1 VISI Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara MISI Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara. OBJEKTIF a. Objektif Umum Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam. b. Objektif Khusus i. Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi, serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan berkualiti. ii. Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keluaran farmaseutikal. iii. Untuk menggubal dan mementukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan iv. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara. v. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan perkhidmatan profesional dan farmasi klinikal yang terkini. vi. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan. vii. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang berterusan. viii. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan farmasi di arena antarabangsa.
60
Embed
VISI Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
VISI Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan
negara
MISI
Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada
tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi
dan cabaran negara.
OBJEKTIF a. Objektif Umum
Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang
berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.
b. Objektif Khusus i. Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran
tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi,
serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah
selamat dan berkualiti.
ii. Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang
berkaitan dengan keluaran farmaseutikal. iii. Untuk menggubal dan mementukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan
penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan
iv. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di
seluruh negara.
v. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan
farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan
perkhidmatan profesional dan farmasi klinikal yang terkini.
vi. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat
berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
vii. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat
secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang
mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang
berterusan.
viii. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan
farmasi di arena antarabangsa.
2
LAPORAN TAHUNAN 2007 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
PENDAHULUAN
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
merupakan agensi utama kerajaan dalam sektor farmaseutikal yang
bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat,
berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama;
agar penggunaanya dapat dimanfaatkan oleh orang awam untuk meningkatkan
kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.
Program Perkhidmatan Farmasi terdiri daripada 3 aktiviti utama; Bahagian
Amalan dan Perkembangan Farmasi, Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan
Bahagian Kawalan Regulatori Farmasi atau Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK) . Sehubungan itu, program Perkhidmatan Farmasi memainkan
tiga peranan utama iaitu:
i. Memastikan produk untuk terapi dan penjagaan kesihatan rakyat adalah
berkualiti, selamat dan berkesan dengan menubuh dan melaksanakan sistem
pendaftaran nasional bagi produk penjagaan farmaseutikal dan penjagaan
kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal dari segi Amalan
Pengilangan Baik (APB) ;
ii. Melindungi pengguna dari ubat-ubatan yang merbahaya, iklan ubat yang
memperdayakan dan amalan-amalan perubatan yang tidak bertanggungjawab
melalui penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengan pengimportan, penjualan dan pengiklanan produk farmaseutikal; dan
iii. Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang
efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran
farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kos-
efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.
3
SUMBER PROGRAM
Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua orang
Timbalan Pengarah Kanan yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Penguatkuasa
Farmasi dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi serta Pengarah BPFK.
Tenaga kerja bagi keseluruhan Program Perkhidmatan Farmasi, KKM mengikut
kategori anggota dan aktiviti adalah seperti di Jadual 1 dan 2.
Jadual 1: Tenaga Kerja Pegawai Farmasi, 2007
Kategori/Aktiviti Gred Bil. Jawatan Isi Kosong % Isi
U29 2,199 2,319 2,407 2,447 2,459 2,459 2,549U32 201 245 277 248 329 347 375U36 33 41 47 51 54 60 75U38 5 9 23 23 30U40 1 2 2 7 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM * 1 jawatan JUSA C (KUP) telah dikembalikan kepada jawatan hakiki iaitu U54 di
Selangor kerana pegawai yang mendudukinya telah bersara
6
ii. Pengambilan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi Pada tahun 2007, seramai 594 orang Pegawai Farmasi Provisional (PRP) telah
memasuki perkhidmatan awam untuk menjalankan latihan siswazah selama
setahun dan seramai 510 calon telah tamat latihan siswazah dan menjadi Ahli
Farmasi Berdaftar Penuh(FRP) yang telah dibuat penempatan ke seluruh
negara.
Bagi Pembantu Farmasi pula, seramai 88 lantikan baru dari graduan Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu (KSKB-KKM) telah memasuki perkhidmatan awam serta 39
permohonan kontrak baru telah diperakukan. iii. Kenaikan Pangkat
Sepanjang tempoh 2007 ini, terdapat 1 orang Pegawai Farmasi Gred Jusa C
telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA B, 2 orang Pegawai Farmasi Gred U54
telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA C, 21 orang Pegawai Farmasi Gred U52
telah dinaikkan pangkat ke Gred U54 (memangku) [ seorang PF telah menolak
tawaran dengan tidak melaporkan diri ke tempat baru ], 18 orang Pegawai
Farmasi Gred U48 telah dinaikkan pangkat ke Gred U52 (memangku), dan 121
orang Pegawai Farmasi Gred U41 telah dinaikkan pangkat ke Gred U44
(memangku).
Bagi Pembantu Farmasi pula seramai 7 orang mendapat pemangkuan U40, 18
orang mendapat pemangkuan U38, 58 orang mendapat Pemangkuan U36, dan
94 orang mendapat pemangkuan U32.
7
BAHAGIAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI UNIT FORMULARI i. Urusetia untuk mesyuarat Panel Kajisemula Ubat KKM.
Sebanyak 186 proforma telah diterima dan didaftarkan bagi tahun 2007 yang
meliputi 2 proforma A ( untuk memansuhkan ubat dari Formulari Ubat KKM), 80
proforma B (menambah indikasi, pertukaran preskriber, menambah formulasi ke
dalam Formulari Ubat KKM) dan 104 proforma D (menambah ubat baru). Satu
persediaan tradisional telah disenaraikan ke dalam Formulari Ubat KKM
(FUKKM) pada tahun ini .Bilangan persediaan yang tersenarai dalam FUKKM
sehingga akhir tahun 2007 adalah 1389. (Rujuk Jadual 4 & 5)
ii. Penyelenggaraan Formulari Ubat KKM & NEDL[National Essential Drug List] Sebanyak 3 pekeliling ubat telah diedarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
KKM sepanjang tahun 2007. Formulari ubat KKM (FUKKM) sentiasa dikemaskini
mengikut pekeliling ubat yang dikeluarkan. Formulari ubat terkini dimuatkan dalam
intranet BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my/intranet untuk kegunaan pegawai
farmasi KKM. Manakala di laman web BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my
tersenarai FUKKM mengikut nama generik, MDC dan kategori preskriber untuk
tatapan umum. Senarai Ubat Penting Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun
2000 untuk kegunaan di semua sektor kesihatan .Penyemakan senarai NEDL
telah dimulakan sejak tahun 2005 dan pada tahun 2007 senarai terakhir telah
dibentangkan dalam mesyuarat Panel Kajisemula Ubat . Senarai terkini masih
dalam semakan terakhir.
iii. Permohonan Ubat Khas
Ubat yang memerlukan kelulusan khas adalah:
a) Ubat-ubat yang berdaftar, tetapi tidak tersenarai di dalam FUKKM
b) Ubat terdapat di dalam FUKKM, tetapi tidak lagi didaftarkan oleh Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ataupun tidak terdapat di pasaran lagi.
c) Ubat-ubatan yang tidak pernah berdaftar dengan PBKD.
Jadual 7: Bilangan Permohonan Ubat Melalui KPK Yang Diluluskan (2004-2007)
0
200
400
600
800
1000
1200
Bilangan permohonan
Ubat berdaftar 501 452 912 1040
Ubat tidak berdaftar termasukdalam formulari
323 512 705 926
Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
10
Jadual 8 : Permohonan Ubat- Ubat Khas melalui Ketua Pengarah Kesihatan Oleh Hospital / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja Tahun Status Ubat Perkara Lulus Tolak
Anggaran Nilai (RM) 7,429,006.00 1,544,310.29
Bil Jenis Ubat 120 82
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 501 153
Anggaran Nilai (RM) 5,924,699.22 1,131,656.36
Bil Jenis Ubat 140 51
2004
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 323 67
Anggaran Nilai (RM) 11,936,387.00 3,551,758.38
Bil Jenis Ubat 152 90
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 452 166
Anggaran Nilai (RM) 11,345,203.00 1,191,774.53
Bil Jenis Ubat 164 34
2005
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 512 52
Anggaran Nilai (RM) 18,152,974.13 3,297,931.70
Bil Jenis Ubat 169 105
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 912 175
Anggaran Nilai (RM)
16,643,764.62
8,497,116.00
Bil Jenis Ubat 147 33
2006
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari] Bil Permohonan 711 69
Anggaran Nilai (RM) 21,764,912.16 5,522,728.53
Bil Jenis Ubat 227 170
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 1040 249
Anggaran Nilai (RM) 16,465,014.86 57,629.00
Bil Jenis Ubat 173 10
2007
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 926 13
11
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
iv. Kod Ubat-Ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) Kod Ubat-ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) adalah kod yang
dibangunkan untuk setiap ubat hingga ke jenamanya untuk tujuan identifikasi
berdasarkan kepada struktur dan prinsip ‘Anatomical Therapeutic Chemical
(ATC) Classification oleh World Health Organization (WHO). Pada tahun 2007
ini, Edisi Ketiga Kod Ubat-ubatan Malaysia (MDC) telah dihasilkan yang
merangkumi MDC lengkap untuk 5511 produk dan ianya boleh diakses di laman
web Bahagian Perkhidmatan Farmasi (www.pharmacy.gov.my).
v. Good Governance in Medicine (GGM) WHO telah melancarkan projek ‘Good Governance for Medicines’ pada tahun
2004. Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai
potensi korupsi dan rasuah dalam sistem farmaseutikal dan mengurangkan
gejala rasuah dengan mempromosikan sistem yang telus dan melaksanakan
tadbir urus yang terbaik serta mempromosi praktis beretika di kalangan
professional kesihatan. Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu penilaian
tahap ketelusan, pembangunan program dan perlaksanaan program GGM.
Malaysia merupakan antara empat negara pertama yang menganggotai program
ini. Satu bengkel untuk membangunkan program Good Governance in Medicines
telah diadakan dari 10th-13th April 2007. Malaysia juga telah menyediakan
kemudahan mesyuarat anjuran WHO, Biregional Informal Consultation di Kuala
Lumpur dari 18-20hb. Jun 2007. Mesyuarat ini dihadiri oleh peserta dari lapan
negara iaitu Malaysia, Cambodia, Laos PDR, Philippines, Thailand, Mongolia,
Indonesia dan Papua New Guinea. Wakil –wakil dari WHO, Management
Sciences for Health, pakar jangka pendek , 5 orang pemerhati dan 7 penasihat
sementara turut serta. Objektif bengkel ini adalah untuk berkongsi pengalaman
dan untuk mengetahui kemajuan perkembangan semasa setiap negara dalam
merealisasikan program ‘Good Governance in Medicines’ di negara masing-
UNIT PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL Objektif Perkhidmatan Farmasi di hospital dan klinik kesihatan KKM ialah
untuk memberi penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dan tertumpu kepada
pesakit.
i. Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
Kaunseling ubat-ubatan secara individu dan berkumpulan dijalankan oleh
pegawai farmasi agar pesakit mendapat kesan yang optima daripada
pengambilan ubat-ubatan. Sesi kaunseling berkumpulan untuk pesakit asma,
diabetes mellitus, hipertensi, renal, penjagaan antenatal serta program
rehabilitasi kardiak juga dijalankan secara aktif. Sejumlah 312,439 pesakit telah
diberi kaunseling ubat-ubatan sepanjang tahun 2007 seperti yang tertera pada
Rajah 1. Beberapa hospital utama negeri telah dikenalpasti mewujudkan
“Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)” yang diuruskan oleh Pegawai
Farmasi untuk memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit dalam rawatan
kritikal. Fokus terhadap rawatan seperti diabetes mellitus, ‘anticoagulant’
(warfarin) dan HIV/AIDs telah dibuat dalam tahun 2007. Perkhidmatan Farmasi
Ambulatori juga melibatkan pendispensan dan kaunseling methadone di Pusat
Rawatan Gantian (RTG) dengan Methadone di bawah Program RTG
Methadone, KKM.
Rajah 1 : Bilangan Pesakit Dikaunsel Bagi Tahun 2007
102,017
70,179
26,363
113,880
Pesakit Luar (Hospital)
Pesakit Dalam
Discaj Wad
Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
13
a. Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Terdapat 9 jenis MTAC yang telah ditubuhkan yang melibatkan 16
hospital sejak tahun 2004.
Rajah 2 : Pelaksanaan Pendispensan Methadone di Fasiliti Farmasi,KKM
7
26
3
10
17
0
5
10
15
20
Hosp KK Hosp KK Hosp KK
2005 2006 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Rajah 3 : Bilangan MTAC Yang Telah Ditubuhkan Mengikut Tahun
1
34
14
0
2
4
6
8
10
12
14
Bilangan
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
14
Jadual 9: Jenis MTAC di hospital-hospital KKM Tahun Jenis MTAC Hospital
2004 HIV/AIDS Pulau Pinang
Warfarin Tuanku Jaafar, Seremban Duchess of Kent, Sandakan
Renal Transplant Selayang
2005
Hepatitis C Selayang HIV/AIDs Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Kangar Diabetes Pulau Pinang
2006
Liver Transplant Selayang Diabetes
Selayang Sultanah Aminah, JB Putrajaya
HIV/AIDs Sg. Buloh Melaka Sultanah Aminah, JB Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Warfarin
Serdang Tuanku Ampuan Rahimah, Klang Melaka Umum Sarawak
Respiratori Melaka Neurologi Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
2007
Neurologi (paediatric) Melaka Source: Pharmaceutical Services Division, MOH
b. Pelaksanaan Aktiviti Pendispensan dan Kaunseling Methadone Dalam Program Terapi Gantian Dengan Methadone Sebanyak 46 (90%) farmasi telah melaksanakan aktiviti Pendispensan dan
kaunseling Methadone dengan jayanya daripada keseluruhan 50 buah
Pusat Rawatan yang telah dikenalpasti oleh KKM bagi Program Rawatan
Terapi Gantian dengan Methadone. Pendispensan methadone dilakukan
setiap hari termasuk pada hujung minggu dan cuti umum dimana pegawai
farmasi yang terlibat akan ditugaskan secara bergilir-gilir mengikut jadual
yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing. 100% pesakit dikaunsel ubat-
ubatan sebelum memulakan rawatan secara individu dan berkumpulan.
Seramai 3123 jumlah pesakit yang aktif mengikuti rawatan gantian dengan
methadone ini daripada 4335 pesakit berdaftar dimana 68.88 % (2151)
pesakit mengambil methadone secara “Direct Observe Therapy (DOT)”
15
dan 29.07% (908) pesakit menerima methadone secara dos bawa balik
(DBB).
Kaunseling HIV/AIDS Dispensing Methadone
c. Usaha-usaha Peningkatan Kualiti Penyediaan Protokol MTAC: 3 jenis Protokol iaitu Protokol MTAC-Diabetes,
MTAC-Warfarin dan MTAC- HIV/AIDs telah disiapkan untuk digunapakai di
hospital-hospital yang melaksanakan perkhidmatan tersebut.
Penyediaan modul latihan sangkutan selama 3 minggu yang diselaraskan
untuk digunapakai di tapak latihan bagi MTAC-Diabetes, MTAC-Warfarin
dan MTAC- HIV/AIDs.
Penyediaan Garispanduan Pendispensan dan Kaunseling untuk digunapakai
di semua Pusat Rawatan Terapi Gantian dengan Methadone.
d. Latihan
Latihan Luar Negara
Bagi memperbaiki perkhidmatan MTAC , Pegawai Farmasi yang terlibat
telah dilatih di luar negara selama 1 bulan untuk meningkatkan kemahiran
pegawai farmasi tersebut sebagai fasilitator.
Tahun Jenis Latihan Jumlah Pegawai
Tempat Latihan
2005 MTAC Diabetes 2 orang USA MTAC HIV/AIDs
2 orang 1 orang
Australia USA
2006
MTAC Warfarin
1 orang USA
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
16
Latihan Dalam Negara
Pegawai yang telah dilatih di luar negara telah dikenalpasti untuk membentuk
tapak latihan bagi Pegawai Farmasi lain sebagai ‘echo training’ bermula
tahun 2007.
Seramai 15 orang pegawai farmasi telah dilatih secara sangkutan iaitu 4
peserta bagi MTAC Diabetes di Hospital Pulau Pinang, 5 peserta bagi MTAC
HIV/AIDs di Hospital Pulau Pinang dan 6 peserta bagi MTAC Warfarin di
Hospital Seremban.
Sebanyak 3 kursus telah diaturkan dengan kerjasama daripada Jabatan
Kesihatan Negeri Selangor dan Terengganu pada tahun 2007 dengan
bilangan peserta seramai 71 orang. Kursus ini adalah bertujuan untuk
memberi latihan kepada pegawai farmasi yang terlibat dalam pendispensan
dan kaunseling methadone.
ii. Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan
Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dijalankan oleh Pegawai Farmasi yang
bertugas di Pusat Maklumat Ubat. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjawab
pertanyaan berkenaan ubat-ubatan bagi memperkukuhkan kualiti penjagaan
pesakit. Pada tahun 2007, sebanyak 30,485 pertanyaan telah diterima oleh
Pusat Maklumat Ubat dan 2,340 kes kesan advers ubat telah dilaporkan kepada “Malaysian Adverse Drug Reaction Advisory Committee (MADRAC)”
iii. Perkhidmatan Farmasi Wad
Hampir kesemua farmasi hospital di seluruh negara telah melaksanakan sistem
bekalan Unit-of-Use/ Unit Dose kepada pesakit di dalam wad. Dengan
melaksanakan sistem bekalan “Unit-of-Use/Unit Dose”, komplians pesakit dapat
ditingkatkan kerana ubat dibekalkan secara individu dan bukannya seperti
sistem tradisional di mana pihak wad memesan ubat di dalam kuantiti yang
besar dan akhirnya menyebabkan penstoran ubat yang berlebihan.
17
Pengkhususan bagi praktis farmasi klinikal bagi disiplin-disiplin farmakoterapi
tertentu telah diwujudkan di hospital-hospital berikut pada tahun 2007 bagi
meningkatkan kualiti penjagaan farmaseutikal kepada pesakit:
Farmasi Penjagaan Rapi - Semua Hospital Utama Negeri
Farmasi Respiratori - Hospital Melaka
Farmasi Nefrologi - Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur
Farmasi Surgikal - Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur,
Hospital Sibu
Farmasi Kardiologi - Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak
Hospital Selayang, Hospital Pulau Pinang
Hospital Selayang,Hospital Melaka,Hospital Pulau Pinang,Hospital Kuala Lumpur
dan Hospital Seremban juga telah dipilih sebagai tapak latihan untuk melatih
Pegawai Farmasi klinikal di seluruh Negara dalam beberapa bidang
iv. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
Perkhidmatan ini dapat memastikan penggunaan ubat yang efektif dan selamat
terutamanya untuk ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil.
Pada tahun 2007, sejumlah 72,367 pesakit telah menerima terapi ubat secara
individu melalui perkhidmatan farmakokinetik klinikal (CPS) yang terdapat di 82
hospital diseluruh negara. Melalui CPS, Pegawai Farmasi memberi khidmat
konsultansi terhadap pendosan individu bagi 14 jenis ubat-ubatan berikut:
Satu perisian untuk pengkalan data harga ubat-ubatan akan dibentuk dan buat
masa ini tender/ sebut harga telah dipanggil oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
iii. Senarai Harga ubat LP, APPL, Tender
Satu kompilasi harga -harga ubat LP, APPL dan Tender telah dikumpul dengan
kerjasama pegawai-pegawai farmasi y/m stor perubatan dari semua hospital negeri
dan beberapa hospital daerah di Malaysia. Hasilnya telah dimuat dalam satu CD
dan telah diedar kepada semua hospital-hospital KKM dan beberapa Pusat
Kesihatan.
iv. Senarai Harga Untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Dan Akta Fi (Perubatan) Senarai harga untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Edisi 2 telah disiapkan pada
tahun 2007. Pindaan harga terkini dalam bentuk Edisi 3 juga hampir siap. Bagi
senarai harga untuk Akta Fi (Perubatan) pula Edisi 1 telah siap dalam tahun 2007 ,
sementara pindaan -pindaan harga akan dikemaskini dalam Edisi 2, yang juga
dalam peringkat akhir penyiapannya.
v.Senarai harga borong ubat-ubatan
Kompilasi harga –harga borong yang didapati dari beberapa syarikat pengedar
dan principal juga telah siap pada hujung tahun 2007.
vi. Projek Kawalan Harga Ubat-ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meminta kerjasama Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu Malaysia mengkaji kawalan harga
yang diperlukan dan mencadangkan mekanisma yang sesuai untuk
melaksanakannya.
26
Pihak WHO telah mengesyorkan seorang pakar perunding untuk menjalankan
kajian ini. Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menyediakan Terma Rujukan
untuk perunding tersebut dan pada masa ini sedang menunggu maklumbalas dari
WHO untuk memulakan perundingan tersebut yang dijangka akan dijalankan
pada penghujung Januari atau awal Februari 2008. Bahagian ini sentiasa
berhubung dengan WHO untuk mengetahui perkembangan perundingan ini.
Jadual 12: Kumpulan Ubat Yang Dipantau Dan Contoh
Kumpulan 1
34 jenis ubat preskripsi dan non-preskripsi
yang biasa digunakan untuk merawat
penyaki
Contoh:
Tab. Aciclovir 200mg,
Tab. Ranitidine 150mg
Tab. Simvastatin 20mg
Tab. Captopril 25mg
Kumpulan 2
28 ubat paten dan baru sahaja didaftarkan di
Malaysia.
Contoh:
Cap. Anagrelide Hydrochloride 0.5mg,
Tab. Levocetrizine 5mg
Cap. Dutasteride 0.5mg
Tab. Rabeprazole Sodium 20mg
Kumpulan 3
11 jenis ubat untuk indikasi yang tertentu
seperti ubat-ubatan yang melibatkan
transplan dan onkologi
Contoh:
Inj Epirubicin 50mg
Inj. Ifosfamide 1g
Inj. Rituximab 500mg/50ml
Inj. Fluorouracil 500mg/10ml.
Kumpulan 4
32 jenis ubat yang mencatatkan penggunaan
tertinggi dalam National Medicine Use
Survey (NMUS)
Contoh:
Tab Salbutamol 2mg
Tab Frusemide 40mg
Tab Atorvastatin 20mg
Tab. Lisinopril 5mg.
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
27
KAJIAN “NATIONAL MEDICINES USE SURVEY”
Projek National Medicines Use Survey (NMUS), dimulakan pada Tahun 2005
oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia. Mulai
bulan September 2006, pengurusan projek ini telah diambilalih oleh BPF, KKM
manakala pihak CRC, HKL mengendalikan aspek pelaksanaan kajian dan khidmat
statistik. Projek ini akan dijadikan satu aktiviti yang berterusan bagi mengkaji
penggunaan ubat-ubatan di pelbagai peringkat kesihatan awam dan swasta yang
dijangka berubah mengikut masa.
Berikut merupakan objektif projek ini dijalankan:
1. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubat yang dibekalkan di Malaysia.
Ianya penting untuk mengukur tahap penggunaan dan perbelanjaan ubat-
ubatan di negara ini.
2. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang dipreskrib dan/ atau
yang didispens di Malaysia. Ianya penting untuk mengetahui kuantiti
preskripsi dan amalan pendispensan di negara ini.
3. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang diguna oleh pengguna-
pengguna di Malaysia. Ianya penting untuk mengukur paten penggunaan
ubat-ubatan dan seterusnya menilai penggunaan ubat yang rasional oleh
pengguna di dalam negara ini.
4. Merangsang dan memudahkan kajian ke atas kegunaan ubat-ubatan.
Dalam memastikan projek ini dijalankan secara berterusan, sistem yang digunakan
untuk pengutipan data-data daripada fasiliti kesihatan awam/ swasta adalah sama
ada melalui beberapa tatacara berikut:
i) Muat turun daripada pengkalan data sedia ada seperti pengkalan data
import dan pengkalan data perolehan ubat-ubatan (procurement
databases).
ii) Pengutipan data utama untuk kajian preskripsi/ dispensing.
28
iii) Electronic Data Capture (EDC) tool yang diperkenalkan untuk sumber-
sumber tertentu seperti pembelian tempatan daripada fasiliti KKM dan
pembelian ubatan oleh klinik-klinik swasta.
Jadual 13 : Pencapaian aktiviti Projek NMUS
Bil. Aktiviti/ Pencapaian Output Pencapaian
1.
Pelaksanaan Projek “National
Medicines Use Survey” dengan
usahasama Pusat Penyelidikan
Klinikal (CRC) HKL
Penerbitan
“Malaysian
Statistics on
Medicine”
• MSOM 2004: April
2006
• MSOM 2005: Oktober
2007
2.
Peruntukan Pengendalian
Projek NMUS secara
berterusan
Permohonan
peruntukan
Peruntukan Tahun 2007:
RM250,000.00
(Peruntukan Khas dari
CRC)
3.
Makluman Melalui Laman Web :
www.crc.gov.my/nmus (dengan
usahasama Pusat Penyelidikan
Klinikal (CRC) HKL
Laman Web
dan muat turun
MSOM (format
pdf)
Pengemaskinian
berterusan
4.
Mesyuarat “NMUS -
Governance Board”
Mesyuarat “NMUS - Expert
Panel “
Bil. Mesyuarat :
Setahun sekali
• Tahun 2006 – 1 kali
• Tahun 2007 – 1 kali
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Melalui NMUS, Malaysian Statistics On Medicines (MSOM) 2004 dan 2005
berjaya diterbitkan serta Malaysian Medical & Health. Usaha penerbitan MSOM
2006 telah dimulakan dan dijangka selesai Julai 2008. Melalui statistik corak
penggunaan ubat-ubatan yang diperolehi, maka strategi lanjut dapat dirangka untuk
memastikan penggunaannya yang lebih berkualiti disamping turut dijadikan asas
kepada cadangan peruntukan sumber penjagaan pesakit yang lebih menyeluruh
kepada rakyat Malaysia kelak. Disamping itu, data-data ini juga boleh digunakan
untuk membuat perbandingan dengan corak penggunaan ubat-ubatan di negara-
negara maju bagi meningkatkan pencapaian kesihatan yang lebih tinggi kepada
dilaksanakan. Seterusnya, indikator hasil pula mengukur hasil yang telah dicapai
dan perubahan-perubahan yang disumbangkan atau diperolehi menerusi
perlaksanaan dasar ubat nasional.
A. Penggunaan Ubat Berkualiti Untuk tahun 2007, tumpuan yang lebih telah diberikan kepada komponen
DUNAS ke-4 iaitu Penggunaan Ubat Berkualiti. Jawatankuasa Kerja Projek
‘’Comprehensive National Project on Quality Use of Medicine – Consumers (QUM-
C)" telah ditubuhkan untuk melaksanakan komponen DUNAS tersebut. Ianya
merupakan projek tiga-tahun (2006 - 2008) yang dikendalikan secara gabungan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA). Pihak lain yang turut terlibat dan membantu adalah Persatuan Farmasi
Malaysia (MPS) dan universiti-universiti tempatan. Projek ini melibatkan “ Kempen
Kenali Ubat Anda” dan Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan oleh
Pengguna Malaysia. Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan bagi projek
tersebut pada tahun ini. Objektif projek adalah untuk meningkatkan kefahaman,
pengetahuan dan memberi pendidikan terhadap penggunaan ubat-ubatan secara
rasional kepada pihak pengguna.
Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sebanyak lapan kali pada tahun ini
untuk perancangan projek kempen. Jawatankuasa kerja kecil yang ditubuhkan
dibawah Jawatankuasa induk ini adalah:
1. Jawatankuasa Kecil Modul Training-of-Trainers (TOT)
2. Jawatankuasa Kecil MEDITIPS (Garis Panduan Perubatan untuk Pengguna)
3. Jawatankuasa Kecil Portal “Know Your Medicine”
4. Jawatankuasa Kecil Promosi Quality Use of Medicine – Consumers (QUM-C)
32
i. Kempen “Kenali Ubat Anda” Kempen “Kenali Ubat Anda” telah dilancarkan pada peringkat kebangsaan di
Melaka pada 29hb Jun 2007. Perlancaran peringkat negeri pula telah diadakan
di Negeri Sembilan dan Kelantan pada tahun 2007 manakala negeri lain akan
dijalankan pada tahun 2008.
Objektif utama bagi kempen ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang penggunaan ubat secara
rasional dan hak mereka dalam mendapatkan maklumat ubat.
2. Membekalkan maklumat kesihatan dan ubat melalui pelbagai aktiviti kepada
para pengguna.
3. Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil oleh mereka
4. Memperbaiki laporan kesan sampingan ubat dari pihak pangguna.
5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan ibu-ibu, termasuk yang mengandung
dan menyusukan anak.
6. Meningkatkan kemahiran warga emas dalam penggunaan ubat.
ii. Bengkel Training of Master Trainers dan Training of Trainers Bengkel kali kedua bagi Training of Master Trainers telah diadakan di
Sepang, Selangor pada Mei 2007 dan disertai oleh 65 orang peserta. Peserta-
peserta terdiri daripada Pegawai Farmasi Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur), Zon Selatan (Negeri
Sembilan dan Johor), Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan),
Sabah/Labuan dan Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan
latihan kepada peserta tentang kaedah-kaedah memberi ceramah kepada orang
awam dengan lebih berkesan dalam bengkel-bengkel pengguna yang akan
diadakan di bawah projek ini.
33
Bengkel Training of Trainers telah diadakan di semua zon seperti di bawah:
Lokasi Bilangan Peserta Tarikh Diadakan
Zone Timur (Pahang, Terengganu and Kelantan) 45 Ogos 2007
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) 51 Oktober 2007
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) 35 November 2007
Zone Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor) 40 Disember 2007
Sarawak 60 November 2007
Sabah dan Labuan 45 Disember 2007
III. Aktiviti QUM-C
Peringkat Pusat Berikut adalah aktiviti yang dijalankan di peringkat ibu pejabat Perkhidmatan Farmasi selain dari melaksanakan kerja-kerja sebagai urus-setia projek ini:
i) Pelancaran Kempen Kenali Ubat Anda di peringkat nasional di Dataran
Pahlawan, Negeri Melaka pada 29 Jun 2007.
ii) Menjadi tetamu di Rancangan Doktor dan Anda di TV3, Jun 2007
iii) Menjadi tetamu di Rancangan Hello on Two di TV2 pada 9.7.07
iv) Menjadi tetamu di TV 1, Julai 2007
v) Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Bersama
Pelanggan di Putrajaya Nov 2007
vi) Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Konsumer di
Stadium Melawati, Nov 2007
34
Peringkat Negeri Sepanjang tahun 2007, banyak aktiviti-aktiviti QUM-C telah dijalankan pada
peringkat negeri. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap
negeri dan zon:
Lokasi
Aktiviti-aktiviti QUM-C
Zon Timur (Panang, Terengganu and Kelantan
• 20 pameran
• 10 seminar
• 1 dialog
• Perlancaran Kempen
peringkat negeri di
Kelantan
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) • 6 pameran
• 1 seminar
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) • Lebihi 20 pameran
Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor)
• 5 seminar
• 1 pameran
• Perlancaran kempen
peringkat negeri di Negeri
Sembilan
Sarawak • 6 pameran
• 3 seminar radio
Labuan • 1 pameran
• 1 pertandingan kuiz
Sabah • 9 seminar
Untuk memudahkan komunikasi, seorang Liaison Officer telah dilantik dari setiap
negeri. Mesyuarat bersama semua Liaison Officers mengenai projek QUM telah
diadakan pada September 2007. Peranan-peranan Liaison Officers adalah
mengemaskini dan memberi maklumbalas tentang aktiviti-aktiviti QUM dalam negeri
masing-masing kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
35
IV. Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan Oleh Pengguna Malaysia Tinjauan ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Satu
mesyuarat untuk membincangkan pengumpulan data bagi projek ini telah
diadakan pada 26 – 27 Oktober 2007 yang melibatkan penyertaan seramai 46
Pegawai Farmasi / Pembantu Farmasi dari semua negeri. Mesyuarat tersebut
membincangkan kaedah tinjauan dan pembahagian tempat tinjauan kepada
kawasan bandar dan luar bandar pada setiap negeri. Fasa awal bagi tinjauan ini
dijalankan mulai November 2007 hingga Januari 2008. Seterusnya fasa kedua
akan dijalankan setelah semua negeri melancarkan kempen “Kenali Ubat
Anda”, bagi mendapatkan perbandingan tahap kesedaran dan pengetahuan
penggunaan ubat secara rasional oleh pengguna sebelum dan selepas kempen
dijalankan.
B. Portal “Know Your Medicine”
Laman web rasmi untuk Kempen “Kenali Ubat Anda” telah dilancarkan di Portal
www.knowyourmedicine.gov.my pada tahun 2007. Laman web tersebut
mengandungi gambar-gambar kit kempen dan artikel-artikel yang bermanfaat
terhadap pengguna. Jadual aktiviti-aktiviti kempen juga sentiasa dikemaskini dalam
laman web tersebut. Laman web juga telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Malaysia akan dimuat naik pada awal tahun
Serbuan ke atas premis yang menjual ubat tidak berdaftar
KAWALAN PREKURSOR DAN BAHAN KIMIA TERKAWAL
Bahagian Perkhidmatan Farmasi merupakan pihak berkuasa yang mengawal
pengimportan dan pengeksportan prekursor melalui United Nations Convention
Against Illicit Traffic In Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1988. Selain
daripada itu kawalan juga dilakukan terhadap bahan kimia lain yang banyak berlaku
penyalahgunaan. Semua prekursor dan bahan kimia terkawal ini telah disenaraikan
di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) dan Perintah Kastam
(Larangan mengenai Eksport). Selain daripada itu prekursor dan bahan kimia
terkawal ini juga telah disenaraikan dalam Senarai Racun di bawah Akta racun 1952.
Di bawah Konvensyen ini juga melibatkan pengeluaran Pre-Export Notification
(PEN) iaitu satu mekanisma yang digunakan untuk menghalang pemesongan
prekursor kepada pasaran haram. PEN dikeluarkan untuk memberitahu Negara
pengimport mengenai pengeksportan prekursor yang disenaraikan di bawah
Konvensyen. Penggunaan sistem “ on-line” dalam memproses permohonan permit
dan juga PEN telah dapat mempercepatkan proses kelulusan. E-permit telah
44
dilaksanakan secara meluas bermula Ogos 2007 untuk kelulusan import dan
September 2007 untuk kelulusan eksport.
Rajah 11 : Bilangan Kelulusan Permit Import dan Eksport, Eksport Persediaan (Mengandungi Ephedrine/Pseudoephedrine) dan Jumlah PEN yang diterima dan dikeluarkan bagi tahun 2006 dan 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM KAWALAN PEMESONGAN (DIVERSION) Tindakan ke atas pemesongan ubat-ubat psikotropik dan terkawal : Pendekatan “A-MORE”(Audit-monitor & Research)
Pada tahun 2007, Unit ini telah menjalankan pendekatan “A-MORE” di mana
pendekatan diversion audit di gabungkan bersama kaedah pemantauan (monitoring)
dan kajian (research). Produk dadah berbahaya seperti methadone, ketamine dan
dihidrokodein yang telah dijadualkan sebagai bahan-bahan psikotropik sejak
September 2006 telah ditingkatkan pemantauannya disamping produk-produk
bahan-bahan psikotropik yang lain. Dari 108 buah premis berlesen yang disiasat,
sebanyak 31 atau 29% telah diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan
dibawah Akta yang dikuatkuasakan.
45
SIASATAN Unit siasatan bertanggungjawab keatas semua kes yang didapati
melanggar Akta-Akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi.
Akta-akta yang tersebut adalah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 , Akta
Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Akta
Dadah Berbahaya 1952. Setiap cawangan penguatkuasa farmasi negeri
menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang melanggar akta-akta tersebut di
negeri masing-masing. Pada tahun 2007 sebanyak 973 kes disiasat berbanding
dengan 765 kes dalam tahun 2006.
TINDAKAN OPERASI SERBUAN
Tindakan operasi dipertingkatkan untuk mengatasi masalah pengedaran,
pengilangan dan pengimpotan produk dicemari racun terutamanya bahan
perangsang seks bagi lelaki dan agen pelangsing bagi perempuan, produk palsu
dan juga penyalahgunaan bahan-bahan psikotropik dan penyelewengan bahan-
bahan ini oleh klinik perubatan dan farmasi. Unit Tindakan Khas Operasi Serbuan
dibantu oleh unit-unit lain di Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) dan dari semua
Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) negeri dan agensi penguatkuasa dari
jabatan dan kementerian lain berusaha melaksanakan misi yang tersebut. Operasi
serbuan sentiasa dijalankan dari masa ke masa diseluruh negara samada oleh
pegawai-pegawai dari CPF negeri berkenaan sahaja atau pun oleh pegawai-
pegawai dari semua CPF dalam operasi besar-besaran.
Pemeriksaan serta serbuan dilakukan ke atas pengilang produk farmaseutikal
berlesen dan pengilang haram, pengimpot, pengedar, syarikat jualan langsung dan
sebagainya. Turut diperiksa dan diserbu ialah klinik perubatan dan premis farmasi
yang diketahui membekalkan dan memesongkan stok bahan-bahan psikotropik
kepada penagih.Rampasan terbanyak adalah dari jenis produk perangsang seks,
produk tradisional tidak berdaftar, produk racun tidak berdaftar dan produk
pelangsing, selain dari rampasan produk kosmetik dicemari racun.Berikut adalah
pencapaian bagi tahun 2007.berbanding dengan tahun sebelumnya
46
Jadual 23 : Jadual Nilai Rampasan (RM) dari 2005 hingga 2007