CARA-CARA FORMAT KOMPUTER DAN PASANG (INSTALL) WINDOWS 7 Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali! Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang! Bagaimana nak pasang Windows 7 pada komputer/laptop 1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7. Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini . 2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
22
Embed
Web viewCARA-CARA FORMAT KOMPUTER DAN PASANG (INSTALL) WINDOWS 7. Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CARA-CARA FORMAT KOMPUTER DAN PASANG (INSTALL) WINDOWS 7
Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!
Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!
Bagaimana nak pasang Windows 7 pada komputer/laptop
1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.
Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini.
2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.
Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.
Windows 7 sudah dipasang, apa seterusnya?Selepas anda siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang anda perlukan untuk urusan harian, antaranya ialah:
Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.
K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video. 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi. Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet. Adobe Reader untuk membuka fail PDF.