Yang di-Pertuan Agong XV
KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN
AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
Al-Sultan Kelantan Darul Naim
Memerintah dari 13 Disember 2016 hingga kini
KBDYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG
• Diperkenalkan oleh Tuanku Abdul Rahman setelah negara
mencapai kemerdekaan.
• Gelaran Yang di-Pertuan Agong diambil bersempena gelaran
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, (yang merupakan Yang
di-Pertuan Agong yang pertama.)
• Gelaran jawatan yang sama kemudiannya digunakan untuk
Gabenor.
• Tunku Abdul Rahman yang memutuskan perkara-perkara istiadat
berkenaan Yang di-Pertuan Agong:
• Penggunaaan nobat di dalam majlis pertabalan;
• Penciptaan alat-alat kebesaran diraja;
SEJARAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN
AGONG
TAYANGAN VIDEO: PERTABALAN
DYMM SPB YDPA YANG PERTAMA
• Primus inter pares (Ancient Greek: Πρῶτος μεταξὺ ἴσων, prōtos metaxỳ
ísōn) adalah frasa Latin yang bermaksud ’first among equals’
• Jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah jawatan penggiliran Raja-raja.
(satu-satunya sistem yang diamalkan di dalam dunia). Hampir sama
adalah di UAE di mana emir daripada 7 konstituensi: Abu Dhabi, Ajman,
Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, Umm al- Quwain memilih
seorang Presiden & seorang Perdana Menteri.
• Yang di-Pertuan Agong bukanlah anggota Majlis Raja-raja. Baginda
berangkat menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara
Malaysia & diiringi Perdana Menteri sebagai Penasihat Baginda.
• Terjemahan dalam protokol:
• YDPA berangkat ‘bersama-sama’ Raja-Raja;
• Kaedah mempersembahkan cenderamata.
KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG:
”PRIMUS INTER PARES”
KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &
SPB RAJA PERMAISURI AGONG
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:
Perkara 32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan,
dan Permaisurinya
(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan
digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi
segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam
apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam
Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
• 10% atau 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan
adalah Perkara-Perkara berkaitan Raja.
(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri
Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain
dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Slide 34
(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja
selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa
meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani
olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh
Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang
jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.
KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &
SPB RAJA PERMAISURI AGONG
• Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah berkata, “Baginda Sultan dan
Baginda Tuanku Ampuan yang ke Kuala Lumpur apabila memegang
jawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong akan bersemayam secara berdua sahaja tanpa melibatkan
keluarga yang lain.”
• Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memperkatakan
mengenai kedudukan ahli keluarga yang lain (contoh: putera & puteri
serta kerabat diraja)
• Mengikut protokol Persekutuan di dalam majlis rasmi, pembesar negara
mengambil tempat lebih utama daripada putera & puteri Diraja sekiranya
dijemput.
Sumber: Surat Pekeliling Am Sulit Bil 1 Tahun 1995
Etika & Pengurusan Institusi Yang di-Pertuan Agong
KEDUDUKAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG &
SPB RAJA PERMAISURI AGONG
TAYANGAN VIDEO: GELARAN BAGI RAJA-RAJA
MELAYU
Bahasa Istana atau Bahasa Diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar
adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Namun pada
zaman kerajaan Melayu tradisi protokol ini lebih banyak dilihat sebagai adat
istiadat dan pantang larang Istana
PROTOKOL- TAFSIRAN DALAM SEJARAH MELAYU
PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH
MELAYU
PETIKAN SULALATUS SALATIN
“Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar,
maka Tun Perpatih Permuka Berjajarlah duduk diadap orang
banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama Wira.
Ber¬mula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai,
jikalau anak raja-raja datang tiada dituruninya, melainkan anak
raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika
Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi
permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang,
segala Orang Besar-besar dan segala Orang Kaya-kaya di
balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke
rumahnya.”
SUSUNAN KEUTAMAAN –TAFSIRAN DALAM
SEJARAH MELAYU
“Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh
Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Menteri, gelarnya Tun Perpatih Permuka
Jegalar, duduk bersemberangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli
Bendahara dahulu; dan duduk di bawah Bendahara ialah Penghulu Bendahari,
gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala Orang
Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan
hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu
segala Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-
masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purba.”
PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH
MELAYU
“ LARANGAN DI ISTANA ” – Sulalatus Salatin muka surat 74/75
“Syahadan Bagindalah yang pertama-tama meletakkan "kekuningan larangan"; tidak dapat dipakai
orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal
besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karang-karangan benda; dan tiada dapat
diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju, dan
destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang
gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,
bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-
besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroneong emas berkepala
perak tiada boleh.”
PROTOKOL –TAFSIRAN DALAM SEJARAH
MELAYU
Bermula segala orang yang beremas, bagaimana sekalipun
kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai,
apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, dapatlah
dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam
jika tiada kain berpancung, dan berkeris di hadapan, dan
bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; dan
apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirarupas oleh
penunggu pintu.
Maka inilah dahulu kala larangan raja Melayu, barang siapa
melalui dia salah ke bawah duli, hukumnya didenda pati,
yakni sekati lima. Bermula payung putih itu tarupak dari
jauh, sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning;
dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja
payung kuning.
PROTOKOL –PERSURATAN ANTARA RAJA-RAJA
MELAYU
• Salah satu aspek penting dalam adat tertib &
protokol yang melibatkan Raja-Raja adalah
interaksi dan persuratan di antara Raja-Raja
Melayu.
• Untuk istiadat rasmi seperti pertabalan,
santapan dan persilaan perkahwinan, lazimnya
surat dipersembahkan kepada Raja-Raja
melalui rombongan pengutus warkah tersebut.
• Tradisi warkah di dalam tulisan jawi mengikut
laras Bahasa Istana masih dikekalkan
sehingga kini.
• Slide 34 Slide 35 Slide 36
PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DI DALAM
PERSURATAN
PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM WARKAH
IKRAR & SURAT PERISYTIHARAN YDPA
PERSEMBAHAN WARKAH KEPADA DULI-DULI
TUANKU
ADAT TERTIB
Berdiri tegak - kaki kanan dan kiri dirapatkan (Kadangkala ketika bertimpuh/duduk boleh
juga menjunjung duli
Luruskan kedua-dua tangan - beri sembah hormat (menjunjung duli)/menundukkan kepala
Hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat
hormat masyarakat Jepun
Jarak dengan baginda Tuanku tidak terlalu rapat atau terlalu jauh (2 hingga 3 kaki)
Ketika bersalaman – hendaklah tunduk hormat / mencium tangan
ADAT TERTIB MENGHADAP BAGI ORANG AWAM
AMALAN DI NEGARA LAIN : BRUNEI DARUSSALAM
AMALAN DI NEGARA LAIN : THAILAND
• Sediakan dulang yang beralaskan kain berwarna kuning.
• Beri hormat takzim/ tundukkan kepala - mara ke hadapan (tiga langkah atau sehingga berhadapan).
•
• Sembahkan sembahan itu dengan menghulurkan dulang
• Jangan mengangkat barangan di atas dulang semasa menyembahkan sembahan kepada Baginda.
(PENTING!)
• Apabila selesai, berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkantangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda.
• Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ketempat asal.
ADAT TERTIB MENYEMBAH SEMBAHAN
TAYANGAN VIDEO
• Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab “Tuanku” setiap kalibersetuju iaitu menggantikan “Ya”.
• Gunakan “Ampun Tuanku” atau “Tuanku” di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertuturmenghadap Tuanku.
• Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan “Tuanku Yang di-PertuanAgong dan Tuanku Permaisuri Agong”.
• Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas.
• Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru perbuatanyang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan “ibu jari” sambil menggenggamjari-jari yang lain dan gunakan “Ampun Tuanku atau Tuanku”
ADAT TERTIB BERTUTUR
• Kepada Paduka Putera/Puteri - hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita hendaklahmengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat (bercakap gunakan “Tengku, “Mohon Tengku atauAmpun Tengku”)
• Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa Beraja iaituRoyal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term.
• Elakkan menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia melainkanbetul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris.
• Jika terpaksa hendaklah menambah atau menggunakan perkataan:
- “His Majesty” bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- “Her Majesty bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
- “Your Majesty” untuk perkataan “Tuanku” bukan “You/r/r’s”.
• Perkataan “I” gantikan “Patik” walaupun anda menjawab dalam bahasa Inggeris melainkan andamenggunakan “Royal Vocabulary” sepenuhnya.
ADAT TERTIB BERTUTUR
• Contoh:
- “I beg your pardon, Your Majesty” atau
- “Yes Your Majesty, patik menjunjung titah Tuanku”.
• Elakkan:
- “Yes, I have ………………………..”
- “Yes, I can …………………………...”
- “No, I am not free tomorrow” dsb
• Contoh menjawab soalan:
(i)“Awak sudah makan?” - “Ampun Tuanku, patiksudah ayap Tuanku” (BETUL)
- “Ampun Tuanku, patik sudahmakan Tuanku” (TIDAK BETUL)
- “Ampun Tuanku, patik sudahsantap Tuanku” (TIDAK BETUL)
ADAT TERTIB BERTUTUR
(ii) “Mana perginya
bola saya?” - “Ampun Tuanku, patik
kurang periksa Tuanku” (BETUL)
- “Ampun Tuanku, patik tidaktahu Tuanku” (TIDAK BETUL)
ADAT TERTIB BERTUTUR
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN
Berlepas Berangkat Lepas - -
Buang Air Ke Sungai Ke Bilik Air Air Kecil – Air
Seni
Air Besar
Beri /
Menyampaikan
Pemberian
Kurnia/Anugerah Menyembah satu-
satu barang
kepada
Tuanku/patik telah
sampaikan
kepada si anu-
anu
-
BAHASA PERTUTURAN ISTANA
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN
Berjumpa Bertemu menghadap -
Dewasa/Orang
Tua/Ketua
- Hamba Tua -
Duduk/Tinggal Bersemayam - -
Emak/Ibu Paduka Bonda Hamba Tua
Ibu/Emak
-
Gemuk Daulat Berisi (Contoh:
Patik berisi
sedikit)
-
Hendak Tahu Ingin mengetahui Mohon Periksa Patik mohon
periksa
BAHASA PERTUTURAN ISTANA
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN
Isteri Tuanku
Permaisuri/Tuanku
Sultanah/Tuanku
Raja
Perempuan/Tuanku
Tunku Ampuan
Pacal Pondok -
Jemput/Sila Ajak (Beta ajak
awak)
Mempersilakan Patik mohon
mempersilakan
Tuanku
Kepala Hulu kepala
Mandi Bersiram mandi
makan Santap ayap patik sudah ayap
BAHASA PERTUTURAN ISTANA
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN
Merasmikan Menyempurnak
an
Merasmikan -
Menurut
Arahan/Nasihat
Ikut
nasihat(Saya
ikut nasihat)
Menjunjung Titah -
Nenek/Tok Nenda Hamba Tua
Nenek
-
Pergi Berangkat pergi -
Rumah Istana Pondok/Teratak -
Sakit Gering Sakit -
BAHASA PERTUTURAN ISTANA
PERKATAAN DIRAJA DIRI (AWAM) CATATAN
Sampai Berangkat tiba Sampai -
Sudi Mengunjungi
Bercemar Duli Berangkat
Menghadap kebawah Duli
-
Setuju Berkenan bersetuju Limpah perkenan –memberi persetujuan
Tidur Beradu Tidur -
Terima kasih Terima kasih Junjung kasih/Junjung kurnia
Tidak tahu Tidak pasti/Tidak tahu
Patik kurangpasti/Patikkurang periksa
BAHASA PERTUTURAN ISTANA
SEKIAN.
TERIMA KASIH.
i. Kedudukan Raja Permaisuri Agong sebagai consort vs isterikenamaan.(Bekas Raja Permaisuri Agong masih mempunyai kedudukan walaupun selepasketiadaan YDPA)
ii. Raja Permaisuri Agong mempunyai bendera peribadi yang tersendiri
iii. Terjemahan dari segi protokol: Disebut berasingan semasa salutation
iv. Susunan potret di dalam buku adalah atas kapasiti kedudukannyayang tersendiri.
v. Tertib di dalam persilaan acara merenjis dalam majlis perkahwinanatas kapasiti tersendiri: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agongdipersilakan merenjis secara berasingan
Slide 8
Slide 16