PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN 13 MAC 2013 KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN TARIKH 13 MAC 2013 TEMPAT 2 BUAH SEKOLAH RENDAH SEKITAR KAMPUS BANGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN KELAB MIKROBIOLOGI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA 1
19
Embed
ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN TARIKH 13 MAC 2013 TEMPAT 2 BUAH SEKOLAH RENDAH SEKITAR KAMPUS BANGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN KELAB
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN13 MAC 2013
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN
TARIKH
13 MAC 2013
TEMPAT
2 BUAH SEKOLAH RENDAH SEKITAR KAMPUS BANGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
KELAB MIKROBIOLOGI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
KEBERSIHAN BERMULA DI SINI
1
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN13 MAC 2013
KERTAS KERJAPROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN
FAKULTI SAINS TEKNOLOGIUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pentadbiran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) dan badan-badan organisasi tertentu bagi mengadakan program “Program Pendidikan Kesihatan” yang akan diadakan pada sesi pengajian 2012/2013 dan akan dilancarkan pada awal Mac 2013.
2.0 PENGENALAN
Kami seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan yang dialami dipelbagai pelusuk dunia. Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh pemindahan bahan berjangkit seperti bakteria, kulat dan virus seringkali timbul dalam liputan surat khabar atau berita. Pelbagai kaedah diambil dalam menangani masalah penyakit berjangkit. Kajian dijalankan dalam mencari rawatan yang berkesan, memahami mekanisma pemindahan mikroorganisma dan juga kaedah pengawalan perebakan penyakit dari individu keindividu.
Kaedah yang paling baik dalam menangani dan menghalang perebakan penyakit adalah melalui amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Melalui Projek Pendidikan Kesihatan ini dijalankan dengan harapan untuk mendidik kanak-kanak sekolah dari awal lagi akan kepentingan mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran. Pendidikan awal didedahkan kepada mereka dari kecil lagi supaya amalan ini akan menjadi tabiat yang kekal.
Adalah juga menjadi harapan kami agar program ini akan dibawa balik dan dikongsi bersama adik-beradik dan seisi keluarga serta jiran. Ketika program ini dijalankan, pelajar akan didedahkan kepada kepentingan mengamalkan kebersihan dan juga mengingatkan keluarga serta rakan-rakan akan kepentingannya.
3.0 MISI
2
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN13 MAC 2013
Misi program ini adalah untuk mendidik kanak-kanak sekolah akan kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka daripada sebarang mikrorganisma yang berbahaya pada umur seawall tujuh tahun dan menekankan kepada mereka atas kepentingan berkongsi amalan ini bersama keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga.
4.0 MATLAMAT
Program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kebertanggungjawaban individu dan
kesedaran menjaga kebersihan diri dan persekitaran dalam kalangan mahasiswa/i dan
prihatin dalam menjaga kebersihan secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan
harian.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membantu kanak-kanak sekolah untuk prihatin akan kesedaran menjaga kebersihan diri
dan persekitaran dengan baik.
5.2 Melatih kepimpinan dan kemahiran berorganisasi peserta yang berumur bawah 12 tahun
melalui penganjuran program ini.
5.3 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi kerjasama
dan interaksi antara perserta dan juga orang luar.
5.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah pengiring, guru-guru di sekolah
yang terlibat, urusetia jemputan dan yang paling penting peserta program.
6.0 TEMA
KEBERSIHAN BERMULA DI SINI
7.0 ANJURAN
Kelab Mikrobiologi
Fakulti Sains danTeknologi
3
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN13 MAC 2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH
13 Mac 2013
9.0 TEMPAT PROGRAM
2 buah sekolah rendah sekitar kampus Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 PENGISIAN PROGRAM
Program PendidikanKesihataninidibahagikankepadatigabahagian yang berkaitan.
i. Dua Tangan (Two Hands)ii. Tangan Bersih (Clean Hands)iii. Kuiz Kebersihan dan Kesihatan
i. Aktiviti Dua Tangan (Two Hands)Didikan:Aktiviti ini disediakan untuk mengajar murid-murid akan kepentingan mengekal kebersihan persekitaran mereka. Unsur pendidikan disini melibatkan pengetahuan bahawa persekitaran yang kotor akan membawa kepada kehadiran agen yang boleh merebak penyakit seper titikus, lalat, nyamuk dan kuman.
Dua Tangan merujuk kepada penggunaan tangan dalam mengumpul dan membuang sampah dan kekotoran dari persekitaran mereka ke dalam tong sampah yang disediakan. Penekanan akan diberi bahawa mereka kena sentiasa memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah.
Demonstrasi:Bahagian aplikasi projek ini melibatkan aktiviti gotong-royong kawasan bilik darjah dan persekitaran sekolah. Bahan: penyapu, beg sampahdan tong sampah
ii. Aktiviti Tangan Bersih (clean hands)Didikan:Tangan merupakan anggota yang kita banyak gunakan dalam aktiviti harian. Kita gunakan tangan untuk sentuh, pegang, makan, basuh dan pelbagai lagi aktiviti.Ini menyebabkan tangan akan sentiasa berdampingan dengan permukaan yang berkemungkinan besar membawa kuman. Oleh yang demikian, perhatian perlu
4
PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN13 MAC 2013
diberi untuk memastikan tangan sentiasa bersih.Pelajar akan diingatkan bahawa mereka perlu membasuh tangan apabila:i. Telah menyentuh bahan/permukaan yang kotorii. Telah menggunakan bilik airiii. Sebelum dan selepas makan,daniv. Selepas bersin atau batuk dsb
Demonstrasi: Pelajar akan ditunjuk cara mencuci tangan dengan betul. Aktiviti ini akan dijalankan dengan memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
Bukti:Selain daripada demonstrasi kaedah membersih tangan dengan betul, pelajar juga akan menonton tayangan video bahawa kuman terdapat pada pelbagai permukaan dan juga tangan yang kotor.
Bahan: Untuktujuan program ini, sabun basuh tangan akan disediakan di kantin dan ditandas sekolah untuk memastikan amalan membersih tangan dapat diteruskan.
iii. Kuiz Kebersihan dan Kesihatan
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk sesi kuiz. Soalan kuiz bergambar akan diedarkan kepada setiap kumpulan. Kumpulan yang Berjaya akan diberikan hadiah.
11.0 CADANGAN PERASMI
i. Dr. Farah Diba Bt. Abu Bakar, Pengarah Program Mikrobiologi
ii. Prof. Madya Dr. Kalaivani a/p K. Nadarajah
iii. Prof. Madya Dr. Nazlina bt Ibrahim
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
i. Pelajar Tahun 1 di 2 buah Sekolah Rendah sekitar kampus Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Urusetia Program: Tiga pensyarah dan 32 orang pelajar Sarjana Muda Mikrobiologi