Top Banner
Carpe Diem Ketika kita menutup tirai tahun 2017 dan memasuki tahun 2018, saya teringat satu ungkapan Latin "Carpe Diem" yang secara harfiah bermaksud "rebutlah hari", “raihlah hari”. Bagi kita yang hidup di dalam Kristus Yesus, itu bermakna kita harus hidup setiap hari dengan sepenuhnya untuk tujuan dan kerajaan Allah. Kita harus merebut setiap hari untuk Tuhan, memanfaatkan sepenuhnya setiap kesempatan yang ada. Kita harus merebut setiap hari dan mengambil bahagian dalam misi penebusan-Nya yang berterusan. Kita harus menjalani kehidupan kita seolah-olah setiap hari adalah satu peristiwa penting dan penanda dalam perjalanan kita! Pilihan-pilihan yang kita buat mengenai peluang-peluang yang Allah bukakan di hadapan kita menentukan jalan mana yang kita ambil dalam pengembaraan ilahi ini yang Allah telah panggil. Kita mesti sentiasa berjalan ke arah "Hari Tuhan", ketika Dia kembali semula sebagai Raja. Dua milenium yang lalu, penulis Yunani kuno, Seneca, menulis, "Bukan kita mempunyai sedikit masa, tetapi kita telah membazir begitu banyak waktu". Berabad-abad kemudian, Rasul Paulus menulis kepada jemaat Kristian Yunani di Efesus, "Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.” (Efesus 5: 15ff) Semasa kita mempertimbangkan jangka masa pelan penebusan Allah, Tuhan yang memberikan dan mengatur masa mengajak kita untuk mendedikasikan semula diri kita untuk hidup secara berbeza. Ada sebuah lagu yang ditulis oleh Pdt. D. Surbakti, "Hidup Ini Adalah Kesempatan" yang akan mengingatkan kita tentang makna sebenar waktu: (https://www.youtube.com/watch?v=gZNL1DID2i4) Hidup ini adalah kesempatan Hidup ini untuk melayani Tuhan Jangan sia-siakan apa yang Tuhan b’ri Hidup ini harus jadi berkat Oh Tuhan pakailah hidupku Selagi aku masih kuat Bila saatnya nanti Ku tak berdaya lagi Hidup ini sudah jadi berkat Pada tahun baru ini, adakah anda akan hidup seolah-olah waktu benar-benar penting? Kita diundang oleh kasih kurnia untuk memberikan diri kita untuk orang lain; untuk mencontohi Tuhan yang telah memberi diri-Nya bagi seluruh umat manusia. Kita diundang untuk menuangkan diri kita seperti yang dilakukan oleh Yesus. Kita diundang untuk menjadi berkat kepada orang lain. Sekiranya kita hidup dalam cara ini, kita akan disambut oleh, "Tahniah, hai hamba-Ku yang setia" ketika kita menghadap-Nya pada hari terakhir itu. Carpe Diem, Coram Deo. Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM
5

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Mar 08, 2019

Download

Documents

dangkien
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Carpe Diem Ketika kita menutup tirai tahun 2017 dan memasuki tahun 2018, saya teringat satu ungkapan Latin "Carpe Diem" yang secara harfiah bermaksud "rebutlah hari", “raihlah hari”. Bagi kita yang hidup di dalam Kristus Yesus, itu bermakna kita harus hidup setiap hari dengan sepenuhnya untuk tujuan dan kerajaan Allah. Kita harus merebut setiap hari untuk Tuhan, memanfaatkan sepenuhnya setiap kesempatan yang ada. Kita harus merebut setiap hari dan mengambil bahagian dalam misi penebusan-Nya yang berterusan. Kita harus menjalani kehidupan kita seolah-olah setiap hari adalah satu peristiwa penting dan penanda dalam perjalanan kita! Pilihan-pilihan yang kita buat mengenai peluang-peluang yang Allah bukakan di hadapan kita menentukan jalan mana yang kita ambil dalam pengembaraan ilahi ini yang Allah telah panggil. Kita mesti sentiasa berjalan ke arah "Hari Tuhan", ketika Dia kembali semula sebagai Raja. Dua milenium yang lalu, penulis Yunani kuno, Seneca, menulis, "Bukan kita mempunyai sedikit masa, tetapi kita telah membazir begitu banyak waktu". Berabad-abad kemudian, Rasul Paulus menulis kepada jemaat Kristian Yunani di Efesus, "Hiduplah dengan hati-hati – bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.” (Efesus 5: 15ff) Semasa kita mempertimbangkan jangka masa pelan penebusan Allah, Tuhan yang memberikan dan mengatur masa mengajak kita untuk mendedikasikan semula diri kita untuk hidup secara berbeza. Ada sebuah lagu yang ditulis oleh Pdt. D. Surbakti, "Hidup Ini Adalah Kesempatan" yang akan mengingatkan kita tentang makna sebenar waktu: (https://www.youtube.com/watch?v=gZNL1DID2i4)

Hidup ini adalah kesempatan Hidup ini untuk melayani Tuhan Jangan sia-siakan apa yang Tuhan b’ri Hidup ini harus jadi berkat Oh Tuhan pakailah hidupku Selagi aku masih kuat Bila saatnya nanti Ku tak berdaya lagi Hidup ini sudah jadi berkat

Pada tahun baru ini, adakah anda akan hidup seolah-olah waktu benar-benar penting? Kita diundang oleh kasih kurnia untuk memberikan diri kita untuk orang lain; untuk mencontohi Tuhan yang telah memberi diri-Nya bagi seluruh umat manusia. Kita diundang untuk menuangkan diri kita seperti yang dilakukan oleh Yesus. Kita diundang untuk menjadi berkat kepada orang lain. Sekiranya kita hidup dalam cara ini, kita akan disambut oleh, "Tahniah, hai hamba-Ku yang setia" ketika kita menghadap-Nya pada hari terakhir itu.

Carpe Diem, Coram Deo.

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Menjambatani Komuniti Kristian

Projek Kasut Sekolah

Cerita tentang Nawi dan kanak-kanak sekolah berkaki ayam dalam Berita kami sebelumnya telah menyentuh hati seorang saudara (dan isterinya) dari Kanada. Mereka telah meminta Tuhan untuk menunjukkan kepada mereka pelayanan mana yang mereka perlu salurkan dana mereka. Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah, tiba-tiba dia merasakan sakit menusuk di kaki kanannya. Dia terpijak sebutir batu tajam di jalan. Walaupun dia memakai selipar, kesakitan itu begitu menyengat dan terasa untuk sekian lama. Sekembali ke rumah, dia menyedari betapa menyakitkan untuk kanak-kanak pergi ke sekolah tanpa alas kaki. Itulah jawapan Tuhan kepada doanya dan dia menjanjikan RM 6,000 untuk memberkati kanak-kanak dengan kasut sekolah baru. Beribu-ribu batu di seberang lautan, sebuah kelompok sel di PJ juga memberi respons dengan memberi RM 6,000 lagi untuk tujuan yang sama!

Seminggu kemudian, Tuhan membawa kami ke Sibu di mana kami bertemu seorang pastor yang bekerja di kalangan orang Iban. Kami terpaksa memendekkan pertemuan itu kerana dia harus pergi ke rumah panjang untuk menghantar kasut-kasut sekolah. Tiba-tiba Tuhan berbicara kepada kami bahawa RM 12,000 adalah untuk "Projek Kasut" itu!

Puji Tuhan dengan sumbangan itu, 450 pasang kasut baru telah dihantar kepada kanak-kanak di 15 rumah panjang!

Inisiatif Sikhem Kami memuji Tuhan untuk individu-individu, kelompok kecil dan gereja yang mendukung 31 pelajar Sekolah Alkitab, 13 pekerja sepenuh masa dan 1 pengajar guru-guru Sekolah Minggu melalui Inisiatif Sikhem kami.

Sekumpulan pemimpin pelajar sekolah menengah di Sabah juga telah ditaja untuk mengikuti kursus kepimpinan dan lawatan misi jangka pendek.

Dan 360 buah buku baru juga ditambahkan ke perpustakaan sebuah Sekolah Alkitab di Sabah.

Pemberian yang murah hati juga membolehkan kita mendukung seorang penginjil paruh masa di Sibu, yang bekerja di kalangan rumah panjang Iban.

Hati kami penuh dengan syukur ketika kami mengingati 2017, dan bersama pemazmur kami mendeklarasikan Mazmur 117:

1Pujilah TUHAN, hai segala bangsa, megahkanlah Dia, hai segala suku bangsa!

2Sebab kasih-Nya hebat atas kita, dan kesetiaan TUHAN untuk selama-lamanya. Haleluya!

Page 3: Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Elson lulus dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ijazah Psikologi Kaunseling pada tahun 2017. Ketika di kampus, seseorang memperkenal-kan pelayanan kehidupan kampus kepadanya, dan pelayanan itu sangat mempengaruhi hidupnya terutama sekali dalam hubungannya dengan Tuhan. Dia memberikan hidupnya untuk melayani Tuhan melalui Campus Crusade for Christ bagi memenangi lebih banyak jiwa untuk Kristus.

Lawrince lulus dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan ijazah kejuruteraan elektronik. Sepanjang 4 tahun di UNIMAS, dia terlibat secara aktif dalam Campus Life Connection (CLC), satu pelayanan Campus Crusade for Christ (MCCC) di kampus di mana mereka secara aktif berkongsi kasih Kristus dengan para pelajar.

Melalui CLC, dia menyedari bahawa kita tidak boleh menikmati kasih Kristus untuk diri kita sendiri tanpa memberikan peluang kepada orang lain untuk mengetahui dan merasakan kasih dan rancangan Allah untuk mereka. Ini mendorongnya untuk membuat komitmen untuk terus melibatkan diri dalam pelayanan MCCC, dan mencari panggilan khusus Tuhan dalam hidupnya. Rojana lulus dari Universiti Malaysia Sabah dengan ijazah Geografi pada tahun 2017. Ketika dia berada di kampus, dia terlibat secara aktif dengan MCCC melalui persekutuan CLC. Semasa tahun kedua di kampus, seseorang berkongsi Empat Hukum Rohani dengannya. Pada ketika itu juga dia menyedari tentang jaminan penyelamatannya di dalam Kristus. Kemudian melalui pelayanan ini dia terlibat dalam pemuridan dan penginjilan. Pelayanan ini memberi kesan besar kepada kehidupannya terutama sekali dalam hubungannya dengan Tuhan. Ini mengingatkan dia tentang kepentingan untuk berkongsi kasih Allah kepada orang lain, seperti yang dia alami kasihTuhan secara peribadi. Dia juga berhasrat untuk memuridkan pelajar menjadi pengikut Yesus Kristus yang sejati. Dia membuat keputusan untuk melayani Tuhan sepenuh masa dalam MCCC.

Elson, Lawrine dan Rojana adalah beberapa belia dari Sabah & Sarawak yang telah memberikan hidup mereka untuk melayani Tuhan melalui pelayanan Campus Crusade of Christ (MCCC). Anda boleh menjadi "Sikhem" (‘bahu’ dalam Ibrani) mereka dengan mendukung pekerja penuh masa MCCC.

Penabur Benih Sarawak

Bagaimanakah kanak-kanak di pedalaman boleh mendapatkan Alkitab Kanak-Kanak? Sekumpulan orang asal dari Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung memutuskan untuk mengambil cabaran ini dengan menabur benih rohani di kalangan generasi muda. Satu jaringan guru-guru sekolah Kristian juga mula menyemai di kalangan pelajar sekolah rendah, sehingga persekutuan Kristian terbentuk, pembelajaran Alkitab dimulakan, dan nama Tuhan diisytiharkan walaupun di pedalaman Sarawak. Sesetengah guru juga memulakan pertemuan Alkitab mingguan di rumah panjang.

Kami memuji Tuhan untuk RM 16,720 yang disumbangkan oleh pelbagai individu pada tahun 2017 kepada Penabur Benih Sarawak, membolehkan 3,350 Alkitab Kanak-Kanak diedarkan di rumah panjang dan sekolah-sekolah.

Visi Wawasan Penabur

Menabur, menanam dan menyebar bahan sumber Kristian yang terbaik di kalangan umat

Kristian berbahasa Malaysia di Malaysia

Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya,

46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987

Email: [email protected] Laman Web: wawasanpenabur.org

Page 4: Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Penerbitan Buku

Sejumlah buku telah diterbitkan pada tahun 2017, yang paling mengujahkan ialah set lengkap bahan-bahan Sekolah Minggu Lapan Permata.

Eksposisi Khutbah adalah satu lagi sumber yang hebat untuk para pemimpin dan mereka yang mengajar Firman Tuhan. Kami memuji Tuhan kerana dalam 8 tahun pelayanan Wawasan Penabur, kami telah menerbitkan kira-kira 160 tajuk, menjadikan sumber Kristian dalam Bahasa Malaysia tersedia secara meluas dan murah. Alkitab Kanak-Kanak masih diagihkan secara meluas melalui Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab (SAKSA).

Alkitab Edisi Studi terus diedarkan kepada pemimpin gereja, pelajar Sekolah Alkitab dan pemimpin-pemimpin pelajar melalui Inisiatif TITUS 2: 7.

Singa Yehuda Komik Singa Yehuda diterbitkan pada bulan Oktober 2017. Sekelip mata ia sudah diambil oleh pelbagai gereja dan organisasi. Percetakan kedua dilakukan pada Disember 2017. Kami bersyukur kepada Tuhan atas sokongan gereja-gereja yang telah memungkinkan kami memulakan kerja projek komik ini pada April 2017.

Pelatihan

Kami komited untuk melatih lebih ramai guru Sekolah Minggu melalui kerjasama dengan Sun Focus Malaysia. Sejumlah sesi pelatihan Lapan Permata telah dijalankan oleh rakan kongsi kami, Pr. Wong Kim Ting. Pada tahun ini kita telah melihat generasi kedua pelatih yang telah dilatih oleh guru-guru yang mengikuti pelatihan kami terdahulu.

Page 5: Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan ...wawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/11/Berita-Rakan-Penabur... · Ketika dia berjalan keluar untuk membuang sampah,

Going Digital

Untuk membuat sumber lebih mudah dicapai, kami telah mulakan satu laman web baru, Sabda Harian (http://sabdaharian.com) pada bulan Disember di mana ebook, video, bahan pengajaran dan testimoni boleh dimuat turun. Laman web ini belum dilancarkan secara rasmi. Kami memerlukan doa-doa anda kerana ini akan menjadi projek utama kami pada tahun 2018.

“Bersyukurlah kepada TUHAN, sebab Dia baik! Bahawasanya untuk selama-lamanya

kasih setia-Nya.” (Mazmur 118: 1)

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana.

Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang.

Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif

ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan

gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan &

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Badan Penasihat

Badan Pengurus (Penabur)

Rev Danil Raut

Rev Datuk Jerry Dusing

Rev Wong Fong Yang

Lim Heng Seng

Menyumbang untuk projek “Singa Yehuda” bagi

mencetak dan menyebar komik Injil dan Apologetika

kepada pelajar-pelajar dan muda mudi.

Chow Chee Yan

Alfred R. Tais

Roshan Thiran

Randy Singkee