Top Banner
Tajuk Tugasan: ISU WANITA MALAM” PENGENALAN Pelacuran merupakan permasalahan sejagat yang berlaku hampir di kesemua negara di dunia. Kegiatan ini merupakan kegiatan tertua di dunia dan lazimnya dimonopoli oleh wanita. Di Malaysia,pelacuran adalah haram tetapi sesetengah negara membenarkan pekerjaan pelacuran dijalankan. Seksyen 19(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73 1 menyatakan bahawa seseorang yang hidup atas hasil pelacuran boleh dikenakan penjara tidak lebih dari 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya sekali. Pada awalnya ia mula dikesan di Singapura, namun kemudiannya merebak ke Tanah Melayu. Kebanyakan wanita- wanita ini diimport dari negara-negara seperti China, Indonesia, Filipina, India, Thailand dan Myammar yang dibawa secara sah ataupun haram. Sebagai bukti, terdapat hasil catatan pengembara dan tulisan tempatan. Bukan itu sahaja, hal ini juga terbukti apabila adanya tangkapan-tangkapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri dan rekod penyakit kelamin serta undang-undang pencegahan (Haryati Hassan, 1998). Contohnya negeri Kelantan yang mana kegiatan pelacuran ini mula dikesan pada awal abad ke sembilan belas sebelum perang dunia kedua (Haryati Hassan, 1998). 1 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/397-kegiatan-maksiat-yang- diperkatakan-dan-dilakukan-oleh-wanita-dan-gadis.html
21

Wanita Malam

Apr 07, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Wanita Malam

Tajuk Tugasan:

“ISU WANITA MALAM”

PENGENALAN

Pelacuran merupakan permasalahan sejagat yang berlaku hampir

di kesemua negara di dunia. Kegiatan ini merupakan kegiatan

tertua di dunia dan lazimnya dimonopoli oleh wanita. Di

Malaysia,pelacuran adalah haram tetapi sesetengah negara

membenarkan pekerjaan pelacuran dijalankan. Seksyen 19(1) Akta

Perlindungan Wanita dan Gadis 106/731 menyatakan bahawa seseorang

yang hidup atas hasil pelacuran boleh dikenakan penjara tidak

lebih dari 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau

kedua-duanya sekali. Pada awalnya ia mula dikesan di Singapura,

namun kemudiannya merebak ke Tanah Melayu. Kebanyakan wanita-

wanita ini diimport dari negara-negara seperti China, Indonesia,

Filipina, India, Thailand dan Myammar yang dibawa secara sah

ataupun haram. Sebagai bukti, terdapat hasil catatan pengembara

dan tulisan tempatan. Bukan itu sahaja, hal ini juga terbukti

apabila adanya tangkapan-tangkapan yang dibuat oleh Majlis Agama

Islam Negeri dan rekod penyakit kelamin serta undang-undang

pencegahan (Haryati Hassan, 1998). Contohnya negeri Kelantan yang

mana kegiatan pelacuran ini mula dikesan pada awal abad ke

sembilan belas sebelum perang dunia kedua (Haryati Hassan, 1998).

1 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/397-kegiatan-maksiat-yang-diperkatakan-dan-dilakukan-oleh-wanita-dan-gadis.html

Page 2: Wanita Malam

Pada masa dahulu kebanyakan kegiatan pelacuran wujud

disebabkan oleh keinginan batiniah golongan-golongan atasan

seperti golongan diraja, golongan pembesar-pembesar dan juga

golongan bangsawan. Secara umumnya wanita yang terlibat dalam

pelacuran pada ketika itu terdiri daripada golongan hamba abdi,

gundik, orang gaji, pengikut perempuan raja atau pembesar melayu

(Haryati Hassan, 1998). Namun pada alaf baru ini iaitu abad kedua

puluh, keadaan adalah berbeza. Hal ini kerana wanita melayu di

alam pelacuran tidak lagi diperlukan khidmatnya oleh golongan

atasan semata-mata kerana perkhidmatannya kini adalah lebih

bersifat komersil yang mana sesiapa sahaja boleh melangganinya

namun akan dikenakan bayaran yang dipersetujui secara bersama.

Masalah pelacuran dilihat sebagai soal permintaan dan

penawaran. Hal ini boleh mengakibatkan kerosakan dalam bidang

ekonomi, kesihatan dan juga moral. Walau bagaimanapun, pelacuran

mendapat tentangan yang hebat dalam masyarakat kerana kelakuannya

yang tidak bermoral dan bertentangan dengan ajaran agama Islam

yang melarang penzinaan seperti dalam surah Al-Isra’ ayat 32:

“Dan jangan kamu sekali-kali mendekati penzinaan, sesungguhnya zina itu

merupakan satu perbuatan keji, tidak sopan, dan jalan yang paling buruk” (Al-

Quran, halaman:285)

Perdagangan wanita merupakan sektor perdagangan yang kini

berkembang pesat, dikendalikan oleh jaringan global yang tersusun

serta bersindiket, dengan menggunakan kelengkapan teknologi yang

canggih serta dilindungi oleh pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab. Perdagangan wanita juga dijadikan sebagai

Page 3: Wanita Malam

tarikan pelancong luar negara, yang mana menjadikan ianya satu

perniagaan yang lumayan untuk diceburi. Menurut satu kajian oleh

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula, perniagaan haram ini mampu

meraih keuntungan tinggi dengan anggaran keuntungan mencecah

berbilion dollar. Aktiviti perdagangan wanita ini juga semakin

berleluasa disebabkan oleh nafsu materialistik, nafsu wang dan

nafsu seks yang mengatasi kewarasan akal manusia. Di mana,

kebiasaannya wanita-wanita yang diperdagangkan dipaksa atau

ditipu sehingga menjadi pekerja seks. Satu kajian telah

mencatatkan bahawa terkini hampir 300,000 wanita melibatkan diri

dalam pelacuran di Malaysia. Sebuah kelab yang menjalankan

aktiviti tidak halal ini pula mampu mendapat hasil sehingga

sebanyak hampir RM500,000 semalam. Rakyat perlu didedahkan

tentang kepesatan isu perdagangan wanita dengan segala

implikasinya. Mereka yang bertanggungjawab memakmurkan

perdagangan ini pula mesti dibawa ke muka pengadilan. Walau

bagaimanapun penguatkuasaan untuk membanteras gejala ini pula

tidak efektif seperti yang diharapkan disebabkan oleh amalan

rasuah yang menular di kalangan mereka yang diamanahkan untuk

membasmi gejala perdagangan ini. Perdagangan wanita akan memberi

kesan yang sangat membimbangkan dari sudut kesihatan dan

kesejahteraan rakyat. Ia membawa risiko penyakit jantina dan

HIV/AIDS yang boleh merebak dengan begitu pantas di kalangan

masyarakat. Tentu sekali keadaan ini membawa kesan negatif kepada

keharmonian kehidupan individu, keluarga amnya dan seterusnya

kepada seluruh masyarakat Malaysia. Hakikatnya keadaan ini

Page 4: Wanita Malam

membawa kesan yang buruk terhadap pembinaan generasi masa depan

negara. Ketiadaan undang-undang yang boleh mendakwa mereka yang

melakukan jenayah ini menambahkan lagi masalah di dalam

membenteras gejala ini, di mana undang-undang yang termaktub di

Malaysia tidak mendiskriminasikan di antara pendatang haram

(mereka yang masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah) dan

mereka yang terpedaya atau dipaksa datang untuk memakmurkan

industri yang berkaitan.

Amalan rasuah yang berleluasa di kalangan ahli penguatkuasa

merupakan faktor penting di dalam memakmurkan lagi aktiviti

perdagangan wanita dan membenteras amalan rasuah pula merupakan

satu agenda yang wajib dilakukan demi membebaskan wanita dan

negara dari belenggu masalah ini. Wanita-wanita yang menjadi

mangsa dan terjebak ke kancah perdagangan ini perlu diberi

perlindungan dan bantuan serta kaunseling yang sewajarnya.

Biasanya, kegiatan ini dilakukan pada waktu malam bagi

mengelakkan diri daripada mudah dikesan oleh pihak-pihak yang

berkuasa. Kegiatan pelacuran ini terbahagi kepada dua bahagian

iaitu pelacuran sukarela dan juga pelacuran paksaan. Mereka ini

turut dikenali sebagai wanita malam. Istilah-istilah lain turut

diberikan kepada wanita malam. Antaranya oleh Abdullah Munshi

iaitu seperti pelacur, wanita jalang, wanita kaki lima, perempuan

sundal dan perempuan jahat. Pada masa kini istilah GRO (Girl

Relationship Officer) majoritinya memperdagangkan tubuh badan

mereka bagi memperoleh wang dengan cepat dan mudah. Mereka ini

lazimnya bekerja di kelab-kelab malam, kelab dangdut, rumah-rumah

Page 5: Wanita Malam

urut, kelab-kelab yang ekslusif dan ternama dan yang terbaru di

restoran-restoran yang menawarkan perkhidmatan seks.

Permintaan pelacur di Malaysia boleh dikatakan agak tinggi

terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,

Pulau Pinang dan Ipoh. Di ibu negara, lokasi-lokasi seperti di

Jalan Hicks, Jalan Alor, Jalan Bukit Bintang, Jalan Thambipillay

di Brickfields dan di kawasan di Lorong Hj Taib memang agak

terkenal dengan aktiviti pelacuran. Bagi pelacuran bertaraf

"kelas tinggi", lokasi-lokasi seperti di Jalan Horley dan Jalan

Imbi menjadi tumpuan terutama bagi mereka yang berduit atau mahu

mencuba "produk-produk" dari Uzbekistan atau wajah-wajah ala mat

saleh. Antara kawasan-kawasan lain yang biasanya menjadi tumpuan

wanita malam untuk menjalankan perniagaan haram mereka iaitu

dagangan seks adalah seperti Jalan Chow Kit (Kuala Lumpur), Jalan

Kampung Tiong (Kuala Terengganu), sekitar Bangsar (Kuala Lumpur),

Bandar Kota Bharu (Kelantan) dan beberapa kawasan lagi.

Wanita-wanita malam ini melakukan aktiviti dagangan seks

secara persendirian ataupun berada di bawah pengendalian seorang

ketua. Ketua ini biasanya dikenali sebagai bapa ayam bagi ketua

lelaki dan ibu ayam bagi ketua wanita. Manakala aktiviti dagangan

seks secara persendirian biasanya dilakukan oleh pelacur bebas

atau jalanan yang biasanya menjadikan kegiatan ini sebagai

“partime job” mereka di masa lapang bagi menambahkan wang atau

bersuka ria.

Page 6: Wanita Malam

Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973 (Akta 106)2

Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973 (Akta 106) adalah

suatu Akta yang bertujuan meminda dan menyatukan undang-undang

berhubung dengan perlindungan wanita dan gadis dan bagi

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan

dengannya.

Akta ini membolehkan Jabatan Polis, Jabatan Kehakiman dan

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamat, menahan dan memberi

perlindungan dan pemulihan kepada wanita dan gadis yang terlibat

dalam aktiviti pelacuran dan kegiatan-kegiatan maksiat serta

terdedah kepada bahaya moral.

Akta ini juga memperuntukan kuasa menahan, menyiasat dan

mengenakan denda kepada meraka yang bersabit kesalahan seperti

memperdagangkan pelacuran dan sebagainya. Mengikut akta ini,

perlindungan boleh diberi kepada seseorang perempuan di bawah

umur 21 tahun dalam keadaan seperti berikut :

• Sedang dilatih atau digunakan untuk maksud pelacuran atau

sesuatu maksud lucah

• Tinggal di rumah sundal atau kerapkali mengunjungi sesuatu

rumah sundal

• Pada lazimnya ada bersama-sama dengan atau berada di bawah

kawalan penyelenggara-penyelenggara rumah sundal

• Orang perempuan yang telah dianiaya atau dicuaikan dan

didedahkan kepada bahaya akhlak serta memerlukan

perlindungan

2 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/398-akta-perlindungan-wanita-dan-gadis-1973-akta-106.html

Page 7: Wanita Malam

• Penjaga yang sah disisi undang-undang bagi seorang perempuan

di bawah umur 18 tahun membuat permintaan bertulis kepada

Mahkamah Majistret supaya perempuan itu ditahan di sesuatu

tempat perlindungan atas alasan bahawa penjaga yang sah

disisi undang-undang tidak dapat menjalankan kawalan yang

sepatutnya ke atas perempuan terbabit dan oleh itu perempuan

tersebut terdedah kepada bahaya akhlak

• Seseorang perempuan yang dihukum tahan di bawah mana-mana

undang-undang bertulis yang lain

• Permohonan sendiri secara bertulis dari seseorang perempuan

yang memerlukan perlindungan dengan segera kerana sedang

diugut bagi maksud pelacuran atau sedang dikurung dan

bersalahan dengan mana-mana peruntukan akta ini

• Seseorang perempuan yang dibawa masuk atau keluar dari

Malaysia bagi maksud pelacuran. Seseorang perempuan yang

sedang ditahan bertentangan kemahuannya bagi maksud

pelacuran atau lucah atau bagi maksud dihantar keluar dari

Malaysia

• Seseorang perempuan yang menanti perbicaraan di mahkamah

yang mana perempuan ini ada berkaitan dengan kes tersebut

Pegawai kebajikan masyarakat yang diwartakan sebagai pelindungan

mempunyai kuasa di bawah akta ini untuk menyelamatkan wanita dan

gadis tersebut dan menempatkan mereka di sebuah tempat

perlindungan bagi tempoh tidak lebih daripada sebulan dan di

dalam tempoh tersebut dikehendaki menjalankan penyiasatan awal

Page 8: Wanita Malam

dan membawa kes semula ke mahkamah untuk mendapatkan perintah

seterusnya.

Kesalahan - kesalahan yang Boleh diambil Akibat Kegiatan

Pelacuran3

1. Sek. 8(1) Akta perlindungan Wanita dan Gadis-Gadis dibawah 21

tahun yang terdedah kepada bahaya akhlak bekerja ditempat-

tempat hiburan.

2. Sek. 19(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73 -

Seseorang yang hidup atas hasil pelacuran boleh dikenakan

penjara tidak lebih dari 5 tahun atau denda tidak melebihi RM

10,000/- atau kedua-duanya sekali.

3. Sek 16(1)(A) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73

•Seseorang yang menjual/membeli gadis-gadis dengan niat

untuk digunakan bagi maksiat pelacuran.

•Boleh dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun atau denda

tidak melebihi RM 10,000/- atau kedua-duanya sekali.

4. Sek. 21(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis - Seseorang yang

menyenggarakan/mengurus rumah sundal boleh dikenakan penjara

tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi Rm 5,000/-

atau kedua-duanya sekali.

5. Enakmen Kediaman Terhad Bab 39 boleh juga diambil keatas

Penganjur-Penganjur maksiat untuk menyekat pergerakan mereka.

3 ibid

Page 9: Wanita Malam

Definisi Pelacuran dan Pelacur

The International Encyclopedia of the Social Science

mendefinisikan pelacuran sebagai “The granting of sexual access on a

relatively indiscriminate basis for payment either in money or in goods depending on

the complexity of the local economic system”.

Mengikut pandangan Islam, definisi pelacuran adalah

bersamaan dengan zina. Zina terjadi apabila adanya dua pasangan

yang bukan muhrim melakukan hubungan seks tanpa ikatan yang sah

seperti perkahwinan. Perlakuan itu adalah berdosa besar.

Kesalahan itu telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis

yang secara jelasnya menyatakan bahawa Allah telah berfirman

dalam surah Al-Isra’t ayat 32 supaya menjauhi perbuatan zina

kerana ia adalah berdosa besar. Orang yang melakukan zina ataupun

melacurkan diri perlu mendapat hukuman yang berat supaya mereka

tidak mengulanginya lagi lain kali.

Dalam Sistem Perundangan Malaysia pula, pelacuran

diklasifikasikan sebagai perbuatan seorang perempuan menawarkan

tubuhnya untuk perhubungan jenis secara sembarangan kerana sewa,

sama ada berupa wang atau barang dan pelacur hendaklah

ditakrifkan dengan sewajarnya. Selain itu, pelacur ditakrifkan

juga sebagai wanita yang membuat hubungan haram dengan bukan

muhrim dan tidak melibatkan hubungan emosi atau kasih sayang

tetapi mendapat persetujuan tanpa wujud paksaan. Persetujuan

dijalankan berdasarkan hanya yang diminta dan dipersetujui oleh

Page 10: Wanita Malam

wanita tersebut sama ada dalam bentuk wang, barangan atau yang

menjadi sumber pendapatan.

Menurut Haryati Hassan dalam tesisnya yang bertajuk

“Pelacuran di Kalangan wanita Melayu Kelantan dari 1900 hingga

1941” menyatakan bahawa pelacur ialah perempuan yang menjual tubuhnya

melalui perhubungan jenis, kerana inginkan sesuatu bayaran atau ganjaran di sebalik

perbuatannya itu.

Pandangan Kegiatan Pelacuran Menurut Agama

Setiap agama mempunyai pandangan masing-masing terhadap

aktiviti pelacuran. Boleh dikatakan bahawa semua agama melarang

keras umatnya terlibat dalam pelacuran. Namun begitu, isu

pelacuran ini masih lagi berleluasa. Kini, terdapat banyak negara

telah mengiktiraf pelacur sebagai satu pekerjaan yang sah yang

mana turut menyumbang kepada kegiatan ekonomi di sesebuah negara.

Antaranya adalah negara Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan

banyak lagi negara-negara Eropah lain. Walau bagaimanapun,

negara-negara di Asia majoritinya tidak mengiktiraf pelacur

sebagai satu pekerjaan yang sah terutama di negara-negara Islam

seperti Malaysia, Brunei, Arab Saudi, Kuwait dan sebagainya.

Mengapa hal yang demikian berlaku, sedangkan setiap agama

melarang perbuatan keji tersebut.

a. Agama Islam

Pada pandangan Islam, pelacuran dalam pandangan Islam adalah

haram hukumnya. Terdapat banyak hadis-hadis dan ayat Al-

Quran yang menyatakan bahawa Allah melarang umat-Nya

Page 11: Wanita Malam

melakukan zina. Sebagai contoh, Allah Subhanahu Wataala

berfirman dalam Surah Al Israa' ayat 32 agar menjauhi

perbuatan zina. Dari ayat tersebut jelas menunjukkan Allah

Subhanahu Wataala mmerintahkan hamba-Nya supaya tidak

menghampiri apa jua perbuatan yang boleh membawa kepada

berlakunya perbuatan zina. Di antaranya berdua-duaan antara

lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, bergaul bebas

tanpa sempadan, berbual perkara yang tidak senonoh atau apa

jua perbuatan yang boleh mendorong ke arah perbuatan zina.

Cubalah kita renung dan fikirkan betapa perbuatan mendekati

zina pun dilarang Allah Subhanhu Wataala, maka apatah lagi

perbuatan zina itu sendiri.

Islam telah menunjukkan jalan dan membimbing umatnya ke

jalan yang lurus dan sempurna dan Allah memberikan akal

supaya dengannya manusia dapat berfikir mana yang baik dan

mana yang buruk, mana yang betul dan mana yang salah agar

hamba-Nya berdiri di landasan yang betul dan benar, kerana

tiada jalan lain yang dapat menghindarkan perbuatan-

perbuatan mungkar dan maksiat, melainkan dengan mentaati

segala perintah Allah Subhanahu Wataala dan berpegang teguh

dengan dengan ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Undang-undang Islam menganggap perbuatan zina itu

adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan akhlak

walaupun ia dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.

Pada zahirnya zina yang dilakukan dengan kerelaan kedua-dua

belah pihak itu tidak ada pencabulan tetapi pada hakikatnya

Page 12: Wanita Malam

perbuatan itu adalah mencabuli kehormatan manusia iaitu

dengan merosakkan keturunan umat manusia. Ia akan memberikan

kesan buruk kepada masyarakat dengan kelahiran anak-anak

yang tidak berbapa. Perbuatan itu juga mencabuli hukum

Allah, kerana Islam telah mengatur manusia supaya melakukan

hubungan jenis mestilah melalui akad nikah yang sah, bukan

mengikut cara yang dilakukan oleh haiwan. Oleh sebab itu

pesalah-pesalah zina tetap dikenakan hukuman walaupun mereka

melakukannya dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.

b. Agama Hindu

Dalam pandangan umat Hindu pelacuran sangat sangat dilarang,

kerana dalam Hindu, tubuh wanita itu ibarat susu kehidupan

bagi generasi keberikutnya, mereka yang memperjual belikan

susu kehidupan dalam pandangan hindu hukumnya adalah kutukan

seumur hidup. Dalam weda sendiri yang merupakan kitab suci

umat hindu pelacuran disebutkan sebagai sesuatu yang selain

dipantangkan juga akan mendapatkan kutukan sebanyak 7

keturunan.

c. Agama Buddha

Syahwat merupakan kepala bagi segala maksiat. Dalam kitab

suci buddha pelacuran jelas dilarang karana tidak sesuai

dengan keinginan sang buddha. Terdapat lima tingkah laku

baik (Pancasila) ajaran dasar morak agama Buddha yang

perluaditaati oleh pengikut Buddha:-

Page 13: Wanita Malam

1. Tidak akan membunuh makhluk hidup (nilai kemanusiaan).

2. Tidak akan mengambil sesuatu yang tak diberikan

kepadaku (nilai keadilan).

3. Tidak akan bermain lelaki atau wanita (berzina secara

keterlaluan, nilai

keluarga).

4. Tidak akan berbohong (nilai kejujuran).

5. Tidak akan kecanduan apapun jua (nilai pembebasan).

d. Agama Kristian

Bible menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki

dan wanita (Imamat 20:10). Jesus bersabda jangan berzina,

yang dikutip dari sepuluh (10) perintah Tuhan dalam kitab

Taurat, keluaran 20:14, kemudian Jesus juga memberikan

peringatan agar umatnya tidak berbuat zina :

Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang

memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzina

dengan dia di dalam hatinya. Maka jika matamu yang kanan

menyesatkan engkau, cungkillah dan buanglah itu, karana

lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa,

dari pada tubuhmu de-ngan utuh dicampakkan ke dalam neraka.

Matius 5:28-29

Peringatan Jesus tersebut jelas menyatakan bahawa

sangat dilarang perbuatan zina, seseorang yang memandang

perempuan dan tertarik maka oleh Jesus dikatakan sudah

berbuat zina di dalam hatinya, dan menurut beberapa tafsir

Page 14: Wanita Malam

Alkitab, berkeinginan untuk berbuat zina sudah sama sifatnya

dengan berzina.

Menurut Jesus, mencungkil mata dan membuangnya adalah jauh

lebih baik daripada mata kita menyebabkan kita memandang

perempuan yang kemudian berkeinginan untuk berbuat zina,

karana mata adalah salah satu pintu masuk bagi fikiran

jahat. Mencungkil mata adalah simbolik agar kita mencegah

untuk memandang perempuan yang bisa mencampakkan seluruh

tubuh kita ke neraka.

JENIS-JENIS PELACUR/WANITA MALAM

Umumnya pelacur terbahagi kepada dua iaitu:-

1. Wanita tulen atau Gadis

2. Wanita tidak tulen (Homoseksual)

Pelacur di Malaysia ini dikategorikan kepada tiga kelas

pelacur. Bagi setiap kelas pelacur tersebut, dihuraikan secara

ringkas tentang perbezaannya. Perbezaannya terutama dari segi

bayaran yang diperolehinya hasi daripada perkhidmatan yang

diberikan oleh mereka. Kategori-kategori tersebut adalah:-

1. Kelas Bawahan

Biasanya bayaran yang dikenakan kepada pelanggan adalah di

bawah RM 100 ke bawah. Mereka mudah diperolehi di mana-mana

sahaja. Lazimnya berpelajaran rendah dan kurang kemas.

2. Kelas Pertengahan

Page 15: Wanita Malam

Kelas pertengahan pula biasanya menerima bayaran sekitar

RM100-RM500. Lazimnya bayaran akan mengikut “perfomance”

pelacur tersebut. Biasanya pelacur bebas dan sedikit

berpengetahuan.

3. Kelas Atasan

Pelacur kelas atasan biasanya akan menerima bayaran melebihi

RM500 ke atas dan mencecah ribuan ringgit bergantung kepada

status yang melanggannya. Jika VVIP, bayaran yang

diperolehinya adalah tinggi berbanding VIP. Majoriti mereka

adalah berpendidikan tinggi.

JENIS-JENIS PELACUR

a. Pelacur pasar

Pelacur pasar merupakan kumpulan pelacur yang paling rendah

dan paling ramai dalam golongan pelacur. Mereka ini amat

mudah didapati. Ada di antara mereka yang agak berumur dan

terdapat juga yang berstatus nenek. Mereka biasanya tidak

memilih pelanggan dan menerima sahaja bayaran yang ingin

diberikan kepada mereka tanpa meletakkan banyak syarat ke

atas pelanggan yang ingin melanggani mereka. Biasanya mereka

menjalankan aktiviti perniagaan seks mereka di lorong-lorong

seperti Jalan Chow Kit, Petaling Street ataupun jalan

Thambipillay.

b. Pelacur jalanan

Page 16: Wanita Malam

Pelacur jalanan pula lazimnya mendapatkan pelanggan dengan

menjaja diri di pusat memberi hiburan seperti pub, disco,

pusat-pusat karaoke atau di kaki-kaki lima jalan. Di tempat-

tempat sebeginilah mereka mencari pelanggan.

c. Pelacur bermajikan

Pelacur bermajikan ini biasanya dikenali sebagai call girl.

Kini, terdapat banyak pelacur yang bermajikan. Call girl

amat sukar untuk ditangkap kerana mereka dijaga dan dikawal

oleh majikan mereka sebaik mungkin. Antara tempat mereka

sering beroperasi adalah seperti di flat-flat tertentu atau

rumah-rumah pelacuran yang telah disediakan oleh majikan

mereka.

d. Pelacur tukang urut atau palayan bar

Pelacur tukang urut atau pelayan bar menjadikan bar atau

rumah urut sebagai pusat menjalankan perniagaan haram

mereka.

e. Pelacur bebas

Pelacur bebas ini terdiri daripada pelbagai golongan dan

kelas yang merangkumi pramugari, pelajar-pelajar di IPTA dan

IPTS, gadis-gadis pejabat dan juga golongan artis.

Majoriti pelanggannya adalah di bar, restoran eksklusif dan

tempat tumpuan golongan elit. Mereka ini bebas disewa dan

dibawa pergi bercuti. Biasaya mereka menjadikan aktiviti

pelacuran ini sebagai pekerjaan sampingan mereka bagi

menampung kos kehidupan atau memuaskan nafsu serakah mereka

sahaja.

Page 17: Wanita Malam

f. Pelacur kehormat

Pelacur kehormat ini sahaja, terutama hanya melayan golongan

tertentu golongan-golongan kelas atasan seperti VIP atau

VVIP. Mereka amat sukar dikesan kerana perwatakan mereka

yang elegen dan gaya hidup mereka yang mewah seperti

golongan kelas atasan. Hanya orang-orang tertentu sahaja

yang tahu mengenainya. Lazimnya mereka mempunyai rupa paras

yang cantik dan berpewatakan menarik.

PUNCA-PUNCA PELACURAN

i. Kekurangan didikan agama

Islam telah menunjukkan jalan dan membimbing umatnya ke jalan

yang lurus dan sempurna dan Allah memberikan akal supaya

dengannya manusia dapat berfikir mana yang baik dan mana yang

buruk, mana yang betul dan mana yang salah agar hamba-Nya

berdiri di landasan yang betul dan benar, kerana tiada jalan

lain yang dapat menghindarkan perbuatan-perbuatan mungkar dan

maksiat, melainkan dengan mentaati segala perintah Allah dan

berpegang teguh dengan dengan ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mengikut pandangan Islam, definisi pelacuran adalah

bersamaan dengan zina. Zina adalah terjadi apabila adanya dua

pasangan yang bukan muhrim melakukan hubungan seks tanpa ikatan

yang sah seperti kahwin. Perlakuan itu adalah berdosa besar.

Kesalahan itu telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis

sendiri dengan secara jelasnya, bahawa Allah telah menyatakan

supaya menjauhi perbuatan zina kerana ia adalah berdosa besar.

Page 18: Wanita Malam

Orang yang melakukan zina ataupun melacurkan diri perlu mendapat

hukuman yang berat supaya mereka tidak mengulanginya lagi lain

kali. Untuk menghapuskan dosa zina itu, kenalah bertaubat nasuha.

Begitu juga dengan agama-agama lain yang mementingkan penerapan

agama sebagai pegangan dalam kehidupan.

Hal yang demikian tidak difahami oleh mereka. Ini kerana ibu

bapa mereka kurang memberi penekanan terhadap didikan agama

terhadap anak-anak. Bak kata pepatah Melayu, “Melentur buluh

biarlah dari rebungnya”. Maka di sini jelas bahawa anak-anak

perlu didik dengan baik sedari kecil lagi. Agama sangat penting

sebagai satu panduan dalam kehidupan. Dengan adanya pegangan

agama, maka hal-hal seperti demikian tidak akan berlaku kerana

takut melanggar perintah-perintah tuhan.

ii. Mencari Kemewahan

Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Hal

ini telah menyebabkan mereka melakukan apa sahaja untuk

menapatkan wang termasuklah melacurkan diri. Kegiatan melacurkan

diri ini telah mendatangkan hasil yang sangat lumayan. Buktinya

dalam akhbar yang bertajuk ‘Boleh Pilih Melalui Abum’. Bagi individu

yang kesempitan wang mereka akan melakukan aktiviti ini untuk

mendapatkan wang. Selain itu juga mereka tidak perlu bekerja

dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkan wang tersebut.

Hanya satu malam sahaja mereka sudah mendapat hampir RM 150.00

sehingga RM 200.00 bagi seorang pelanggan. Sekiranya mereka

melayan 5 orang pelanggan dalam masa satu malam, sudah pasti

Page 19: Wanita Malam

mereka akan memperolehi pandapatan sebanyak RM 1000. Jurang

pendapatan ini jauh berbeza dengan pekerjaan lain contohnya

kerani yang perlu bekerja selama sebulan untuk memperolehi

pendapatan sebanyak RM 1000. Pekerjaan yang mudah telah

merancakkan lagi aktiviti ini. Mereka tidak perlu bersusah payah

mengerahkan tenaga seperti sesetengah pekerjaan, contohnya

pelayan, dan pembantu rumah.

iii. Keruntuhan institusi keluarga-memberontak

Perlu disedari bahawa kemantapan institusi keluarga

memainkan peranan penting dalam mewujudkan kekuatan masyarakat,

negara dan umat Islam. Menuju ke arah ini, ibu bapa perlu

terlibat dan berusaha membina keluarga yang kukuh dan berilmu

pengetahuan yang berteraskan agama.

Ibu bapa perlu memberi perhatian dan pengawasan yang

secukupnya terhadap anak-anak mereka. Jangan membiarkan dan

berlepas tangan, tetapi hendaklah bertindak tegas jika mendapati

anak-anak terlibat dengan apa jua gejala yang tidak sihat, kerana

pencegahan itu lebih baik daripada merawatnya. Contohnya ibu bapa

hendaklah tahu kawan anak mereka, ke manakah mereka pergi dan apa

aktiviti yang dilakukan. Ingatlah sentiasa bahawa anak-anak itu

merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu

Wataala kepada kedua ibu bapa, ibu bapalah yang mencorakkan anak-

anak mereka.

Page 20: Wanita Malam

Oleh itu ibu bapa hendaklah menjalankan peranan mereka

sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, bukan berkata malas tah

kuingau atau melawankan perbuatan salah yang anak mereka lakukan,

sehingga anak itu merasa megah dan bangga di atas pembelaan kedua

ibu bapa mereka. Sebenarnya itulah tindakan yang salah dan tidak

betul ke arah perbuatan itu memberikan peluang anak melakukan

gejala tidak sihat dan tidak bermaruah yang akhirnya akan

mencemarkan nama baik keluarga dan keturunan. Kita dapat lihat

kini anak-anak yang memberontak dan inginkan kasih sayang serta

perhatian daripada ibu bapa mereka sanggup melakukan perbuatan-

perbuatan di luar lunas Islam tanpa berfikir panjang agar dapat

membalas dendam terhadap ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, ada

anak-anak yang cuba mendapatkan kasih sayang daripada orang yang

salah dan akhirnya terjebak dengan kancah pelacuran. Inilah

antara punca-punca awal berlakunya pelacuran.

iv. Terperangkap akibat sendiket penipuan pelacuran

Tidak lupa juga, ada di antara wanita-wanita ini terjebak dengan

pelacuran secara tidak sengaja akibat ditipu oleh sendikit

pelacuran. Mereka pada awalnya dijanjikan dengan tempat tinggal

yang baik dan pekerjaan yang bagus sehingga semuanya termakan

dengan pujukan mereka. Terdapat kes yang mana ramai masyarakat

Orang Asli ditipu oleh sindikit ini dan akhirnya setelah kes ini

diketahui, masyarakat ini tidak lagi membenarkan masyarakatnya

keluar dari kawasan mereka. Tidak kurang juga di negeri-negeri di

Kepulauan Borneo, ramai ibu bapa dan sanak saudara mengadu bahawa

Page 21: Wanita Malam

anak-anak mereka sudah lama tidak pulang ke rumah dan ada di

antara mereka hilang dan gagal dikesan setelah pergi ke

Semenanjung Malaysia untuk bekerja. Bukan itu sahaja, pelacur-

pelacur asing yang menjadi pelacur di negara kita turut ditipu

sehingga ada beberapa negara menuduh kerajaan kita zalim dan

rakyat Malaysia jahat dan penipu. Disebabkan oleh mereka yang

tidak bertanggungjawab inilah, negara kita tercemar dan kita

sebagai rakyat Malaysia terpaksa menanggung segala tohmahan

mereka. Bab kata pepatah “Kerana nila setitik, habis susu sebelanga tumpah”.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, perbuatan pelacuran adalah suatu perkara

yang dikutuk oleh setiap lapisan masyarakat. Para ‘wanita malam’

diseru agar menghentikan aktiviti yang tidak bermoral itu agar

generasi akan datang bebas dari gejala social yang tidak sihat

ini. Justeru itu, semua pihak diwajibkan untuk bersama-sama

menghentikan gejala sosial ini agar keamanan Negara sentiasa

terjamin untuk hari mendatang.