KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN ZOO NEGARA TARIKH CADANGAN 29 APRIL 2014 (SELASA) TEMPAT ZOO NEGARA, AMPANG SELANGOR ANJURAN PELAJAR TAHUN 1 KURSUS PEMBANGUNAN DIRI (ZZZT 1062) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA ZOO NEGARA, AMPANG SELANGOR PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA TEROKAI ALAM MENDIDIK JIWA ROHANI “ ”
30
Embed
ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN ZOO NEGARA TARIKH CADANGAN 29 APRIL 2014 (SELASA) TEMPAT ZOO NEGARA, AMPANG SELANGOR ANJURAN PELAJAR TAHUN 1 KURSUS
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJAPROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN
ZOO NEGARA
TARIKH CADANGAN
29 APRIL 2014 (SELASA)
TEMPAT
ZOO NEGARA, AMPANG SELANGOR
ANJURAN
PELAJAR TAHUN 1KURSUS PEMBANGUNAN DIRI (ZZZT 1062)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
ZOO NEGARA, AMPANG SELANGORPERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“TEROKAI ALAM MENDIDIK JIWA ROHANI”
KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN ZOO NEGARA
KURSUS ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI II
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
bagi menjalankan program yang dirangka dengan baiknya. Usaha sebegini dirancang dan
dicetuskan dengan harapan dapat memberikan pengalaman dan manfaat kepada
mahasiswa/i UKM khususnya kelas Pembangunan Diri II ke arah membentuk jati diri
seorang mahasiswa/i yang bertanggungjawab dan peranan penting di dalam masyarakat
kelak.
2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG
Kursus ZZZT1062 Pembangunan Diri II, menekankan aplikasi empat kemahiran insaniah
iaitu komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal,
penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, kemahiran kepimpinan dan kerja
berpasukan dan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
Pengaplikasian empat kemahiran ini akan dilaksanakan mengikut mod kontrak
pembelajaran berasaskan projek, aktiviti dan khidmat yang dilakukan secara
berkumpulan. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan keempat-empat kemahiran insaniah
tersebut dalam diri mereka. Keperluan aspek praktikal ini akan melahirkan pelajar
holistik dan dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi.
Program khidmat sukarelawan Zoo Negara bertujuan untuk memenuhi keperluan
kursus ini secara praktikal. Zoo Negara memainkan peranan utama dalam hal ehwal
konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Adalah diharapkan
melalui program ini, keempat-empat elemen yang telah digariskan dalam kursus
Pembangunan Diri II dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam diri para peserta, di
samping meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Menonjolkan sikap yang terbaik kepada masyarakat yang boleh dijadikan sebagai
teladan.
3.2 Memastikan objektif dan matlamat yang disasarkan tercapai selari dengan
pengisian- pengisian program yang ditetapkan.
3.3 Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti
sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program agar nama baik universiti
dapat dipelihara sekaligus dapat melahirkan modal insan yang terbaik.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat
bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap mahasiswa dan masyarakat
setempat.
4.2 Mewujudkan kesedaran terhadap kondisi alam sekitar dalam kalangan mahasiswa
dan masyarakat setempat.
5.0 OBJEKTIF
Di akhir program lawatan ini, pelajar dijangka dapat:
5.1 Mempraktikkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai
suasana berbeza.
5.2 Memupuk budaya bekerjasama dan kerja berpasukan dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan.
5.3 Membuka ruang pembelajaran sepanjang hayat terutamanya mengenai haiwan
dan pengurusannya.
5.4 Menerapkan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam
pelaksanaan tanggungjawab.
6.0 TEMA
Terokai Alam Mendidik Jiwa Rohani
7.0 ANJURAN
Kursus ZZZT 1062 Pembangunan Diri II
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadang untuk diadakan pada:
29 April 2014 (Selasa), jam 8.15 pagi – 1.00 tengahari
9.0 TEMPAT
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
10.0 PUBLISITI
Di sekitar kelas ZZZT 1062 Pembangunan Diri II
11.0 CADANGAN PERASMI
Dr. Nasruddin Bin Yunos (K009618)Pensyarah KananKursus ZZZT 1062 Kursus Pembangunan Diri IIPusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Program ini melibatkan penyertaan dari pelbagai bahagian. Antaranya seperti berikut:
Jumlah Peserta : 40 orang
Jumlah AJK pelaksana : 40 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan dan pertanyaan boleh diajukan kepada
Dr. Nasaruddin Yunos (K009618)Pusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 BangiSelangor Darul Ehsan.Telefon: 03 8921 6920Email: [email protected]
17.0 PENUTUP
Melalui kursus ZZZT1062 Pembangunan Diri II, program ini diadakan bagi memberikan
pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa mengenai Program Sukarelawan Zoo
Negara. Kursus ini juga diadakan untuk mengaplikasikan empat kemahiran insaniah yang
telah dipelajari dalam kursus ZZZT1062 Pembangunan Diri II iaitu komunikasi yang
berkesan dalam pelbagai situasi, kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Kursus ini juga
memberi tumpuan secara lebih mendalam tentang budaya tolong menolong antara satu
sama lain, bekerjasama dan berkomunikasi.
Disediakan Oleh, Disemak oleh,
.................................................. ......................................................Nor Fatiha Asmiza Ab Rahman Mustapha Kamil Husen Abd KadirPengarah Yang DipertuaProgram Khidmat Sukarela Zoo Negara Persatuan MahasiswaKursus ZZZT1062 Pembangunan Diri II Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
.................................................Dr. Nasruddin YunosPensyarah KananPusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASIPROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN ZOO NEGARA
KURSUS ZZZT 1062 PEMBANGUNAN DIRI II UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
PengerusiY. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia
PenyelarasTuan Haji Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar KananJabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Universiti Kebangsaan Malaysia
PenasihatDr. Nasruddin Bin Yunos
Pensyarah Kursus ZZZT 1062 Pembangunan Diri IIPusat Pengajian Umum
Ketua Pengarah ProgramNor Fatiha Asmiza Binti Ab Rahman (FPI/1 : A144941/011-19793685)