1.0 What is Blogging Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut Mohd Zulfadli pula blog adalah ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat atau penulisan secara peribadi mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep blog adalah sama seperti diari harian. Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya yang revers chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog penulisan terkini akan berada di atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat mudah digunakan kerana tanpa kepakaran dalam bidang teknikal orang ramai boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan blog seolah-olah sama dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 What is Blogging
Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris
ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan
kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya
makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih
sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks,
imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan
topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam
format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog
umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto
(blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan
sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web
log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian
"untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut
Mohd Zulfadli pula blog adalah ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online
yang digunakan untuk menyatakan pendapat atau penulisan secara peribadi
mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep blog adalah sama
seperti diari harian.
Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya
yang revers chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog
penulisan terkini akan berada di atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat
mudah digunakan kerana tanpa kepakaran dalam bidang teknikal orang ramai
boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan blog seolah-olah sama
dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office.
Sejarah blog bermula dengan penggunaan perkataan web blog dimulakan
Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Terdapat juga pendapat mengatakan
terdapatnya seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall
dipercayai telah menceburi dunia penulisan blog sejak 1994 selama 8 tahun. Beliau
dipercayai antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah
membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog
akhirnya di terima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara
meluas.
Ramai penulis percaya blog lebih kepada berbentuk jurnal dan catatan diari
dengan isi kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Ini
adalah kerana pelbagai maklumat dan informasi dalam pelbagai bidang boleh
dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh berinteraksi antara satu sama
lain serta memberikan komen dan ulasan yang membina terhadap catatan yang
dibuat (Noor Fazlinda Binti Othman, 2010)
Terdapat beberapa istilah asas bagi penggunaan blog iaitu blogging
merupakan aktiviti mengemaskini atau mengurus blog. Selain itu juga blogger juga
membawa maksud pemilik atau penulis blog. Blog juga merupakan artikel dalam
tulisan oleh blogger. Blog berfungsi untuk menulis sesuatu artikel. Artikel tersebut
juga boleh di berikan komen oleh pelawat dan pembaca.Ini adalah antara ciri yang
membezakan blog dengan web biasa. Pelawat boleh menulis segala pendapat dan
pandangan terhadap penulisan pemilik blog atau penulisnya. Namun ciri ini boleh di
disablekan bergantung kepada pemilik blog.
Blog juga mudah untuk dikemas kini kerana mudah digunakan. Enjin carian
mudah meng-index laman web jenis blog kerana ciri-ciri blog yang sentiasa
dikemas kini. Laman web statik pula sangat sukar dikemaskini dan tidak mampu
dilakukan tanpa pengatahuan yang baik dalam bidang teknikal ini.
2.0 Difference between A Blog and a Website
2.1 BLOG
Pada amnya, log web atau blog (kata lahir daripada perkataan inggerisnya), Weblog
merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi
pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum.
Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap
mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan
secara berterusan.Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar
pelawat boleh membaca catatan terkini.Kemudian mereka boleh member komen
terhadap erti anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada
anda.Dalam bidang pendidikan, blog pendidikan digunakan bagi memenuhi
pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran
(Susana & Sergio 2007).
Perbandingan di antara blog dan laman web adalah seperti berikut pertama
Web adalah berbentuk statik manakala blog adalah bersifat dinamik. Web
biasanyadihasilkan dengan kandungan yang tidak diubah dalam jangka masa yang
lamaberbanding blog yang akan sentiasa dikemaskini oleh admin blog
tersebut.Kedua pula ialah Web adalah kurang interaktif berbanding blog. Buktinya
amat mudah adalah dimanajarang pengendali laman web menyediakan ruang
untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web. Malah jika ada pun ruangan
contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk
berinteraksi dengan admin berbanding blogyang mana pengunjung boleh
meninggalkan komen terhadap post yang dibuat admindan pengunjung lain juga
boleh menjawab komen dari pengunjung pertama tadi.Ketiga ialah Web adalah
bebentuk formal, menampilkan imej korporat dan kadangkala bersifat seperti
gedung jualan manakala blog adalah merupakan catatan peribadi.
Kebiasaannyaweb digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk
menunjukkan imej korporatmereka selain menyampaikan maklumat mereka disitu .
Terdapat juga web yangmempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Blog
juga sebenarnya tidakketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan
tetapi ramai yangmenggunakan blog sebagai pengganti buku catatan harian
mereka dengan mencatataktiviti harian atau berkongsi hobi secara online.
2.2 LAMAN WEB
Laman web ataupun website pula adalah sebuah cara untuk memaparkan diri anda
di Internet. Boleh diibaratkan bahawa laman web kita adalah sebuah tempat di
internet yang mana sesiapa sahaja di dunia ini boleh mengunjunginya pada bila-
bila saja dan mereka boleh mengetahui tentang diri kita, memberi soalan kepada
kita, memberikan dan mengongsikan bahkan mengetahui, membeli dan menjual
produk kita.
Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah banyak, sehingga
menyebabkan potensi pasaran yang berkembang terus. Semua orang
menggunakan laman web untuk banyak perkara mulai dari perkara pendidikan
sehinggakan kepada proses memesan makanan kerana prosesnya yang
cepat,murah, mudah dan menyeronokkan. Pada hari ini orang lebih suka mencari
maklumat tentang suatu produk dan pelbagai pekara melalui internet sebelum
mendapatkan sesuatu yang diinginkan itu.
Di samping itu, laman web adalah merupakan sebuah kumpulan fail yang
terletak pada sebuah komputer yang disambung ke Internet. Ketika seseorang
melawat laman web kita, mereka sebenarnya hanya disambung ke sebuah
komputer dan komputer (yang kemudian disebut sebagai Server) tersebut
memberikan jumlah yang ingin mereka lihat.Ini kedengaran mudah, tetapi
umumnya komputer biasa tidak mempunyai power dan software yang diperlukan
untuk bertindak balas terhadap semua permintaan yang diperlukan oleh
pengunjung web anda. Selain itu, walaupun komputer atau server anda sanggup,
komputer anda akan memerlukan sambungan atau akses Internet yang cepat untuk
melayani jumlah pengunjung web kita.
Berikut adalah merupakan beberapa fungsi laman web ialah membuat
pengumuman atau notis pemberitahuan, memberikan perkhidmatan kepada
pengguna atau pelanggan anda, menerima maklumbalas dari pengunjung laman
web anda, berkongsi dan pengedaran fail dan gambar, berkomunikasi secara
langsung dengan pengunjung anda yang berada di mana-mana sahajadi dunia.
Dengan wujudnya berbagai kekeliruan dan perdebatan mengenai
perbandingan di antara laman dan blog, ianya telah terbukti membawa kesukaran
kepada ramai usahawan dan peniaga dalam talian untuk menggunakan dua peranti
online yang berbeza ini dengan betul dalam perancangan pemasaran mereka.
Adalah sangat penting untuk semua orang untuk memahami perbezaan utama
diantara laman blog dan laman web yang mana kita harus mengenali dengan lebih
mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan keduanya dan apakah fungsi
pemasaran yang terbaik untuk dilaksanakan melalui dua medium ini.
Perbezaan utama di antara blog dan laman web adalah di mana fungsi utama
sebuah blog ialah berfungsi sebagai log web ataupun sebagai sebuah diari online.
Sebagai sebuah diari online, seorang blogger boleh mencipta pelbagai komen
peribadi yang menarik ataupun memberikan pelbagai pandangan dan maklumat
mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan. Blog juga adalah senang dan cepat
untuk dicipta. Blog juga merupakan satu langkah yang paling murah untuk
mengiklankan perniagaan kepada komuniti online.
Di sebalik itu pula, sebuah laman web pula merupakan sebuah halaman
rasmi dan merupakan sebuah tempat atau lokasi kepada perniagaan yang
berasaskan web. Kita hanya perlu menyediakan satu peralatan e-perniagaan di
mana pelanggan boleh membuat pembelian secara online.
Sebagai kesimpulannya, blog dan laman web adalah tidak dapat mengatasi
masing-masing sebagai pilihan utama pengguna oleh kerana kedua-duanya
mempunyai fungsi tersendiri yang sangat penting dan sangat berguna dalam
memastikan kejayaan sesuatu pemasaran dan juga perniagaan secara online.
3.0 Free Blogging Platforms for Teachers and Students
Edublogs adalah laman di mana pengguna boleh membuat blog sendiri
seperti di wordpress.com, blogspot dan lain-lain. Keunikan Edublogs adalah ia
menjurus kepada pendidikan serta sesuai digunakan untuk pendidikan.
(http://edublogs.org) Diantara ciri-ciri edublogs yang dipaparkan ialah :
1. Selamat dan Dipercayai - Blogs boleh dirahsiakan (private) atau
terbuka(public) kepada orang ramai.
2. Edublogs dibenarkan oleh kebanyakan sekolah (international) di mana
platform blog (contohnya blogspot dan wordpress) yang lain tidak.
3. Mesra pengguna (pelajar) – memudahkan Guru untuk membuat dan
mengurus blog pelajar.
4. Beberapa ciri-ciri yang popular termasuk forum, penambahan video,
integrasi Facebook dan Twitter, dan kalendar.
5. Mempunyai lebih 100 tema yang berbeza yang membolehkan kawalan