KURSUS HHHC 9701
Kemahiran Pengurusan dan keusahawanan
PENSYARAH:
Prof. Madya Dr. SITI BALKIS BT. BUDIN
Nama Pelajar: Gee Shuk Huey
No. Matrik: A144564
Fakulti: Fakulti Sains Kesihatan
Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun 1 (Sesi
2013/2014)
PROJEK YANG DISERTAI:
1) Nama Projek: Karnival Keusahawanan Sesi 2013/2014
Kelab Usahawan Kolej Tun Syed Nasir UKM
2) Kod Projek mengikut kod kelulusan JPPel: DN00687/2013
3) Jawatan/Peranan yang disandang: AJK Induk/EXCO Publisiti
4) Tarikh Mula Projek: 30 September 2013
5) Tarikh Tamat Projek: 16 Disember 2013
6) Ketua Projek: Noor Diana Binti Mohamad Radzi
(019-3869505)
7) Penasihat Projek : Pn.Roslizawati Binti Nawawi
(013-9214647)
BUKTI:
· LAMPIRAN 1 KERTAS KERJA KARNIVAL KEUSAHAWANAN
· LAMPIRAN 2 SURAT KELULUSAN JPPEL
· LAMPIRAN 3 CARTA ALIR PERJALANAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN
· LAMPIRAN 4 CARTA GANTT KARNIVAL KEUSAHAWANAN
· LAMPIRAN 5 VIDEO PENJUALAN BELON & Pengedaran flyers
· LAMPIRAN 6 POST MORTEM PUBLISITI INDUK
Perancangan projek
PROSES Perancangan projek :
Saya telah melibatkan diri dalam perbincangan tentative/aturcara
projek (dilampirkan dalam kertas kerja projek ) bersama-sama AJK
Induk dan Exco Karnival Keusahawanan yang lain. Dalam proses
menghasilkan kertas kerja projek ( rujuk Lampiran1 ), menghantar
kertas kerja kepada pihak JPPel,permohonan kod JPPel,dan menunggu
perlulusan projek (rujuk Lampiran 2) daripada pihak JPPel, saya
juga menyiapkan carta aliran perjalanan projek ( rujuk Lampiran 3 )
dan carta gantt ( rujuk Lampiran 4) selepas berbincang dengan AJK
Induk terutamanya Bahagian Publisiti.
Saya sedang berbincang dengan AJK induk publisiti tentang
tentatif projek dan reka cipta banner dan logo.
Selain itu, saya juga terlibat dalam perancangan tentatif
program Karnival Keusahawanan serta perekaan banner , flyers dan
logo untuk Karnival Keusahawanan. Kami turut merekakan kad jemputan
untuk diedarkan semasa program berlangsung. Berikut merupakan hasil
rekaan kami:
Logo Karnival Keusahawanan
Kad Jemputan Karnival Keusahawanan
Banner Karnival keusahawanan
Selepas menghasilkan flyers dan mencetakkannya, kami AJK
publisiti saling membantu untuk mengedarkan flyers di sekeliling
kolej dan menampalkan poster di setiap blok. Teknik pengedaran
flyers amatlah penting dalam pengurusan keusahawanan kerana
publisiti dan pemasaran secara efektif dan efisien sebagai promosi
program merupakan tunjang kejayaan sesuatu program .Oleh itu, kami
telah mengadakan beberapa perjumpaan untuk membincangkan
langkah-langkah strategik bagi mempromosikan program ini.Atas
sumbangan idea yang bernas secara aktif dan kerjasama semua AJK
publisiti, kami telah berjaya mempromosikan program ini dengan cara
seperti berikut :
· Menampal poster, banner dan bunting di tempat orang ramai yang
sesuai di sekeliling kolej, fakulti, dan kampus.
· Mencetak notis kecil dan menampalkan pada papan notis di depan
setiap pintu bilik kolej.
· Melalui laman sosial seperti Facebook,Yahoo,Twitter.
· Melalui laman sesawang UKM dan papan iklan digital kampus UKM
KL.
· Melalui media elektronik seperti stesen radio komersial, media
cetak seperti akhbar tempatan dan melalui blog rasmi karnival yang
dikendalikan oleh jawatankuasa Karnival Usahawan III.
· Menyunting video promosi untuk dimuatnaik di laman
sesawang.
Saya ditugaskan untuk menampalkan poster Karnival Keusahawanan
di papan notis setiap tingkat Blok J dan H.
Pelaksanaan projek
Karnival Keusahawanan 2013/2014 merupakan satu program mega bagi
Kelab Usahawan KTSN UKM yang dijalankan pada setiap tahun. Program
ini telah banyak membantu saya mempraktikkan ilmu dan pengalaman
berkaitan perniagaan dan menyediakan landasan untuk saya untuk
menceburi aktiviti keusahawanan. Dalam menyertai Karnival
Keusahawanan Sesi 2013/2014 anjuran Kelab Usahawan Kolej Tun Syed
Nasir UKM, saya telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang
dijalankan sepanjang tempoh karnival, seperti mereka cipta banner
,logo dan flyers program, mempromosikan program dengan pengedaran
flyers, menangkap gambar dan menyunting video beberapa subprogram
untuk kegunaan publisiti. Saya turut melibatkan diri dalam aktiviti
penjualan belon pada 8/12/13 di bawah subprogram Karnival
Titiwangsa.
Saya sedang menyunting video untuk digunakan semasa majlis
perasmian Karnival Keusahawanan dengan memasukkan aktiviti menarik
setiap subprogram seperti:
· Karnival Titiwangsa
· Entrepeuneur Inside
· Selera 1 Malaysia
· Sukan Ragbi Sentuh
· Seminar Final Destination
Saya dan rakan sedang mengumpul dan mengemaskinikan gambar
karnival Keusahawanan.
Selain menyunting video subprogram “Selera 1 Malaysia” dan
“Sukan Ragbi Sentuh” untuk kegunaan publisiti, saya turut terlibat
dalam penjualan belon bersama rakan sekumpulan saya , Hui Shan di
sekeliling Tasik Titiwangsa pada 8/12/13. Sementara penjualan belon
dijalankan, kami juga mengedarkan flyers kepada orang ramai untuk
menarik mereka mengunjungi Tanjung Titiwangsa di mana Karnival
Titiwangsa diadakan. Kami telah mengaplikasikan ilmu keusahawanan
dalam penjualan belon,seperti:
Teknik yang digunakan semasa penjualan belon
Saya telah berjaya mempraktikkan ilmu keusahawanan dalam
penjualan belon dan belajar teknik untuk menarik perhatian
pelanggan .
( rujuk Lampiran 5 - Video penjualan belon dan pengedaran flyers
)
Sepanjang penjualan belon, kami juga mengalami beberapa masalah.
Antaranya ialah hujan yang menyebabkan pengunjung Tasik Titiwangsa
ke gerai menjual belon semakin berkurangan. Selepas berbincang
dengan rakan, akhirnya kami bercadang untuk berjalan sambil menjual
belon di sekitar tasik. Walaupun cuaca tidak diizinkan, atas
kerjasama dan saling membantu dengan rakan, kami sambil berpayung
dan berjaya menjual belon sebanyak RM 65.
Harga belon ditunjukkan dengan jelas di atas kad manila.
Saya membuat persediaan sebelum menjual belon dengan mengepamkan
udara ke dalam belon.
Refleksi diri:
Secara ringkasnya , setelah menyertai Karnival Keusahawanan,
saya telah banyak mempelajari ilmu baru dan pelbagai kemahiran
pengurusan dan keusahawanan. Program ini telah memberi peluang
kepada saya untuk memupuk minat dan mengasah bakat saya dalam
bidang keusahawanan menerusi program-program yang dikendalikan.
Saya juga dapat belajar pendidikan keusahawanan dan pengurusan
kewangan yang bijak serta asas memulakan perniagaan yang berkesan.
Paling penting sekali, saya perolehi pengalaman bekerja dalam
sebuah organisasi yang tidak terhingga nilainya untuk menjayakan
sesebuah program serta pengalaman dalam situasi perniagaan yang
sebenar.
Selain itu, dalam proses menjayakan program, saya turut dapat
melatih diri dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan sesama rakan
sekumpulan, pihak berkuasa serta masyarakat awam. Walaupun pelbagai
cabaran dan masalah telah kami tempuhi, saya telah belajar bahawa
setiap masalah pasti akan terkandung benih penyelesaiannya.
Pengaplikasikan kemahiran pengurusan dan keusahawanan secara bijak
telah menjadi pengalaman yang berharga kepada saya untuk terus
maju.
Akhir sekali, saya amat menghargai segala bantuan dan semangat
berpasukan rakan-rakan sekumpulan yang memberi peluang kepada saya
untuk belajar dan menerokai jalan-jalan penyelesaian yang baharu
dan kreatif dalam pengurusan dan keusahawanan. Saya berharap agar
program ini dapat diteruskan pada tahun depan kerana saya yakin
bahawa Karnival Keusahawanan dapat melahirkan usahawan muda yang
berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di kalangan
mahasiswa/i UKM. Sekian.
DISEDIAKAN OLEH : GEE SHUK HUEY (A144564)
Memilih tempat orang ramai terkumpul seperti taman permainan
kanak-kanak.
Memerhati dan menumpukan sasaran kepada kanak-kanak serta
keluarga yang datang bersiar-siar beramai-ramai.
Mulai perbualan dengan memberi salam degan sopan.
Memberitahu ibu bapa tentang perlangsungan Karnival Titiwangsa
di Tanjung Titiwangsa.
Menarik perhatian kanak-kanak supaya meminta ibu bapa
membelikannya belon.
Perbincangan tentatif projek
Permohonan kod JPPel
Perlulusan projek
Menyiapkan kertas kerja projek
Menghantar kertas kerja kepada JPPel