muujmereka warkah seharum cintahidup ini adalah lautan..jika
kita belayar di permukaanya akan temui dengan ribut taufan yang
menggila dan barankali kita boleh karam dan tenggelam..tetapi jika
kita menyelam hingga ke dasarnya maka akan kita temui khazanah
berharga yang tersimpan di perut lautan itu..
kkbi pkp3107
1.0 PengenalanSaya telah menjalankan satu kajian terhadap
seorang pelajar pemulihan di Sekolah Kebangsaan Gual Jedok bagi
mengumpul maklumat, mengenalpasti masalah kemahiran menulis,
strategi bagi membantu masalah berkenaan dan membina bahan
intervensi untuk membantu murid tersebut. Pelajar ini dimasukkan ke
kelas pemulihan kerana beliau gagal dalam menguasaiLINUS. Beliau
telah berada di dalam kelas pemulihan selama 1 tahun 3 bulan. Hal
ini kerana beliau telah dicalonkan oleh guru kelasnya iaitu Puan
Hayati binti Mat iaitu guru kelas 3Bestari sejak dari darjah 2
lagi. Nama beliau adalah Abdul Zulkarnain atau selesa dipanggil
dengan gelaran Abdul.Sekarang Abdul masih belajar di kelas
pemulihan dan masih tidak tahu membaca dan menulis. Masalah beliau
yang utama adalah beliau gagal menguasai kedua-dua kemahiran iaitu
membaca dan menulis.Kajian saya bermula apabila saya menyemak
borang pencalonan adik Abdul semasa dia dimasukkan ke kelas
pemulihan.Abduladalah seorang anakyatim dan ibunya pula adalah guru
di SKGJ.Saya juga menyemak Ujian Diagnostik (UD) Bahasa MelayuAbdul
dansaya dapatiAbdulmenghadapi masalah tidak mengenali huruf. Dia
sering tertukar huruf-huruf yang dibaca danAbdulboleh mengeja suku
kata KV dan perkataan KV+KV tetapi tidak dapat membaca dan menulis
perkataan yang diejanya dengan baik.1.1Laporan Pemerhatian Terhadap
Ciri-Ciri Adik Abdul Dan Masalah Kemahiran MenulisBerdasarkan
pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapat mengelaskan
kriteria-kriteria masalah kesukaran dalam kemahiran menulis yang
ada pada adik Abdul berpandukan kepada cara menulis dan latar
belakang keluarganya.Adik Abdul dilahirkan dalam keluarga yang
sosioekonomi yang rendah. Jadi pada pemerhatian saya, adik Abdul
tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk menulis. Selain
itu, adik Abdul tidak mendapat pendedahan awal mengenai kemahiran
menulis dan membaca. Hal ini kerana, menurut puan Hayati beliau
tidak hadir ke prasekolah atau tadika semasa berumur enam tahun.
Hal ini menyebabkan perkembanganbahasa beliau dalam menguasai
kemahiran menulis agak ketinggalan berbanding murid-murid arus
perdana.Selain itu, melalui pemerhatian saya posisi dan kedudukan
Abdul semasa menulis agak berbeza daripada murid lain. Dia sering
menulis dengan kepalanya di atas meja. Cara dia memegang pensel
juga salah. Hal ini kerana dia memegang pensel dengan menggenggam
pensel dengan menggunakan lima jari.Dari aspek pengamatan pula.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Tiga pengamatan boleh didefinisikan
sebagaikefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Adik Abdul
mempunyai masalah dalam deskriminasi objek. Dia sering tertukar
huruf-huruf dan tidak dapat membezakan huruf-huruf dengan baik.
Sepanjang pemerhatian saya terhadap adik Abdul, saya dapati dia
mengalami masalah pengamatan jenis penglihatan yang mana dia tidak
bolehmengingati sesuatu mengikut susunan benda atauobjek, nombor,
perkataan atau ayat. Buktinya, di dalam satu latihan yang
diberikan, adik Abdul tidak dapat memadankan konsonan di awal
perkataan dengan gambar yang sesuai. Jenis kesukaran yang
disebabkanoleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran
mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk,
masalahpembalikan huruf, keliru dengan bentuk huruf atau angka yang
bentuknya bertentangan ( contoh: n u,p q, 6 9 ).Yang kedua, dari
aspek emosi dan tingkah laku adik Abdul. Dari kaca mata saya,
personaliti adik Abdul boleh dikategorikan sebagai seorang yang
introvert. Menurut Murnford (1986), introvert ialah orang
mempunyaisikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam
interaksi sosial, mereka tidak banyak bercakap dan banyak masanya
ditumpukan mendengarpertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam
kelas, adik Abdul merupakan seorang yang pasif dan tidak suka
berinteraksi bergaul dengan orang lain terutama dengaorang yang
tidak dikenalinya. Kesediaan untuk belajar bagi adik Abdul agak
lewat, jika dibandingkan dengan murid lain. Dan pengajaran diberi
sebelum berlakunya kesediaan. Kesediaan adik Abdul dikesan
menerusikurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta
kefahamannya terhadap sesuatu perkara adalah amat lemah. Misalnya,
adik Abdul sukar memahami arahan yang berbentuk kompleks.Selain itu
adik Abdul sering tidak datang ke sekolah. Mengikut buku daftar
kehadiran murid, adik Abdul Cuma datang 3 harike sekolah iaitu pada
12, 13 dan 15 Ogossahaja sepanjang tempoh seminggu pemerhatian yang
saya lakukan di sekolah. Dia seolah-olah tidak berminat
untukmenghadirkan diri ke sekolah. Semasa waktu rehat pula, saya
dapat perhatikan, adikAbdul sering melepak di belakang bangunan dan
jelas sekali dia tidak suka bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih
gemar bersendiri.1.2 Konsep Menulis,.Kemahiran menulis adalah satu
bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam
kehidupan manusia pada hari ini.Mereka yang menghasilkan penulisan
dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun
demikian, terdapatistilah yang lebih khusus digunakan mengikut
jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis,
jurnalis, penyair, penterjemah dan sebagainya.Perkataan menulis
merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan
kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan
perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai
huruf. Menulis merujuk kepada aktivitimenzahirkanapa-apayang ada
dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teksyang dapat
dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk
kepada penghasilan makna dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh
itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa
lisan memandangkan terdapat ciriyang tidak sama antara
kedua-duanya.Konsepmenulis di sekolah merujuk kepada keupayaan
muridmenulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan
gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan
satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem
tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti
melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti
pita audio.1.3Definisi kemahiran menulisTulisan ialah
lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafikbagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj.
Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi
yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.Kemahiran menulis
merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam
ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan
terhadap penggunaan ayatyang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kemahiranmenulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran
seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk
menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat
menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi.Menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum,kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisanyang jelas
dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan
memberikan reaksi pada suatu perkara dengan menggunakan perantaraan
bahasa. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan
memberikan reaksi pada suatu perkara,hal dengan menggunakan
perantaraan bahasa.MenurutYahya Othman, kemahiran menulis adalah
penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem dan ia
mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience
dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan
kehidupan secara lebih menyeluruh.MenurutDon Byrne,menulis
memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,
proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu
menterjemahkan kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di
fahami.
MenurutKoh Boh Boon, menulis merupakan satu aspek yang penting.
Sebahagian besar kegiatan belajar memerlukan kecekapan merakamkan
pengetahuan secara bertulis.Penulisan merupakan kemahiran
melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan
logik..MenurutIshak Haron,beliau berpendapat, penulisan berkaitan
keupayaan intelek dan mental penulis dalam menggarap idea.
Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah kemahiran
penulisan secara mekanis.1.4Peranan Tulisan Peranan tulisan adalah
untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu
dapatmelahirkan idea,fikiran serta perasaan dengan baik,pantas dan
cekap.Seterusnya,untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf
menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam
kelompok masyarakat.Ketiga,untukmembolehkan kanak-kanak
berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan
pengetahuan, perhubungan sertamatlamat hidup.Keempat,untuk
menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana
membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama
keperluan hidup masakini.Kelima,untukmenghasilkan bentuk-bentuk
penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain
bentukpuisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri,
bahkan juga seluruh insan umumnya.Ada dua jenis kemahiran yang
perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran
pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah
kemahiran untuk pelahiran. MenurutMarohaini Yusoff (1999),kemahiran
menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya
murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca
manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah
kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk
pelahiran banyak melibatkan mental.Rajah 1 : Peringkat Kemahiran
Menulis1.5 Peringkat Pengajaran Kemahiran
MenulisPeringkatpengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu
peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas
(peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran.
Peringkatpramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf
dengan kemas dan betul.Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot,
tangan dan jari sertakoordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan
pramenulis,mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan
melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis
untuk pelahiran.Pra TulisanPra tulisan merupakan satu peringkat
yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah
melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat.Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka
dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.Peringkat contengan ini perkembangan
dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan
terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.
Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara
berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari
melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam,
menampal, menguli tepung dan lain-lain. Menguasai gerak tangan
bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya
boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Melakukan latihan-latihan
pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata
dan tangan.Tulisan MekanisSetelah kanak-kanak melalui proses pra
tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel
serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan
peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis
murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas
kosong tanpa garisan.Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah
latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan
yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau
sempit.Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan
dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel. Meneliti, mengenal,
menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mendapat kesedaran
tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.Tulisan KreatifPeringkat ini
merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkatini
kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi
di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk : Membina
ayat. Mengarang cerita. Mengarang pantun, sajak, teka-teki Menulis
surat kiriman. Lain-lain yang berkaitan.1.6 Masalah Tulisan Dalam
Kalangan Murid PemulihanPerkataan ditulis terlalu rapat di antara
satu dengan lain.Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.Tiada
keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara
perkataan dengan perkataanBentuk-bentuk huruf yang tidak jelas /
tepat / betulMenulis tanpa mengikut garisan-garisan yang
ditentukan,Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.Masalah
pembalikan huruf atau perkataan.Huruf-huruf tidak ditulis mengikut
posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.Menulis dengan meninggalkan
huruf, perkataan atau imbuhan.Menulis melampaui garisan ruang muka
surat yang ditentukan.Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara
bertindih.Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.Menulis mengikut
arah dari kanan ke kiri.Menulis huruf atau perkataan mengikut
urutan yang salah.Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib
yang betul.1.7Strategi dan cara Pemulihan Masalah Tulisan
danLatihan-Latihan Pratulisan.MenurutChua Tee Tee
(1992),jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di
sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitutulisan huruf cap dan
tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan
iaitulebih mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan
kepenatan fizikal dan penglihatan, mudah dituliskan dan memudah
kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung
pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifatkeindividualan
dalam menulis mudah dilihat.Ee Ah Meng (1990),
menyatakanJenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan
adalah keseragaman, persambungan, irama dan pergerakan yang tetap.
Dalam keseragaman, pergerakan tulisan biarlah sama. Galakkan murid
membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Bagi
persambungan, perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan
dipisah-pisahkan di antara satu sama lain.Melalui irama,
perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan
bukan berasingan. Oleh itu,ia akan menampakkan satu irama yang sama
apabila ditulis dengan banyak. Jenis kemahiran yang terakhir ialah
pergerakan yang tetap. Pergerakan tulisan haruslah tetap, tidak ke
atas atau ke bawah atau kelihatan lintang pukang. Apabila seseorang
penulis menjadi matang dia akan menggunakan lengan untuk
pergerakkan menulis. Semua kemahiran-kemahiran tersebut amat
penting dalam kemahiran menulis.Kanak-kanak membuat contengan di
atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka
dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan
dari membuat contengan bebas hingga keperingkatcontengan terkawal.
Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan
latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat
pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut
:Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui
aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal,
menguli tepung dan lain-lainMenguasai gerak tangan bebas, cara
memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainyasupayaboleh menulis
dengan sempurna dan selesa.Melakukan latihan-latihan pergerakan
mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.Melakukan
latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.Pergerakan
tangan dan jariMurid disuruh memegang pensil dengan semua
jarimengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahusupaya
membayangkan bahawa merekasedang mengacau kuih. Mereka patut
mengacau dari kanan kekiri dalam besen yang bulat, dan seluruh
anggotatangan harus dihayun bukan setakat tapak tangan sahaja.
Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid
ditunjukkan bagaimana tiga jari harusberada di sebelah belakang
pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari
telunjuk.Murid disuruh menggerakkanpensil naik dan turun dengan
menggunakan ibu jari dan jaritelunjuk, sambil membiarkan tiga jari
yang lain berada di keadaan senang dan selesa. Kemudian, murid
disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata
pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukanini. Setelah
itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,
jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah
iaitu jari hantu di kedudukanyang betul.Memegang alat tulis
pelbagai jenis dan saizPosisikan pensil pada lekukanjari tengah dan
diantara jari telunjuk dan ibu jari. Gunakan Ibu jari dan telunjuk
untuk menggenggam pensil. Pastikan posisi genggaman pensil benar
saat menorehkan pensilnya diatas kertas. untuk mengajar murid
memegang pensil dengan tepat . Perhatikanposisitubuh
kanak-kanaktegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat
membantunyamenggenggam pensil dengan betul.Cara-cara mengatasi
masalah tulisan adalah seperti berikut : Memberi latihan dan
pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan
mendirikan asas. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta
contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan
murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru
adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan
dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh
murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad
tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan
dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan
bantuan individu.Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika
sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk
menggunakan getah pemadam.1.8Tujuan Kemahiran MenulisGerak kerja
dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar melahirkanfikiran, perasaan dan membolehkan
mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea,
hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan
dengan jelas dan berkesan.Kemahiran menulis juga bertujuan
membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk
karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka
jugaberupaya mengembangkan dayacipta pemikiran dan keyakinan diri
untuk menulis pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan
menarik. Beberapa fungsikemahiran menulis yang perlu dicapai ialah
:Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak
menulis dengan baik, cekap dan pantas.Membolehkan kanak-kanak
mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul
dan dapat difahami oleh pembaca.Membolehkan kanak-kanak mengulang
kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang telah
dicatat dan membaca buku-buku tambahan untuk menambah ilmu
pengetahuan.Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan
fikirandanperasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.Menyuburkan
minat suka menulis atau mengarang .Meluaskan pengetahuan dalam
perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan
tulisan.Menyediakankanak-kanak untuk menghadapi
peperiksaanMelahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis
(mata,tangan dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.Secara
umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada
ciri-ciri komunkasi, iaitu :EkspresifPenulis menulisuntuktujuan
melahirkan perasaan, idea, hujah dansebagainya. Tujuan menulis
seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana ia
hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis
semata-mata. Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak,
novel, komentar dan penulisan bebas.PemujukanMenulis untuktujuan
berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk memberikan kesan perasaan
dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh ditulis
dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta
emosi pembaca.InformatifMenulis untuk tujuan informatifmerujuk
kepada penulisan yang bersifat eksternal, iaitu untuk memberikan
maklumat kepada pembaca.KesusasteraanMenulis untuktujuan
kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu gayabahasa
penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan,
termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan
karangan. Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan
kesusasteraan.Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih
daripada sesuatu tujuan. Sebagai contoh, pengkarya menulis puisi
untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca, menzahirkan
perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif.Tujuan menulis
atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah
untuk menguji kefahaman muridmengenai tajuk karangan. Selanjutnya,
menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat
pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea murid.
Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan
murid. Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata
dan tatabahasa murid. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid
untuk menerokai penulisan bahasa.1.9 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid PemulihanMasalah tulisan
mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia
adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain
dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:1.Aspek
fizikal,2.Aspek pembelajaran,3.Aspek pengamatan.Punca masalah
tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak,
kecacatan anggota, kesihatanyang sering terganggu, keadaan fizikal
rumah yang kurang merangsanguntukbelajar, keadaantempat belajar
yangtidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga
serta guru.Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang
pengalaman dalam menggunakanalat tulis dari masa pra sekolah hingga
ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika
peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan
koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru
tidak sejajar dengan perkembangan muridterutama pada peringkat pra
menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam
tulisan; tulisan guru kurangelok untuk dicontohi murid.Punca
masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan
dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:(1) Pengamatan dan masalah
pendengaran(2) Pengamatan dan masalah penglihatan(3) Kesukaran
memahami konsep(4) Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.Masalah
utama yang berpunca daripadapengamatan pendengaran adalah kelemahan
dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dand. Masalah ini
bukan disebabkanoleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain
itu,masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh
menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang
disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran adalah:a.
Pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendahb. Pekak
perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggic. Pekak konduktif
dan perseptif masalah bercampur adukd.Pekak rekrutmen mendengar
bunyi yang kuat sahajae. Secretory otitis Media masalah pendengaran
yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaranPengamatan dan
masalah penglihatanJenis kesukaran yang disebabkanoleh pengamatan
penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang
mempunyai ciri-ciri persamaan bentuk, masalahpembalikan huruf,
keliru dengan bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan (
contoh: n u,p q, 6 9 ). Manakalamasalah penglihatan pula
menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisanyang kurang jelas
terutamanya mereka yang mengalami rabun jauh. Antaramasalah
penglihatan adalah seperti:a.Hypermetrophia atau rabun jauhb.Myopi
atau rabun dekatc.Astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek
dengan jelasd.Strabismus, iaitu melihat dengan sebelah
mata,dane.JulingKesukaran memahami kosep.Masalah yangdihadapiadalah
seperti keliru denganhuruf besar dan huruf kecil sehingga
mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan
keliru dengan bentuk abjad atau nomborbercetak dengan
tulisantangan.Kesukarandalam koordinasi mata-tangan.Masalah yang
berpunca daripada koordinasi mata-tanganadalah sepertitidak dapat
menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang
pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau
memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran
menentukankedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan
buku terlalujauh tangan akan meregang, manakala jika bukuterlalu
dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang
ketika menulis.2.0Instrumen yang digunakan bagi melakukan diagnosis
terhadap masalah kemahiran menulisAbdul Zulkarnain.Penggunaan
pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian daripada proses
triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan
meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji (Ee Ah Meng,
1990)Contohnya adalah pemerhatian (video-tapping), nota guru dan
komen, kerja pelajar, refleksi pelajar dan kerja pelajar, jurnal
pelajar, ujian, tinjauan soal selidik, temuduga (audio
tape).PemerhatianAktiviti pemerhatian dilakukan bagi mengenalpasti
masalah yang dialami oleh murid tersebut dari aspek kemahiran
menulis. Saya telah membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri Abdul.
Tambahan pula saya juga turut membuat pemerhatian terhadap cara
Abdul memegang pensel dan menyalin tulisan guru di dalam kelas.
Selain itu, saya juga turut melihat rekod kerja hasil penulisan
Abdul di dalam buku latihannya.Temubual / soal selidikEe Ah Meng
(1990),menyatakan bahawa terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu
temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka.Koh Boh
Boon (1992),juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu
temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual
tidak berstruktur.Temubual dan soal selidik dijalankan secara tidak
formal sahaja supaya murid tidak berasa tertekan untuk menjawab
soalan yang dikemukakan semasa temubual dan soal selidik
dijalankan. Temubual dan soal selidik telah dijalankan bagi
mendapatkan data-data yang meliputi maklumat latar belakang murid
dan perkembangan diri murid dari semasa ke semasa. Untuk menyiapkan
tugasan ini, saya menjalankan temubual bersama guru LINUS dan guru
pemulihan di sekolah ini. Saya juga semapat bertanya secara tidak
lansung kepada guru kelas Abdul tentang prestasinya dan sikapnya di
dalam kelas.Senarai semakSenarai semak digunakan untuk
mengenalpasti dimana kelemahan murid dalam kemahiran menulis.
Senarai semak ini telah dibuat secara berperingkat mengikut
peringkat yang telah dilaksanakan. Saya telah menyediakan satu
senarai semak komponen kemahiran menulis sebelum ke sekolah
kebangsaan Gual Jedok. Senarai semak ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana tahap penguasaan adik Abdul di dalam kemahiran menulis.
Senarai semak ini saya letakkan di bahagian
lampiran.BahanPenggunaan bahan amat penting dalam mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dari aspek
kemahiran menulis. Saya menggunakan dua jenia bahan iaitu lembaran
kerja dan juga alat bantu mengajar berbantukan komputer. Saya
menggunakan perisian power point dan memasukkan suara dan animasi
yang bergerak dan boleh menarik minat adik Abdul untuk belajar dan
menguasai kemahiran menulis.2.1Masalah Kemahiran Menulis Yang
Dihadapi Oleh Abdul ZulkarnainRajah 2 : Masalah kemahiran menulisa)
Guru membaca perkataan dan murid tulis.Berikut ialah perkataan yang
dibaca oleh guru supaya Abdul mengeja dan menulis di atas sehelai
kertas .BilPerkataan1.Ali - itu2.Cuka - baru3.Kalau - hantu4.Talam
- simpan5.Kemarau - halauPerkataan tersebut berdasarkan penggunaan
vokal suku kata terbuka, tertutup, kemahiran dari aras mudah ke
aras sukar . Keputusannya, Abdul amat sukar menulis dengan betul
perkataan-perkataan itu terutamanya perkataan yang mengandungi
gabungangabungan 2 atau 3 suku kata. Dia keliru menggunakan huruf b
ditulis huruf d , huruf m pula dituis huruf n,huruf I kecil ditulis
dengan huruf besar dan huruf l kecil ditulis dengan huruf L
besar.Tulisannya pula kurang memuaskan iaitu boleh dibaca tetapi
berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Abdul menghadapi masalah yang
teruk dalam membaca dan menulis .PerkataanKesalahan
Kemarau dan halausukar menullis dengan betul perkataan-perkataan
itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungangabungan 2 atau
3 suku kata.
Baru ditulis daruSimpan ditulis sinpanTalam ditulis taLamdan
Kalau ditulis kaLaukeliru menggunakan hurufb ditulis huruf d ,huruf
m pula ditulis huruf nhuruf l kecil ditulis dengan huruf L
besar.
Menulis di atas kertas yang tiada garisan, tulisan Abdul naik
dari bawah ke atas.Tulisannya berbagai bentuk saiz
Jadual 1: Kesalahan dalam penulisan adik AbdulBerdasarkan
daripada keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang
telah dijalankan pada 12 Januari 2011 , Abdul telah berjaya
menjawab hampir semua soalan tetapi masih tidak mahir dalam
menulis. Rekod kemajuannya, dia mendapat 22 markah daripada 66
markah keseluruhan. Manakala menurut guru pelajaran Bahasa Melayu,
Puan Hayati , markah keputusan Ujian Formatif Bahasa Melayu, Abdul
adalah yang terendah di dalam kelasnya . Dari keputusan yang
diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Abdul adalah lemah namun
telah banyak peningkatan dalam aspek perkembangan bahasa. Namun
begitu, dia masih mempunyai asas yang lemah dalam mengusai
kemahiran berbahasa.b) Guru memberikan teks dan murid
menyalinContoh teks suku kataCatatan(kesalahan menyalin teks)
Ini lori-
Ini lori bapaBapa ditulis dapa
Lori bapa biruBapa ditulis baba
Bapa baru beli loriBeli ditulis deli
Saya suka lori bapa-
Bapa bawa lori bajaBaja ditulis baju
Jadual 2: Contoh Teks Suku Kata Yang Telah disalinOleh Abdulc )
Guru menyuruh murid menulis karangan bertajuk sayaSetelah menyemak
karangan yang telah dibuat oleh adik Abdul diatidak menggunakan
bahasa yang betul dalam penulisan kerana dipengaruhi oleh dialek
Kelantan dan kurang mengenali dan menggunakan tanda baca kecuali
noktah. Berikut adalah beberapa perkataan dalam bahasa Kelantan
yang telah ditulis di dalam karangan Abdul.Ayat yang telah
ditulisKesalahan
Saya suka make coklat.Make dalam bahasa Kelantan bermaksud
makan
Umur saya 9 tahun 2 bule.Bule dalam dialek Kelantan bermaksud
bulan
Saya duk di kapung lawang.Duk dalam dialek Kelantan bermaksud
tinggalKapung dalam dialek Kelantan bermaksud kampung.
Jadual 3 : Kesalahan penggunaan bahasa Kelantan dalam karangan
AbdulAyat yang telah ditulisKesalahan tatabahasa
Umur saya 9 tahun 2 bule !Penggunaan tanda seru
Saya duk, di kapung lawangPenggunaan tanda koma
Jadual 4 : Kesalahan penggunaan tatabahasa Kelantan dalam
karangan Abdul2.2 Strategi bagi mengatasi masalah kemahiran menulis
mengenal dan menulis abjadBagi mencapai objektif ini, saya telah
merancang satu program bimbingan individu dalam tempoh saya
menjalaniPengalaman berasaskan sekolah di SKGJ dengan bantuan guru
pemulihan sekolah tersebut iaitu Puan Hayati. Saya memperuntukkan
masa selama tiga jam dalam setiap sesi untuk pelaksanaan program
bimbingan ini. Ini bertujuan untuk memberi peluang agar Abdul dapat
menumpukan perhatian dan belajar asas-asas untuk mengenal abjad.
Program ini diadakan dalam bilik pemulihan khas dan dijalankan
secara individu dan murid-murid pemulihan laintidak terlibat. Guru
besar juga turut memberi kebenaran kepada saya untuk bersama Abdul
sehingga tugasan saya selesai. Secara umumnya, aktiviti yang saya
laksanakan terbahagi kepada tiga fasa :Fasa pertama (kemahiran
pramenulis)Aktiviti Koordinasi Mata dan Tangan / Aktiviti
pergerakan Tangan dan MataMembentuk benda daripada plastisin, tanah
liat atau bubur kertas dan lain-lain.Bahan: Plastisin, tanah liat,
dan bubur kertas.Aktiviti Guru/Murid:1. Buat satu atau dua benda
daripada bahan yang diberi sebagai contoh.2. Berikan bahan kepada
murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.
Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.Aktiviti Pergerakan
Tangan dan MataMelakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari
kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk
huruf.Bahan:Lembaran kerja, benda maujud (cawan, air), kertas
pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan
garisan putus-putus.Aktiviti Murid:Murid memegang cawan plastik
yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan
tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan .Aktiviti seterusnya adalah seperti di
bawahMelukis semula gambar yang diberi.Melukis huruf-huruf di
awan.Menyambung titik-titik.Fasa kedua ( peringkat
mekanis)1.Memperkenalkan abjad kecil dan besar seperti di bawah dan
mengulanginya :Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq
Rr Ss Tt Uu Vv WwXx YyZz.Aktiviti awal adalah tertumpu kepada
menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas
petak dan kertas garis tiga.1.Pada peringkat ini saya menekankan
cara memegang pensel yang betul iaitu posisikan pensil pada
lekukanjari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari. Gunakan
Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil. Pastikan posisi
genggaman pensil betul saat menorehkan pensil diatas kertas. Saya
juga memastikan posisitubuh Abdultegak tetapi tidak kaku saat
menulis. Hal ini dapat membantunyamenggenggam pensil dengan
betul.2.Abdul menulis abjad yang betul seperti yang ditunjukkan
pada rajah 3 dan 4 yang terdiri daripada abjad dan arahan
pergerakan berikut.A: tarik, tarik, tolakB: tarik, separuh bulat,
separuh bulatC: separuh bulatRajah 3 : Mengajar cara penulisan
huruf besar yang betul
Rajah 4 : Mengajar cara penulisan huruf kecilyang betul3. Isi
tempat kosong dengan suku kata yang betul berdasarkan gambar.4.
Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul.5. Salin semula
ayat ringkas yang diberi oleh guru.Fasa ketiga (peringkat
pelahiran)Di fasa ketiga saya telah membuat persembahan power point
dan menggunakan kaedah pelbagai deria VAKT.Kaedah VAKT adalah
kaedahyang mengunakan kaedah VAKT (visual, auditori, kinestatik,
tektil)Antara langkah-langkah yangsaya gunakan untuk adik Abdul
belajar huruf melalui kaedah VAKt, murid perlu :1.Melihat
huruf(visual )2.Mendengar guru menyebut huruf (Audio)3.Menyebut
huruf (Audio)4.Mendengar huruf yang disebutdengan perkataan dan
bunyi (Audio)5.Merasa pergerakan ototsemasa membuatsurihan
(Kinestatik)6.Merasa permukaan huruf dgn hujung jari
(Tektil)7.Melihat pergerakan tangan membuat huruf-huruf dengan
menggunakan tali (visual)Antara aktiviti yang terkandung dalam
persembahan power point tersebut adalah :1. Mengisi tempatkosong
dalam karanganyang disediakan.2. Lengkapkan cerita di bawah,
kemudian tulis semula dalam bentuk perenggan3. Membaca cerita.2.3
Kelebihan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dan Kaedah Pelbagai Deria
Dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Bagi Adik Abdul.Semasa
menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini, adikAbdul yang pada
kebiasaannya malas dan tidak berminat untuk belajar menjadi tekun
untuk belajar. Saya berasa sangat seronok dan saya berpendapat jika
guru pemulihan dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran
mereka, pastinya minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan
belajar akan meningkat.Selain itu, alat bantu mengajar juga
memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula
dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru
menyediakan alat bantu mengajar atau media yang paling berkesan
supaya objektif pengajaran tercapai (Yahya Othman ,2005).Bahan
bantu mengajaryang saya gunakan di dalam tugasan initerbahagi
kepada dua, iaitu bahan elektronik dan bukan elektronik. Antara
bahan bantu mengajar yang digunakan olehadalah komputer,LCD
projector,powerpointdan kertas lembaran kerja. Saya sangat gembira
kerana berpeluang untuk membuat dan membina sendiri bahan bantu
mengajar dalam tugasan ini. Saya telah menyediakan interaktif power
point, dimana murid hanya perlu klik pada pautan yang telah
disediakan untuk mendengar lagu dan melihat teks bacaan.
pantun.Namun, saya rasa sedih kerana masa yang tidak mencukupi.
Hanya empat hari sahaja bersama Abdul dan saya tidak dapat
membantunya untuk menguasai kemahiran menulis sehingga mahir.
Tetapi, Puan Hayati memberitahu beliau akan sentiasamembuat latih
tubi kepada adik Abdul memandangkan kekangan masa yang hanya
seminggu yang saya gunakan untuk melaksanakan intervensi kepada
adik Abdul tidak mencukupi. Saya sanyat berterima kasih kepada puan
Hayati, kerana bagi saya latih tubi perlu dilaksanakan bagi
meningkatkan daya ingatan Abdul dan membantu Abdul menguasai
kemahiran menulis dengan baik.Tambahan pula, mengenalpasti
persekitaran pembelajaran dan memahami bagaimana pelajar belajar
akan membantu guru untuk memudahkan pembelajaran dan merancang
kurikulum yang dapat mencapai hasil pembelajaran (Salhah Abdullah ,
2009).Faktor yang perlu ditekankan adalah bagaimana pelajar belajar
dan minat mereka. Seperti yang dikatakan oleh Che Zanariah Che
Hassan & Fadzilah Abd Rahman ( 2011), mengetahui bagaimana
pelajar belajar merupakan aspek pedagogi yang penting dan membantu
bukan sahaja memperbaiki kemahiran pembelajaran pelajar tetapi juga
memperbaiki pengajaran guru. Justeru, pendekatan pembelajaran perlu
dipertimbangkandalam reka bentuk kurikulum serta sistem penilaian
yang diaplikasikan untuk mata pelajaran bahasa melayu.
Sebaik-baiknya, perlaksanaan kurikulum adalah selaras dengan
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pembelajaran pelajar yang
dapat memberi hasil pembelajaran yang cemerlang.Menurut puan Hayati
selaku guru pembimbing saya, terdapat banyak kebaikan yang dapat
diperolehi dalam menggunakan kaedah VAK dalam pengajaran dan
pembelajaran terhadap adik Abdul antaranyaadalahmeningkatkan
tumpuan Abdul terhadap tugasan menulis,meningkatkan kesedaran
kendiri,memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi,meningkatkan
manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan, meningkatkan
daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran, membina tingkah laku
positif,membina keseronokan danmembantu adik Abdul memahami dan
mengingati huruf dan dapat membezakan huruf-huruf.Secara
keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKP3108ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih
mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat
saya untuk menjadi seorang guru pemulihan yang berkualiti bagi
membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Namun, tidak saya nafikan bahawa saya telah
melalui pelbagai masalah semasa menyediakan kerja kursus ini,
namunsyukurlah, segalanya berjaya dilakukan dengan baik. Jutaan
terima kasih saya ucapkan kepadaDr. Rozana dan guru pemulihan SKGJ
yang tidak jemu membantu, mendidik dan mengajarsayaserta semua
sahabat-sahabat yang sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan
kerja kursus pendek ini.OLL