ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA 2019 PENGENALAN u-Pustaka yang dilancar pada tahun 2011 adalah perkhidmatan maklumat berkonsepkan ubiquitous dan ia menyedia akses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan diperkasa oleh ekosistem u-Pustaka dengan tujuh (7) komponen iaitu: (a) Prasarana jalur lebar negara (b) Teknologi RFID berfrekuensi tinggi (Ultra High Frequency) (c) Portal u-Pustaka (d) Katalog Induk Kebangsaan (KIK) (e) Rangkaian sistem pengurusan perpustakaan bersepadu (f) Khidmat penghantaran ke rumah pengguna oleh Pos Malaysia (g) Pembayaran secara elektronik oleh Malaysian Electronic Payment System (MEPS) menerusi FPX yang kini diurus oleh MyClear dan perkhidmatan dari Touch n Go Konsep asas perkhidmatan u-Pustaka adalah dengan mengabung perkhidmatan perpustakaan secara fizikal dan digital. Perkhidmatan u- Pustaka merupa touch-point kepada rakyat untuk mendapat pelbagai perkhidmatan tanpa perlu ke perpustakaan. Portal u-Pustaka adalah Portal Maklumat Sehenti untuk rakyat Malaysia yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui URL di alamat www.u- pustaka.gov.my OBJEKTIF U-PUSTAKA
11
Embed
· Web view2019/08/31 · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA 2019
PENGENALAN
u-Pustaka yang dilancar pada tahun 2011 adalah perkhidmatan maklumat berkonsepkan
ubiquitous dan ia menyedia akses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan
diperkasa oleh ekosistem u-Pustaka dengan tujuh (7) komponen iaitu:
(a) Prasarana jalur lebar negara
(b) Teknologi RFID berfrekuensi tinggi (Ultra High Frequency)
(c) Portal u-Pustaka
(d) Katalog Induk Kebangsaan (KIK)
(e) Rangkaian sistem pengurusan perpustakaan bersepadu
(f) Khidmat penghantaran ke rumah pengguna oleh Pos Malaysia
(g) Pembayaran secara elektronik oleh Malaysian Electronic Payment System
(MEPS) menerusi FPX yang kini diurus oleh MyClear dan perkhidmatan
dari Touch n Go
Konsep asas perkhidmatan u-Pustaka adalah dengan mengabung perkhidmatan perpustakaan
secara fizikal dan digital. Perkhidmatan u-Pustaka merupa touch-point kepada rakyat untuk
mendapat pelbagai perkhidmatan tanpa perlu ke perpustakaan. Portal u-Pustaka adalah Portal
Maklumat Sehenti untuk rakyat Malaysia yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja melalui URL di alamat www.u-pustaka.gov.my
OBJEKTIF U-PUSTAKA
Maklumat dapat diakses menerusi perluasan perkhidmatan jalur lebar, teknologi
RFID, serta teknologi dan kandungan portal;
Mewujudkan Ekosistem Rangkaian Perpustakaan bagi menggalak kolaborasi
menerusi perkhidmatan peminjaman secara terus kepada ahli; perkhidmatan
penghantaran; perkhidmatan pembayaran secara elektronik dan akses secara maya
kepada penerbitan laman web, pengurusan kandungan dan kolaborasi dalam
memperluas keupayaan untuk inovasi dan penghasilan repositori keilmuan untuk
negara;
Penghasilan, pengkongsian dan pertukaran pengetahuan dalam masyarakat berilmu
pengetahuan bagi menghubung komuniti; mempromosi pembelajaran sepanjang hayat
dan mengerat rangkaian sosial.
FAEDAH u-PUSTAKA
Akses: Memperluas akses melalui jalur lebar.
Skala Ekonomi: Penjimatan dalam konteks perolehan dan pembangunan kandungan.
Perkongsian: Meningkat perkongsian sumber ilmu pengetahuan melalui
pengkhususan perkara.
Pembelajaran: Mempromosi e-pembelajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.
Keterbukaan: Sistem terbuka bagi akses kepada sumber maklumat dan pengguna
(Single Window to Knowledge Resources).
Integrasi: Pengurusan bersepadu perpustakaan dan sumber maklumat seluruh negara.
Keahlian: Memperluas keahlian perpustakaan.
TRANSFORMASI KOMUNITI MELALUI PERKHIDMATAN u-PUSTAKA
Transformasi komuniti adalah hasil cetusan idea kreatif dan inovatif yang dapat meningkat
taraf sosioekonomi komuniti masing-masing dan membuat perubahan ke arah kehidupan
komuniti yang lebih baik. Hasil kreativiti dan inovatif ini boleh merangkumi apa jua bentuk
perubahan kepada gaya hidup komuniti yang memberi impak positif kepada taraf
sosioekonomi.
Pelaksanaan aktiviti/projek yang berteraskan transformasi komuniti ini akhirnya dapat
meningkat kecekapan, keberkesanan dan kualiti hidup dan kerja masyarakat. Ia juga memberi
faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan.
Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti dilaksana dengan
mempromosi dan memanfaat penggunaan perkhidmatan u-Pustaka. Selain daripada itu,
ATKU 2019 juga menggalak budaya keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat.
OBJEKTIF ANUGERAH:
Anugerah Transformasi u-Pustaka 2019 (ATKU 2019) bertujuan untuk mengiktiraf
sumbangan perpustakaan dalam memanfaat penggunaan perkhidmatan u-Pustaka menerusi
www.u-pustaka.gov.my di kalangan komuniti setempat dalam memacu transformasi
pembangunan sosioekonomi.
SYARAT PENYERTAAN
A. Maklumat Pertandingan
1. Tempoh pertandingan adalah selama enam (6) bulan bermula dari 1 Februari 2019
(Jumaat) sehingga 31 Ogos 2019 (Sabtu). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31
Ogos 2019.
2. Semua penyertaan akan dinilai dan diadili oleh panel penilai/juri yang dilantik dari
agensi awam dan swasta.
3. Setiap penyertaaan akan dinilai berdasarkan kepada penggunaan perkhidmatan
u-Pustaka dalam aktiviti/projek seperti berikut:
a. Projek yang dibangun dapat memperkasa komuniti setempat;
b. Pelaksanaan projek dapat memberi nilai tambah kepada komuniti setempat;
c. Projek dapat memapar nilai/amalan baik dalam penggunaan internet;
d. Projek memapar kepentingan/nilai penggunaan portal u-Pustaka dan
perkhidmatan maklumat kepada komuniti;
e. Projek dapat memperkaya dan mengubah gaya hidup komuniti;
f. Projek melibatkan komuniti setempat;
g. Projek dapat memapar daya inovasi dan kreativiti;
h. Projek dapat menyokong strategi tempatan, wilayah atau negara untuk
penambahbaikan komuniti; dan
i. Projek dapat memapar amalan terbaik yang berpotensi untuk diketengah/dibawa
kepada lain-lain perkhidmatan/lokasi.
B. Kategori Anugerah
Penyertaan dibuka kepada semua perpustakaan/pusat maklumat yang bertempat di
Malaysia mengikut kategori yang telah ditetapkan.Terdapat enam (6) kategori bagi
Anugerah ini iaitu:
1. Kategori 1 – Perpustakaan Akademik (Sekolah Rendah)
2. Kategori 2 – Perpustakaan Akademik (Sekolah Menengah)
3. Kategori 3 – Perpustakaan Akademik (IPTA/IPTS)
4. Kategori 4 – Perpustakaan Awam (Negeri/Daerah/Cawangan/PBT/Komuniti)
5. Kategori 5 – Perpustakaan Awam (Desa)
6. Kategori 6 – Perpustakaan Khusus (Kerajaan/Swasta)
C. Terma Pertandingan
1. Perpustakaan/Pusat maklumat boleh menghantar penyertaan mengenai projek yang
digerakkan dalam organisasi sendiri atau secara berganding bahu dengan komuniti
di persekitaran mereka untuk pembangunan projek.
2. Setiap borang penyertaan perlu diisi dengan lengkap dengan mengguna borang
penyertaan berikut:
i. Mengemuka borang penyertaan secara terus melalui emel kepada pihak
Jawatankuasa Kecil ATKU 2019 mengikut ketetapan berikut:
Borang Penyertaan – Bahagian A: Maklumat Mengenai
Perpustakaan/Pusat Maklumat
Borang Penyertaan – Bahagian B: Maklumat Mengenai Aktiviti/Projek
Yang Dilaksana
ii. Maklumat mengenai aktiviti/projek yang dilaksana boleh disedia dalam bentuk
teks, gambar, slaid (MS Powerpoint), pautan kepada laman sesawang dan
laman media sosial
3. Setiap borang penyertaan mesti dihantar kepada Jawatankuasa Kecil ATKU 2019:
Jawatankuasa Kerja Anugerah Transformasi Komuniti u-Pustaka 2019
A3. Nama Penuh Ketua Projek : __________________________________
A4. Jawatan Rasmi : ___________________________________________
A5. No. Telefon : __________________ A6. Emel ______________________
A7. Pengesahan :Saya mengesahkan bahawa aktiviti/projek yang dilaksanakan adalah daya usaha perpustakaan/pusat maklumat di mana tempat saya berkhidmat.
_______________________________ __________________ Ketua Projek Tarikh
_______________________________ Cop Rasmi Organisasi