. J sudah main cinta dengan seorang gadis Cina, bekas
pelajarnya. Sabariah jadi bengang dan tertekan. Hassan dan Hafiz naik bingung
dengan telatah kedua-dua ibu bapanya. Lantas mereka memberontak dengan cara
mereka; meninggalkan tuisyen dan balik berehat di rumah saja.
Adventure Dr. J kali ini mengungkap persoalan poligami dan
miscegenation. Percintaan antara dua kaum berbeza dan berlainan agama. Di
tangan penulis lain, persoalan sebegini mungkin menjadi klise yang kita sudah