ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013) Tugasan 1C: Penilaian Sumber Pembelajaran. Sumber Pembelajaran : CD Tajuk : MULTIPLICATION THE EASY WAY. Subjek : Matematik. Pembangun : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah dan PKG Tawau. Analisis. Objektif courseware ini ialah untuk memudahkan murid-murid membina “ ” jadual sifir 2 hingga 9 secara sendiri tanpa bantuan sesiapa. CD pengajaran ini sesuai membantu murid sekolah rendah yang kurang mahir dengan sifir. Idea membina jadual sifir di dalam CD ini merupakan suatu cara yang mudah diikuti oleh murid yang kurang mahir dalam sifir. Pengetahuan sedia ada murid sebelum mengikuti pembelajaran ini ialah mereka perlu tahu 4 kemahiran asas dalam Matematik iaitu operasi Tambah, Tolak, Darab, dan Bahagi. Isi kandungan pembelajaran ini sesuai untuk kegunaan murid secara individu ataupun berkumpulan. Pembelajaran ini disebarkan dengan menggunakan CD dan DVD. Jika guru yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi, bolehlah memuatnaik ke laman sesawang supaya boleh dikongsi dengan semua orang. Rekabentuk. Kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam courseware ini ialah kaedah “ ” demonstrasi. Murid-murid ditunjukkan cara-cara membina jadual sifir 2 hingga 9. Setiap jadual sifir mempunyai caranya yang tersendiri untuk dibina dan demonstrasi yang dilakukan adalah secara berperingkat iaitu satu penerangan cara dengan satu perkara yang perlu dibuat semasa membina jadual sifir. Contohnya membina sifir 7 dengan menggunakan cara magnet yang “ ” diterangkan secara berperingkat supaya tidak mengelirukan murid. Peralatan yang digunakan untuk mengajar pembelajaran ini ialah komputer dengan driver CD, alat pembesar suara (speaker), dan alat paparan seperti LCD “ ” (Liquid Crystal Display). Pembangunan. Penghasilan CD pembelajaran ini ialah dengan menggunakan perisian Flash , “ ” Quicktime , Macromedia Aotoware dan AnimatedGIF . Bahasa “ ” “ ” “ ” pengaturcaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris kerana subjek sasaran pembelajaran ini ialah murid-murid sekolah rendah berdasarkan dasar kerajaan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek Matematik.