2 SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak . Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut: “Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.” PENGENALAN
51
Embed
zaidiskpc.weebly.com · Web viewBab 7- Pend. Teknik & Politeknik Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pendidikan yang lain. Kuasa menteri Menyediakan kemahiran Politeknik boleh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang
noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina
dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani
kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar,
serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan
modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul
Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
“Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang
benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang
membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari
oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem
pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”
Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun
perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk
melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai,
kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita
khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan
memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini
perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.
PENGENALAN
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti
kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada
bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang
besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini
menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta
masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini
telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi,
kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk
diketengahkan pada masa kini.
DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Dasar atau kadangkala disebut polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran atau
pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. Garis panduan pentadbiran ini
merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai landasan dalam melaksanakan cita-
cita yang terkandung di dalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah
negara yang gemilang dan maju. Pada umumnya dasar yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai
objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. Ia boleh menjadi panduan
pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.
Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi
pemimpinnya mentadbir atau merancang pembangunan. Dengan kata lain, pembangunan sukar
dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain itu, dasar
amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang
timbul ekoran kesan peninggalan penjajah. Keperluan dasar selain pembangunan ialah mengatasi
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat dan ini dapat menjamin kebajikan
dan kesejahteraan masyarakat. Sebenarnya, dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-
negara maju sahaja, bahkan yang lebih penting lagi bagi negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap
dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan
hasrat mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 masih diteruskan sehingga kini.
Jika dilihat pada dasar dan polisi yang telah yang dirangka oleh kerajaan dapat difinisikan
bahawa Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah diberikan perhatian oleh kerajaan dalam
mendepani masa depan negara yang semakin mencabar. Justeru itu, satu dasar perlindungan
kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi
perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO
menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan
kanak-kanak yang terlibat tersebut.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh kerajaan pengendalian kanak-kanak di
taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya
adalah memastikan kanak-kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan
selesa dan mengikut peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini
menunjukan kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di
pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu
juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas
dari sebarang penyakit. Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan
pemantauan berkala dari semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan
kanak-kanak.
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini
juga amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi,
undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah dititik berat selaras dengan
wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah
adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju
wawasan 2020. Setiap Akta dan peraturan yang wujud harus sentiasa di nilai untuk di sesuaikan
dengan permintaan pasaran dimana kerajaan bertanggungjawab dalam melahir satu generasi
yang mampu bersaing dan tidak terikat dengan norma-norma tradisional tetapi masih berpegang
kepada jati diri serta sentiasa berpandukan ajaran agama.
Tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita
sebagai Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari
perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di
Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan.
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
UNIT 1
Akta Pendidikan 1996 dan Peraturannya :
Membincangkan kepentingan Akta Pendidikan dari sudut falsafah dan perlaksanaannya
dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitannya.
Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat
bangsa.Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn
tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara
demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan
sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk
menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi
negara Malaysia.
AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURANNYA
AKTA PENDIDIKAN 1996( AKTA 550)
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem
pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Terdapat 16 Bahagian:
Bahagian 1 : Permulaan
Bahagian 11 : Pentadbiran
Bahagian 111 : Majlis Penasihat Pend. Keb.
Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bahagian V : Penilaian Dan Peperiksaan
Bahagian VI : Pendidikan Tinggi
Bahagian VII : Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bahagian IX : Pendaftaran Guru
Bahagian X : Jemaah Nazir Sekolah
Bahagian XI : Kewangan
Bahagian XII : Rayuan
Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV : Pelbagai
Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Bahagian II: Pentadbiran
1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain
3. Ketua Pendaftar dan Guru
4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.
5. Pengarah Peperiksaan
6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas
Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
Fungsi dan Kuasa Majlis
Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan
1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah
Pendidikan Lepas menengah dan
Pendidikan Tinggi
Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
2. Kategori Institusi Penddidikan
Institusi Pendidikan Kerajaan
Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan
Institusi swasta
3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis
kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan
4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah
5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Bab 2- Pendidikan Prasekolah
1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika
2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika
3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika
4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa
Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran.
5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak
Bab 3- Pendidikan Rendah
1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.
2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.
3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)
4. Pendidikan Sekolah rendah wajib
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Bab 4- Pendidikan Menengah
1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah
2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan
Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah
Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain
Bab 6- Institusi Pendidikan Lain
Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas,
politeknik dan inst. Pend. Lain.
Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya.
Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik
1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pendidikan yang lain.
Kuasa menteri
Menyediakan kemahiran
2. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan
yang diluluskan oleh Menteri
3. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan
Teknik & Vokasional
Tertakluk kepada kelulusan Menteri
Tertakluk kepada terma dan syarat Menteri.
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh
universiti,
5. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik
Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dan mengubahsuai kurikulum dan
program latihan
Menjalankan pengukuran atau penilaian atau mengendalikan peperiksaan
Penganugerahan sijil/diploma
Disiplin murid
Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana
majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum
Bab 8 – Pendidikan Khas
1. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas di sek khas/mana-mana sek
rendah/menengah yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat.
2. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas
Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.
Bab 9- Pendidikan Guru
1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pendidikan. guru melainkan dengan
kelulusan Menteri.
2. Semua maktab –didaftarkan
3. Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang
diluluskan oleh Menteri
Bahagian IX: Pendaftaran Guru
Bab 1 – Pendaftaran Guru
1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan
2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru
3. Permohonan – borang & prosedur tetap- kpd K.P
4. K.P boleh enggan daftarkan guru :
Umur < 18 tahun
Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar
Membuat pernyataan palsu
Kecacatan jasmani/mental/penyakit
Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah
Bab 2 – Permit Mengajar
1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:
Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan
lagi
Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara
2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya,
membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Bahagian XIV
132. Kesalahan dan penalti
(1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi
pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.
….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar
(didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir
(a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah
dalam menjalankan tugas.
(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan
pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen ….
(c) Memberi maklumat palsu
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-
duanya,
PENILAIAN UTAMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MELALUI ( AKTA 550)
Program pendidikan prasekolah yang diutarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah untukmemberikan pengalaman sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam
persekolahan formal. Semua institusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan. Syarat-syarat penubuhan tadika atau prasekolah mesti mematuhi Akta
550 (Akta Pendidikan 1996). Semua tadika adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang
terdapat di dalam undang-undang. Akta diwujudkan untuk menjaga kepentingan murid, penjaga,
pengusaha, serta menjamin kualiti perkhidmatan.
Akta 550 (akta Pendidikan) merupakan satu akta yang mengawal dan mengawasi
perjalanan system pendidikan kebangsaan. Mengikut akta 550 ianya dibahagikan kepada 16
bahagian dengan setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa bab dan seksyen. Sistem
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan pada bahagian IV dimana dapat dibahagikan kepada 12
bab dan 54 seksyen. Pendidikan Prasekolah telah diletakkan pada bab 2 dan mengandungi 7
seksyen
Seksyen 20: Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika.
(i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika
(ii) Tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatu kesalahan
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Seksyen 21: Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntkan Akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.
Seksyen 22: Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang henndaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen (1)
hendaklahmenyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh
oleh muridmurid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai
tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan
kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu
mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM
10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duannya.
Seksyen 23: Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi
jikasesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa
kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
Seksyen 24: Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan
prasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan
Bab ini.
Seksyen 25:Bab 2 tidak terpakai bagi Taman Asuhan Kanak-kanak Peruntukan Bab ini tidak
terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan dibawah mana-mana
undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.
Seksyen 26: Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19 Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika
Pendaftaran:
Proses pendaftaran Tadika (Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja) Sebelum
sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika hendaklah terlebih dahulu
mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri
yang berhampiran untuk perhatian Unit Pendidikan Swasta. Setiap permohonan hendaklah
disertakan dengan:
(a). Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling
(b) .Lakaran pelan tapak, bilik-bilik dengan ukuran
(c) .Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi kawasan perumahan)
(d). Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor kad pengenalan,
alamatrumah dan tandatangan tuan punya rumah tidak kurang dari 10 buah rumah jiran.
(e) Surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy agreement)
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
(f) Sijil kelayakan menduduiki bangunan (CF)
(g) Kertas kerja (garis panduan disediakan)
Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
agensi-agensi berikut:
Perkara, Ciri dan Jabatan yang meluluskan
a. Premis
i) Lokasi
Tempat yang selamat
Udara bersih
Jauh dari pusat hiburan
Tiada pencemaran bunyi
Kebenaran bertulis dari jiran
Kadar tadika 1 tadika bersamaan dengan 300 buah rumah
Mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
ii) Fizikal
Bangunan dalam keadaan baik, tingkat bawah adalah digalakkan.
Dalam bangunan yang mencukupi untuk sudut pembelajaran, tandas dan
ruang rehat
Tempat permainan luar.
Perlu menyediakan kemudahan bagi kanakkanak kurang upaya.
Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
(iii) Keselamatan
Mempunyai sekurang-kurangnya dua buahpintu yang mudah dibuka tanpa
halangan.
Dapur perlu diasingkan
Alat pemadam api sentiasa diperiksa danmematuhi peraturan
Perabot, alat permainan dan bahanpengajaran selamat digunakan
Semua punca elektrik hendaklah yang tidakmudah dicapai atau dilindungi
Kolam atau tempat menampung airhendaklah mengikut ukuran yang
ditetapkan dan berpagar.
Mendapat kelulusan oleh pihak Bomba, TenagaNasional
(iv) Kesihatan
Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat
Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.
Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap
Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi
Mendapat kelulusan oleh BerkuasaTempatan Jabatan Kesihatan
b. Nama Tadika
Menggunakan istilah `tadika’ sebagai awalan
Nama yang diberikan hendaklah mengikut latar belakang Malaysia
Nama yang dipilih adalah munasabah, bukannya mengelirukan.
Nama tadika tidak ada persamaan dengan tadika lain.
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Menggunakan nama orang perlu mendapat persetujuan bertulis daripada tuan
punya nama/ waris.
c. Pemilikan
Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.
Pemilikan orang perseorangan atau perkongsian hendaklah berdaftar dengan
pendaftar peniagaan.
Tadika yang ditubuhkan oleh organisasi kerajaan dikecualikan daripada mendaftar.
d. Kurikulum
Semua tadika mesti menggunakan Kurikulum prasekolah Kebangsaan.
Bahasa pengantar ialah Bahasa Kebangsaan dan diajar sekurangkurangnya
2 jam seminggu
Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar oleh guru beragama Islam yang
dituliahkan
Pendidikan Moral hendaklah diajar kepada kanak- kanak bukan beragama Islam
RUMUSAN
Sebagai rumusannya akta pendidikan 1996 adalah penting kerana sebagai seorang guru
kita perlu mengetahui akta ini kerana melalui akta, kita mengetahui bagaimana cara untuk
menguruskan kanak-kanak serta kita dapat mengetahui peraturan yang boleh digunakan serta
dapat mengetahui kesalahan yang dilakukan. Oleh sebab itu guru-guru perlu menguasai akta
pendidikan supaya dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Dalam akta ini terdapat
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
pelbagai perkara yang perlu diketahui kerana guru mungkin melakukan kesilapan tanpa disedari,
Maka adalah perlu untuk guru mengetahui apa yang berkaitan dengan skop kerja masing-masing.
Ini adalah penting kerana semuanya sudah termaktub di dalam akta pendidikan 1996.
RUJUKAN
Isbell, R. T. & Raines, S. (2003). Creativitiy and the Arts with Young Children. NY: Thomson
Delmar Learning
Schirrmacher, R. (2002). Art and Creative Development for Young Children, 4th ed. NY:
Thomson Delmar Learning
Libby, W. M. L. (2002). Enriching the Curriculum with Art Experiences. NY: Thomson Delmar
Learning
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
1. PENGENALAN
Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang
noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina
dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani
kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar,
serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan
modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul
Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
“Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang
benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang
membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari
oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem
pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”
Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun
perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk
melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai,
kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa,
kitakhususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan
PENILAIAN KUMPULAN TERHADAP KELEMAHAN, KEKUATAN DAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP DASAR , POLISI SERTA PRINSIP PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK.
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini
perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.
Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti
kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada
bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang
besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini
menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta
masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini
telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi,
kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk
diketengahkan pada masa kini.
2. DASAR, POLISI, AKTA
Mengikut Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan menyelaraskan
dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan
1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-
Dasar / Polisi / Akta Fokus Umur
(Tahun)
Convention On The Rights Of the Child – CRC 0 – 18
Child Act 2001 (Act 611) 0 – 18
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act
308)
0 – 4
2
SGRM 3013 Dasar, Polisi dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak .
Education Act 1996 ( Act 550 ) 4 – 6
Education Act 1996 (Regulation of Special Education