Top Banner
01 02
12

Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

Jun 25, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

01 02

Page 2: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

PENAUNG

PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR 09/10

PENASIHAT

PENGERUSI PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (PCZ) 2010/2011

KETUA EDITOR

AYYUB ANSARI B ROSLI

TIMB. KETUA EDITOR

FARHUDA ZULAIKHA BT DOL @

ABDUL WAHID

KETUA SIDANG

MOHAMAD AZHARUDDIN BIN MAT NAZIZ

TIMB. KETUA SIDANG

‘AZRA HAMIZAH BT ABDUL JALIL

SIDANG EDITORIAL

UNIT WARTAWAN

ABU BAKAR BIN HAMDAN NOOR FARIHAH BT MOKHTAR

UNIT KARYA

NUR HUSNA BT SAMAT NUR IZZATIE BT SHAHARIMAN

UNIT PEREKA GRAFIK

MOHAMAD AZHARUDDIN

BIN MAT NAZIZ AHMAD ZAEEM HANEF

BIN MOHD SALLEH

UNIT ARTIKEL

AHMAD ‘IMRAN BIN MOHAMED

KHAIRUNNISA BT ITHNAIN NABIHAH BT ABDULLAH

NUSAIBAH BT ABDUL AZIZ

UNIT CETAKAN DAN EDARAN

MOHD SYAFIQ BIN YAHYA

Carta Organisasi

Jabatan Risalah UPP PCZ 10/11

©HAK CIPTA TERPELIHARA SEBARANG KOMEN MEMBINA, IDEA, PERTANYAAN, ARTIKEL ATAU SUMBANGAN, SILA EMAILKAN KE: [email protected] ATAU DIHANTAR TERUS KE MANA-MANA AHLI SIDANG REDAKSI ZAGAZINE.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi

keizinan-Nya kepada kita untuk terus bernafas di muka bumi ini bagi meneruskan perjalanan yang berbaki sebelum sampai ke destinasi yang abadi. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Ahlan wa sahlan” kepada sahabat-sahabat jurusan Sains Kesihatan yang baru menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini. Juga “alfu mabruk” buat teman-teman yang telah berjaya dengan cemerlang dalam imtihan semester yang lalu. Bagi mereka yang diuji, moga kita sama-sama

terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang silih berganti antara nikmat dan ujian daripada Ilahi. Didoakan moga kita akan terus istiqamah dalam mengejar apa yang dicitakan. Muhammad Al-Baqir berkata : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Apa hak

ilmu?” Rasulullah SAW bersabda, “Memberikan perhatian kepadanya.” lelaki itu bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Rasulullah SAW menjawab, “Mendengarkannya.” lelaki itu bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Rasulullah SAW bersabda, “Menjaganya.” lelaki itu bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Rasulullah SAW menjawab, “Mengamalkannya.” lelaki itu bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Rasulullah SAW bersabda,

“Menyebarkannya.” Sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Ilmu adalah pemimpin dan pembimbing amal perbuatan. Amal boleh kurus dan berkembang bila didasari ilmu. Berbuat sesuatu tanpa didasari pengetahuan tidak ubahnya dengan berjalan bukan di jalan yang benar, tidak mendekatkan kepada tujuan malah semakin menjauhkan. Hal ini bukan sahaja perlu dalam amal ibadah malah dalam setiap amal perbuatan dipelbagai bidang seperti bidang perniagaan, kehakiman, kedoktoran, kepimpinan dan sebagainya. Justeru itu, setiap penuntut ilmu

khususnya kita selaku siswa/wi Sains Kesihatan mestilah bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu perubatan dengan menunaikan setiap hak-hak ilmu seperti yang telah diajarkan oleh Baginda SAW. Melihat kepada banyaknya hak-hak ilmu yang perlu ditunaikan, justeru itu keazaman dan komitmen

yang tinggi terhadap pelajaran dan kehadiran ke kuliah adalah diantara aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap siswa/wi selaku seorang penuntut ilmu. Perlulah kita sedar bahawa keberadaan kita di bumi anbiya' ini bukanlah untuk melancong sebaliknya kita berada di sini adalah untuk merealisasikan makna sebenar kedudukan kita sebagai khalifah Allah dan membangunkan bumi

dan umat dalam konteks Islam melalui lapangan bidang yang kita ceburi. Akhir kata dari saya, marilah kita sama-sama sematkan azam untuk cemerlang, jangan berlengah dan segerakan langkah ke kuliah. Gunakanlah kesempatan di sini sebaiknya untuk menimba ilmu perubatan dan ilmu agama sebanyak mungkin. Moga harapan untuk menjadi umat gemilang akan

dapat direalisasikan pada masa hadapan, Insya-Allah. Salam perjuangan daripada kami kepimpinan PCZ 2010/11

SEKAPUR SIREH TINTA EMAS

01 02

KATA-KATA ALUAN TIMB. PENGERUSI II PCZ 10/11

DR AZLIZAN BINTI SUPIAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran

dipanjatkan ke hadhrat Allah SWT atas kurniaan rahmat

dan kasih sayangNya, kita masih lagi berpeluang untuk

bertemu lagi dalam keluaran ZAGAZINE edisi ke-3 kali ini.

Kita juga masih lagi diberi kesempatan untuk bersua

dengan sesi pengajian 2010/11, yang sedang kita lalui sejak

hampir sebulan yang lalu dalam mujahadah kita mencapai

cita-cita yang kita impi-impikan.

" Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah

pertanyaan, dari itu bertanyalah! Sesungguhnya setiap

kali ada yang bertanya, ada empat golongan yang diberi

pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang

mendengar dan yang mengintai mereka."

Pada sesi-sesi pengajian yang lalu, acap kali terdengar

keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh para doktor

(pensyarah) tentang kegusaran mereka melihat pelajar-

pelajar Malaysia yang “takut” untuk melontarkan sebarang

pertanyaan mengenai topik-topik yang telah dibincangkan.

Sehinggakan kelemahan itu akhirnya menjadi salah satu

penghalang kita dalam mencapai kejayaan yang diidam-

idamkan.

Menyedari hakikat profesion sebagai mahasiswa yang

membawa nama negara kita Malaysia, kita seharusnya

matang dan berani untuk mengajukan sebarang pendapat

atau pun persoalan yang terbenak di fikiran kita. Di

samping itu, kita perlu menyiapkan diri dengan persediaan

yang rapi sebelum hadir ke kuliah selain menjauhi sifat

malas untuk hadir ke kuliah.

Untuk akhirnya, diharapkan keluaran ZAGAZINE pada

kali ini dapat memberikan sedikit input yang berguna dalam

usaha kita mencapai kejayaan pada sesi pengajian kali ini

dan masa-masa akan datang. Berusaha, berdoa dan

bertawakal. Semoga setiap usaha dan langkah hidup kita

senantiasa dirahmatiNya. InsyaAllah.

Ketua Editor ZAGAZINE 10/11

Page 3: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

FOKUS FOKUS

03 04

Saidina Ali Karamallahu wajhah pernah

berkata " Hormatilah guru meskipun dia

sekadar mengajarkanmu sebatang huruf".

Daripada Anas r.a berkata:

Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia

sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali”.

(Hadis Riwayat At Tirmizi)

Page 4: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran. 04.Prihatin sesama kita

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan belajar berdua-duaan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan, mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah SWT itu sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana? Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan. .

FOKUS FOKUS

05 06

Page 5: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi madah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas. Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!” Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!” Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu. Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan? Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya. Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya. “Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!” Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!” Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?”

Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!” Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam. Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!” Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?” Pelajar itu diam. Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!” Dan tiada siapa lagi yang bersuara. Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu belajar bersungguh-sungguh. Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah, apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau belajar pun tidak sungguh-sungguh. Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal belajar sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari belajar sungguh-sungguh? Fahamkah kamu maksud ayat ini: “…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

(Surah Ali Imran ayat 159)

Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’? Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini? Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (dalam hal kita ini adalah terbaik dalam peperiksaan), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.

Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga. Tidakkah anda melihat??

SECANGKIR KOPI SECANGKIR KOPI

07 08

Page 6: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

To avoid a big numbers of Malaysian Medical Students have repeated not attending the class, Malaysian Student Affairs of Zagazig University has underlined a strict penalty as : Missing 1-3 times = Permissible with relevant reason. Missing 4 times = The faculty will ISSUE WARNING LETTER (a copy will be send to

the parent). Missing 5 times = The lecturer could DEDUCT 5 MARKS from the test of examination. Missing 6 times = The students will NOT BE ALLOWED TO SEAT the FINAL EXAM. and more

DISTRIBUTION OF THE MARKS :

SUBJECTS MAX

MARKS WRITTEN

(50%) ORAL+PRACTICAL

(30%) ATTENDANCE + CARRY

MARKS (20 %)

ANATOMY 250 125 75 50

PHYSIOLOGY 250 125 75 50

BIOCHEM 150 75 45 30

HISTOLOGY 150 75 45 30

ENGLISH 25 25 - -

TOTAL MARKS : 800 MARKS

ENGLISH IS EXCLUDED FROM THE TOTAL MARKS.

SUBJECTS MAX

MARKS WRITTEN

(50%) ORAL + PRAKTIKAL

(30%) ATTENDANCE + CARRY

MARKS (20%)

ANATOMY 250 125 75 50

PHYSIOLOGY 250 125 75 50

BIOCHEM 150 75 45 30

HISTOLOGY 150 75 45 30

PSYCHOLOGY 50 50 - -

TOTAL MARKS : 850 MARKS

PSYCHOLOGY IS INCLUDED IN TOTAL MARKS.

SUBJECTS MAX

MARKS WRITTEN (50 %)

ORAL + PRAKTIKAL (30%)

ATTENDANCE + CARRY MARKS

(20 %)

PATHOLOGY 300 150 90 60

PHARMACOLOGY 300 150 90 60

MICROBIOLOGY 200 100 60 40

PARASITOLOGY 150 75 45 30

TOTAL MARKS : 950 MARKS :

SUBJECTS

DURATION OF STUDY (36 WEEKS)

THEORY PRACTICAL MAXIMUM MARKS

INTERNAL MEDICINE 216 24 900

PEDIATRICS 108 12 500

TOTAL MARKS : 1400 MARKS

ARTIKEL UNIT PCZ ARTIKEL UNIT PCZ

09 10

85 % UPWARDS = MUMTAZ 75- 84 % = JAYYID JIDDAN 65- 74 % = JAYYID 60-64 % = MAQBUL 30- 59 % = DHOIF 0-29 % = DHOIF JIDDAN

UNIT AKADEMIK PCZ

Success is going from failure to failure

without losing your enthusiasm

Abraham Lincoln

Page 7: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

DESTINASI HARGA TRAMCO 1 HALA 2 HALA

ABUD (Kaherah) LE 5.00 Mator LE 145 LE 170

SALAM (Kaherah) LE 5.00 Kaherah LE 145 LE 285

RABAAH (Kaherah) LE 6.50 Mansurah LE 80 LE 160

MANSURAH LE 3.50 Iskandariah LE 230 LE 460

TANTA LE 5.00 Tanta LE 80 LE 160

ALEX LE 15.00

PEGEOT 1 HALA 2 HALA

Dari Zagazig ke

Kaherah LE 125 LE 145

Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah

LE 135

Seperti yang kita tahu , banyak perkara yang tidak menyenangkan telah menimpa para pelajar akhawat semenjak musim panas bermula. Ya, gangguan seksual yang berleluasa telah menjadi ancaman utama bukan sahaja kepada akhawat Zagazig, malah seluruh Mesir, bahkan di mana-mana sahaja. “Alah,kita ramai, tak payahlah musyrif-musyrif ni”. Ayat-ayat biasa seperti ini kemungkinan bakal mengundang musibah terhadap diri para akhawat, seperti yang kita maklum ’malang tidak berbau’. Mungkin dalam kotak minda mengatakan yang bermusyrif-musyrif ini hanya menyusahkan. Namun,penggunaan musyrif adalah sangat penting dalam mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Di antara langkah keselamatan yang mungkin boleh membantu:

Apabila keluar dari rumah, pastikan kita tidak bersendirian, sebaik-baiknya lebih dari 3 orang. Elakkan keluar berurusan pada lewat petang atau hampir Maghrib, kecuali ada urusan yang

sangat penting dan tidak dapat dielakkan.

Jangan keluar selepas Maghrib (malam) melainkan sakit dan perlu ke hospital atau ada urusan yang sangat penting dan tidak dapat dielakkan.

Hubungi musyrif yang bertugas jika ada urusan penting, yang memerlukan untuk keluar selepas Maghrib.

Jangan sekali-kali menerima pelawaan atau mengajak orang yang tidak dikenali (orang Arab) ke rumah atau ke mana-mana tempat.

Elakkan daripada memberikan nombor telefon kepada orang arab (kecuali lecturer dan yang sewaktu dengannya)

Elakkan daripada menaiki ‘tremco’ yang sesak dengan lelaki Arab.

Seboleh-bolehnya jaga kelakuan diri semasa berada di tempat awam.

Pastikan semua tingkap dan pintu rumah telah ditutup dan lebih selamat dikunci sebelum tidur. Elakkan dari melalui jalan atau lorong yang sunyi ataupun jalan yang terlalu ramai lelaki Arab.

Segera laporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini atau sebarang musibah kepada pihak-pihak berkenaan.

Antara frasa-frasa yang perlu disemat dan dihafal dalam kotak fikiran akhwat adalah: Ma tilmasni’! =( Jangan sentuh saya!) Hua ya’mal haga gharbih ‘alaiha’!= ( Dia buat perkara yang tidak baik kepada saya!) Habligh shartoh’!= ( Saya akan laporkan pada pihak berkuasa!)

TAMBANG ANTARA MUHAFAZAH TEMPAHAN TRAMCO & PEGEOT

Dari SALAM 1) Ke Arma

Naik tramco ke Saiyidah Aisyah dan turun di Madafin (مدافن), Mukobbir (مقابر) atau Duy`aa (nama kawasan kubur dekat dengan simpang ke ARMA).Naik teksi atau bas ke TAKI.

2) Ke Hayyu Sabi’ (H7)

Naik tramco ke Rabaah, kemudian naik tramco ke H7 di Masjid Rabaa

3) Ke Hayyu Asyir (H10)

Naik tramco ke Rabaah kemudian naik tramco ke H10 di Masjid Rabaah

4) Ke Kedutaan (Muhandessien)

Naik tramco ke Rabaah kemudian naik bas no 359 (bas hijau,tambang le 2)

Dari RABAAH 1) Ke Arma

Naik tramco ke Saiyidah Aisyah dan turun di Madafin (مدافن), Mukobbir (مقابر) atau Duy`aa (nama kawasan kubur berdekatan simpang ke ARMA). Naik teksi @ bas ke TAKI

2) Ke Hayyu Sabi’ (H7)

Naik tramco ke H7 di Masjid Rabaa 3) Ke Hayyu Asyir (H10)

Naik tramco ke H10 di Masjid Rabaah 4) Ke Embassy :

Naik bas no 359 (bas hijau,tambang le 2) Dari ABUD 1) Ke Arma

Naik tramco ke Ramsis. Di Ramsis, naik tramco ke Bu`ust @ TAKI (tunggu tramco berdekatan masjid Ramsis)

2) Ke Hayyu Sabi’ & Hayyu Asyir

Naik tramco ke Ramsis, pergi ke stesen tramco di belakang stesen keretapi. Di situ banyak tremco ke Madinah Nasr.

3) Ke Embassy Naik tramco ke Bulyad (tanya pergi Muhandessien atau tidak). Tunggu tramco tepi sungai berdekatan stesen Abud. Turun bila sampai masjid Mustafa @ NSGB bank Muhandessien (bank di sebelah kanan). Embassy Malaysia di kawasan itu.

ARTIKEL UNIT PCZ ARTIKEL UNIT PCZ

11 12

Mahattah & Qaumiyyah : LE 2 ~ LE 3 (teksi) Mauquf Mansourah : LE 3 ~ LE 4 (teksi)

CADANGAN PERGERAKAN SEKITAR KAHERAH

ANGGARAN TAMBANG TEKSI SEKITAR ZAGAZIG

Dari Salam

Page 8: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

Perkara yang paling excited ialah tengok orang Arab yang sangat-sangat hensem dan cantik, sampai terlanggar keldai dibuatnya. Mula-mula ingatkan orang Arab ni sama sahaja dengan orang Malaysia, tapi sampai telefon bimbit kena kebas masa naik tremco, barulah terfikir supaya berhati-hati dengan orang Arab ni. Apa-apa pun kat Mesir ni perlu sentiasa jaga kata-kata, kerana apa-apa pun boleh terjadi.

Syarifah Mirza

Secara jujurnya, ini bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Mesir. Pertama kali saya ke sini pada tahun 2004. Tapi tidaklah ke Zagazig. Saya hanya pergi Cairo dan Alexandria. Jadi, dalam fikiran dah terbayangkan Zagazig ni macam Cairo. Saya ni pulak sejak first time sampai Mesir memang dah in love dengan Mesir. Sekali bila sampai Zagazig….Ya Allah!!! Semua yang ada dalam fikiran dah terbang jauh-jauh. Dengan kotornya, debunya..susah nak cakap betapa environment shocked nya. Tapi, lepas dah beberapa minggu, Alhamdulillah…. Sekarang ni dah in love dengan tempat ni pula. Zagazig di hatiku!!

Azimah

Saya terkejut apabila melihatkan gadis-gadis di sini berpakaian menjolok mata serta pekedai-pekedai yang suka menipu harga dengan bersumpah dengan nama Allah walhal negara ini terkenal dengan penduduk yang kuat amalan agamanya

Nabil

Saya amat teruja dengan makanan di sini, semuanya sedap-sedap. Saya telah berpeluang merasa makanan istimewa di Zagazig iaitu krib dan kuftah

Mardhiah

SUARA AHLI VARIASI

13 14

Tanggapan pertama ketika awal kedatangan

ke Mesir (*tahun 1)

EGYPT!! Here I come… inilah yang sering ku katakan sebelum ke Mesir. Pagi yang

pertama di Mesir (di MTA kot), Ya Allah! Macam mana la nak survive kat sini..

Time ni la dah start rindu pokok kelapa, air kelapa kat Malaysia. Hujan emas di

negeri orang, hujan platinum di negeri sendiri.. Ape pun, kuatkan semangat duduk

di Mesir ni untuk menjadi seorang doktor, insyaAllah. Nampak gayanya, tiap-tiap

tahun la balik Malaysia hehe….okey, chaiyokk ^_^

Asmirah

*ilistrusi kartun adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan watak sebenar

Bahan-Bahan

-Roti rich bake 4 segi atau sebarang jenama -tepung gandum

Inti

-2 tin sardin saiz kecil -sos tomato (Bahan untuk dikisar) -1 ulas bawang besar -2 ulas bawang putih -4 cili kering (ikut sendiri nak tahap kepedasannya macam mana) -1/2 inci halia (halia wujud di mesir..di qaumiah..kedai jual buah-buahan /supermarket) CARA-CARA

INTI 1.blend semua bahan tumis 2.kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. 3.masukkan sos tomato + garam + gula secukup rasa. 4.kemudian masukkan sardin 5.inti juga boleh ditukar dengan scramble egg,senang cerita, sume jenis inti karipap... *optional* PROSEDUR 1.canai nipis roti tadi dengan penggelek sehingga mampat.. 2.kemudian buangkan bahagian tepi roti dengan pisau.. 3.letakkan sedikit tepung yang telah dibancuh di sekeliling tepi roti supaya tidak terbuka semasa digoreng 4.masukkan inti dan lipat roti kepada bentuk 3 segi dan kemaskan bahagian tepi roti... 5.kemudian tekan dengan garfu di sekeliling bahagian tepi roti supaya lebih selamat.. 6.dan sedia untuk digoreng sehingga kuning keemasan... wallahhhh!! yummy...sedia untuk dimakan..

By Kerol

Page 9: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

BULAN-BULAN ISLAM BULAN-BULAN ISLAM

15 16

Zul ertinya "yang empunya". Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah merupakan salah satu daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan nama, kemuliaan empat bulan haram ini dan mengharamkan berperang padanya.

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang terlibat dalam Peperangan Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

Peperangan Bani Quraizah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Pada tahun itu, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah dan hal ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada sahabat kaum Muhajirin dan Ansar.

Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan baginda telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang daripada memasuki Makkah. Rentetan daripada itu membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan “Perjanjian Hudaibiyah” yang mana Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan dan tahun seterusnya serta diadakan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Uthman RA ke Makkah untuk membahas masalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Uthman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Pada ketika itu sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa Uthman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh kaum Quraisy. Maka Rasulullah SAW dengan lantangnya menyatakan tekad : “Kami tidak akan berdiam diri hingga kami berjaya menumpaskan kaum Quraisy”. Selepas itu, Rasulullah SAW mengajak sahabat-sahabat yang ada untuk berbai'ah untuk tidak takut dan lari dari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian Uthman bin Affan RA. Bai'ah ini dinamakan Bai'atur Ridhwan. Setelah itu barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah bahawa khabar pembunuhan Saidina Uthman itu adalah tidak benar.

Bai'atur Ridwan

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan) yang disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Haji tersebut merupakan haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

Berlakunya Haji Wida'

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah pembela dinullah yang tampil ketika umat Islam pada zamannya mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam dan berusaha untuk mengembalikan mereka ke landasan yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah iaitu pada usianua 67 tahun.

Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Rasulullah SAW bersabda:

“Berperanglah di jalan Allah. Perangilah orang-orang yang kafir kepada Allah. Berperanglah tapi jangan

mengambil harta rampasan secara diam-diam, jangan melanggar janji, jangan melakukan penyiksaan,

jangan membunuh anak-anak dan jangan pula membunuh para penghuni rumah ibadah” (HR Muslim).

Page 10: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

ermula kisah di suatu petang yang hening. Setelah usai solat Maghrib, terus melangkah

kaki ke meja komputer. Pada mulanya, hanya mahu bermain seketika sementelahan

menunggu azan Isyak berkumandang. Bila melihat buku-buku yang tersusun rapi di atas

meja, hati terdetik , “nanti lepas isya`, aku bukalah buku tu. “ Mata terus difokuskan di kaca

computer. Khusyuk. Tawadhuk. Lincah tangan menaip di papan kekunci komputer. Kadangkala

menaip tanpa perlu menoleh sekilas ke papan kekunci. Seolah-olah sudah hafal kedudukan

setiap huruf di papan kekunci tersebut.

Mulanya mahu membuka sekejap, mahu

sekadar melihat. Namun, jadi teruja apabila

mendapat facebook notification. Bermonolog

lagi, “habis je facebook ni, aku berhentilah”.

Namun, semakin rancak bila notification mulai semakin banyak. Jadi asyik untuk membalas

respons. Daripada facebook mula pula ke blog. Membaca daripada satu kisah ke satu kisah yang

lain. Daripada blog ini ke blog yang lain. Dan akhirnya, dari mahu sekejap, menjadi semakin

lama.

Masa terus berlalu dengan pantas. Kedengaran azan Isyak berkumandang. Berhenti seketika

menghormati waktu. Namun setelah

itu bersambung semula. Dalam hati

berdetik lagi,” sekejap lagi lah solat.

Waktu isyak kan panjang”.

Menyambung semula bermain internet. Sejam, dua jam, masa berlalu dengan pantas. Tanpa

disedari, sudah berjam lama menghabiskan masa di hadapan komputer. Dari satu halaman ke

satu halaman alam maya diterjahi. Detik berganti detik, akhirnya mata yang cergas itu mulai

keletihan. Badan mulai rasa letih, terus mengalah setelah penat berjuang di medan maya. Mata

mengerling jam di dinding. Jam mulai menunjukkan pukul 12 malam. Mata meronta-meronta

minta untuk ditutup. Solat Isyak belum dilaksanakan.

Rasa bercinta untuk bangun ke bilik air, namun digagahkan juga kerana itu suatu kewajipan.

Akibat keletihan, surah mulai dibaca dengan sesingkat mungkin. Mungkin sahaja sebelum ruku’

itu, Al-Fatihah terus tanpa doa iftitah sebelumnya. Membuat andaian sendiri, solat dalam

keadaan mengantuk tidak elok. Harus disegerakan agar tidak melalut.

Usai solat terus melangkah ke tilam. Namun terhenti tatkala melalui susunan buku yang rapi di

atas meja. Terpegun sebentar. Dilema. Mata sudah mengantuk yang teramat, badan letih

perlukan rehat. Sekali lagi minda

memanipulasi, kalau belajar dalam

keadaan mengantuk tiada guna.

Satu pun tidak akan masuk. Lantas,

mengambil keputusan untuk tidur

sebentar sebelum bangun untuk study.

Jam di telefon bimbit dipasang. Sengaja menguatkan bunyi agar terjaga waktu yang diharapkan.

Mata terus terlelap dibuai mimpi indah.

Akhirnya, terjaga tatkala matahari mulai meninggi. Hati diburu bersalah, tertinggal solat Subuh,

dan tidak sempat membaca buku malah terlewat ke kelas. Terus kesal menyalahkan diri. Konon

mahu berubah, namun kitaran itu masih sama. Tidak cuba untuk bangkit dan membuat

perubahan. Sampai bila, mahu

membuat kitaran yang tidak sihat ini?

Apakah baru mahu mengubah

kitaran tatkala peperiksaan mahu

tiba? Belajar last minute itu amat berkesan namun bagi mereka yang telah lama mengulang kaji

sejak awal tahun. Bukan bagi yang baru memahami, baru menghafal. Bila keputusan tidak

memberangsangkan, barulah terasa kesal. Menyalahkan pihak itu menyalahkan pihak ini.

Sedangkan semuanya berpunca daripada diri sendiri. Renung-renungkan dan buatlah

perubahan. Jadilah pelajar yang cemerlang. Hindarkan mencipta alasan. Jauhi angan-angan

yang merupakan perosak impian. Fikirlah tanggungjawab anda.

BERUBAHLAH DARIPADA SAAT INI. By : cheepsy.

KARYA KARYA

17 18

habis je facebook ni,

aku berhentilah “ ”

sekejap lagi lah solat. Waktu isyak kan panjang “ ”

...mata sudah mengantuk yang teramat, badan letih

perlukan rehat...

Sampai bila, mahu membuat kitaran yang tidak sihat ini??!

1 . M A S A S I H A T S E B E L U M M A S A S A K I T

2 . M A S A M U D A S E B E L U M M A S A T U A

3 . M A S A K A Y A S E B E L U M M A S A M I S K I N

4 . M A S A L A P A N G S E B E L U M M A S A S E M P I T

5 . M A S A H I D U P S E B E L U M M A S A M A T I

Page 11: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

MINDA CERDAS KARYA

19 20

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air

dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari

penyakit (susah mendapat sakit).

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat

jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di

celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat

percerna makanan).

Rasulullah bersabda : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah,

Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Mandi pagi sebelum Subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari

terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan

lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-

kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala

atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa

dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter

ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan

bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Rasulullah bersabda : Berkat makanan itu terletak pada wudhu’ sebelumnya dan wudhu’ selepasnya. (Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah bersabda: Cungkillah dan bersihkanlah gigi kamu selepas makan kerana

itu adalah kebersihan. Kebersihan akan membawa kepada Iman dan Iman mengiringi tuannya ke dalam syurga. (Hadis riwayat Tabarani)

Page 12: Zagazine Edisi Ke-3 (Okt '10)

Apakah benar kita bakal mendapat sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada

anda manusia atau tikus!

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Kenapa di tepi rel kereta api diletak batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau diletak pisang goreng pasti jadi rebutan.

Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

VARIASI KARYA

21 22

Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK, bengang pasal titi tu dah patah.