Top Banner
Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia October-December 2011 Shalom! Akhir atau awal tahun adalah masa yang terbaik untuk kita menghitung berkat yang telah kita terima, dan memulakan langkah baru untuk menjadi berkat kepada orang lain. Tuhan sedang mengatur-letakkan umat-Nya untuk memenuhi rancangan-Nya bagi Negara ini. Dia juga (akan) mengubahkan kedudukan banyak orang. Dalam cerita Natal, para malaikat berkata kepada para gembala, “Jangan takut. Aku membawa berita baik dengan SUKACITA yang besar.” Yesus akan segera kembali sebaga Raja segala raja. Biarlah mata kita terus tertuju kepadaNya, “yang memimpin kita dalam kesempurnaan iman” (Ibrani 2:2a). Dalam hidup ini kita akan melalui masa-masa sukar, tetapi SUKACITA akan kita kecapi juga kerana iman dan kepecayaan kita adalah pada Dia. Ketika kita memasuki tahun yang baru, Tuhan Yesus mengambil tempatNya di dalam Kerajaan- Nya. Dan kita umatNya juga turut mengambil bahagian dalam Kerajaan-Nya! Semoga Dia memimpin semua langkah kita kerana tatkala “hati manusia membuat rancangan, Tuhanlah yang menentukan jalan hidupnya.” (Amsal 16:9) Belum terlambat untuk kami mengucapkan semoga tahun 2012 ini tahun yang baik dan diberkati Tuhan untuk anda.” Berita Rakan Penabur ialah penerbitan elektronik Wawasan Penabur yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru. Untuk maklumat dan maklum-balas, hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Fax: 03-7727 7271 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org Akaun Bank kami: (1) Public Bank, Cawangan Kelana Jaya. Account No: 3127674507 (2) CIMB Bank, Cawangan Damansara Utama Account No: 1250 000 7114 058 Memandang ke BelakangPuji Tuhan untuk KesetiaanNya Sepanjang 3 Tahun Kerana itu, kami tidak putus-putus mengucap syukur kepada Allah, sebab kamu telah menerima Firman Allah, bukan sebagai perkataan manusia, tetapi sebagi Firman Allah yang bekerja di dalam kamu yang percaya.” (1 Tesalonika 2:13) Ada banyak sebab untuk kami bersyukur di suku terakhir 2011… Thanksgiving Dinner, penerbitan dan pengedaran Alkitab Kanak- Kanak, pelancaran Kempen Satu Anak Satu Alkitab, dan diakhiri dengan 3 hari Perancangan untuk tahun 2012 Wawasan Penabur beberapa hari sebelum Krismas. Satu Thanksgiving Dinner untuk merayakan kebaikan dan kesetiaan Tuhan telah diadakan pada 3hb November 2011 ketika Wawasan Penabur memasuki tahun ke-4. Ada banyak cerita tentang kanak-kanak dan muda-mudi yang sangat diberkati oleh pelayanan Wawasan Penabur. “101 Cerita-Cerita dari Alkitab” telah menjadi berkat kepada ramai orang, terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak. 5,000 naskah telah disebarkan di kampung-kampung dan rumah panjang sepanjang Sungai Baram melalui Kempen “Satu Pintu Satu Buku Cerita” sebuah gereja Baptist. Kempen ini masih berjalan untuk mengedar sehingga 8,000 buah “101 Cerita” di 285 rumah panjang Iban. Buku tersebut juga telah dihadiahkan kepada kanak-kanak yang tidak sabar-sabar untuk membacanya dalam satu Khemah Kanak2 di Mulu oleh Gereja Presbyterian Malaysia. dari Desa Temuan Orang Asli di Petaling Jaya, memberi kesaksian beberapa kanak-kanak Orang Asli seperti Annan Apuk (12), dan Ribika binti Juni (14) yang telah mendapat manfaat daripada buku- buku siri Obor Belia tersebut. Walaupun belia ini tidak bersekolah, Ariyanti mengatakan bahawa mereka telah belajar membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia ketika menghadiri kelasnya. Siri OBOR Belia Wawasan Penabur juga digunakan secara meluas oleh gereja-gereja di pedalaman. Ada pastor yang mengguna- kannya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang guru Sekolah Minggu
5

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

Jul 03, 2018

Download

Documents

trankhue
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

October-December 2011

Shalom! Akhir atau awal tahun adalah masa yang terbaik untuk kita menghitung berkat yang telah kita terima, dan memulakan langkah baru untuk menjadi berkat kepada orang lain.

Tuhan sedang mengatur-letakkan umat-Nya untuk memenuhi rancangan-Nya bagi Negara ini. Dia juga (akan) mengubahkan kedudukan banyak orang. Dalam cerita Natal, para malaikat berkata kepada para gembala, “Jangan takut. Aku membawa berita baik dengan SUKACITA yang besar.” Yesus akan segera kembali sebaga Raja segala raja. Biarlah mata kita terus tertuju kepadaNya, “yang memimpin kita dalam kesempurnaan iman” (Ibrani 2:2a). Dalam hidup ini kita akan melalui masa-masa sukar, tetapi SUKACITA akan kita kecapi juga kerana iman dan kepecayaan kita adalah pada Dia.

Ketika kita memasuki tahun yang baru, Tuhan Yesus mengambil tempatNya di dalam Kerajaan-Nya. Dan kita umatNya juga turut mengambil bahagian dalam Kerajaan-Nya! Semoga Dia memimpin semua langkah kita kerana tatkala “hati manusia membuat rancangan, Tuhanlah yang menentukan jalan hidupnya.” (Amsal 16:9)

Belum terlambat untuk kami mengucapkan “semoga tahun 2012 ini tahun yang baik dan diberkati Tuhan untuk anda.”

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan

elektronik Wawasan Penabur yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru.

Untuk maklumat dan maklum-balas, hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Fax: 03-7727 7271 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org

Akaun Bank kami: (1) Public Bank, Cawangan Kelana Jaya. Account No: 3127674507 (2) CIMB Bank, Cawangan Damansara Utama Account No: 1250 000 7114 058

Memandang ke Belakang…Puji Tuhan untuk KesetiaanNya Sepanjang 3 Tahun “Kerana itu, kami tidak putus-putus mengucap syukur kepada Allah, sebab

kamu telah menerima Firman Allah, bukan sebagai perkataan manusia, tetapi sebagi Firman Allah yang bekerja di dalam kamu yang percaya.” (1 Tesalonika 2:13)

Ada banyak sebab untuk kami bersyukur di suku terakhir 2011… Thanksgiving Dinner, penerbitan dan pengedaran Alkitab Kanak- Kanak, pelancaran Kempen “Satu Anak Satu Alkitab”, dan diakhiri dengan 3 hari Perancangan untuk tahun 2012 Wawasan Penabur beberapa hari sebelum Krismas.

Satu Thanksgiving Dinner untuk merayakan kebaikan dan kesetiaan Tuhan telah diadakan pada 3hb November 2011 ketika Wawasan Penabur memasuki tahun ke-4. Ada banyak cerita tentang kanak-kanak dan muda-mudi yang sangat diberkati oleh pelayanan Wawasan Penabur. “101 Cerita-Cerita dari Alkitab” telah menjadi berkat kepada ramai orang, terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak.

5,000 naskah telah disebarkan di kampung-kampung dan rumah panjang sepanjang Sungai Baram melalui Kempen “Satu Pintu Satu Buku Cerita” sebuah gereja Baptist. Kempen ini masih berjalan untuk mengedar sehingga 8,000 buah “101 Cerita” di 285 rumah panjang Iban.

Buku tersebut juga telah dihadiahkan kepada kanak-kanak yang tidak sabar-sabar untuk membacanya dalam satu Khemah Kanak2 di Mulu oleh Gereja Presbyterian Malaysia.

dari Desa Temuan Orang Asli di Petaling Jaya, memberi kesaksian beberapa kanak-kanak Orang Asli seperti Annan Apuk (12), dan Ribika binti Juni (14) yang telah mendapat manfaat daripada buku-buku siri Obor Belia tersebut. Walaupun belia ini tidak bersekolah, Ariyanti mengatakan bahawa mereka telah belajar membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia ketika menghadiri kelasnya.

Siri OBOR Belia Wawasan Penabur juga digunakan secara meluas oleh gereja-gereja di pedalaman. Ada pastor yang mengguna-kannya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang guru Sekolah Minggu

Page 2: Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

“Pautan Iman” telah digunakan secara meluas di kalangan Gereja Katolik di Sabah. Sejak Jun 2011, Diosis Sabah telah membeli 8,225 naskah untuk mereka gunakan dalam seminar2 isu2 pengislaman di Sabah. Usaha mereka dalam membangkit-kan kesedaran tentang pengislaman layak dipuji dan dicontohi.

Berita Baik dapat diteruskan, dan Gereja akan terus mempunyai kebebasan, supaya bangsa Malaysia ini dapat diberkati.”

Projek Alkitab Kanak-Kanak lahir dari keprihatinan bahawa ramai kanak2 Kristian yang membesar tanpa mempunyai peluang untuk mencapai Firman Allah. Pencerobohan agama dominan telah melemahkan Gereja dengan melahirkan ketidak-percayaan terhadap iman kepercayaan kita.

Projek ini melibatkan banyak orang dari lintas denominasi (Methodist, PCS, SIB, Katolik, bahkan seorang pereka kulit buku yang beragama Buddha), dan diwakili oleh suku-suku Bumiputera Kristian dari Sabah & Sarawak.

Di pelancaran Kempen “Satu Anak Satu Alkitab” (SASA), Bishop Hwa Yung menutup mesejnya dengan berkata, “Ketika saya masuk ke ruang ini, saya bertanya kepada Tuhan, ‘Tuhan apa yang Engkau mahu saya kongsikan pada hari ini?’ dan saya dapat merasa Tuhan berbicara, ‘Ini adalah projek Aku. Aku ada di dalamnya. Aku akan memuliakan NamaKu melaluinya’. Jadi kita harus mendukung projek ini. Apa yang Allah katakan kepada kita hari ini? Jika kita tidak serius, Gereja akan sangat berlainan 10 tahun dari sekarang. Semoga Tuhan memberi kita kekuatan agar pekerjaan

Dalam tempoh 3 bulan (Januari 2012) selepas penerbitannya di Oktober 2012, 17,500 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah disebarkan ke kampung2 Orang Asli, dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, buku-buku telah disebarkan ke kawasan Penangah, Tongod, Telupid and Kinabatangan; di kalangan Orang Sungai di Gana dan Lingkabau; Murut di pedalaman Nabawan; Rungus dan Kimaragang di Pitas dan Kota Marudu – hampir ke seluruh pelusuk sabah dari Kudat ke Tawau, dan dari Labuan ke Sandakan.

Di Sarawak, Alkitab Kanak-Kanak juga dibawa dari Lawas ke tanah tinggi Ba Kelalan; dari Miri ke Bario dan kampung2 Penan; di kampung2 Bidayuh di Ulu Bengoh dan rumah2 panjang Iban. Di Bengoh yang tidak ada letrik, kanak-kanak membaca Alkitab dengan berbekalkan lampu suluh! Kebanyakan mereka membaca Alkitab untuk pertama kali. Bahkan orang dewasa juga senang membaca kerana Alkitab kini menjadi lebih jelas dengan ilustrasi dan warna!

2011 diakhiri dengan Badan Penasihat & Pengurus Wawasan Penabur merancang untuk 2012 di Pangkor. Ia juga adalah masa untuk mengeratkan hubungan dengan disertai oleh keluarga masing2. Tantangan besar di tahun2 mendatang dapat disimpulkan dengan kata-kata dari William Carey, “Cuba hal-hal besar untuk Tuhan, dan mengharapkan sesuatu yang hebat dari Tuhan.” Kita semua mempunyai tugas dalam memuridkan bangsa ini – dari memberi, menghantar, berdoa sampailah melakukan.

Memandang ke Hadapan… Mensyukuri Tahun ke-4

“Selama masih siang, kita harus mengerjakan pekerjaan Dia yang mengutus Aku (kita). Malam akan tiba, dan seorangpun tak akan dapat kerja.” (Yohanes 9:4)

Kita tidak punya banyak masa. Tiada orang yang tahu berapa lama jendela peluang akan terus terbuka. Kini adalah masa kairos kita untuk mengatur peranan startegik dalam membangun Gereja BM yang akan membentuk kedudukan Kristian di Malaysia. Harapan kita ada pada generasi pelapis. Tahun ini, Wawasan Penabur berfokus kepada muda-mudi dan pelajar. Ada beberapa projek penerbitan yang anda dan gereja anda boleh mengambil bahagian:

1. Isu Pencerobohan Iman

Pencerobohan iman terus menjadi satu ancaman kepada Gereja BM, terutamanya kanak-kanak dan muda-mudi. Wawasan Penabur telah menganjurkan beberapa kempen kesedaran dan seminar dalam 2 tahun yang lepas.

Tahun ini, kami melihat adanya keperluan mendesak untuk mengadakan Program/Seminar kesedaran dan Boot Camp di Sabah dan Sarawak. Anda boleh membantu kami dengan menjadi tuan rumah, merancang, mensponsor ataupun mengendalikan program tersebut. Buku-buku apologetik dan isu semasa akan ditulis untuk hal-hal yang meruncingkan ini.

Page 3: Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

Sertailah kami dalam pelayanan bahan sumber dalam BM ini – menulis, menterjemah, memberi atau menghantar orang ke lapangan. Ingatlah bahawa Gereja BM berada 20 tahun ke belakang Gereja English & Cina untuk bahan sumber (bacaan, audio atau visual). Tugas besar ada di hadapan kita!

di samping memastikan buku2 dapat sampai ke tangan para pelajar. Input, idea dan bantuan dari anda sangat diharapkan!

3. Buku-Buku Komentari (Rujukan)

Kami akan menterjemah dan menerbit versi BM buku-buku terbitan Issachar: Study Guide on the Gospel of Luke dan The Acts of the Apostles, dengan harapan akan menjadi pemicu untuk penerbitan buku-buku komentari dalam BM. Kedua2-dua buku ini digunakan dalam subjek elektif Bible Knowledge SPM, yang pasti akan memberkati Gereja BM juga.

2. Buku & Komik Penginjilan

Komik-komik akan diterjemah untuk alat penginjilan di kalangan muda-mudi. Fokus kami pada tahun 2012 ini adalah pelajar-pelajar. Untuk itu, kami ingin bekerjasama dengan organisasi Kristian yang melayani para pelajar bagi menulis buku yang sesuai dengan isu-isu yang dihadapi,

berpusat pada Yesus. Ia akan membantu kita melihat Alkitab

bukan sebagai 66 buku, tetapi satu, dengan satu penulis (Allah

sendiri), satu mesej yang konsisten dari PL hingga PB, dengan

satu tema: Kerajaan Allah, umat Allah yang hidup dalam dunia

ciptaan Allah, serta pemerintahan dan berkat Allah.

4. “Janji-Janji Penebusan”

Wawasan Penabur mendapat hak menterje-mah dan menerbit dari IVP England untuk buku God's Big Picture, pemenang anugerah Buku Terbaik. Janji-Janji Penebusan ini akan membantu para pembaca melihat Alkitab sebagai satu buku, satu cerita, satu ‘gambar besar’, yang

5. Siri Bimbingan Remaja

Wawasan Penabur akan menterjemahkan 18 buku poket kaunseling. Siri Bimbangan Remaja adalah satu visi yang diberikan oleh Tuhan bagi membantu dan mendidik para remaja dan ibu bapa mereka tentang isu-isu yang dihadapi oleh para remaja. Penulis buku ini adalah Dr. Lee Bee Teik, isteri kepada Uskup Hwa Yung. Dia adalah mantan doktor perubatan yang telah mengasaskan Pelayanan ReconRe khusus untuk mencontohi pelayanan rekonsiliasi (pendamaian) Tuhan Yesus.

6. Bengkel Penulisan untuk Penulis-Penulis Muda

Tahun ini, kami berharap dapat menjalankan satu bengkel penulisan untuk melahirkan penulis-penulis muda BM. Kami akan bekerja rapat dan mencari pelatih dari Malaysia & Indonesia.

Hubungi kami sekiranya anda dapat membantu dalam persiapan, perancangan atau mengajar dalam bengkel tersebut. Target bengkel ialah buku-buku akan siap diterbit di akhir bengkel 5 hari tersebut.

7. Tulisan Berasakan Web

Kami juga ingin memulakan bahan bacaan berasaskan web yang boleh dimuat-turun untuk dibaca. Kami memerlukan banyak penterjemah sukarelawan bagi menterjemah ratusan artikel pendek yang ditulis oleh para penulis dan ahli teologia Kristian seperti: John Piper, R.C. Sproul, D.A. Carson, Charles Spurgeon dan lain-lain.

“Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M 100K”

“Firman-Mu itu pelita bagi kakiku, dan terang bagi jalanku.” (Mazmur 119:105)

Kita selalu diingatkan bahawa Firman Tuhan harus menjadi pusat bagi kehidupan kita. Kita semua tahu perjalanan rohani kita tidak akan lengkap tanpa Firman Tuhan. Firman-Nya itulah yang mengungkap Allah dan Kristus kepada kita, serta menuntun jalan kita. Tanpa Firman Tuhan, kita tidak akan mengenali Allah, diri kita, apa lagi berkongsi berita baik tentang Yesus kepada orang lain.

Dan ketika kebanyakan kita dapat membeli Alkitab atau membaca Firman Allah dengan mengetik butang di komputer, ada sekitar 500,000 orang kanak-kanak Kristian di Malaysia yang tidak berpeluang untuk mencapai Alkitab. Mereka mungkin lahir dan membesar dalam keluarga Kristian, serta pergi ke gereja. Tapi mereka mungkin belum pernah menyentuh sebuah Alkitab lagi!

Para uskup, senior pastor & ahli teologia yang berpandangan jauh tahu kekuatan Kristian di Malaysia terletak dalam tangan Gereja BM. Alkitab Kanak Kanak memainkan peranan penting dalam menangani cabaran ini. Tidak ada Alkitab bermaksud

Page 4: Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

hantar pekerja, Dia sedang melihat anda dan saya, kerana kita mempunyai semua sumber yang diperlukan untuk penuaian.

Sebab itulah, untuk menjayakan Kempen “Satu Anak Satu Alkitab”, Wawasan Penabur melancarkan satu lagi inisiatif, “1M 100K” pada tahun ini. Wawasan Penabur dengan berani meminta Tuhan Empunya Tuaian 100,000 Alkitab Kanak-Kanak untuk dicetak dan disebar ke pedalaman Sabah & Sarawak. Dalam iman kami meminta RM 1 juta untuk menutupi kos pencetakan dan

mudi, bahkan orang dewasa!) dapat membaca Firman Tuhan. Mahukah anda pergi? Lain kali jika anda dan gereja anda membuat kunjungan misi ke Sabah & Sarawak, bawalah bersama Alkitab Kanak-Kanak bagi memberkati kanak-kanak di sana. Mahukan anda menghantar? Sumbangan terkecil hanyalah RM10. Tapi mempunyai potensi dan impak transformasi sepanjang hayat. Firman Allah ialah satu hadiah yang terus memberi. Dan kita berkongsi hadiah ini dengan mereka yang dekat di hati Tuhan Yesus: kanak-kanak. Jika anda tergerak untuk merebut peluang untuk memberkati, atau terkilan dengan cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM, maka kami merayu agar anda mula memberi. Setiap kali RM 100,000 terkumpul, 10,000 buah Alkitab Kanak-Kanak akan dicetak dan disebar ke pedalaman Sabah & Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, hubungi: [email protected]

tidak ada pemuridan. Tanpa pemuridan, bagaimana mereka dapat berdiri teguh dalam iman? Apa lagi dengan usaha pengislaman yang agresif, cabaran era modenisasi dan perubahan demografi yang mempengaruhi Bumiputera Kristian dewasa kini.

Ladang sudah menguning. Ada kelaparan besar akan Firman Tuhan di kalangan anak-anak & muda-mudi Kristian. Kita tidak boleh membiarkan kebuluran ini berterusan hanya kerana kita gagal melakukan sesuatu untuk membolehkan Alkitab sampai ke tangan mereka, terutamanya generasi pelapis Gereja BM.

Bila kita berdoa dan meminta Tuhan Empunya Tuaian (Lukas 10:2) untuk meng-

royalti buku supaya Alkitab Kanak-Kanak dapat diedar dengan harga RM 5 kepada pembaca di pedalaman, cukup untuk membayar kos penghantaran. Dengan harga begini, semua orang boleh memilki Alkitab. Kita dapat meletakkan Alkitab di tangan mereka dengan hanya memberi serendah RM 10. Mahukah anda memberi?

100,000 Alkitab Kanak-Kanak untuk dibawa ke pedalaman, di mana untuk pertama kali kanak-kanan (dan muda- dults!) will have the

Bup Kudus Iban sekarang online!

1. www.gerijaiban.com. Ini adalah website Iban

Language Christian Fellowship dengan pelbagai

sumber bagi membantu umat Kristian

berbahasa Iban bertumbuh dalam Kristus.

2. www.biblesupport.com. Versi Alkitab Iban

untuk e-Sword. Masih menunggu kelulusan

sebelum boleh dimuat-turun di akhir bulan ini.

3. www.youversion.com. Satu inisiatif dari Bible

Society of Malaysia. Anda boleh muat-turun

Bup Kudus melalui smart phones seperti

iPhone, BlackBerry, Android, dll.

Buku-Buku Terbitan Wawasan Penabur:

Wawasan Penabur di Good Times:

http://www.goodtimes.my/index.php/Education/faith-building-books-for-native-speaking-believers.html

Hari Doa Sedunia 2012: MALAYSIA www.worlddayofprayer.my

Page 5: Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan... · nya sebagai bahan khutbah tiap minggu. Ariyanti Atoi, seorang

Badan Penasihat

Rev. Wong Fong Yang

Senior Pastor Gereja City Discipleship

Presbyterian Church dan mantan Moderator

untuk Synod Presbyterian Synod di Malaysia

Rev. Danil Raut

Presiden, SIB Semenanjung

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan

Petaling Jaya Evangelical Free Church

Roshan Thiran

Pusat Injil Kelana Jaya

Pr. Alfred R. Tais

Setiausaha Eksekutif, Komisi Bahasa Malaysia

NECF

Randy Singkee

Sungai Way-Subang Methodist Church

(1) Lebih banyak penterjemah dan penulis Bahasa Malaysia.

(2) Dana untuk “Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M 100k”.

(3) Dana untuk projek penerbitan yang lain: Siri Bimbingan Remaja, buku & komik penginjilan, komentari (rujukan), Janji-Janji Penebusan dan buku-buku apologetik.

(4) Penganjur, Fasilitator dan Sukarelawan untuk Program/Seminar Kesedaran serta Boot Camp Remaja di Sabah & Sarawak.

(5) Ruang kerja yang lebih besar untuk Wawasan Penabur bekerja dan beroperasi. Kami memerlukan tambahan RM 2,000 sebulan untuk sewa dan kos operasional sekiranya kami pindah ke tempat yang baru. Dewasa ini kami menggunakan sebuah bilik kecil sebagai pejabat dan gudang untuk 29 judul buku. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana kemurahan hati sebuah gereja tempatan yang membenarkan Wawasan Penabur menggunakan bilik tersebut tanpa sebarang bayaran sejak awal tahun 2010. Kami berterima kasih dengan pelbagai bentuk sokongan yang telah diberikan oleh gereja tersebut, yang layak dicontohi sebagai sebuah gereja berorientasikan misi untuk membantu gereja-gereja berbahasa Malaysia.

(6) Penambahan Staf – kami mencari calon yang sesuai untuk: - Administrasi (bertanggungjawab administrasi pejabat. 2

tahun komitmen. Mempunyai panggilan untuk pelayanan BM. Ada transport sendiri kerana tidak ada pengangkutan umum ke pejabat kami sekarang)

- Duta-duta Penabur (sukarela. Tugas mempromosi pelayanan Wawasan Penabur ke gereja-gereja, terutama “Inisiatif 1M 100K”. Pek Bantuan Promosi akan disediakan)

- Pengurus Website (sukarela/separuh masa)

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik

kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Mensponsor “Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M

100K” Wawasan Penabur untuk Sabah and Sarawak. Saya

percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa

Malaysia - Orang Asli, Sabah & Sarawak – akan diberkati.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

No. Telefon: ______________________ (rumah) ______________________ (pejabat)

______________________ (telefon bimbit) _____________________ (fax)