545 VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM AKHBAR BERBAHASA ARAB Lubna Abd. Rahman i , Arnida A. Bakar ii & Wahida Mansor iii i (Corresponding author) Pensyarah Kanan,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]ii Pensyarah,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]iii Pensyarah ,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]Abstrak Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab. Kata kunci: istilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab. PENDAHULUAN Virus Korona (Coronavirus) merupakan keluarga besar virus yang boleh menjejaskan saluran pernafasan dan menyebabkan gejala seperti selesema atau jangkitan saluran pernafasan secara akut. Terdapat dua jenis virus Korona yang menyebabkan wabak iaitu Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV). SARS-CoV mula dikesan di Guangdong, China pada tahun 2003 dan telah menjejaskan lebih 8000 orang. Manakala MERS-CoV pula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012 dan telah meragut nyawa lebih 800 orang. Pada akhir tahun 2019, dunia dikejutkan dengan kemunculan Novel Corona Virus (nCoV) atau lebih dikenali sekarang
12
Embed
VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM …
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
545
VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM AKHBAR
BERBAHASA ARAB
Lubna Abd. Rahmani , Arnida A. Bakarii & Wahida Mansoriii
i(Corresponding author) Pensyarah Kanan,Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]
merujuk kepada definisi dan maksud yang sama iaitu ،ممارسة صحية، طاقم طبي، الفرق عامل صحيلْط الاماميباالعاملون dan الطبية، موظفوا الْطوط الأمامية، . Kesemua istilah ini memberi maksud petugas
(pekerja) kesihatan, pengamal kesihatan, kumpulan perubatan serta petugas barisan
hadapan.
Jadual 4
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
4 Penyebaran virus (corona virus outbreak)
انتشار الفيروس/ انتشار »كورونا« فيروس
تفشي المستجد / فيروس كورونا المستجد
تفشي »كورونا«
انتشار الفيروس
تفشي الفيروس
19-اجتياح كوفيد
19-تفشي كوفيد
كورونا وباء تفشي المستجد
Jadual 4 memaparkan istilah penyebaran virus dan dalam konteks perbincangan kajian
ini, virus yang dimaksudkan ialah COVID-19. Setelah diamati dan dikaji, kajian
mendapati terdapat beberapa pilihan penggunaannya dalam versi Bahasa Arab iaitu
19 –اجتياح كوفيد dan انتشار الفيروس, تفشي فيروس كورونا المستجد . Kosa kata Arab kaya dengan pelbagai
istilah bagi merujuk kepada gambaran penyebaran virus dan kesemua ini merujuk
kepada situasi atau keadaan yang berleluasa berlaku dan meliputi kawasan yang luas
dan tidak terkawal.
Jadual 5
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
5 vaksin 19-لقاح ضد كوفيد اللقاح اللقاح
Istilah vaksin yang berkait dengan bidang perubatan bermaksud sediaan bakteria, virus
dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam
badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu (Kamus Dewan,
2007). Berkenaan dengan pandemik COVID-19 yang menyaksikan seluruh dunia
551
terkesan dengannya, pihak yang terlibat dengan perubatan dan makmal bertungkus
lumus menghasilkan vaksin yang mampu merawat virus ini sekaligus melindungi dunia
dari ancaman wabak. Berdasarkan Jadual 5 di atas, istilah yang digunakan dalam versi
bahasa Arab bagi tiga akhbar terpilih adalah tertumpu kepada satu sahaja iaitu اللقاح.
Jadual 6
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
6 Pelitup muka (tanpa ‘shield’)
الكمامات
أقنعة الوجه
الكمامة
القناع
الكمامات الواقية
كمامات الوقاية
الكمامة
Jadual 6 menunjukkan penggunaan istilah pelitup muka yang berfungsi sebagai
pelindung bagi meminimumkan sentuhan secara sedar atau tidak sedar pada mata,
hidung dan mulut. Alat ini dilihat mampu menjadi pencegah kepada penularan COVID-
19 dan membantu memutuskan rangkaian virus dalam kalangan masyarakat dunia.
Kajian mengenalpasti tiga akhbar terpilih menggunakan pelbagai istilah yang merujuk
kepada pelitup muka dalam versi Bahasa Arab iaitu الوجه Bagi kosa .القناع dan الكمامات، أقنعة
kata Arab الكمامات kajian mendapati terdapat variasi penggunaannya iaitu الواقية الكمامات dan الوقاية Kesemua kosa kata Arab ini merujuk kepada alat yang diletakkan di .كمامات
mulut dan hidung bagi tujuan menapis udara yang tercemar dan sebagai pelindung
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
7 Penjarakan sosial تباعد اجتماعي
التباعد الاجتماعي.
بعيدة عن بعضها بعضاً
إبقاء مسافة فيما بينهم
الِفاظ على مسافة بينهم
التباعد الاجتماعي
العزل الاجتماعي
من شاسعة مسافات بعضها بعضا
التباعد الاجتماعي
Jadual 7 menunjukkan kepelbagaian istilah bagi penjarakan sosial dalam versi Bahasa
Arab bagi tiga akhbar terpilih seperti yang tertera di atas. Penjarakan dirujuk sebagai
penjauhan atau perenggangan (Kamus Dewan, 2007) dan terpakai kepada seluruh
masyarakat dunia ketika ini. Saranan membuat penjarakan sosial dan fizikal ini mula
didengari saat dunia diserang virus COVID-19 bertujuan untuk membendung penularan
virus tersebut dengan berkesan. Manakala bagi kosa kata Arab pula, kajian
mengenalpasti beberapa istilah yang digunakan iaitu إبقاء بعضا، بعضها عن بعيدة اجتماعي، تباعد العزل بينهم، مسافة على الِفاظ بينهم، الاجتماعي مسافة فيما dan بعضا بعضها من شاسعة Kesemua variasi .مسافات
istilah Arab ini menerangkan tentang perbuatan menjarakkan antara satu sama lain atau
kekal pada penjarakan yang selamat (www.almaany.com).
Jadual 8
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
Jadual 8 mengandungi istilah mengekang penularan yang bermaksud menyekat,
menahan atau mencegah (Kamus Dewan, 2007), dan dalam konteks ini adalah wabak
COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat dunia. Didapati bahwa
terdapat kepelbagaian penggunaan dalam kosa kata Arab yang menyajikan istilah
seperti تفشي محاصرة العدوى، تفشي كورونا serta خفض وباء كوفيد atau احتواء 19-احتواء . Kesemua istilah
Arab ini bermaksud menahan daripada menular, mengurangkan penularan serta
menyekat daripada merebak (www.almaany.com).
Jadual 9
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
9 perintah kawalan pergerakan القيود / القيود فرض
على الِركة
فرض قيود على التنقل
أمر تقييد الحركة
إجراءات تقييد الِركة
فرض حظر تجول
قرار تقييد الِركة
Jadual 9 memaparkan istilah dalam versi bahasa Melayu iaitu perintah kawalan
pergerakan dan merupakan satu arahan oleh pihak berwajib sejak berlakunya penularan
virus COVID-19 dalam komuniti sebagai tindakan memutuskan rantaian jangkitan
wabak ini tidak kira sama ada melibatkan kawasan mahupun orang awam. Perintah ini
bermaksud mengawasi dan menjaga pergerakan (Kamus Dewan, 2007) setiap ahli
masyarakat agar wabak ini dapat dibendung dan seterusnya berjaya dihapuskan. Setelah
penelitian dibuat, kajian mendapati bahawa terdapat variasi penggunaan istilah tersebut
bagi kosa kata Arab iaitu فرض القيود على الِركة، فرض قيود على التنقل، أمر تقييد الِركة، فرض حظر تجول dan قرارالِركة Kesemua istilah Arab ini merujuk kepada perintah dan arahan yang wajib . تقييد
dipatuhi bagi mengawal pergerakan dan perjalanan (www.almaany.com).