VARIASI BAHASA BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 Kumpulan 4 : Nizam Mulhayat Veronica Rina Nata Joicetil
VARIASI BAHASA
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3
Kumpulan 4 : Nizam Mulhayat Veronica Stephanie Rina Natasyha Joicetila Ralinda
1. PENGENALAN • Makin besar jumlah penutur sesuatu bahasa, makin
luas daerah penyebarannya, dan makin banyak perbezaan dari segi penggunaannya.
• Dalam bahasa Melayu, pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, dan Johor, dan sebagainya, menunjukkan wujudnya kelainan-kelainan itu.
• Penggunaan bentuk bahasa yang berlainan berdasarkan faktor pengguna (orang yang menggunakan bahasa) dan penggunaan (kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan)
• Kelainan bahasa disebabkan faktor-faktor sosial, antaranya latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.
2. PENGERTIAN VARIASI BAHASA • Kelainan = bentuk yang tidak seragam
atau berbeza-beza, dan melibatkan penyimpangan daripada keadaan yang lazim atau standard.1
• Neka bahasa = fitur (ciri atau bentuk) bahasa yang berbeza secara sistematik dalam sesuatu bahasa yang sama.2
• Jenis gaya penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat.3
3. JENIS VARIASI BAHASA 3.1 Bahasa formal (a) Pengertian • Bahasa surat = bahasa yang
digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi, khususnya dalam konteks tulisan.4
• Variasi perbahasaan yang lazim digunakan dalam konteks tulisan, atau bentuk bersurat (bertulis)
• Termasuk dalam kategori ini: bahasa baku dan bahasa istana.
(b) Ciri-ciri: • Bahasanya terkawal: Perkataan, frasa
dan ayatnya lengkap, tersusun, tinggi, dan halus sifatnya.
• Perkataan dalam binaan ayat tidak dipotong-potong sebagaimana yang kerap berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan.
• Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang bersifat rasmi.
3.1.1 Bahasa Baku (a) Pengertian: • Bahasa standard = variasi yang dipilih
mewakili sesuatu bahasa secara menyeluruh.
• Variasi yang digunakan oleh orang daripada pelbagai dialek ketika berkumpul dan berbincang secara rasmi, dengan menggugurkan sebahagian besar ciri atau unsur dialek masing-masing supaya wujud keadaan saling faham dalam hal yang diperkatakan.
• Bahasa sebegini telah mengalami proses pengekodan, diterima oleh masyarakat, dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu.
(b) Ciri-ciri: • Dikaitkan dengan golongan
berpendidikan. • Digunakan dalam acara-acara rasmi,
seperti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, temu duga, mesyuarat, perundingan, ucapan, perbicaraan di mahkamah, urusan pejabat, dan sebagainya, sama ada dalam tulisan atau lisan.
• Mempunyai keseragaman dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah, perkamusan, dan laras bahasa. Keseragaman ditentukan oleh pihak yang melaksanakan proses perancangan bahasa.
• Ayat dibina mengikut struktur gramatis, iaitu yang mengikut peraturan yang telah ditentukan.
• Menggunakan perkataan yang lengkap; tidak disingkatkan atau kependekan.
• Menggunakan imbuhan yang tepat
• Penggunaan frasa sendi nama yang tepat.
3.1.2 Bahasa Istana (a)Pengertian:
• Bahasa diraja = bahasa dalam = bahasa khas untuk kalangan keluarga diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan kerabat diraja.
• Termasuk sebagai bahasa halus – pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan terhormat.
(b) Ciri-ciri: • Berbentuk jumud – rutin, dan tidak
berubah semenjak dahulu. • Bersifat baku – mematuhi tatabahasa, dan
rasmi – digunakan juga dalam urusan rasmi dengan rakyat
• Penggunaan kosa kata khusus (daripada bahasa Sanskrit).
• Panggilan dan kata ganti nama diri diraja digunakan dengan meluas.
• Akhiran -nda dan -anda digunakan dalam konteks kekeluargaan, sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang.
• Ungkapan hormat daam komunikasi rasmi
• Pemulukan = perkataan atau perbuatan menyanjung raja: meletakkan raja pada taraf tinggi berbanding rakyat biasa.
• Pendinaan = perendahan diri terhadap raja
3.2 Bahasa Tak Formal (a)Pengertian:
• Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi.
• Bahasa bebas = yang tidak mementingkan peraturan bahasa
• Terdiri daripada dialek, bahasa slanga, bahasa pasar, dan bahasa basahan, dan sebagainya, yang tidak digunakan dalam keadaan formal.
(b) Ciri-ciri: • Bertentangan dengan bahasa formal
dan bahasa baku. • Perkataan disingkatkan.
• Terdapat percampuran kod atau bahasa bercampur-campur.
3.2.1 Dialek (a) Pengertian: • Neka tempatan, loghat, atau bahasa daerah
= Variasi tidak standard, kerana digunakan dan difahami oleh lingkungan masyarakat atau kawasan yang mengamalkannya sahaja.
• Merujuk jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas, yang berbeza daripada sebutan-sebutan umum (standard) yang digunakan di negara ini.
• Satu bentuk yang menyimpang daripada norma yang betul atau standard,9 tetapi tidak sampai menjadikannya sebagai satu bahasa yang lain.
(b) Ciri-ciri: • Sebutan yang berlainan, dengan
maksudnya masih sama.
• Bentuk kata yang berbeza dengan variasi standard, tetapi maksudnya masih sama.
• Kelainan perkataan bagi kata ganti nama dan kata umum
3.2.2 Bahasa Slanga (a)Pengertian:
• sejenis bahasa terhad, iaitu penggunaan bahasa yang khusus bagi sesuatu golongan atau kelas tertentu bagi sesuatu masa dengan pengertian tertentu.
• bahasa kutu atau bahasa rocker.
(b) Ciri-ciri: • Kosa kata daripada perkataan biasa
tetapi membawa makna yang berbeza daripada perkataan asal.
• Terdapat juga gabungan perkataan Melayu dengan bahasa asing.
• Tidak dapat difahami oleh orang yang bukan ahli kumpulan: menimbulkan identiti kumpulan dan membentuk dialek sosial.
• Lazimnya perkataan tidak kekal, diubah mengikut keperluan atau kerana maknanya diketahui pihak lain.
3.2.3 Bahasa Basahan
(a) Pengertian:
• Bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, antara ahli keluarga, teman rapat atau perbualan di kedai kopi.
• Bahasa cakap mulut, yang digunakan sesama orang Melayu
(b) Ciri-ciri: • Kependekan perkataan yang ketara
• Perubahan bunyi
• Perkataan berbeza daripada neka baku tetapi maknanya masih sama.
• Ayat bersusunan mudah dan ringkas – menggugurkan imbuhan dan kata sendi nama. Hal ini dipengaruhi oleh kecenderungan untuk mencepatkan ucapan.
• Pengaruh bentuk dialek – meletakkan kata bantu di belakang kata kerja.
• Pengguguran kata hubung dalam ayat majmuk.
3.2.4 Bahasa Pasar (a) Pengertian: • Bahasa kacukan = bentuk bahasa Melayu yang
digunakan dalam percakapan antara orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara dua pihak yang bukan sebangsa.
• Asalnya, orang asing yang menggunakan perkataan Melayu dalam susuk ayat bahasa asing, tetapi orang Melayu turut menggunakan tatabahasa asing supaya mudah difahami oleh orang bukan Melayu.14
• Bahasa yang wujud akibat daripada pergaulan masyarakat yang berbilang kaum supaya saling memahami pertuturan.
• Bahasa yang dituturkan apabila berlaku pertembungan antara dua pihak yang tidak mempunyai satu bahasa perantaraan yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak itu.
(b) Ciri-ciri: • Penggunaan perkataan punya –
khususnya dalam perbualan yang melibatkan orang Cina dan India.
• Penggunaan kata ganti nama diri juga berbeza daripada bahasa baku.
• Pengabaian penggunaan kata penjodoh bilangan.
• Mengabaikan Hukum D-M
• Susuk ayatnya tidak mematuhi tatabahasa bahasa Melayu.
3.2.5 Bahasa Mesra
(a) Pengertian:
• Bahasa yang menunjukkan hubungan yang rapat antara penutur dan pendengar
(b) Ciri-ciri: • Gelaran/panggilan tidak lengkap
• Menggunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama diri orang pertama
• Kependekan kata
• Penggunaan partikel -lah
3.3 Bahasa Halus
(a)Pengertian:
• Bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi.
• Bahasa yang menggunakan perkataan atau ungkapan lain yang lebih lembut menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain
(b) Ciri-ciri:
• Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai dengan suasana formal dan tidak formal.
• Perkataan dan ungkapan berciri sopan – menunjukkan ketinggian budi penuturnya.
• Pemilihan bahasa kiasan = bahasa berlapik / bahasa beralas
• Penggunaan perkataan daripada bahasa Arab – menggambarkan kehalusan budi dan hati penutur, berkait dengan Islam yang sentiasa mementingkan akhlak yang tinggi.
3.5 Bahasa kasar (a) Pengertian: • Bahasa yang tidak mempunyai adab atau
kurang ajar, tidak sopan dan tidak manis.
• Terdiri daripada bahasa kasar biasa (= bahasa tidak sesuai dengan tempat dan konteks), dan bahasa kasar kesat (= bentuk bahasa ketika sedang marah dengan maki hamun, mencarut, mengutuk, dan sebagainya.
(b) Ciri-ciri: • Perkataan/frasa yang digunakan
relatifnya kasar.
• Kata-kata makian atau cacian, terutama ketika sedang marah
• Kata-kata untuk menghina atau menimbulkan kemarahan
3.6 Idiolek
(a) Pengertian:
• Kelainan antara invididu dalam daerah dan latar belakang sosial yang sama.
(b) Ciri-ciri:
• Sifat fisiologi pada alat pertuturan individu. Misalnya, alat pertuturannya kurang sempurna sehingga menghasilkan penyengauan bunyi yang sepatutnya tiada.
• Tabiat pertuturan yang lain, seperti percakapan yang terlalu cepat atau lambat, gagap, tertahan-tahan, dan sebagainya.
• Cara bercakap, seperti penekanan nada suara, atau pemanjangan dan pemendekan bunyi-bunyi tertentu.
3.7 Bahasa Pijin (a) Pengertian: • Bahasa yangg terdiri daripada campuran
unsur dua atau lebih bahasa lain yang digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
• Berkaitan dengan bahasa pasar.
(b) Ciri-ciri: • Bahasa dipermudah, agar saling
difahami kedua-dua pihak • Terdapat percampuran kod
3.8 Bahasa Kreol (a) Pengertian:
• Bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu
• Berkembang daripada bahasa pijin
(b) Ciri-ciri: • Pertambahan kosa kata • Struktur tatabahasa menjadi lebih kompleks • Wujudnya penutur jati
• SEKIAN//=)