20 Oktober 2017 20 October 2017 P.U. (A) 321 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI EKSPORT) (PINDAAN) 2017 CUSTOMS (PROHIBITION OF EXPORTS) (AMENDMENT) ORDER 2017 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
12
Embed
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - customs.gov.my. (A) 321...20 Oktober 2017 20 October 2017 P.U. (A) 321 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH KASTAM (LARANGAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
20 Oktober 2017 20 October 2017
P.U. (A) 321
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI EKSPORT) (PINDAAN) 2017
CUSTOMS (PROHIBITION OF EXPORTS) (AMENDMENT) ORDER 2017
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 321
2
AKTA KASTAM 1967
PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI EKSPORT) (PINDAAN) 2017
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1)
Akta Kastam 1967 [Akta 235], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kastam
(Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) 2017.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 23 Oktober 2017.
Pindaan perenggan 7
2. Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 [P.U. (A) 102/2017], yang
disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 7, dalam
subperenggan (c), dengan menggantikan perkataan “subbutiran 37(2) dan 37(3)” dengan
perkataan “subbutiran 36(2) dan 36(3)”.
Pindaan Jadual Kedua
3. Jadual Kedua kepada Perintah ibu dipinda—
(a) berhubung dengan butiran 3, dalam ruang (3)—
(i) dengan memasukkan selepas subkepala “1511.90.20 00” subkepala
yang berikut:
“1511.90.31 00,
1511.90.32 00”; dan
(ii) dengan memasukkan selepas subkepala “1511.90.39 00” subkepala
“1511.90.41 00”;
P.U. (A) 321
3
(b) berhubung dengan subbutiran 7(5), dalam ruang (3), dengan menggantikan
subkepala “2703.00 000” dengan subkepala yang berikut:
“2703.00.10 00,
2703.00.20 00”;
(c) berhubung dengan subbutiran 20(14), dalam ruang (3), dengan menggantikan
kepala “30.03” dan “30.04” dengan subkepala yang berikut:
“3003.41.00 10,
3003.41.00 90,
3003.42.00 10,
3003.42.00 90,
3004.41.00 00,
3004.42.00 00”; dan
(d) berhubung dengan butiran 21—
(i) dalam subbutiran (6), dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan
“(C₂HF₃C₁₂)” dengan perkataan “(C₂HF₃CI₂)”;
(ii) dalam subbutiran (12), dalam ruang (2), dengan
menggantikan perkataan “HCFC-133” dengan perkataan
“HCFC-133 Chlorotrifluoroethane (C₂H₂F₃CI)”; dan
(iii) dengan memotong subbutiran (13) dan butir-butir yang berhubungan
dengannya.
P.U. (A) 321
4
Pindaan Jadual Ketiga
4. Jadual Ketiga kepada Perintah ibu dipinda dalam Bahagian I—
(a) berhubung dengan subbutiran 8(1), dalam ruang (3), dengan memotong
subkepala “2103.90.11 00” dan “2103.90.13 00”;
(b) berhubung dengan butiran 29, dalam ruang (3), dengan menggantikan
subkepala “9306.30 100” dengan subkepala “9306.30.11 00”;
(c) berhubung dengan butiran 31—
(i) berhubung dengan perenggan (1)(h), dalam ruang (3), dengan
menggantikan subkepala “2620.19.00 00” dan “7902.00.00 00” dengan
kepala “26.20”;
(ii) berhubung dengan perenggan (2)(c), dalam ruang (3), dengan
menggantikan kepala “38.25” dengan subkepala “3825.20.00 00”;
(iii) berhubung dengan perenggan (3)(u), dalam ruang (2), dengan
menggantikan perkataan “waste” dengan perkataan “wastes”; dan
(iv) berhubung dengan subbutiran (4)—
(A) berhubung dengan perenggan (c), dalam ruang (3), dengan
memotong subkepala “3006.91.00 00” dan “3006.92.10 00”;
(B) berhubung dengan perenggan (d), dalam ruang (3), dengan
menggantikan subkepala “3525.30.10 00” dengan subkepala
“3825.30.10 00”;
P.U. (A) 321
5
(C) berhubung dengan perenggan (i), dalam ruang (3), dengan
memotong kepala “73.10”, “74.19”, “75.05”, “76.12” dan “78.06”,
dan subkepala “7611.00.00 00” dan “7907.00.99 00”; dan
(D) berhubung dengan perenggan (j), dalam ruang (3), dengan