HUBUNGAN pertahanan dengan Malaysia adalah sangat baik, namun dengan Indonesia, proses mengem- balikan keyakinan dan kepercayaan perlu dibuat eko- ran insiden penamaan kapal perang Indonesia yang mempunyai kesan ke atas hubungan kededua pihak tempoh hari. Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, apabila ditanya Berita Harian mengenai ta- hap perhubungan pertahanan yang dikecapi Singapura dengan jiran terdekatnya. “Bagi Malaysia, hubungan pertahanan kami adalah sangat baik. Saya telah beberapa kali bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin, dan berbual se- cara berterus terang tentang cabaran kami dan bagaima- na kita boleh melangkah ke depan dengannya. “Kesemua tiga perkhidmatan kami (Udara, Darat, Laut) mempunyai pertukaran dua hala, dan ada yang berdekad lamanya, dan kami bertemu dalam latihan ke- tenteraan,” kata Dr Ng. Tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hi- lang memerlukan bantuan Singapura secara spontan, tambah Dr Ng. Pesawat itu terputus hubungan pada 8 Mac lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang dalam pesawat, dan diper- cayai terhempas di selatan Lautan Hindi. Menurut Dr Ng, kerajaan Malaysia termasuk tentera udaranya telah pun melahirkan penghargaan ke atas penglibatan dan sumbangan Singapura dalam usaha mencari pesawat tersebut, justeru hubungan “adalah baik dan kami perlu mengekalkannya dan mencari pelu- ang untuk berbuat demikian,” kata Dr Ng. Mengenai Indonesia, Dr Ng mengulangi kenyataan yang dibuatnya di Parlimen berkenaan insiden penama- an kapal perang Indonesia, Usman Harun, bahawa hubungan pertahanan kededua pihak bergantung kepa- da saling menghormati dan mempercayai. Frigat terbaru Indonesia itu dinamakan sempena dua marin – Osman Mohamed Ali dan Harun Said – yang mengebom bangunan MacDonald House di Orchard Road pada 1965. Kedua-duanya telah dihukum mati di Singapura pa- da 1968, namun mereka diisytiharkan sebagai wira di Indonesia. Hubungan ketenteraan antara Singapura dengan In- donesia tergenjot apabila Indonesia memaklumkan keputusan menamakan frigat terbarunya sempena dua marin itu pada Februari lalu. Menurut Dr Ng, Singapura akan memulakan proses membina semula hubungan tersebut dan mengambil langkah-langkah kecil memupuk keyakinan dan keper- cayaan antara kededua pihak, dan Singapura jelas seka- li berhasrat mempunyai hubungan pertahanan yang baik dengan Indonesia. “Membina semula hubungan yang terjejas ekoran se- suatu kegenjotan bergantung kepada bagaimana membi- na kepercayaan dan saling menghormati. “Jika kami dapati adanya keyakinan di dalam per- hubungan dan kepercayaan bahawa hubungan tersebut adalah berdasarkannya, saya fikir banyak yang boleh ki- ta lakukan,” kata Dr Ng. ANGKATAN Bersenjata Sin- gapura (SAF) sedang menimbang- kan untuk mempunyai sebuah Ka- pal Berbilang Misi Bersama (JMMS) yang mempunyai kapasiti yang leb- ih besar dan keupayaan jarak lebih jauh bagi membolehkannya melak- sanakan misi lebih besar. Ini kerana SAF dijangka me- mikul tanggungjawab yang lebih luas melangkaui cabaran keselama- tan tradisional, tetapi juga kini me- mainkan peranan seperti dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen. “Salah satu idea yang kami se- dang timbangkan secara serius dari segi bantuan kemanusiaan dan ben- cana adalah keperluan sebuah kapal seperti kapal pemunggah ‘Landing Ship Tank’ (LST) tetapi dengan kap- asiti dan jarak yang lebih besar dan jauh. “Ini kerana apabila sesuatu in- siden terjadi, anda perlu mempun- yai kelengkapan yang sesuai dan meskipun LST telah berkhidmat dengan baik, kami sedang menim- bangkan dengan serius sebuah JMMS yang lebih besar yang mem- punyai kapasiti lebih besar dan jar- ak lebih jauh untuk membuat re- spons,” kata Dr Ng. Beliau menjelaskan bahawa se- buah JMMS yang lebih besar bakal membawa lebih banyak helikopter – justeru lebih banyak helikopter da- pat dikerah. Ini kerana kapal LST yang telah banyak berjasa dalam misi mem- erangi lanun di Teluk Aden umpam- anya hanya mampu membawa se- buah helikopter Chinook yang beru- paya melaksanakan operasi lebih be- sar. Dr Ng memberi contoh bencana Taufan Haiyan yang membadai ka- wasan tengah Filipina November la- lu – meragut nyawa lebih 6,000 mangsa dan menyebabkan 1,800 or- ang hilang sementara hampir empat juta mangsa kehilangan tempat ting- gal. Taufan tersebut telah merosak- kan segala peralatan komunikasi, justeru tiada keupayaan pen- gawalan ruang udara di situ – men- jadikan satu pengajaran berharga buat SAF. Justeru dalam konteks tersebut kata Dr Ng, sebuah kapal seperti JMMS tentunya berguna – dapat memainkan pelbagai peranan seper- ti bantuan kemanusiaan dan juga pe- rubatan. Beliau berkata pihaknya sedang dalam fasa terakhir untuk menentu- kan kelengkapan terbaik buat kapal JMMS itu. Satu lagi bidang penting yang dis- entuh Dr Ng mengenai peranan SAF kini adalah pertahanan siber, yang mempunyai kesan yang besar kepada operasi SAF. Beliau menyentuh tentang hab operasi khas – Hab Operasi Pertaha- nan Siber – pusat yang mempunyai tumpuan utama melindungi rangka- ian komputer SAF dan melaksana- kan respons jika berlaku serangan si- ber ke atas negara ini. Dr Ng berkata SAF telah melatih kakitangan dan akan terus men- ingkatkan latihan dan kerahan dan mengambil lebih ramai kakitangan. Mengenai pusat penyelarasan us- aha Bantuan Kemanusiaan dan Ben- cana (HADR) serantau, Dr Ng ber- kata mereka sedang membina rang- kaian dan piawai prosedur operasi. Pusat penyelarasan di Changi itu bertujuan membolehkan pihak ten- tera negara anggota Asean mem- beri respons dengan segera dan berkesan terhadap bencana. Hubungan dengan Malaysia baik, dengan Indonesia perlu dibaiki semula BELIAU bertugas di Timur Te- ngah dan sebagai ketua pegawai ek- sekutif (CEO), tanggungjawab yang dipikul pastinya bukan calang-ca- lang. Namun, ia tidak sedikit pun meng- hambat Encik Abu Bakar Mohd Nor, 48 tahun, daripada menjalan- kan tanggungjawab kepada negara sebagai anggota kerahan Perkhidma- tan Negara (NS). Berkat dedikasinya bapa dua anak berusia 16 dan 21 tahun itu di- iktiraf apabila beliau dinaikkan pangkat daripada leftenan kolonel kanan (SLTC) kepada Kolonel mulai hari ini. Meskipun terpaksa mengharungi penerbangan selama lebih tujuh jam antara Timur Tengah dengan Sin- gapura setiap kali, Kolonel (NS) Abu Bakar akan kembali ke Singapura se- kitar sebulan sekali untuk menghadi- ri mesyuarat dengan brigednya serta merancang latihan dan kegiatan mereka. “Bagi saya, komitmen seorang anggota kerahan NS itu adalah se- suatu yang sepenuh masa. “Walaupun saya bertugas di luar negara, saya tetap mempunyai pe- ranan untuk dimainkan demi menyumbang kepada perkhidmatan negara,” kata Kolonel (NS) Abu Bakar yang juga merupakan CEO Nakilat-Keppel Offshore & Marine Ltd. Kolonel (NS) Abu Bakar merupa- kan antara 515 pegawai, pegawai waran (WO) dan pakar ketenteraan (ME) sepenuh masa dan NS Angka- tan Bersenjata Singapura (SAF) yang dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka menerima pangkat baru masing-masing daripada Menteri Per- tahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Pangli- ma Angkatan Tentera, Leftenan-Jen- eral Ng Chee Meng, dalam satu maj- lis penyampaian sijil di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 27 Jun la- lu. Kolonel (NS) Abu Bakar yang ju- ga komander Briged Infantri Sin- gapura (SIB) ke-27 sejak empat tahun lalu telah berkhidmat sebagai anggota NS sejak 28 tahun lalu, ter- masuk tempoh dua setengah tahun semasa beliau berkhidmat sebagai anggota NS sepenuh masa (NSF). Beliau akui tanggungjawab yang beliau pikul kini mencabar tetapi be- liau berjaya mengatasinya berkat pengurusan masa yang baik serta sokongan keluarga, majikan dan unitnya sendiri. “Tanggungjawab NS bukan sa- haja bagi diri kita sendiri tetapi bagaimana kita boleh menyumbang sebagai sebuah negara demi memper- juangkan kepercayaan kita,” ujarn- ya sambil menambah kenaikan pangkat ini bukan sahaja mengikti- raf usahanya malah mereka yang te- lah menyokongnya sehingga membo- lehkannya menjalankan tugas den- gan baik. EHISHAM HASIM [email protected] ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) se- dang meninjau cara untuk memudahkan ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) tanpa menjejas taraf kecergasan seseorang, kata Ment- eri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen. Dalam wawancara sempena Hari SAF hari ini, Dr Ng berkata SAF telah menjalankan kajian terperinci ke atas pasukan-pasukan tentera nega- ra asing untuk menilai bentuk taraf yang sesuai dan sewajarnya supaya mengekalkan tahap kecergasan anggota tentera. Buat masa ini, IPPT merangkumi lima stesen ujian – sit-up, chin-up, shuttle run, standing broad jump dan larian sejauh 2.4 kilometer. “Bolehkah kita capai tahap kecergasan tinggi dengan jumlah stesen ujian kecekapan yang kurang, daripada lima stesen yang ada sekarang? “Kami adalah antara segelintir pasukan ten- tera yang menggunakan lima stesen ujian. Yang lain gunakan tiga stesen ujian, ada yang lebih, ta- pi majoriti gunakan ujian yang lebih mudah kera- na ia lebih mudah dilaksanakan dan melatih. “Justeru pihak tentera sedang dalam fasa tera- khir untuk menimbang sama ada kami boleh mengadakan ujian yang lebih mudah,” kata Dr Ng. Namun sebarang perubahan tidak akan men- jejas tahap kecergasan anggota, kerana “kami perlukan SAF yang cergas, dan anggota NS yang cergas,” jelas Dr Ng lagi, sambil menambah SAF akan mengumumkan perincian mengenainya dalam beberapa bulan lagi. Bulan lalu, pemerintah telah menerima saran- an yang dibentangkan Jawatankuasa bagi Mem- perkukuh Perkhidmatan Negara (CSNS). Antara saranan tersebut termasuk memberi lebih masa dan kelonggaran bagi Anggota Perkhidmatan Negara (NS) memenuhi syarat IP- PT. CSNS menyarankan agar tempoh IPPT dan Latihan Persiapan IPPT dilanjutkan kepada set- ahun, berbanding sembilan bulan sekarang. Jawatankuasa itu turut menyarankan agar jumlah insentif yang diberi kepada anggota NS yang mencatat keputusan IPPT cemerlang dinaik- kan $100 kepada $500 bagi mereka yang meraih pingat emas, $300 bagi pingat perak dan $200 ba- gi mereka yang lulus. CSNS, yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu, ditugaskan menyarankan langkah bagi memasti- kan sokongan yang diberi anggota NS dan orang awam kekal tinggi. Antara perubahannya, mulai hari ini, hanya anggota NS yang ingin ke luar negara bagi tem- poh melebihi 14 hari dan kurang daripada enam bulan perlu memaklumkan pada pihak berkuasa. SAF juga melancarkan skim baru untuk me- narik lebih ramai Pakar Tentera (ME). Dipanggil Skim Pertukaran Kepakaran (Expertise Conver- sion Scheme), ia ingin memanfaatkan kepakaran anggota kerahan perkhidmatan negara (NS) dalam bidang-bidang seperti guaman, perubatan, kejuruteraan dan psikologi. SAF timbang peroleh kapal berbilang misi Ujian kecekapan jasmani atau IPPT akan disemak CERGASKAN ANGGOTA SAF SECARA LEBIH MUDAH PERLU LEBIH BESAR: Kapal LST seperti RSS Endurance (belakang) hanya boleh melakukan misi terhad, seperti antilanun di Teluk Aden. – Foto fail ST NAIK PANGKAT: Kolonel (NS) Abu Bakar dinaikkan pangkat daripada SLTC tahun ini. – Foto MINDEF Bertugas luar negara tidak jejas sumbangan askar kerahan MENTERI PERTAHANAN, DR NG ENG HEN – Foto fail ST – Foto fail ST WAWANCARA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN SEMPENA HARI SAF KE-46 KENAIKAN PANGKAT DALAM SAF Berita Harian | Selasa, 1 Julai 2014 9 Wacana PANDANGAN