-
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH
RENDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya ZAHARAH BINTI MD TOP No Matriks : MP111266 Mengaku
membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan
di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat
kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti
Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat
salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau
kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________
________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN
PENYELIA) Alamat Tetap: N0.24 JALAN PUTERA 3, DR M AL-MUZ-ZAMMIL
BIN YASIN TAMAN PUTERA BAKRI, Nama Penyelia 84200 JALAN BAKRI,
MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak
berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat
daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan
sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah
Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi
bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM)
-
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan
Pentadbiran
Tandatangan : . Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh :
-
KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR
ZAHARAH BINTI MD TOP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
OGOS 2013
-
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : . Nama Penuh : ZAHARAH BINTI MD TOP Tarikh : OGOS
2013
-
iii
DEDIKASI
Istimewa buat
Ibu Bapa, ahli keluarga dan insan-insan yang tersayang,
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku
Doa kalian telah memberiku keberkatan
Allah juga pemberi ganjarannya.
Khas Buat
Dr. M. AL-Muz-zammil Bin Yasin
Yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Terima kasih di atas segala-galanya
Buat
Rakan-rakan dan guru-guru di bawah tadbiranku
Yang sentiasa memberi galakan, dorongan dan kerjasama
Jasa dan kenangan bersamamu tidak akan ku lupakan
Anda Sekalian
Sangat memahami keadaan diriku
Yang terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab
Sebagai pentadbir dan sekali gus sebagai pelajar
Dalam mengejar cita-cita
Mencari kejayaan memenuhi impian .
-
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana limpah
kurnia dan dengan
keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental
dalam usaha saya
menyiapkan laporan penyelidikan yang penuh dengan cabaran dan
dugaan ini yang
mana ianya telah memenuhi syarat penganugerahan Sarjana
Pendidikan (Pengurusan
dan Pentadbiran).
Disempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr M. Al-Muz-zammil Bin Yasin selaku penyelia
Projek
Sarjana di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan sehingga
akhirnya saya telah berjaya menyiapkan Kertas Projek Sarjana
ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu dan adik-beradik
saya yang telah
menjadi tulang belakang dan pemberi semangat sehingga
terhasillah Kertas Projek
Sarjana ini.
Tidak ketinggalan juga, terima kasih dan sekalung penghargaan
kepada rakan-rakan
Guru Besar Daerah Muar, yang telah memberikan kerjasama terbaik
sehingga
terhasilnya Laporan Kertas Projek Sarjana ini.
Buat
Guru-Guru di SK Temiang dan SK Seri Jong
Saya mohon maaf yang mana terkadang-kadang tidak dapat bersama
anda sekalian di
dalam beberapa aktiviti yang dijalankan, walau bagaimana pun
sekalung Tahniah!
Anda berjaya melaksanakan yang terbaik.
Tidak dilupakan juga, buat rakan-rakan seperjuangan Kursus
Pengurusan dan
Pentadbiran Persisir Muar ambilan 2-2011/2013 yang telah
memberikan kerjasama
yang amat baik. Semoga anda sekalian berjaya mengejar impian
masing-masing.
Akhir sekali terima kasih juga kepada mana-mana pihak yang
terlibat secara lansung
atau secara tidak langsung dalam penghasilan Laporan Kertas
Projek Sarjana ini.
Terima Kasih Semua!
-
v
ABSTRAK
Kajian mixed-method ini bertujuan untuk mengenal pasti
kompetensi yang
diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan mereka memantau
pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan masalah-masalah
pelaksanaannya di
Sekolah Kebangsaan di Daerah Muar. Kajian kuantitatif secara
tinjauan soal selidik
dijalankan ke atas 90 orang Guru Besar dan kajian kualitatif
pula dijalankan melalui
temubual ke atas 3 orang Guru Besar dan 3 orang guru KSSR.
Dapatan
menunjukkan keperluan Guru Besar terhadap kompetensi pengetahuan
tentang
konsep asas KSSR berada pada aras tinggi, iaitu nilai minnya
4.59. Kompetensi
pengetahuan tentang pengurusan KSSR juga menunjukkan min yang
tinggi iaitu
4.55 dan kompetensi pengetahuan tentang pengajaran KSSR juga
berada pada aras
yang tinggi iaitu nilai minnya 4.54. Dapatan temubual
menunjukkan masalah yang
dialami oleh Guru Besar ialah kurang mahir untuk melaksanakan
pencerapan mata
pelajaran KSSR. Dapatan juga menunjukkan semasa dicerap, guru
merasa
bimbang akan salah tanggapan Guru Besar terhadap mereka, gagal
mengawal kelas
kerana murid berada dalam keadaan bising semasa menjalankan
aktiviti
pembelajaran. Guru bimbang, Guru Besar mencerap tanpa
memaklumkan terlebih
dahulu dan penjelasan mengenai pengajarannya tidak dapat
diperjelaskan. Kajian
mendapati proses pencerapan yang terbaik adalah melalui proses
pencerapan secara
klinikal. Dapatan juga menunjukkan guru menghadapi masalah
merekod
pencapaian murid secara online, beban tugas dalam menyediakan
bahan bantu
belajar dan penyediaan bahan eviden untuk Pentaksiran. Guru pula
perlukan banyak
kertas untuk melaksanakan pentaksiran dan kemudahan ICT untuk
melaksanakan
modul Dunia Sains dan Teknologi.
-
vi
ABSTRACT
This mixed-method study aims to identify the competencies needed
by the
headmasters to allow them to monitor the implementation of the
Primary School
Standard Curriculum and the problems faced in the execution of
it in primary
schools in Muar District. Quantitative research through
questionnaire survey
conducted on 90 headmasters and qualitative research through
interviews had been
conducted over 3 headmasters and 3 teachers of KSSR. The
findings indicated that
the headmasters needed to have knowledge competency of the basic
concepts of
KSSR at a high level with its mean value of 4.59. The knowledge
competency of
KSSR management also showed a high mean value which was 4.55 and
the mean
value of the knowledge competency in teaching KSSR was 4.54. The
interview
findings showed that the problem faced by the headmasters was
their lack of
competency in performing observation on KSSR subjects. The
findings also
indicated that during observations, teachers were concerned
about the
misconception of their headmaster for their failure in classroom
control during
classroom activities. The teachers worried that they would be
observed without
prior notice and the explanation of the lesson could not be
done. Based on the
findings, the best observation process was through clinical
observation. The
findings also showed that teachers were having problems
recording the students
achievements online, heavy workload in preparing teaching aids
and materials as
evidence for the assessments. Teachers were also required to use
a lot of papers for
the assessments and ICT facilities to implement the World of
Science and
Technology modules.
-
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 12
1.4 Objektif kajian 15
1.5 Persoalan kajian 15
1.6 Kepentingan kajian 16
1.6.1 Kepada Guru Besar 16
1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dan
-
viii
Jabatan Pelajaran Negeri 16
1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 17
1.7 Batasan Kajian 17
1.8 Definisi istilah 18
1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 18
1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum 18
1.8.3 Dokumen Standard Prestasi 18
1.8.4 Standard Kandungan 19
1.8.5 Standard Pembelajaran 19
1.8.6 Didik hibur 19
1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 19
1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20
1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 20
1.8.10 Pemimpin Sekolah 20
1.8.11 Kompetensi 21
1.8.12 Pengetahuan 22
1.8.13 Kemahiran 22
1.9 Kesimpulan 22
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 23
2.2 Perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia 23
2.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 25
2.4 Hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah 26
2.5 Kurikulum berasaskan standard 27
2.6 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah 28
2.7 Bentuk kurikulum 29
2.8 Disiplin ilmu 31
2.9 Peruntukan masa 34
2.10 Perbezaan KBSR Dan KSSR 35
2.11 Pencerapan dalam KSSR 36
2.12 Proses pencerapan dalam KSSR 37
2.13 Masalah-masalah dalam pencerapan 38
-
ix
2.14 Penulisan rancangan pengajaran harian 39
2.15 Isu-isu KSSR 40
2.16 Kajian dalam negara 41
2.17 Kajian luar negara 43
2.18 Kesimpulan 43
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 45
3.2 Reka bentuk kajian 45
3.3 Populasi, sampel dan tempat 46
3.4 Instrumen kajian 47
3.4.1 Soal selidik 47
3.4.2 Temubual 50
3.5 Pengumpulan data 51
3.6 Kajian rintis 51
3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 54
3.7.1 Kesahan instrumen kajian 54
3.7.2 Kebolehpercayaan instrumen kajian 55
3.8 Penganalisisan data 55
3.8.1 Tatacara analisis data kajian 56
3.8.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kualitatif 57
3.9 Kesimpulan 58
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis maklumat latar belakang 60
4.2.1 Jantina 60
4.2.2 Gred sekolah 61
4.2.3 Lokasi sekolah 61
4.2.4 Kelulusan akademik tertinggi 62
4.2.5 Gred jawatan 63
-
x
4.2.6 Pengalaman menjadi Guru Besar 63
4.2.7 Umur 64
4.3 Analisis persoalan kajian satu: Apakah
kompetensi yang diperlukan oleh Guru
Besar bagi membolehkan mereka memantau
pelaksanaan KSSR dengan berkesan 65
4.3.1 Dimensi satu: Konsep asas KSSR 65
4.3.2 Dimensi dua: Pengurusan KSSR 69
4.3.3 Dimensi tiga: Pengajaran KSSR 72
4.4 Analisis persoalan kajian dua: Apakah dokumen
senarai semak yang boleh dihasilkan bagi
kegunaan Guru Besar memastikan kejayaan
pelaksanaan KSSR di sekolah 79
4.4.1 Persoalan kajian dua: Apakah dokumen
Senarai semak yang boleh dihasilkan
bagi kegunaan Guru Besar memastikan
kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah? 85
4.5 Analisis persoalan kajian tiga: Apakah
masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru
Besar dalam melaksanakan dan semasa
pencerapana mata pelajaran KSSR? 89
4.5.1 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah
yang dihadapi oleh Guru Besar dalam
melaksanakan pencerapan mata pelajaran
KSSR? 90
4.5.2 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah
yang dihadapi oleh guru semasa
melaksanakan pencerapan mata pelajaran
KSSR? 95
4.6 Analisis persoalan kajian empat: Bagaimanakah proses
Pencerpan mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik? 100
4.7 Analisis persoalan kajian lima: Apakah masalah-masalah
dan keperluan guru dalam melaksanakan KSSR? 107
4.7.1 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru
-
xi
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan Guru Besar 108
4.7.2 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan Guru Besar 112
4.7.3 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan guru KSSR 113
4.7.4 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru
dalam melaksanakan KSSR dari sudut
pandangan guru KSSR 117
4.8 Rumusan analisis data 120
4.9 Kesimpulan 126
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 127
5.2 Maklumat latar belakang responden 128
5.3 Persoalan kajian 1: Apakah kompetensi yang
diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan
mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan
berkesan? 130
5.3.1 Dimensi 1: Pengetahuan tentang Konsep
asas KSSR 131
5.3.2 Dimensi dua: Pengetahuan tentang
Pengurusan KSSR 132
5.3.3 Dimensi tiga: Pengetahuan tentang
Pengajaran KSSR 133
5.4 Persoalan kajian 2: Apakah dokumen senarai
semak yang boleh dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan
pelaksanaan KSSR di sekolah? 135
5.5 Persoalan kajian 3: Apakah masalah-masalah
yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam
-
xii
melaksanakan atau semasa pencerapan mata
pelajaran KSSR? 137
5.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru
Besar dalam melaksanakan pencerapan
mata pelajaran KSSR 137
5.5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru
semasa pencerapan Mata pelajaran KSSR 139
5.6 Persoalan kajian 4: Bagaimana proses pencerapan
mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik 140
5.7 Persoalan kajian 5: Masalah-masalah dan keperluan
guru dalam melaksanakan KSSR 142
5.7.1 Masalah dan keperluan guru mengikut
Kenyataam Guru Besar 142
5.7.2 Masalah dan keperluan guru mengikut
Kenyataam guru 144
5.8 Cadangan untuk meningkatkan pengetahuan
Guru Besar tentang KSSR dan proses pencerapan
pengajaran dan pembelajaran KSSR serta cadangan
untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi 146
5.9 Cadangan kajian lanjutan 148
5.10 Kesimpulan 149
RUJUKAN 151
LAMPIRAN 156
-
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Pembinaan item hasil
perbincangan dengan
Pensyarah Pembimbing. 48
3.2 Skala Likert yang digunakan dalam kajian 50
3.3 Analisis pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach
mengikut item soal selidik bagi kajian rintis
(Alpha if item Deleted) mengikut dimensi 52
3.4 Analisis pekali kebolehpercayaan mengikut item soal
selidik
yang lebih tinggi daripada Alpha Cronbach mengikut
dimensi ( Alpha If Item Deleted) 53
3.5 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Alpha Cronbach
if item deleted 53
3.6 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 55
3.7 Tahap pemeringkatan min 57
3.8 Proses penganalisisan data kualitatif 57
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 61
4.2 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 61
4.3 Taburan Responden Mengikut Mengikut Lokasi Sekolah 62
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi
62
4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan 63
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menjadi Guru Besar
64
4.7 Taburan Responden Mengikut Umur 64
4.8 Analisis item dimensi satu: Konsep asas KSSR 67
4.9 Analisis item dimensi dua: Pengurusan KSSR 71
4.10 Analisis item dimensi tiga: Pengajaran KSSR 76
-
xiii
4.11 Rumusan analisis mengikut dimensi 78
4.12 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek pengurusan 86
4.13 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek guru 87
4.14 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan
Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR
di sekolah: Aspek murid 88
4.15 Rumusan analisis kajian berdasarkan persoalan kajian
120
-
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 2.1 Transformasi dalam KSSR
26
Rajah 2.2 Hasrat pendidikan di Malaysia 27
Rajah 2.3 Contoh Standard Kandungan &
Standard Pembelajaran 28
Rajah 2.4 Prinsip KSSR 29
Rajah 2.5 Bentuk kurikulum KSSR 31
Rajah 2.6 Disiplin ilmu Tahap 1 32
Rajah 2.7 Disiplin ilmu Tahap 11 33
Rajah 2.8 Peruntukan masa bagi Tahap 1 34
Rajah 2.9 Perbezaan KBSR dan KSSR 35
-
xv
SENARAI SINGKATAN
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PPPD - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
GB - Guru Besar
RPH - Rancangan Pengajaran Harian
BBB - Bahan Bantu Belajar
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
EMK - Elemen Merentas Kurikulum
P & P - Pembelajaran dan Pengajaran
BI - Bahasa Inggeris
GPK - Guru Penolong Kanan
LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan
LCD - Liquid Crystal Display
PPSMI - Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik Inggeris
ICT - Information and Communication Technologies
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
MBMMBI - Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa
Bahasa Inggeris
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
-
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Protokol Temubual:
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Guru Besar dan Guru 156
B Soal selidik 158
C Surat Pengesahan Status Pelajar 162
D Surat Kepada JPNJ :Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian rintis 163
E Surat Kepada PPD Batu Pahat : Mohon Kebenaran
Menjalankan Kajian rintis 164
F Surat Kepada EPRD: Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian 165
G Surat Daripada JPNJ: Kebenaran Menjalankan Kajian 166
H Suat Daripada EPRD: Kebenaran Menjalan Kajian 167
I Surat Kepada JPNJ: Mohon Kebenaran Menjalankan
Kajian Sebenar 168
J Surat Kepada PPD Muar : Mohon Kebenaran
Menjalankan Kajian Ke Atas Guru-Guru Besar
Sekolah Kebangsaan 169
K Surat Kepada Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan 170
L Surat Daripada EPRD: Kebenaran Khas Menjalankan
Kajian 171
M Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar A 173
N Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar B 181
O Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar C 186
P Transkripsi Temubual Dengan Guru A 197
-
xiv
Q Transkripsi Temubual Dengan Guru B 200
R Transkripsi Temubual Dengan Guru C 204
S Transkripsi Temubual Dengan PPPD A 208
T Transkripsi Temubual Dengan PPPD B 211
U Transkripsi Temubual Dengan PPPD C 213
V Analisis Data Kajian 217
W Ujian Rintis Kesahan 225
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai
usaha
menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi
memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21 (Bahagian
Pembangunan
Kurikulum KPM, 2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
sebenarnya telah
bermula daripada Kurikulum Standard Prasekolah yang telah mula
diperkenalkan
pada tahun 2010 kepada Sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Prasekolah.
Kemudian pada tahun 2011 dan berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 11
Tahun 2010-Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Tahap Satu
Murid Tahun Satu 2011, bertarikh 14 Oktober 2010, maka Kurikulum
Standard
Sekolah Rendah pun bermulalah di semua sekolah di Malaysia.
Pelaksanaannya
adalah secara berperingkat bermula daripada murid Tahun Satu
2011 (Pejabat Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, 2010).
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010,
Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Murid Tahun
Satu 2011,
bertarikh 14 Oktober 2010, maka pada penghujung Tahun 2010,
guru-guru sekolah
rendah dikehendaki mengikuti Kursus Orientasi Kurikulum Standard
Sekolah
Rendah bagi setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif.
Modul Teras Asas adalah seperti Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam
-
2
dan Moral. Modul Teras Tema adalah seperti Dunia Seni Visual,
Dunia Muzik dan
Dunia Sains dan Teknologi. Manakala Modul Elektif pula adalah
Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazandusun.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah dibangun dengan
kekal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
mengekalkan prinsip-
prinsip yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Prinsip-prinsip
yang dikekalkan dalam KSSR ialah mengekalkan pendekatan
bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama
untuk semua
murid dan pendidikan seumur hidup (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2011).
KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, dan
inovasi melalui 6 tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal
dan estetika,
kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, dan
kerohanian sikap serta nilai.
Keenam-enam tunjang yang mendasari kurikulum standard ini adalah
selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga
mengalami perubahan
dan penambahbaikan dari segi rekabentuk, organisasi, pedagogi,
penegasan
kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR juga
digubal
dengan mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu
belajar untuk
mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup dan
belajar untuk
membentuk peribadi (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
KSSR juga telah menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
menjadikan
pembelajaran dan pengajaran guru lebih menarik, menyeronokkan
dan bermakna.
Pada Tahap 1, kurikulum adalah diorganisasikan dalam bentuk
Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Manakala pada Tahap 11,
kurikulum adalah
diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif.
Mata pelajaran ini
dilaksanakan secara modular (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2011). KSSR
adalah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard
pembelajaran. Standard kandungan merupakan pernyataan secara
terperinci
mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala,
standard pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan
(_____ ,2010).
-
3
KSSR juga memperkenalkan tiga elemen nilai tambah, iaitu
elemen
kreativitif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan
komunikasi. Ia
bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan
modal insan
yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan
berinovasi,
berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Ia turut
memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan ditambah
dengan
kemahiran menaakul. KSSR menekankan penggunaan pelbagai
pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Penekanan adalah kepada hands-on
learning
seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran secara
konstruktivisme, pembelajaran secara kontektual, pembelajaran
masteri dan
pembelajaran luar bilik darjah agar murid-murid menjalani proses
pembelajaran dan
pengajaran yang lebih menarik. Pendekatan yang digunakan juga
mestilah memberi
peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira
kepelbagaian
kecergasan murid-murid (_____ ,2010).
Kesimpulannya pelaksanaan dan kejayaan KSSR adalah terletak
sepenuhnya
dibahu pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah sebagai peneraju utama
dan sebagai
pemimpin instruksional adalah terlibat secara langsung dengan
unsur-unsur
perubahan dan perkembangan kurikulum terkini iaitu perubahan
dan
perkembangan yang terdapat dalam KSSR. Sebagai Kepimpinan
sekolah, Guru
Besar turut terlibat dengan proses penyampaian ilmu dalam
pembelajaran dan
pengajaran guru di bilik darjah. Begitu juga dengan
pengoperasian dan pelaksanaan
KSSR dan pentaksirannya, program-program pembangunan staf,
proses pencerapan
dan penyeliaan serta pembangunan kurikulum itu sendiri
seharusnya difahami dan
menjadi amalan oleh semua guru di semua peringkat di bawah
kepimpinannya.
Pengurusan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh
daripada
semua pihak khususnya kepimpinan sekolah dan barisan
guru-gurunya sebagai
kumpulan pelaksana. Pengurusan KSSR oleh kepimpinan sekolah
turut memerlukan
bantuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan dengannya
seperti jemaah
nazir, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian
Pelajaran Malaysia. Begitu juga, untuk merealisasaikan kejayaan
KSSR ini
memerlukan kerjasama dan pemahaman tentang kurikulum itu oleh
ibu bapa dan
-
4
masyarakat Malaysia seluruhnya supaya proses pelaksanaannya
mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan dihasratkan.
1.2 Latar belakang masalah
Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dalam merealisasikan KSSR
ialah
Guru Besar kurang mendapat pendedahan mendalam dan menyeluruh
tentang
KSSR, walaupun mereka telah didedahkan tentang dasar tersebut
melalui taklimat-
taklimat yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan
Jabatan Pelajaran
Negeri. Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar kurang
pengetahuan
tentang KSSR, khususnya tentang isi kandungan bahan kurikulum
iaitu Dokumen
Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, Standard
Kandungan dan
Standard Pembelajaran bagi setiap modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan
Modul Elektif (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).
Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar tidak jelas tentang
isi
kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Dokumen
Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dan ini
menyukarkan Guru Besar untuk memastikan bahawa pembelajaran dan
pengajaran
guru adalah mengikut kehendak KSSR yang digunapakai waktu kini
(Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ketidak jelasan
tentang bahan
kurikulum yang digunakan, menyebabkan Guru Besar tidak
berkeyakinan untuk
memberi bimbingan khususnya kepada guru-guru yang tidak
menghadiri kursus
KSSR secara hands-on tetapi diminta untuk mengajar kelas KSSR
atas dasar
keperluan sekolah .
Guru Besar tidak jelas tentang Dokumen Standard Kurikulum bagi
setiap
mata pelajaran sebab dalam setiap isi kandungan bahan kurikulum
standard itu
berbeza. Ini adalah kerana bahan kurikulum standard yang
digunakan adalah tidak
sama di antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang
lain (Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ianya berbeza dari
segi matlamat,
objektif, fokus organisasi, kandungan kurikulum, elemen merentas
kurikulum,
pendekatan, strategi pembelajaran dan pengajaran. Contohnya,
bagi mata pelajaran
-
5
Bahasa Malaysia, kandungan Dokumen Standard merangkumi tunjang
kurikulum
standard sekolah rendah, matlamat, objektif dan fokus.
Manakala susunan kandungan kurikulumnya terdiri daripada
standard
kurikulum, kem bahasa, pendekatan modular, sistem bahasa, elemen
merentas
kurikulum, strategi pembelajaran dan pengajaran, standard
kandungan dan standard
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis,
aspek seni
bahasa dan aspek tatabahasa (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2010).
Manakala, bagi mata pelajaran Matematik pula, ia melibatkan,
kemahiran
matematik iaitu menganalisis, menyelesaikan masalah, menaakul,
membuat kaitan,
membuat perwakilan, elemen nilai tambah, amalan keusahawanan,
teknologi
maklumat dan komunikasi dan penilaian (Bahagian Pembangunan
Kurikulum,
2011). Bagaimanakah pencerapan dan penyeliaan berkesan terhadap
pembelajaran
dan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat dijalankan dan
bagaimanakah
bimbingan terhadap guru dapat diberikan jika aspek-aspek
tersebut tiada dalam
pengetahuan Guru Besar.
Guru Besar kurang memahami mengenai Elemen Merentas
Kurikulum
(EMK) iaitu, elemen kreativiti dan inovatif, elemen keusahawanan
dan elemen
teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan mereka tidak dapat
memastikan
elemen-elemen tersebut diterapkan oleh guru semasa melaksanakan
pengajaran di
bilik darjah. Guru Besar selaku pemimpin insrtuksional perlu
ketahui apa yang
dimaksudkan dengan elemen merentas kurikulum. Bagaimana, bila
dan dalam
disiplin ilmu yang mana guru perlu menerapkan dan memasukkan
elemen-elemen
tersebut sewaktu pengajaran di bilik darjah (Feroz Mahpop,
komunikasi peribadi,
29 November 2012). Sebagai pemimpin profesional di sekolah,
adalah menjadi
tanggungjawab utama Guru Besar untuk memastikan pembelajaran
murid dan
pengajaran guru adalah menepati kehendak KSSR yang telah
disediakan.
Beban tugas Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran
telah
menjejaskan salah satu daripada tugasnya sebagai pemimpin
instruksional iaitu
melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran di bilik
darjah . Sedangkan
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1987,
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh
Pengetua dan Guru
-
6
Besar sekolah, dan ia terpakai sehingga kini walaupun kurikulum
telah mengalami
perubahan. Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut jelas
menyatakan, sebagai
pemimpin profesionalisme di sekolah, tanggungjawab utama seorang
Pengetua dan
Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum
lama (KBSR)
begitu jugalah kepada KSSR yang digunapakai sekarang ini. Tugas
dan fungsi
Guru Besar masih tetap sebagai pemimpin profesionalisme
(Bahagian Sekolah,
1987). Oleh yang demikian pelaksanaan kurikulum, tidak kira KBSR
atau KSSR
ianya tetap dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran oleh
guru. Keberkesanan pelaksanaan KSSR adalah sangat memerlukan
penyeliaan
yang rapi dan sistematik daripada Guru Besar.
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya
sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran yang berkesan
(Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Kepimpinan
sekolah
kurang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran turut akan berlaku
walaupun
perubahan berlaku terhadap kurikulum sekolah. Tugas pentadbiran
kini telah
bertambah berat berbanding dengan tugas pengajaran, malahan ada
Guru Besar
tidak mengajar langsung dan hampir seratus peratus masa kerja
mereka adalah
untuk hal-hal pengurusan sekolah (AL. Ramaiah, 2009).
Terdapat juga pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan
pembelajaran dan pengajaran kerana kesibukan mengurus dan
mentadbir sekolah
sama ada semasa KBSR, apa tah lagi semasa KSSR. Pemimpin
sekolah
beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah
bagi memastikan
guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada
penyeliaan. Pemimpin
sekolah berpendapat bahawa penyeliaan adalah berada di kelas
selama 10 minit atau
kurang bagi mendapatkan gambaran status pembelajaran murid dan
pengajaran guru
(James Ang & Balasandran, 2009).
Wujud juga isu pemimpin sekolah yang hanya menggunakan
instrumen
penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara
kualitatif, dan
beranggapan pembelajaran dan pengajaran yang memenuhi ciri-ciri
yang
disenaraikan sebagai pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang.
Pemimpin
sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan
pembelajaran dan pengajaran
-
7
kerana kurang memiliki kemahiran pedagogi, bimbingan dan
mentoring (James
Ang et al., 2009). Perkara yang sama berlaku semasa Guru Besar
melaksanakan
penyeliaan terhadap kelas dan guru KSSR.
Terdapat juga Guru Besar menjalankan penyeliaan tanpa garis
panduan
tertentu. dan guru juga tidak pernah mendapat maklum balas dan
bimbingan yang
konstruktif bagi tujuan membimbing dan membuat penambahbaikan
kepada
pembelajaran dan pengajaran murid daripada pemimpin sekolah,
berkaitan dengan
status dan kualiti pengajaran mereka (James Ang et al., 2009).
Penyeliaan
berbentuk klinikal yang melalui beberapa langkah iaitu dengan
mengadakan
perbincangan sebelum pencerapan, semasa pencerapan dan
perbincangan selepas
pencerapan kurang diaplikasikan oleh Guru Besar bagi membantu
guru untuk
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang dapat memberi
impak yang
positif kepada murid-murid (Glanz, 2006). Penyeliaan klinikal
adalah satu kaedah
penyeliaan yang dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru dan
menggalakkan
pembelajaran murid untuk menjadi lebih efektif. Kaedah
penyeliaan sebegini tidak
digunakan oleh Guru Besar untuk berkongsi maklumat, bertukar
pandangan dan
ilmu pengetahuan bagi meningkatkan keilmuannya. Sebenarnya
kaedah pencerapan
dan penyeliaan boleh memberi ruang dan peluang kepada Guru
Besar, sebagai
seorang yang dipercayai boleh menyimpan maklumat sulit. Antara
Guru Besar dan
guru boleh berkongsi amalan pengajaran mereka di samping
bersikap terbuka dalam
membincang tentang masalah-masalah pembelajaran dan
pengajaran.
Tambahan pula, masalah kriteria yang digunakan dalam
instrumen
pencerapan dan penyeliaan pembelajaran dan pengajaran guru kelas
KSSR adalah
terlalu umum. Guru Besar sukar untuk mengenal pasti beberapa
aspek terbaharu
dalam KSSR seperti tiga elemen nilai tambah iaitu elemen
kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini adalah
kerana
instrumen yang digunakan untuk penyeliaan pembelajaran dan
pengajaran guru
KSSR menggunakan instrumen yang sama untuk pencerapan dan
penyeliaan mata
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Instrumen
yang
digunakan adalah instrumen yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir
dalam Dokumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia versi 2010 (Jemaah Nazir
Jaminan Kualiti,
2010). Kriteria yang dinyatakan terlalu umum dan sukar untuk
mengenal pasti dan
-
8
menilai aspek-aspek pengajaran guru yang mengandung unsur-unsur
seperti
elemen merentas kurikulum yang baharu iaitu kreativiti dan
inovasi, keusahawanan
serta teknologi maklumat dan komunikasi yang mesti diterapkan
semasa
melaksanakan pengajaran guru sebagaimana kehendak Dokumen
Standard bagi
mata pelajaran tertentu dalam KSSR (Kamariah Mat Rawi,
komunikasi peribadi, 25
Januari 2013).
Selain daripada itu, Guru Besar kurang berkemahiran atau
kurang
kompetensi dalam pedagogi pendidikan. Ini adalah kerana Guru
Besar kurang
dibugarkan semula dengan pedagogi pendidikan, begitu juga dengan
strategi,
kaedah dan pendekatan terkini untuk mempertingkatkan
profesionalisme dan
kompetensinya berkaitan dengan bidang tugasnya sebagai pengurus
kurikulum.
Banyak perubahan terkini telah berlaku dalam KSSR. Kemahiran
Guru Besar
dalam pedagogi pendidikan semakin menurun dan merosot (Feroz
Mahpop,
Komunikasi Peribadi, 29 November 2012). Guru Besar kurang
mengajar dan lebih
banyak masanya tertumpu dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran
di pejabat dan
kurang melaksanakan pencerapan di bilik darjah. Tugas pencerapan
diagihkan
kepada barisan Guru Penolong Kanan (AL. Ramaiah, 2009).
Kelemahan Guru Besar dari sudut pedagogi pembelajaran dan
pengajaran
menyebabkan Guru Besar tidak dapat membimbing guru untuk
melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif di dalam bilik
darjah (Feroz
Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012). Tambahan pula
Dokumen
Standard Kurikulum telah mengetengahkan pendekatan berbentuk
modular dan
pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil bakat dan
potensi diri murid.
Pengisian kurikulumnya pula memerlukan guru menggarap beberapa
unsur penting
seperti ilmu, nilai-nilai murni, aspek kewarganegaraan,
peraturan sosio budaya
masyarakat dan kemahiran bernilai tambah. Oleh itu adalah
menjadi
tanggungjawab Guru Besar membantu guru untuk mempertingkatkan
kemahiran
dalam menyusun pendekatan, strategi, kaedah dan pedagogi
pengajaran guru supaya
pengajarannya menepati kehendak KSSR.
Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang membuat perancangan
yang
serius untuk mengadakan program-program pembangunan staf,
latihan-latihan
-
9
dalam perkhidmatan, usaha-usaha penyelarasan berkaitan dengan
pelaksanaan
kurikulum, juga aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan, bagi
memastikan
kejayaan KSSR. Guru Besar sebagai pengurus kurikulum kurang
bertindak secara
proaktif mempertingkatkan profesionalismenya. Ini menyebabkan
mereka sukar
untuk memastikan pelaksanaan KSSR melalui proses pembelajaran
dan pengajaran
guru berada di landasan yang betul (Kamariah Mat Rawi,
komunikasi peribadi, 25
Januari 2013). Ini merupakan suatu cabaran kepada Guru Besar
untuk
mempertingkatkan tahap profesionalismenya.
Terdapat juga Guru Besar yang kurang berkemahiran dalam
mengurus
perubahan khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran guru bagi
kelas-kelas
KSSR. Terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam KSSR
(Kamariah Mat
Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Contohnya dari segi
penulisan
rancangan pengajaran harian guru sudah berubah bentuk formatnya.
Banyak
elemen-elemen tambahan yang perlu dinyatakan semasa guru
merancang
pengajaran mereka. Contohnya dalam menyediakan rancangan
pengajaran harian
untuk Bahasa Melayu, guru perlu menyatakan fokus utama, fokus
sampingan,
kemahiran bahasa, sistem bahasa, ilmu, nilai dan kemahiran
bernilai tambah.
Ketidakpekaan dan keprihatian Guru Besar boleh memberi kesan
terhadap
pelaksanaan KSSR dalam jangka waktu panjang. KSSR boleh jadi
kembali semula
seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Feroz Mahpop,
komunikasi
peribadi, 29 November 2012).
Selain daripada itu, isu penyampaian dan penyebaran maklumat
oleh guru-
guru yang menghadiri kursus orientasai KSSR kepada guru-guru
lain di sekolah
yang dilakukan secara in house training. Terdapat juga salah
faham dalam
kalangan guru mengenai perubahan dalam kurikulum menyebabkan
matlamat
sebenar Kementerian Pelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Perkara berlaku
disebabkan kaedah penyampaian perubahan kurikulum melalui kursus
yang bersifat
satu hala menyebabkan kefahaman yang dinyatakan sebenarnya tidak
sama dengan
maksud sebenar oleh penyampai (Wan Hamzah, Sallina, Khadisah,
Aminuddin &
Abu Hashim, 2007).
Merujuk kepada laporan nazir ke atas sebuah sekolah di Daerah
Muar,
berkaitan dengan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di
kelas KSSR
-
10
Tahun Satu Tahun 2011, terdapat perbezaan yang ketara dalam
prestasi
pembelajaran dan pengajaran antara guru yang menghadiri kursus
orientasi KSSR
dengan guru Tahun Satu KSSR yang hanya menerima kursus secara
in-house
training. Hasil pemantuan tersebut mendapati guru yang
menghadiri kursus
berada pada tahap harapan manakala prestasi guru yang hanya
mendapat maklumat
secara in-house training berada pada tahap lemah (Jemaah Nazir
dan Jaminan
Kualiti Negeri Sembilan, 2011).
Guru yang mengajar kelas KSSR kebanyakannnya adalah guru-guru
yang
mengajar kelas KBSR, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam
tentang dasar pendidikan negara, kurikulum kebangsaan,
peraturan-peraturan yang
relevan dengan kurikulum serta perkembangan terkini dalam
pendidikan (Institut
Aminudin Baki, 2006). KSSR, adalah hasil daripada transformasi
pendidikan dan
banyak perubahan yang holistik telah dilakukan, seperti
perubahan dari segi
bentuk, organisasi, isi kandungan kurikulum, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan kurikulum (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2011).
Masalah kekurangan kursus KSSR secara berterusan dari masa ke
masa
menyebabkan guru tidak mencapai tahap kemahiran yang diperlukan
untuk
mengimplementasikan segala unsur dan elemen yang dicadangkan
dalam bahan
kurikulum semasa mengajar kelas KSSR. Justeru itu guru kurang
mahir dan kurang
mantap dari segi kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mengajar kelas
KSSR. Sesi-sesi perbengkelan tidak dilaksanakan secara
berterusan, bagi
memantapkan dan meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru.
Sebenarnya
dengan hanya sekali sahaja penyampaikan ilmu tentang KSSR belum
tentu dapat
diterima oleh guru dengan sepenuh dan secara mendalamnya
(Kamariah Mat Rawi,
komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Kesannya Guru Besar
terpaksa berhadapan
dengan masalah guru kurang mahir dalam pengajaran dan penguasaan
isi
kandungan pelajaran yang hendak diajar.
Wujud juga senario di mana Guru Besar kurang mengambil inisiatif
untuk
menyediakan segala keperluan bahan tambahan seperti kertas
fotostat, kemudahan
mesin fotostat, kemudahan ICT untuk pembelajaran Dunia Sains dan
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pemimpin sekolah hanya memberi sokongan
secara
-
11
lisan tanpa melakukan tindakan susulan. Sebagai contoh, pemimpin
sekolah
menggalakkan guru-guru menjalankan latih tubi bagi meningkatkan
kemahiran
murid tetapi pemimpin sekolah pula tidak menyediakan kemudahan
bahan cetak
yang diperlukan (Wan Hamzah et al., 2007). Dalam melaksanakan
KSSR, ia
memerlukan banyak kertas untuk lembaran kerja dan untuk bahan
pentaksiran
murid (Feroz Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).
Masalah kekurangan kemudahan fizikal dan penggunaan bahan
bantu
mengajar, masalah prasarana yang rosak, tidak mencukupi, kurang
kualiti dan tidak
terkini juga memberi kesan yang negatif terhadap pelaksanaan
kurikulum
khususnya KSSR (Wan Hamzah et al., 2007). Pemimpin sekolah
tidak
berkeupayaan untuk melengkapkan prasarana sekolah agar
pembelajaran dan
pengajaran murid dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif
kerana ia
melibatkan kos yang tinggi. Bantuan melalui persatuan ibu bapa
dan guru, orang
perseorangan, tokoh korporat, Ahli Dewan Undangan Negeri,
pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat, ahli perniagaan, peruntukan Menteri Besar,
Pegawai Daerah
dan lain-lain agensi dan NGO sukar dan lambat diperoleh bagi
menyediakan segala
keperluan dan kelengkapan sekolah.
Masalah ketidakhadiran guru kerana bercuti rehat khas, cuti
sakit, cuti
bersalin selama 60 hari atau 90 hari, menghadiri taklimat,
berkursus, terlibat dengan
acara-acara sukan daerah dan program-program lain dalam waktu
pembelajaran dan
pengajaran turut menjadi masalah yang dihadapi oleh pemimpin
sekolah setiap hari
(Wan Hamzah et al., 2007). Ketidakhadiran guru turut menjejaskan
kelancaran dan
kelicinan pembelajaran murid KSSR. Oleh itu, samada guru kelas
KSSR atau
KBSR perlu melengkapkan diri dengan keilmuan yang tinggi dan
memperbaharui
pengetahuan tentang kaedah, strategi dan pendekatan terkini yang
digunakan dalam
pelaksanaan KSSR contohnya penggunaan ICT dalam pembelajaran dan
pengajaran
untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam penyampaian
ilmu kepada murid
(Wan Hamzah et al., 2007).
Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang berintegriti dan
mempunyai
akauntibiliti memikul tanggungjawab bersama dengan barisan
pemimpin
pertengahan dan guru berusaha mengurus dan mentadbir pelaksanaan
KSSR
-
12
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran demi untuk
melahirkan modal insan
sebagai persediaan dan persiapan menghadapi pelbagai cabaran
dunia abad ke 21.
Kepimpinan sekolah dan barisan guru-guru bergerak seiring dengan
Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak-anak bangsa Malaysia
mendapat
pendidikan terbaik bertaraf dunia dan mampu bersaing di pasaran
samada di
peringkat glokal mahu pun global.
1.3 Pernyataan masalah
Dalam usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia
melakukan
transformasi pendidikan dan membuat penambahbaikan terhadap
sistem pendidikan
negara, peranan pemimpin sekolah adalah sangat penting.
Kepincangan yang
berlaku di pihak pelaksana boleh menjejaskan hasrat transformasi
yang ingin
dicapai. Oleh itu untuk memastikan kepincangan yang berlaku
diperingkat
pelaksana dapat diatasi, maka satu kajian perlu dilakukan bagi
mendapatkan
beberapa resolusi untuk mengurangkan dan mengatasinya.
Salah satu masalah yang dikesan ialah Guru Besar selaku
pemimpin
profesional di sekolah kurang mendapat pendedahan yang khusus
mengenai
kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia
sekarang ini iaitu
KSSR. Guru Besar tidak dipanggil untuk berkursus atau mendapat
latihan bersama-
sama dengan guru untuk menerima dan mengetahui
perubahan-perubahan yang
berlaku dalam kurikulum. Dalam KBSR, sekolah menggunakan sukatan
pelajaran
tetapi dalam KSSR kini menggunakan bahan kurikulum yang terdiri
daripada
Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi. Dalam
Dokumen
Standard Kurikulum, ada pula Standard Kandungan dan ada
Standard
Pembelajaran. Isi kandungan dalam Standard Kandungan dan
Standard
Pembelajaran tidak diketahui oleh Guru Besar sekiranya Guru
Besar tidak
mengambil inisiatif sendiri untuk meneliti Dokumen Standard
Kurikulum bagi
setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
Guru Besar hanya
menerima kefahaman dan pengetahuan melalui guru-gurunya yang
dihantar
berkusus atau melalui kursus secara dalaman di peringkat
sekolah. Apa yang
berlaku ialah guru diberi kursus untuk tempoh tiga hingga lima
hari tetapi guru
-
13
hanya mampu menyampaikannya dan menyebarkannya dalam tempoh satu
hingga
dua jam sahaja kepada kepimpinan sekolah dan rakan-rakannya yang
lain. Situasi
seperti ini sudah pasti akan berlaku kecairan maklumat yang
disampaikannya.
Masalah yang berlaku ialah Guru Besar tidak mendapat pendedahan
tentang isi
kandungan Dokumen Standard yang digunakan secara hands-on.
Seterusnya, kekurangan ilmu pengetahuan tentang kurikulum
yang
digunakan menyebabkan Guru Besar tidak mengetahui apakah
aspek-aspek
perubahan yang telah berlaku. Kekurangan ilmu pengetahuan ini
telah menjejaskan
tugas Guru Besar selaku pemimpin instruksional terhadap
pengajaran guru. Guru
Besar sekadar mencerap pengajaran guru tanpa mengetahui pedagogi
pendidikan
yang mesti digunakan dan elemen-elemen yang mesti diterapkan
dalam
pembelajaran dan pengajaran guru. Guru Besar sukar untuk
mengenal pasti apakah
perubahan yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru, yang
membezakan pengajaran
dan penerapan ilmu itu adalah berbeza antara KBSR dengan KSSR.
Apa yang
dilihat oleh Guru Besar dalam pengajaran guru adalah sama dengan
KBSR. Cuma
yang berbeza hanya dari segi penulisan rancangan harian mengajar
guru yang agak
panjang dan terperinci serta format penulisan rancangan harian
pula didapati
berbeza-beza di antara guru walaupun mengajar mata pelajaran
yang sama (Feroz
Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).
Seterusnya masalah kriteria yang terdapat dalam instrumen
pencerapan yang
digunakan oleh Guru Besar untuk mencerap guru KSSR adalah
terlalu umum
kerana masih menggunakan instrumen pencerapan guru KBSR.
Terdapat beberapa
elemen penting seperti elemen merentas kurikulum tidak
dimasukkan sebagai salah
satu kriteria yang dicerap. Masalah Guru Besar kurang mahir dari
segi pedagogi
pendidikan kerana sudah kurang mengajar mata pelajaran tertentu
menyebabkan
Guru Besar kurang memainkan peranannya sebagai pemimpin
instruksional untuk
memberi bimbingan dan tunjuk ajar guru khususnya kepada guru
novis yang
terpaksa mengajar kelas KSSR disebabkan kekangan yang ada di
sekolah. Guru
tidak dapat meningkatkan prestasi kerja dan tidak dapat
membetulkan kesilapan
yang diakukan. Kesilapan yang berlaku jika tidak diperbetulkan
akan berlarutan
sehingga ia menjadi satu budaya yang tidak patut diamalkan.
Kelemahan Guru
Besar untuk mempertingkatkan kemahiran dan memantapkan
kompetensinya
-
14
menyebabkan Guru Besar tidak yakin dan kurang berminat untuk
melaksanakan
kepimpinan instruksional.
Wujud juga isu Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang
merancang
untuk aktiviti penyampaian dan penyebaran maklumat di sekolah.
Guru Besar
kurang menitik beratkan tentang aktiviti profesionalisme seperti
mengadakan
perbengkelan dan perbincangan bagi memantapkan pemahaman guru
terhadap
KSSR. Begitu juga perkongsian ilmu antara Guru Besar dan guru
tidak berlaku.
Guru dengan ilmu pengetahuannya dan Guru Besar dengan ilmu
pengetahuannya
dan tidak dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Masalah
kekurangan bahan
sokongan yang lain seperti keperluan kertas pencetak untuk
aktiviti lembaran kerja
murid, kemudahan menggunakan mesin fotostat di sekolah,
kemudahan ICT untuk
pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
telah
melemahkan semangat guru untuk menghasilkan pembelajaran dan
pengajaran yang
efektif.
Kesimpulannya, segala permasalahan dan kepincangan yang berlaku
perlu
diperbetulkan dan diatasi dan satu kajian berkaitan dengan
isu-isu yang dinyatakan
perlu ada tindakan penyelesaiannya.
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah,
pengkaji
merumuskan bahawa objektif kajian yang hendak dicapai ialah
:-
i. Mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar
bagi
membolehkan mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan
berkesan.
ii. Mengenalpasti, samada dokumen senarai semak boleh dihasilkan
bagi
kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan
KSSR.
iii. Mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh
Guru Besar dan
guru dalam melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran
KSSR.
-
15
iv. Mengenalpasti, bagaimana proses pencerapan mata pelajaran
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah boleh ditambahbaik.
v. Mengenalpasti apakah masalah-masalah dan keperluan guru
dalam
melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan seperti
di bawah :
i. Apakah kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar bagi
membolehkan
mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan berkesan?
ii. Apakah dokumen senarai semak yang boleh dihasilkan bagi
kegunaan Guru
Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah?
iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan
guru dalam
melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran KSSR?
iv. Bagaimanakah proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh
ditambahbaik?
v. Apakah masalah-masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan
KSSR?
1.6 Kepentingan kajian
Berdasarkan objektif kajian, pengkaji percaya bahawa, hasil
dapatan dan
maklumat-maklunat yang diperoleh akan dapat membantu pihak-pihak
yang ada
kaitan dengan perancangan, pembangunan dan pelaksanaan
pendidikan di Malaysia,
khususnya kepada Guru-guru Besar, pegawai-pegawai di Pejabat
Pelajaran Daerah
dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengambil tindakan-tindakan
yang bersesuaian
dan membuat penambahbaikan.
-
16
1.6.1 Kepada Guru Besar
Kajian berkaitan dengan KSSR ini amat perlu kepada Guru-guru
Besar
kerana ia dapat membuka minda para Guru Besar tentang pentingnya
untuk
mereka mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang KSSR secara
mendalam dan
membina serta memantap kemahiran kepimpinan instruksionalnya.
Begitu juga
sangat penting bagi Guru Besar memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kajian
ini juga
dipercayai akan dapat menyedarkan para Guru Besar untuk
memainkan peranan
sebagai pemimpin instruksional untuk berusaha menambahkan ilmu
pengetahuan
dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang mendalam dari segi
pedagogi
pendidikan dan pendekatan terkini yang digunakan dalam
melaksanakan KSSR.
Kajian ini juga mengingatkan para Guru Besar tentang
tanggungjawabnya
untuk melakukan pencerapan dan penyeliaan terhadap pengajaran
guru di dalam
bilik darjah supaya pengajaran guru lebih berkesan dan menepati
kehendak KSSR.
Selain daripada itu, kajian ini akan dapat mengingatkan para
Guru Besar tentang
fungsi mereka sebagai pemimpin dan pengurus Kurikulum di sekolah
menyediakan
segala keperluan dan kemudahan peralatan dan bahan bantuan
mengajar yang
diperlukan oleh guru dan murid supaya pembelajaran murid lebih
menyeronokkan
dan menarik minat murid untuk belajar.
1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri
Kajian ini amat penting kepada pegawai di Pejabat Pelajaran
Daerah dan
Jabatan Pelajaran Negeri agar mereka dapat merancang dan
menganjurkan siri-siri
kursus, seminar, kolokium dan perbengkelan khusus untuk Guru
Besar bagi
memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka sebagai
pelaksanaan KSSR
di sekolah. Selain daripada itu, kajian ini berkemungkinan akan
mencetuskan idea
pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
untuk
merancang dan melaksanakan program-program turun padang seperti
aktiviti
penyeliaan dari masa ke masa terhadap pembelajaran dan
pengajaran guru di dalam
bilik darjah KSSR. Kajian ini juga akan menjadi perintis kepada
pegawai di Pejabat
-
17
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengkaji dan
menganalisis
segala keperluan dan kemudahan alat sokongan yang diperlukan
oleh guru dan
murid selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa
kini.
1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian ini diharapkan agar pihak kementerian pelajaran turut
memberi
perhatian dan menambahkan peruntukan kewangan kepada sekolah
bagi tujuan
penyediaan bahan bantuan mengajar dan bahan sokongan
pembelajaran murid.
1.7 Batasan kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah tidak menyeluruh kepada
seluruh
populasi Sekolah Rendah yang ada di Daerah Muar yang terdiri
daripada Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil dan
Sekolah Pendidikan Khas yang berjumlah 171 buah sekolah.
Pengkaji hanya
menggunakan satu perdua daripada bilangan populasi yang ada
iaitu seramai 99
sampel kajian yang terdiri daripada Guru-Guru Besar Sekolah
Kebangsaan
daripada 99 buah sekolah kebangsaan yang ada di Daerah Muar.
Kajian ini tidak
dijalankan ke atas Guru Besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina, Tamil dan
Pendidikan Khas kerana pengkaji hanya berkecenderungan untuk
mengkaji Guru-
guru Besar yang mempunyai latarbelakang masalah yang hampir sama
dan berfokus
hanya kepada Sekolah Kebangsaan sahaja.
Fokus kajian hanyalah kepada beberapa aspek sahaja iaitu,
untuk
mengetahui kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar sebagai
persediaan dan
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan Dokumen
Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, penerapan
elemen-elemen nilai
tambah, pendekatan dan pedagogi pendidikan terbaharu dan terkini
yang patut
diterapkan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran kelas
KSSR. Selain
daripada itu pengkaji hanya ingin mengenalpasti samada senarai
semak boleh
dihasilkan bagi kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan
pelaksanaan
-
18
KSSR, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan
guru dalam
melaksanakan atau semasa pencerapan mata pelajaran KSSR,
bagaimanakah
proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh ditambahbaik, bagi
memastikan
pengajaran guru menepati kehendak KSSR dan apakah
masalah-masalah serta
keperluan guru dalam melaksanakan KSSR.
1.8 Definisi istilah
1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah kurikulum baru sekolah
rendah
yang diperkenalkan pada Tahun 2011 dengan subjek yang lebih
sedikit tetapi
menggunakan pendekatan yang lebih interaktif dan menggabungkan
beberapa
subjek menjadi satu dan pembelajaran dan pengajaran guru
menggunakan modul
bagi menggantikan buku teks (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2010). Ia tetap
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan
prinsip KBSR
dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, organisasi,
pedagogi, peruntukan
masa dan pengurusan kurikulumnya.
1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum
Dokumen Standard Kurikulum adalah bahan kurikulum bagi setiap
Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Teras Elektif dan di
dalamnya ada
dinyatakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
menjadi panduan
perancangan dan pengajaran guru (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2010).
1.8.3 Dokumen Standard Prestasi
Dokumen Standard Prestasi adalah suatu dokumen yang
menyatakan
pendekatan pentaksiran yang dilakukan dengan merujuk kepada
Rujukan Standard.
Rujukan Standard adalah proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid
-
19
tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2010).
1.8.4 Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan umum tentang perkara yang
murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai (Bahagian Pembangunan
Kurikulum,
2010).
1.8.5 Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010)
1.8.6 Didik Hibur
Pendekatan Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia yang
menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui
pelbagai
kaedah, kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
tatabahasa dan seni
bahasa disulami dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat,
pelaporan dan
penghasilan produk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah suatu perancangan
dalam
Rancangan Malaysia Ke 9 yang bertujuan untuk memperkemaskan
pelaksanaan
program-program pendidikan ke arah pembentukan modal insan yang
berupaya
memenuhi pasaran tempatan dan mampu bersaing sehingga ke
peringkat
-
20
antarabangsa serta dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di
persada
antarabangsa (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, 2006).
1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ialah suatu pelan yang
dibangunkan untuk menilai prestasi semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan
mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan
tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem
pendidikan dan murid
yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa hadapan dengan
mencadangkan
11 anjakan strategik dan operasi di peringkat Kementerian
Pelajaran Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) ialah suatu
mekanisme yang
disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan lebih
bersistematik untuk
menetapkan satu standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan di
institusi
pendidikan secara berterusan untuk mencapai ke tahap yang
tertinggi. SKPM
disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti yang membolehkan
sekolah
membuat penarafan kendiri bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan sekolah
masing-masing (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, 2010).
1.8.10 Pemimpin Sekolah
Syed Ismail (2010) Pemimpin Sekolah adalah Guru Besar di sekolah
yang
mengurus sumber dan kewangan, menjalin hubungan yang baik dengan
ibu bapa
dan masyarakat tempatan, pakar dalam segala hal kurikulum,
psikologi kanak-
kanak dan tadbir urus pejabat.
-
21
1.8.11 Kompetensi
Kompetensi adalah kecekapan yang perlu dicapai oleh seseorang
Guru
Besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin kurikulum di
sekolah dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Guru
Besar sebagai
peneraju utama sekolah hendaklah bersedia untuk melengkapkan
diri dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam menangani pelbagai perubahan
yang berlaku
dalam kurikulum terkini iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Institut
Aminudin Baki, 2006)
1.8.12 Pengetahuan
Pengetahuan bermaksud seseorang Guru Besar itu perlu
mempunyai
pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang konsep, bentuk,
organiasai,
kandungan, pedagogi, pengurusan kurikulum dan bahan dalam
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Sebagai pemimpin kurikulum, adalah
menjadi
tanggungjawab Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan KSSR
sebagai program
pendidikan melalui proses pengurusan, perancangan, pengelolaan,
penyeliaan,
kawalan dan penilaian itu dapat mencapai matlamat yang
dihasratkan oleh
Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
1.8.13 Kemahiran
Kemahiran bermaksud kemahiran atau kecekapan yang dimiliki
oleh
seseorang pemimpin sekolah bagi membantu mereka untuk
menggalakkan guru-
guru berfikir secara inovatif dan kreatif. Dengan kemahiran yang
dimiliki oleh
pemimpin sekolah, maka ia dapat membantu guru-guru menyelesaikan
masalah
dengan cara yang terbaik dan paling optimum di samping dapat
menyusun atur
tugas dengan baik serta mempunyai satu kaedah yang terbaik dan
objektif bagi
menilai prestasi guru-guru dan staf di bawah kawalannya
(Zainuddin Zakaria &
Ziadatul Hidayah Zakaria, 2006).
-
22
1.9 Kesimpulan
Dalam menghadapi cabaran abad ke-21, Pendidikan merupakan
perkara
utama yang perlu diberi perhatian agar warganegara Malaysia
mampu bersaing di
persada dunia antarabangsa dan secara globalisasi. Usaha sekolah
adalah ke arah
pencapaian matlamat kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan
dan adalah
menjadi tanggungjawab Guru Besar untuk mengetahui dan memahami
secara
mendalam tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, termasuklah
matlamat KSSR.
Guru perlu disedarkan, dibimbing dan diselia ketika melaksanakan
tugas mereka
untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu
sesuai, selaras
dengan kehendak kurikulum yang disediakan. Guru besar sebagai
pemimpin dan
pengurus sekolah harus memainkan peranan yang positif dan serius
untuk menjamin
guru-guru bertindak dan berusaha ke arah pencapaian matlamat
pendidikan yang
ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat (Jemaah Nazir
Sekolah
Persekutuan, 1991).
Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah amat bergantung
kepada
berkesan atau tidaknya peranan yang dimainkan oleh seseorang
Guru besar. Guru
Besar sebagai pengurus sekolah bertanggungjawab ke atas
pelaksanaan kurikulum
melalui proses-proses pengurusan seperti penentuan objektif,
perancangan,
pengelolaan, penyeliaan, kawalan dan penilaian (Jemaah Nazir
Sekolah
Persekutuan, 1991). Guru Besar adalah lambang kepada segala
nilai, dan
kepercayaan, semestinya mempunyai pengetahuan yang luas dalam
semua hal yang
berkaitan dengan Kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah dan
berkeupayaan menggerakkan orang-orang di bawah kawalannya iaitu
para guru
yang professional untuk melaksanakannya dengan jayanya.