Laporan dan gambar oleh ADLI YASHIR KUCHIT [email protected] USAHA menggalak penggunaan bahasa Mela- yu, khususnya di kalangan generasi muda di Singapu- ra, ibarat melawan arus yang deras. Demikian menurut man- tan pengerusi Majlis Ba- hasa Melayu (MBMS), En- cik Hawazi Daipi, yang ju- ga Setiausaha Parlimen Ka- nan (Tenaga Manusia me- rangkap Pendidikan). Namun, beliau berha- rap masyarakat Melayu Singapura akan menerima cabaran itu dan terus ber- usaha memastikan bahasa Melayu terus hidup dan mekar di sini. Jika ini tidak dilakukan, ada kebimbangan orang Melayu Singapura akan ke- hilangan jati diri mereka, ujarnya. Encik Hawazi berkata usaha melestari pengguna- an bahasa Melayu satu usa- ha berterusan dan memer- lukan pelibatan setiap lapi- san masyarakat. “Cabaran yang bakal ki- ta hadapi semakin rumit ke- rana penggunaan bahasa Inggeris akan jauh lebih meluas. “Kajian menunjukkan keluarga dan rakyat Singa- pura lebih selesa menggu- nakan bahasa Inggeris se- bagai bahasa perantaraan, termasuk dalam keluarga,” kata beliau. Setelah lebih 12 tahun terlibat dalam MBMS, ter- masuk sebagai pengerusi selama dua penggal, Encik Hawazi melepaskan jawa- tan tersebut baru-baru ini. Tugas itu diambil alih Menteri Negara (Ehwal Da- lam Negeri merangkap Eh- wal Luar), Encik Masagos Mohamad Masagos Zulkif- li. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian ba- ru-baru ini, Encik Hawazi menyenaraikan pencapai- an MBMS dalam menyema- rakkan penggunaan baha- sa Melayu di sini. Menurut beliau, MBMS menganjurkan dua kegia- tan utama, iaitu Bulan Ba- hasa dan Anugerah Persu- ratan Melayu. Ia juga menyokong dan membantu kegiatan yang dianjurkan pertubuhan akar umbi dan badan-ba- dan masyarakat yang di- adakan sepanjang tahun. Menerusi kegiatan-ke- giatan itu MBMS memain- kan peranan menanam mi- nat di kalangan generasi muda untuk menggunakan bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah. MBMS juga mendam- pingi masyarakat mengikut kumpulan-kumpulan usia – kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ini dilakukan me- nerusi peraduan atau kegia- tan budaya dan bahasa. Turut diberi tekanan ia- lah adab dan kesantunan Melayu. Sehubungan itu, Encik Hawazi berkata Timbalan Ketua, Bahasa dan Kebuda- yaan Asia (ALC) NIE-Uni- versiti Teknologi Nanyang (NTU), Parofesor Madya Dr Hadijah Rahmat, se- dang menerajui program meningkatkan kesedaran mengenai adab dan kesan- tunan Melayu. Dr Hadijah timbalan pe- ngerusi MBMS. “Matlamatnya ialah me- ningkatkan kesedaran khu- susnya di kalangan anak- anak kita tentang sopan santun dan muluknya adab yang menjadi sebahagian daripada pemikiran Mela- yu,” kata Encik Hawazi. Selain itu, MBMS mem- beri perhatian pada bidang penulisan. Dalam hal ini, ia telah memohon menjadi anggo- ta penuh Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera). Manfaatnya, menurut Encik Hawazi, ialah pe- luang bagi penulis tempa- tan didedahkan kepada perbincangan dan perkem- bangan penulisan di pering- kat serantau dan antara- bangsa. “Ia juga membuka pe- luang bagi penulis muda berkongsi pengalaman, pengamatan dan pemiki- ran mereka dengan penulis seusia di luar negara,” kata Encik Hawazi. Memandang ke depan, Encik Hawazi berpendapat ibu bapa mempunyai pera- nan penting. “Saya sendiri memilih untuk bertutur dalam baha- sa Melayu dengan anak- anak serta anak-anak sau- dara. “Mungkin jawapan me- reka teragak-agak, namun saya gembira mereka men- cuba,” kata beliau. Oleh itu, Encik Hawazi berharap dalam menanga- ni cabaran masa depan MBMS akan terus membu- ka peluang kepada ibu ba- pa menyertai kegiatan ber- corak bahasa bersama-sa- ma anak-anak mereka. ADA orang Melayu malu berbahasa Mela- yu dan ada enggan bertutur dalam bahasa Me- layu sesama sendiri. Namun, golongan sedemikian kecil dan ti- dak mewakili masyarakat Melayu Singapura secara keseluruhannya, kata mantan pengeru- si Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Encik Hawazi Daipi. “Kebanyakan orang kita mengakui diri- nya orang Melayu dan orang Islam Singapura biarpun mereka kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Pokoknya. kita perlu bersa- ma-sama meningkatkan keupayaan menggu- nakan bahasa Melayu sebagai warisan kita. “Kita perlu rasakan bahawa bahasa Mela- yu itu satu kelebihan yang memberi kepua- san kepada diri kita sebagai insan,” kata En- cik Hawazi dalam satu wawancara bersama Berita Harian. Beliau, yang juga Setiausaha Parlimen Ka- nan (Tenaga Manusia merangkap Pendidi- kan), baru-baru ini melepaskan jawatannya di MBMS. Encik Hawazi berpendapat golongan malu atau enggan bertutur dalam bahasa Melayu ti- dak menimbulkan masalah bagi masyarakat setempat. “Ini semua terpulang pada individu. Seba- gai pemimpin bahasa, majlis bahasa ingin me- nampilkan peluang bagi masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu lebih kerap. “Hakikatnya terpulang pada ibu bapa dan keluarga membuat keputusan apakah mempe- lajari bahasa Melayu itu satu kelebihan bagi mereka dan anak-anak mereka atau ia hanya satu mata pelajaran yang mereka harus lu- lus,” ujar beliau. Namun, melahirkan keprihatinannya, En- cik Hawazi berkata banyak bahasa lain sudah pupus atau hampir pupus kerana masyarakat- nya tidak lagi menggunakan bahasa mereka sendiri. “Ini termasuk orang-orang Melayu yang kini menetap di negara-negara lain. Walau- pun hakikatnya mereka berasa mereka masih Melayu, tanggapan masyarakat tempat mere- ka wujud tidak menganggap mereka sebagai masyarakat Melayu,” ujarnya. Dalam hal sedemikian, masyarakat berke- naan boleh dianggap sudah hilang sebahagian identiti mereka, kata Encik Hawazi. “Oleh itu, kita menyokong penuh dasar dwibahasa yang dilaksanakan pemerintah,” tambah beliau. Pemerintah, menurut Encik Hawazi, telah dan akan terus memberi sokongan kepada pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Ini dilihat menerusi semakan kurikulum Bahasa Melayu agar ia kekal relevan dan pe- nekanan cara baru dan inovatif dalam penga- jarannya. Golongan Melayu malu atau enggan berbahasa Melayu kecil Usaha galak guna bahasa Melayu bak lawan arus ’ Cabaran yang bakal kita hadapi semakin rumit kerana penggunaan bahasa Inggeris akan jauh lebih meluas. Kajian menunjukkan keluarga dan rakyat Singapura lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, termasuk dalam keluarga. – Encik Hawazi Daipi, mengenai cabaran dalam menggalak penggunaan bahasa Melayu Hawazi harap masyarakat teruskan agar tidak hilang jati diri CABARAN SEMAKIN RUMIT: Encik Hawazi berkata usaha melestari penggunaan bahasa Melayu memerlukan pelibatan setiap lapisan masyarakat kerana cabaran yang dihadapi semakin rumit memandang penggunaan bahasa Inggeris kian meluas di kalangan orang Melayu. ’ Saya sendiri memilih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak serta anak-anak saudara. Mungkin jawapan mereka teragak-agak, namun saya gembira mereka mencuba. – Encik Hawazi Daipi, mengenai peranan penting ibu bapa dalam menggalak anak-anak berbahasa Melayu WAWANCARA BERSAMA HAWAZI DAIPI 4 Berita Harian 4 Sabtu, 16 Jun 2012 DALAM NEGERI