Top Banner
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA JURUSAN KIMIA FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya NORFEZLINA BINTI ROSLEY (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO.18,JALAN BJ 30, PM. AZIZ BIN NORDIN TAMAN BERTAM JAYA, Nama Penyelia 75250, MELAKA. Tarikh: 18 APRIL 2011 Tarikh : 18 APRIL 2011
25

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

Sep 07, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA JURUSAN KIMIA FAKULTI

SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NORFEZLINA BINTI ROSLEY

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

NO.18,JALAN BJ 30, PM. AZIZ BIN NORDIN

TAMAN BERTAM JAYA, Nama Penyelia

75250, MELAKA.

Tarikh: 18 APRIL 2011 Tarikh : 18 APRIL 2011

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia/Matematik)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 18 APRIL 2011

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

POLA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA JURUSAN KIMIA FAKULTI SAINS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NORFEZLINA BINTI ROSLEY

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Kimia/Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April , 2011

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama : NORFEZLINA BINTI ROSLEY

Tarikh : 18 APRIL 2011

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Mengasihani. Segala pujian

atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda tersayang,

Rosley Bin Adon

Apa yang telah diberi, akan ku hargai. Apa yang telah diucap akan kuingati. Terima

kasih atas segala-galanya.

Buat bonda tercinta

Raunah Binti Ibrahim

Engkau lah segala sumber ilham dan inspirasi hidupku selama ini

Buat saudaraku yang teristimewa

Norfatiha Binti Rosley

Norfaezah Binti Rosley

Muhd Faiz Zharif Bin Rosley

Norfasehah Binti Rosley

Buat sahabat-sahabatku

Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Semoga Allah memberi hidayah dan

membuka pintu RahmatNya.Terima Kasih untuk segala kenangan yang terindah ini.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan

tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda

hingga ke hari kemudian

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan

projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Sarjana Muda Pendidikan (Kimia).

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia tesis, Prof

Madya Aziz Bin Nordin di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang

tempoh penyelidikan. Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Sains yang memberi

serba sedikit maklumat.

Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai dengan

pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar tahun tiga Jurusan Kimia, Fakulti Sains di

Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 101 orang responden yang telah dipilih

secara rawak sebagai sampel. Teori yang digunakan adalah Teori Kecerdasan

Pelbagai Gardner (1983). Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dan

data dikumpul melalui set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 15.0 bagi mendapatkan

keputusan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil analisis menunjukkan secara

umumnya pelajar adalah daripada kecerdasan intrapersonal. Sementara itu, tahap

pencapaian pelajar berada pada tahap cemerlang. Kemudian, kajian ini juga

mendapati bahawa pelajar yang memperolehi tahap pencapaian akademik cemerlang

mempunyai kecerdasan visual ruang. Manakala bagi pelajar yang memperolehi tahap

pencapaian akademik baik pula memiliki kecerdasan logik-matematik. Seterusnya,

pelajar yang memperolehi tahap pencapaian akademik sederhana mempunyai

kecerdasan kinestatik.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to examine the patterns of multiple intelligences

and academic achievement for the third year students of Chemistry Courses, Faculty

of Science in University Technology Malaysia. A total of 101 respondents were

chosen randomly as sample. The theory used is Gardner Multiple Intelligences

Inventory (1983). It carried out a quantitative approach and data were collected

through questionnaires. Data were analyzed using SPSS (Statistic Package for the

Social Science) version 15.0 to obtain the results in terms of frequency and

percentage. The finding shows that most of the students possess the intrapersonal

intelligence. Meanwhile, the level of the student achievement is at the excellent level.

Then, the research also found that students who obtain excellent academic

achievement have spatial visual intelligence. While the students who obtain good

academic achievement also have a logical mathematical intelligence. Next, students

who obtain a moderate level of academic achievement have kinesthetic intelligence.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN MUKA

SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

viii

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Kecerdasan Pelbagai 8

1.8.2 Pencapaian 9

1.8.3 Pelajar 10

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 14

2.2.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 15

2.2.2 Kecerdasan Logik Matematik 16

2.2.3 Kecerdasan Visual Ruang 17

2.2.4 Kecerdasan Kinestatik 17

2.2.5 Kecerdasan Muzik 18

2.2.6 Kecerdasan Interpersonal 18

2.2.7 Kecerdasan Intrapersonal 19

2.2.8 Kecerdasan Naturalis 20

2.3 Asas Kepada Pembentukkan Teori Kecerdasan Pelbagai. 20

2.4 Hubungan Antara Kecerdasan Pelbagai Dengan Gaya 21

Pembelajaran

2.5 Hubungan Gaya Pengajaran Dengan Kecerdasan Pelbagai 25

Pelajar

2.6 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pendidikan 26

2.7 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Dengan Kecerdasan Pelbagai 28

Pencapaian Akademik

2.8 Penutup 29

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Bahagian A 32

3.4.2 Bahagian B 33

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Kaedah Menganalisis Data 37

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Penutup 41

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 43

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan 45

Peperiksaan SPM

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Cara 47

Kemasukan ke UTM

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai 48

Gred Keseluruhan (PNGK)

4.3 Analisis Persoalan Kajian Bahagian B 49

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49

4.3.1.1 Taburan Kekerapan Responden 50

Terhadap Domain Kecerdasan Pelbagai

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

x

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 51

4.3.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Purata 51

Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

4.3.2.2 Korelasi Responden Antara Keputusan 52

Peperiksaan SPM Dengan PNGK

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53

4.3.3.1 Pola Taburan Peratusan Responden 54

Antara Jenis Kecerdasan Pelbagai

Dengan PNGK

4.4 Penutup 56

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan 57

5.2.1 Apakah domain kecerdasan pelbagai pelajar tahun 57

tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains

di UTM yang meliputi aspek verbal linguistik,

logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang,

intrapersonal dan interpersonal?

5.2.2 Apakah pola taburan pencapaian pelajar tahun tiga 58

Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM?

5.2.3 Apakah pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai 58

dengan tahap pencapaian akademik pelajar tahun

tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM.

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Domain Kecerdasan Pelbagai Pelajar 59

5.3.2 Pola Taburan Pencapaian Pelajar–Pelajar Tahun Tiga 61

Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri UTM.

5.3.3 Pola Taburan Kecerdasan Pelbagai Dengan 62

Tahap Pencapaian Akademik Pelajar.

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xi

5.4 Implikasi Kajian 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 71

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL PERKARA MUKA

SURAT

1.1 Klasifikasi Berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan 9

2.1 Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran 24

3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut 33

Latar Belakang Responden

3.2 Item-item Kajian Mengikut Kelas Kecerdasan 33

Pelbagai

3.3 Contoh Cara Responden Untuk Menandakan Jawapan 35

3.4 Pemarkahan Jenis Kecerdasan Pelbagai 36

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 37

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 38

3.7 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 44

4.4 Taburan Responden Bagi Subjek Bahasa Inggeris 45

4.5 Taburan Responden Bagi Subjek Matematik 45

4.6 Taburan Responden Bagi Subjek Matematik Tambahan 46

4.7 Taburan Responden Bagi Subjek Fizik 46

4.8 Taburan Responden Bagi Subjek Kimia 47

4.9 Taburan Responden Mengikut Cara Kemasukan ke UTM 47

4.10 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai Gred 48

Keseluruhan (PNGK)

4.11 Taburan Kekerapan Responden Terhadap Domain 50

Kecerdasan Pelbagai

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xiii

4.12 Taburan Responden Berdasarkan Purata Nilai Gred 51

Keseluruhan (PNGK)

4.13 Korelasi Responden Antara Keputusan SPM 52

Dengan PNGK

4.14 Taburan Responden Antara Jenis Kecerdasan Pelbagai 54

Dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Jenis-Jenis Kecerdasan Pelbagai 15

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xv

SENARAI SIMBOL

α - Alfa

f - Frekuensi / Kekerapan

r - korelasi

% - Peratus

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

SPSS - Statistical Package for Social Science

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SSA - Sarjana Muda Kimia Tulen

SSC - Sarjana Muda Kimia Industri

TKP - Teori Kecerdasan Pelbagai

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 71

B Statistik Pelajar Jurusan Kimia 78

Fakulti Sains, UTM.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan

bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting

dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan

menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya

perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian

pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan

penglibatan pelajar terhadap pelajarannya.

“ An intelligence is the ability to solve problems, or to create products

that are valued within one or more cultural setting.”

(Frames of Mind,1983)

Terdapat beberapa isu mengapa teori kecerdasan pelbagai (TKP) perlu

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, teori kecerdasan

pelbagai menyokong pembelajaran besepadu yang menyeluruh selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Keperluan Murid. Di samping menghasilkan

pelajar yang seimbang, Model TKP membantu murid memperoleh apa yang perlu

untuk hidup di abad akan datang iaitu Kemahiran Berfikir-TKP dipadukan dengan

tahap berfikir Bloom, Perancangan reflektif (kemahiran Intarpersonal) untuk

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

2

menghasilkan pelajar sepanjang hayat, Kemahiran menyelesaikan masalah bukan

sahaja sekadar pencapaian tinggi dalam ujian setara. Model TKP dapat membantu

kita menganjakkan fokus dari isi kandungan kepada hasil pembelajaran generik yang

lebih penting dan berguna kepada murid.

Teori kecerdasan pelbagai menerima persamaan dan perbezaan antara

individu dengann mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan

cara yang berlainan. TKP membantu guru memahami motivasi murid dan

kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan

kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa

dengannya.Guru perlu pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih

ramai murid boleh belajar kerana bukan semua murid boleh belajar dengan cara yang

sama.

Ia meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas. TKP membantu guru memahami pengaruh terhadap

kecerdasan murid. Ini kerana kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh faktor

pengalaman, budaya dan motivasi. Murid mengetahui bagaimana mengenalpasti

minat mereka dan bagaimana mereka belajar dengan lebih berkesan.

Tambahan lagi,teori kecerdasan pelbagai juga meningkatkan harga diri,

kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif dapat dicapai apabila sekolah mengamalkan

TKP dalam pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan di sekolah yang mengamalkan

TKP mendapati bahawa guru dan murid seronok ke sekolah. Kadar ponteng kelas

menurun. Pencepatan pembelajaran berlaku. Masa mengajar sesuatu mata pelajaran

dapat dikurangkan dan prestasi meningkat bagi mata pelajaran tersebut. Skor

pencapaian meningkat walaupun bagi ujian setara. Harga diri dan moral murid

meningkat. Kes salah laku dan gangguan kelas berkurangan atau tiada sama sekali.

Selain daripada itu, TKP turut meningkatkan profesionalisme guru dan

menggalakkan inovasi dan penyelidikkan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

3

Penerapan TKP di sekolah akan menghasilkan guru yang mempunyai tanggungjawab

dan akauntabiliti sepenuhnya dalam proses dan isi kandungan pengajaran.

Meningkatkan kualiti guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan

maklumat tetapi memupuk semangat baru terhadap perguruan. Menggalakkan

inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara sebab lain teori kecerdasan pelbagai adalah penting dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah dapat mempelbagaikan cara penilaian. Penilaian bersifat adil

kerana mengambil kira ke lapan-lapan cara kecerdasan dan tidak hanya tertumpu

kepada dua kecerdasan sahaja. Murid mendapat peluang menunjukkan kefahaman

mereka tentang isi kandungan atau kemahiran dalam pelbagai cara. Melalui penilaian

guru mengetahui kekuatan dan kelemahan murid dan dengan itu dapat merancang

pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan.

Teori kecerdasan pelbagai juga dapat mewujudkan sekolah yang menerima

dan menghargai perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid dan juga guru. Di

sekolah sedemikian, guru boleh merancang kolaboratif dengan meggunakan

kerangka TKP untuk menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan

ransangan. Selain itu, menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru dari segi

perancangan, organisasi dan pelaksanaan kurikulum serta mengambil tenggungjawab

secara kolaboratif ke atas pembelajaran murid.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan kepada

keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar, keseimbangan dari

segi kecerdasan dan personaliti haruslah disemai di peringkat di sekolah lagi.

Prestasi yang cemerlang bagi seseorang pelajar di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran adalah bergantung kepada kecerdasan pelbagai dan gaya

pembelajaran pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah disebabkan

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

4

setiap individu mempunyai keperibadian tersendiri, latar belakang, gaya

pembelajaran, dan cara berfikir, serta minat terhadap kecerdasan yang berbeza- beza.

Pencapaian yang baik juga bergantung kepada keberkesanan keupayaan kecerdasan

masing-masing seperti verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestatik,

muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Menurut Kolb (1971), antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan

pelajar ialah mereka tidak memahami gaya pembelajaran itu sendiri. Mereka perlu

dibentuk dan diasah untuk mengenali proses pembelajaran yang sistematik. Gaya

pembelajaran yang terhasil adalah tercipta secara semulajadi daripada kecerdasan

pelbagai pelajar yang dimiliki dan memang sedia ada dalam diri pelajar. Faktor

seperti sikap pelajar bagaimana mereka memperolehi maklumat juga merupakan

salah satu kaitan dalam gaya pembelajaran. Dengan itu, apabila seseorang pelajar itu

mengetahui kelemahan dan kekuatan dirinya, mereka akan menjadi lebih berjaya

dalam pencapaian akademik.

Menurut Che Zaini (1999), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

diamalkan sekarang hanya berfokus kepada dua jenis kecerdasan iaitu kecerdasan

verbal-linguistik (iaitu membaca, menulis, dan bahasa) dan logik-matematik (iaitu

mengira dan menyelesaikan masalah). Selain daripada itu, Teori Kecerdasan

Pelbagai bukanlah sesuatu teori untuk menentukan kecerdasan khusus yang dimilik

oleh seseorang individu. Sesetengah orang kelihatan mempunyai tahap tinggi dalam

kebanyakan kecerdasan berkenaan manakala golongan lain pula kelihatan

mempunyai tahap rendah dalam kebanyakan aspek kecerdasan. Kebiasaannya

terletak di tengah-tengah iaitu mengalami perkembangan yang sederhana dalam

sesuatu kecerdasan tersebut.

Antara pengaruh-pengaruh persekitaran lain yang juga menyokong atau

mencacatkan perkembangan kecerdasan seseorang pelajar termasuklah wujudnya

sumber atau mentor. Sekiranya seseorang pelajar berasal dari keluarga yang terlalu

miskin untuk membelikan piano, kecerdasan muziknya mungkin tidak akan dapat

diperkembangkan. Yang kedua adalah faktor budaya. Sekiranya seseorang pelajar

menunjukkan kecenderungan semulajadi yang luar biasa dalam sains atau matematik

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

5

amat dipentingkan dan diperuntukkan belanjawan yang besar, tentu sekali

kecerdasan logik-matematik pelajar tersebut akan dapat berkembang lebih maju.

Tambahan lagi, faktor cara hidup seseorang pelajar juga mempengaruhi kecerdasan

pelbagai. Contohnya, jika seorang pelajar ingin menjadi seorang pelukis grafik tetapi

ibubapa inginkan menjadi seorang peguam. Mereka akan cuba mempengaruhi pelajar

tersebut serta menyokong perkembangan kecerdasan verbal-linguistik berbanding

dengan kecerdasan visual-ruang.

Walaupun seseorang pelajar mempunyai kekurangan dalam sesuatu

kecerdasan dan menganggap masalahnya tidak dapat diperbetulkan, namun begitu

Gardner menegaskan bahawa setiap orang mempunyai kebolehan untuk

mengembangkan kesemua kecerdasannya ke tahap pencapaian yang lebih tinggi

sekiranya diberi galakan, pengkayaan serta pendidikan yang sesuai.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah pengajaran dan pembelajaran berlaku bukan sahaja di sekolah, tetapi

juga di universiti. Situasi di kelas sering memaparkan keadaan di mana terdapat

segelintir pelajar yang sentiasa bercakap, ada yang suka membaca, ada yang

mengasingkan diri daripada orang lain, ada yang suka duduk dalam kelompok, dan

sebagainya. Permasalahan pengajaran dan pembelajaran ini mungkin menunjukkan

bahawa wujud disebabkan kecerdasan pelbagai dalam diri seseorang pelajar. Oleh

itu, kajian ini cuba menentukan sama ada wujud kecerdasan pelbagai pelajar.

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala tasbih dan Segala tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T.

6

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Menentukan domain kecerdasan pelbagai tertinggi bagi pelajar tahun tiga

Sarjana Muda Kimia Industri Fakulti Sains, UTM yang meliputi aspek verbal

linguistik, logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang, intrapersonal dan

interpersonal.

1.4.2 Menentukan pola taburan tahap pencapaian akademik pelajar tahun tiga

Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM..

1.4.3 Menentukan pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai dengan tahap

pencapaian akademik pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains,

UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Berkaitan dengan pernyataan masalah, berikut adalah persoalan kajian yang

ingin dikemukakan.

1.5.1 Apakah domain kecerdasan pelbagai tertinggi bagi pelajar tahun tiga Sarjana

Muda Kimia, Fakulti Sains di UTM yang meliputi aspek verbal linguistik,

logik matematik, kinestatik, muzik, visual-ruang, intrapersonal dan

interpersonal?

1.5.2 Apakah pola taburan tahap pencapaian akademik pelajar tahun tiga Sarjana

Muda Kimia Fakulti Sains, UTM?

1.5.3 Apakah pola taburan peratusan kecerdasan pelbagai dengan tahap pencapaian

akademik pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kimia Fakulti Sains, UTM.