UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
PEG 3013
EKONOMI PEMBANGUNANKUMPULAN : A
TAJUK: WANITA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI (PERNIAGAAN)PENSYARAH:
PUAN NURHANIE BINTI MAHJOMNAMANO MATRIK
AMYRUL HELMY BINTI ABDUL RAHMAND20111049124
NUR IZZATI BINTI MOHD ARIFIND20111049026
SUBAIDAH BINTI ABDULLAHD20111049036
1.0 PENGENALANWanita hari ini bukan hanya seorang isteri atau
ibu atau anak perempuan dalam sesebuah keluarga, tetapi juga
merupakan pekerja yang turut menjana pendapatan. Peranan wanita
kini semakin luas mencakupi pelbagai bidang. Pada masa dahulu,
wanita lebih banyak berperanan sebagai suri rumah misalnya mengemas
rumah dan menyediakan makanan untuk keluarga. Kini, peranan wanita
semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi
keluarga bahkan turut membantu membangunkan ekonomi dan menjana
pendapatan Negara. Penglibatan wanita kini amat penting dalam
membangunkan sebuah masyarakat terutamanya dalam bidang ekonomi.
Wanita tidak seharusnya dipinggirkan sebagai sumber manusia, wanita
merupakan asset yang penting kepada Negara (Mowforth & Munt,
1998). Sumber tenaga wanita juga penting bagi meneruskan hala tuju
pembangunan sesebuah Negara (Hemmati, 2001).
Di Malaysia, pembangunan Negara yang pesat menyebabkan kos sara
hidup keluarga semakin tinggi. Harga barangan yang kian meningkat
menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh sebab itu, jika
wanita dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka
bertanggungjawab untuk membantu suami menjana pendapatan sampingan
demi kesejahteraan keluarga. Konsep pembahagian kerja yang sebelum
ini menentukan wanita hanya berupaya melaksanakan kerja-kerja yang
bersifat reproduktif kian berubah seiring dengan pembangunan
Negara. Wanita bukan sahaja dilihat sesuai untuk melakukan
kerja-kerja reproduktif, tetapi juga mampu untuk menjana pendapatan
sendiri. Menurut Suryani Motik (2009) bahawa peningkatan taraf
pendidikan dan latihan menyebabkan wanita tidak lagi berterusan
menjadi seorang suri rumahtangga. 2.0SUMBANGAN WANITA DALAM
PEMBANGUNAN EKONOMI
Dalam tempoh Rancangan Malaysia kelapan hingga kesepuluh, wanita
telah memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial
dan ekonomi Negara. Pencapaian pendidikan yang lebih tinggi telah
mendorong peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan
pelbagai aktiviti perniagaan. Selain itu, wanita juga akan
dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi
menjadi mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi
cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Peningkatan jumlah wanita
setahun dengan kadar purata 2.5 peratus iaitu 48.6 peratus daripada
jumlah penduduk Negara pada tahun 2012. Wanita merupakan 48.2
peratus daripada penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15-64 tahun.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh
wanita bertambah daripada 45.7 peratus pada tahun 2008 kepada 47.9
peratus pada tahun 2011 (Carta 1.0).
Peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah
menggalakkan wanita untuk memenuhi peluang pekerjaan yang terbuka
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta perniagaan. Kini,
nama-nama seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Datuk Dr Mazlan
Othman dan sebagainya merupakan nama yang tidak asing lagi dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana mereka telah
mempamerkan kebolehan, keupayaan dan kemampuan dalam bidang
masing-masing bagi menunjukkan bahawa kedudukan dan kemampuan
wanita pada hari ini telah setanding dengan kaum lelaki. Wanita
juga sudah berupaya meletakkan diri di barisan hadapan sebagai
peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perniagaan,
perundangan, perubatan dan sebagainya.
Dari segi struktur pekerjaan, peratusan wanita yang bekerja
dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah tinggi disebabkan
oleh pencapaian yang lebih baik dalam pendidikan. Penglibatan
wanita dalam kategori profesional seperti akuantan, arkitek, doktor
gigi dan sebagainya mencatatkan peratusan meningkat pada tahun 2012
masing-masing mencatatkan 49.6 peratus, 34 peratus dan 63.2 peratus
berbanding pada tahun 2011 (Jadual 1.0). Selain itu, wanita juga
turut memberi sumbangan yang banyak terutama dalam bidang
perniagaan disebabkan oleh peningkatan yang memberangsangkan yang
ditunjukkan oleh wanita di Malaysia. Dunia perniagaan bukanlah satu
bidang yang asing bagi kaum wanita. Misalnya, Saidatina Siti
Khadijah telah terlibat dalam bidang perniagaan sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Di Malaysia, bidang keusahawanan bukan lagi menjadi yang asing
bagi masyarakatnya. Menurut laporan oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia, aktiviti perniagaan yang didaftarkan sepanjang tahun 2011
menunjukkan bahawa daripada sebelas jenis usaha niaga, perniagaan
makanan dan minuman mencatatkan statistik tertinggi sepanjang
tahun. Selain makanan dan minuman, aktiviti perniagaan yang banyak
diceburi oleh masyarakat terutamanya ialah peruncitan, tekstil dan
pakaian dan sebagainya. Bilangan individu yang menyertai bidang
keusahawanan semakin meningkat. Peningkatan ini disebabkan oleh
pelbagai faktor seperti kewujudan pelbagai bentuk sokongan dan
bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan (KPUn). Menurut Zafir dan Fazilah (2003)
menyatakan bahawa jenis-jenis usahawan telah dibangunkan melalui
usahawan tulen, vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais.
Beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan wanita yang
menceburkan diri dalam bidang peniagaan menunjukkan peningkatan
yang amat menggalakkan. Oleh sebab itu, peningkatan ini menunjukkan
bahawa wanita di Malaysia jelas mempunyai komitmen untuk
memanfaatkan peluang-peluang dalam perdagangan dan industri, hasil
daripada proses perindustrian dan pembangunan ekonomi. Kebanyakan
perniagaan seperti tekstil dan pakaian diterajui oleh kaum wanita
banyak berniaga melalui alam maya seperti Facebook, Istagram,
Blogger dan sebagainya. Perniagaan melalui alam maya telah dapat
menjimatkan kos dan masa untuk membuka kedai, mereka hanya perlu
menerima tempahan melalui email atau panggilan telefon dan
menghantar tempahan melalui pos sahaja. Malah, perniagaan ini juga
mampu menjimatkan masa pengguna untuk membeli, mereka tidak perlu
lagi menempuh kesesakan untuk mencari barang tersebut.
Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan yang semakin
meningkat menyebabkan pihak-pihak yang terbabit seperti Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Usahawan
Wanita Bumiputera (USAHANITA), dan badan-badan organisasi lain
telah berusaha untuk membantu golongan wanita. Misalnya, bantuan
seperti mengadakan program dan latihan-latihan yang diperlukan oleh
usahawan wanita. Bantuan yang diberikan oleh golongan wanita adalah
untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan wanita bumiputera
yang bukan sahaja berjaya di dalam Negara bahkan di peringkat
antarabangsa. Setiap bantuan yang diberikan adalah untuk
membolehkan golongan wanita meningkatkan prestasi
perniagaannya.Carta1.0Jadual1.03.0 FAKTOR TARIKAN DAN FAKTOR
TOLAKAN PENGLIBATAN WANITA DALAM SEKTOR PERNIAGAANTerdapat pelbagai
faktor yang mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang
perniagaan. Faktor-faktor tersebut di lihat daripada faktor dalaman
dan faktor luaran. Terdapat juga faktor-faktor yang dirasakan
membantu kejayaan usahawan wanita dalam pengendalian perniagaan.
Faktor-faktor ini dilihat daripada enam elemen utama iaitu elemen
pengetahuan atau kemahiran, elemen strategi perniagaan, elemen
penggunaan IT, elemen pengurusan perniagaan, elemen persekitaran
dan elemen sikap.3.1 Ingin Berdikari
Keinginan untuk berdikari boleh menjadi faktor yang mendorong
seseorang menceburkan diri dalam keusahawanan. Berdikari bermaksud
berdiri di atas kaki sendiri. Ini bermakna seseorang itu bebas
membuat keputusan dan berusaha sendiri ke arah menentukan masa
depan kehidupannya. Dia tidak berasa terkongkong dengan arahan dan
peraturan yang ditetapkan oleh orang lain. Berdikari juga
membolehkan seseorang itu menentukan garis panduan peraturan dan
masa bekerjanya sendiri. Bakat kepimpinan dan disiplin diri dapat
dibentuk melalui pengalaman mengurus dan mengendalikan usaha niaga
sendiri. Dia merupakan majikan dan dia sendiri yang menentukan
perjalanan kerjaya yang diceburi. Setiap kejayaan yang dicapai akan
dapat memberi kepuasan kerana kejayaan itu ialah hasil daripada
usaha dan kesungguhannya sendiri. Tidak ada kerjaya yang paling
sesuai untuk memenuhi keinginan berdikari melainkan keusahawanan.
Kepelbagaian bidang yang boleh diterokai oleh kerjaya keusahawanan
dapat menarik minat sesiapa sahaja yang ingin bekerja sendiri
(Khairuddin, 1996).
3.2 Tidak Berpuas Hati dengan Pekerjaan LamaRamai yang
berpendapat bahawa bekerja untuk orang lain tidak memberi kepuasan
dalam kehidupan mereka. Pelbagai sebab yang diberikan. Antara sebab
yang diberikan termasuklah terpaksa melakukan kerja-kerja yang
tidak digemari atau diminati, peluang kenaikan pangkat terbatas,
jangka masa kerja ditetapkan, pengurusan tidak cekap, ketidakadilan
dalam kenaikan pangkat, terlalu banyak karenah birokrasi dan jumlah
pendapatan yang rendah. Semua ini boleh menimbulkan kekecewaan dan
melemahkan semangat bagi golongan yang inginkan pembaharuan dan
mempunyai daya kreatif.
Menurut Khairuddin(1996) menyatakan bahawa berfikiran sedemikian
boleh menjadi faktor pendorong bagi seseorang menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan. Menjalankan usaha niaga sendiri
membolehkan mereka menentukan corak pengurusan dan kepimpinan yang
diyakini sebagai yang terbaik. Mereka juga bebas mengamalkan corak
pengurusan yang diinginkan dan meninggalkan amalan-amalan yang
tidak sesuai.3.3 Ingin Menikmati Cara Hidup Mewah
Tidak dinafikan bahawa majikan akan menerima ganjaran yang lebih
besar daripada pekerjanya. Orang yang sanggup menanggung segala
risiko kerugian, sanggup mempertaruhkan harta sebagai modal,
mengorbankan masa dan tenaga seharusnya diberikan ganjaran yang
lebih besar. Lebih maju dan lebih besar modal yang dilaburkan untuk
sesebuah perniagaan, maka lebih besarlah ganjaran yang patut
diterima oleh usahawan. Lebih besar ganjaran kewangan yang
diterima, maka lebih besarlah peluang untuk menikmati kehidupan
mewah. Keinginan memiliki kemewahan adalah antara faktor yang
mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Walau bagaimanapun, usahawan tidak seharusnya meletakkan ganjaran
kewangan dan kemewahan sebagai perkara utama dalam usaha yang
dijalankan. Kebahagiaan sebenarnya bukanlah berasaskan pada
kemewahan atau memiliki wang yang banyak semata-mata, tetapi
bergantung kepada faktor-faktor lain (Khairuddin, 1996).3.4
Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran
Proses menimba pengetahuan dan mendapatkan kemahiran bukanlah
mudah. Masa yang panjang dan belanja yang besar terpaksa digunakan.
Ilmu dan kemahiran yang tidak dimanfaatkan, digunakan untuk
mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dengan cara ini, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dapat
dimanfaatkan dan dijadikan sebagai alat untuk memperoleh
pendapatan.
3.5 Peluang Terhad untuk Mendapatkan Modal
Setiap perniagaan memerlukan modal yang besar. Pelbagai risiko
yang harus ditanggung. Masalah yang kerap dihadapi oleh usahawan
wanita semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan
daripada pihak bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal
permulaan dan masalah keluarga. Kewujudan masalah yang baru selepas
mengoperasi perniagaan termasuk masalah pemasaran, masalah dengan
pertubuhan dan masalah buruh dan masalah pentadbiran dalam
perniagaan serta masalah peribadi. Usahawan wanita menghadapi
masalah akibat daripada stereotaip jantina terutamanya dalam aspek
kewangan dan perbankan yang didominasi oleh kaum lelaki. Mereka
memerlukan penjamin atau penasihat perniagaan untuk memperolehi
pinjaman dari 38 bank atau institusi kewangan. Walaupun begitu,
menurut Lang & Sieh (1994), kajian penyelidik yang dijalankan
ke atas usahawan wanita mendapati bahawa ramai di antara usahawan
wanita menggunakan simpanan peribadi untuk memulakan perniagaan
mereka. Oleh itu, pemilik perniagaan menghadapi cabaran yang unik
tatkala memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka mungkin
mendapati sukar untuk mendapatkan modal atau mengurus
pembiayaan.3.6 Pemasaran dan Masalah Sosial
Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh kebanyakan
usahawan wanita ialah masalah pemasaran. Mereka tidak tahu
bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan. Selain itu, wanita
menghadapi masalah menetapkan harga kerana tidak tahu menentukan
harga produk atau perkhidmatan. Mereka juga berhadapan dengan
masalah pengurusan dan pentadbiran dimana mereka kekurangan
kemahiran teknik pengurusan. masalah sosial seperti prasangka,
tidak mempercayai, penerimaan terhadap penceburan kaum wanita
sebagai usahawan juga merupakan satu pemasalahan yang wujud.
Masalah peribadi dalaman seperti konflik dengan rakan kongsi dan
pekerja, masalah pengeluaran kualiti produk atau perkhidmatan tidak
memuaskan, masalah pengetahuan kekurangan pengetahuan mengenai
produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan masalah peribadi
tekanan kerja, tiada sokongan dari keluarga juga antara masalah
yang dihadapi oleh wanita yang ingin menceburkan diri didalam
bidang perniagaan. Di Malaysia, majoriti usahawan wanita menghadapi
masalah kekurangan modal dan kemahiran dalam bidang pemasaran
(Mohd, 1996).4.0KESAN KESAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI4.2
KESAN POSITIF
Wanita dapat belajar ilmu kemahiran mengurus dan merancang.
Wanita profesional perlu dilengkapkan dengan kemahiran mengurus dan
merancang bagi membolehkan mereka menjadi pengurus yang cekap dan
dapat memberi kepimpinan yang baik menjayakan misi dan visi
organisasi. Kemahiran mengurus adalah satu kualiti penting yang
perlu dipertingkatkan dalam kalangan wanita khususnya. Banyak aspek
profesionalisme boleh dikembangkan dalam bidang ekonomi dan
sebagainya. Pelbagai idea dan inovasi baru dalam bidang perniagaaan
dapat memanfaatkan bagi mempertingkatkan kualiti kepimpinan dan
kualiti profesional wanita.4.1 KESAN NEGATIFWanita sebagai pengurus
rumahtangga memainkan peranan utama dalam mengukuh dan mengembang
potensi ahli-ahli keluarga di samping dirinya sendiri. Dengan itu,
wanita secara langsung terlibat dalam memutuskan perkara-perkara
berkaitan dengan pengurusan rumahtangga, pendidikan anak-anak dan
masa depan keluarga. Isu-isu yang terpancar dari ketiga-tiga aspek
peranan yang disebut tadi melibatkan terlalu banyak tekanan keatas
kehidupan wanita. Apabila wanita bekerja, peranan mereka semakin
berkembang dan meluas.Banyak masalah dan dilema yang dihadapi oleh
wanita bekerja. Jika diimbas kembali wanita pada suatu ketika
dahulu merupakan suri rumah yangmemainkan peranan tradisi sebagai
ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan
arus pemodenan, wanita telah menceburi dunia kerjaya, bersama-sama
kaum lelaki berjuang untuk membangunkan negara. Pergolakan dunia
kerjaya memberi imej dan penampilan positif bagi wanita,tetapi pada
masa yang sama mereka mengalami cabaran dan masalah yangbegitu
hebat. Wanita yang bekerja terpaksa memikul beban yang berat
danmelaksanakan tugas-tugas kekeluargaan serentak dengan tugas
kerjaya. Ini menyebabkan sesetengahnya daripada mereka berada dalam
konflik yangmenyulitkan sehingga menimbulkan simptom stres yang
tinggi.
Wanita terpaksa mematuhi berbagai arahan pejabat sama ada dari
segi kedatangan mengikut waktu atau mematuhi arahan didalam pejabat
atau diluar pejabat. Situasi seumpama ini kadangkala mempengaruhi
emosi dan tekanan perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam
kehidupan rumahtangga dan keluarga. Ada masanya suami atau
anak-anak jatuh sakit, sedangkan isteri atauibu terpaksa bekerja.
Dalam situasi begini, wanita akan menjalan tugasnyadengan perasaan
yang berbelahbagi dan gelisah. Keadaan ini akan mengganggu
konsentrasinya terhadap pekerjaan. Masalah akan menjadi lebihgawat
lagi apabila di rumah tidak ada pembantu yang sesuai atau tidak ada
tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk menjaga
anak-anak mereka. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib
dipikulnya dirumah dilepaskan kepada pembantu rumah.Anak-anak dan
suami pulamerasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang
dihambat oleh ibu danisteri.Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu
berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa
dengan anak-anak.
Kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada
anak-anak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan
dengan salah satu punca gejala sosial. Disamping itu isu-isu
kewangan, persekolahan anak,hubungan kekeluargaan, keselamatan,
kesihatan dan akhlak anak-anak, juga yang lain-lain lagi menjadi
tumpuan para wanita saban masa. Unsur gejala sosialyang negatif
yang melanda masyarakat turut menjadi kebimbangan wanita. Tekanan
hidup yang mengasak ekoran dari keperluan mencari nafkah,ketegangan
yang terbit dari tuntutan kerja luar rumah serta tuntutan sara
hidup yang tinggi turut memberi kesan negatif kepada kewibaan
institusi keluarga sebagai tempat tinggal, pelindungan dan
perkembangan bagi para ahli-ahlinya. Dalam era di mana dwi-kerjaya
sudah menjadi budaya kehidupan banyak keluarga, ketiadaan atau
kekurangan sistem sokongan kepada wanita berdwikerjaya tentu sekali
akan meninggalkan kesan jangka panjang yang mendalam.Wanita yang
bekerja sangat menekankan aspek kerja yang cemerlang untuk
melambangkan imej mereka sebagai super woman, namun mereka
menghadapi tekanan untuk melaksanakannya. Naib Yang Dipertua II,
PersatuanSuri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita),
Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara tekanan yang
dihadapi oleh wanita iniialah mendapatkan kualiti masa untuk
keluarga, kerja dan diri sendiri. Malahkatanya, ada ahli sosiologi
yang mengaitkan penglibatan wanita dalam kerjaya sebagai faktor
dominan tergugatnya rumah tangga, lemahnya sistem keluargadan
meningkatnya masalah sosial.5.0LANGKAH-LANGKAH
5.1 Membuka Lebih Banyak Ruang Kepada Wanita Dalam Bidang
Kemahiran Perniagaan.
Wanita perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang perniagaan. Ini boleh dilakukan dengan
mengikuti kursus-kursus secara formal yang ditawarkan di
institusi-institusi latihan kerajaan dan swasta ataupun secara
tidak formal dengan menghadiri seminar, ceramah dan kovensyen
keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak yang berkaitan. Wanita juga
perlu peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Hal ini
membolehkan wanita meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
peluang-peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka. Mereka
juga perlu mengetahui dan mengikuti pelbagai skim bantuan yang
disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian
Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Teknologi
Hijau serta lain-lain agensi kerajaan yang terlibat. Bantuan yang
diberikan sedikit sebanyak dapat membantu para wanita untuk membuka
perniagaan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan ekonomi
keluarga dan juga negara.
5.2 Merujuk dan Membincangkan Masalah dengan Pihak yang
Berkemahiran
Peniaga wanita seharusnya merujuk dan membincangkan
masalah-masalah yang mereka hadapi dalam perniagaan dengan
pihak-pihak berkemahiran seperti MARA, FAMA, MARDI, MEDEC atau
persatuan peniaga melalui saluran yang betul. Hal ini kerana
pihak-pihak tersebut mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas
tentang selok-belok perniagaan. Melalui cara ini, peniaga wanita
dapat mencari penyelesaian dengan mengetahui sebab-sebab kewujudan
masalah tersebut dan langkah langkah penyelasaian yang perlu
diambil.
Mereka perlu mengetahui pihak yang manakah harus dirujuk bagi
setiap masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya mereka
mendapat maklumat tepat berkaitan dunia perniagaan dan pelbagai
skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan misalnya masalah yang
berkaitan industri asas tani boleh merujuk kepada Jabatan
Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA, MARDI dan sebagainya. Masalah
perniagan yang dihadapi tidak boleh disorok dan dibiarkan begitu
sahaja kerana akhirnya akan membawa kepada kepincangan pengurusan
dan kegagalan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Oleh itu,
sekiranya mereka merujuk dan berbincang dengan agensi kerajaan yang
terlibat sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah mereka,
maka peluang dan kemudahan yang disediakan harus digunakan
sepenuhnya terutama dalam kalangan usahawan wanita agar mereka
dapat mengatasi masalah yang dihadapi olehnya.
5.3 Menyediakan Kemudahan Latihan dan Bimbingan
Persatuan dan pertubuhan yang terlibat hendalah menyediakan
kemudahan latihan dan bimbingan kepada semua anggotanya tanpa
mengira saiz dan kedudukan kewangan perniagaan mereka. Semua
anggota yang berdaftar hendaklah menerima fadah yang sama rata dan
diberi perhatian yang sewajarnya terutama sekali bagi mereka yang
baru menceburi dalam dunia perniagaan. Usahawan wanita perlu diberi
latihan dan pendedahan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan
keusahawanan dan perniagaan yang lebih besar seperti bidang
pemasaran, pembangunan produk, kawalan mutu, pengurusan perniagaan,
teknik memasuki tender-tender kerajaan, pengurusan kewangan,
cara-cara memohon lesen, cara-cara membuat permohonan pinjaman,
motivasi dan sebagainya.
Jika persatuan yang menaungi usahawan wanita di setiap negeri
atau diperingkat kebangsaan tidak mempunyai kemahiran untuk
memberikan kursus atau latihan kemahiran yang diperlukan, maka
mereka boleh menganjurkan program kerjasama dengan mana-mana agensi
profesional yang berkaitan seperti Majlis Pembangunan Sumber
Manusia (HRDC), Multimedia Development Coprporation (MDC),
British-Malaysia Institute. Dengan cara mengadakan program latihan
secara usahasama ini dapat mengurangkan kos pengurusan yang
terpaksa ditanggung oleh persatuan usahawan wanita yang terlibat
dan masalah inilah kebiasaanya menjadi halangan utama mereka untuk
mengendalikan sesuatu kursus yang memerlukan penglibatan ramai ahli
persatuan untuk hadir
5.4 Menggiatkan Usaha untuk Membantu Usahawan Wanita
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan, dan
Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat disaran
agar menggiatkan lagi usaha dan mencari formula terbaik untuk
membantu golongan wanita khususnya kaum Bumiputera yang terlibat
dalam aktiviti perniagaan. Pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan
latihan dan bimbingan, motivasi dan modal perlu diberikan agar
mereka mampu bersaing dengan kaum bukan Bumiputera yang telah lama
bertapak dalam perniagaan. Langkah paling penting dan utama perlu
dilakukan oleh kerajaan untuk membantu wanita ialah dengan membuat
bancian bilangan mereka yang benar-benar terlibat dengan akitiviti
perniagaan seluruh negara. Maklumat ini penting kerana hasil kajian
mendapati kebanyakan agensi kerajaan yang terlibat tidak mengetahui
berapa bilangan sebenar wanita yang terlibat dalam aktiviti
perniagaan. Sudah tentu dengan kecanggihan sistem pengurusan hari
ini, dengan teknologi maklumat dan komunikasi dan pelbagai agensi
kerajaan yang diwujudkan sepatutnya maklumat sedemikian telah pun
ada sebagai rujukan pelbagai pihak yang berhasrat mengkaji atau
membantu golongan wanita. Jika maklumat sedemikian gagal disediakan
bagaimana mereka boleh mengenalpasti masalah usahawan wanita yang
terlibat dengan bidang keusahawanan dan bantuan yang sepatutnya
hendak disalurkan.
6.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, penulisan ini membincangkan
dengan lebih terperinci tentang faktor-faktor yang mendorong
seseorang usahawan wanita menceburi bidang keusahawanan,
faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan dalam
pengendalian perniagaan serta masalah-masalah yang dihadapi. Wanita
juga memainkan peranan yang penting dalam sektor ekonomi dimana
mereka juga dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara dalam
bidang-bidang tertentu. Ketika ini tidak hairanlah jika kita
melihat wanita menjadi seorang usahawan berjaya dalam perniagaan
kerana mereka berkebolehan dan mereka mampu menjadi peneraju dalam
sektor ekonomi. Kebolehan wanita dalam pelbagai sektor membantu
menjadikan ekonomi Negara lebih maju. Peluang harus dibukan kepada
pihak wanita jugak kerana terbukti bahawa wanita juga mampu menjadi
seorang usahawan yang berjaya dan boleh berjaya dalam bidang
perniagaan. peluang bagi wanita untuk mempelajari kemahiran juga
harus dibuka dengan luas supaya ekonomi Negara lebih maju dengan
adanya wanita yang tinggi dengan kreativiti dan kebolehan.