UTMSPACE adalah Penyedia Latihan KELAS A di bawah PSMB (Reg. No. 0902) Faktor manusia memainkan peranan utama dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi kerana manusia yang cemerlang merupakan teras kepada kecemerlangan organisasi. Faktor kecemerlangan manusia ialah ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Di antara keempat-empat faktor ini faktor sikaplah yang paling dominan. Menurut Harvard Business School, faktor sikap memainkan peranan 93% berbanding 7% faktor-faktor yang lain. Sikap dibentuk oleh faktor dalaman manusia yang terdiri daripada akal, hati, dan nafsu. Tiga elemen dalaman ini merupakan prasyarat untuk merubah sikap manusia. Ketiga-tiga elemen dalaman inilah juga yang membentuk sistem keyakinan, nilai, pandangan alam (worldview) seseorang manusia. SINOPSIS DI PERINGKAT DIRI PROGRAM INI AKAN • Menguatkan asas keyakinan dan sistem nilai dalam diri. • Menunjukkan hala tuju masa depan yang jelas dan tepat. • Menjelaskan perkara yang benar-benar penting dalam diri. • Menetapkan kriteria kejayaan & kebahagiaan peribadi. • Memberikan asas penentuan matlamat yang terancang. • Memudahkan membuat keputusan yang betul dalam hidup. • Menjadikan hidup lebih bermakna, berfaedah dan ceria. • Mencetuskan kesedaran dan keinsafan untuk membaiki diri. 1 OBJEKTIF DI PERINGKAT ORGANISASI PROGRAM INI AKAN • Menyelaraskan misi organisasi dan misi peribadi. • Mendorong pelaksanaan tugas dengan tulus, telus dan optimum. • Mengurangkan amalan-amalan negatif menerusi pencegahan secara inside-out yang bersifat pro-aktif. • Memudahkan terbentuknya regu kerja yang baik. • Membentuk suasana kerja yang kondusif dan harmoni. • Meningkatkan rasa sayang dan hormat kepada organisasi. 2 • Para pekerja / kakitangan kerajaan / badan berkanun / pihak berkuasa tempatan. • Para pekerja di sektor swasta/ bank/ hotel/ pasaraya. • Para pengurus/ penyelia muda • Penyelia/ pekerja syarikat pembinaan/ perkilangan/ pembuatan • Para pekerja dalam industri kecil dan sederhana. • Sesiapa yang berminat Kursus Mukmin Profesional merupakan satu program awalan yang akan mendorong seseorang untuk melakukan perubahan diri secara sukarela ke arah membina kekuatan dalaman bagi merubah sikap, seterusnya memupuk tabiat-tabiat yang cemerlang sama ada dalam diri, keluarga mahupun organisasi. SASARAN PESERTA HAJI AHMAD SALIM BIN HAJI OMAR PPT, DSM Haji Ahmad Salim mempunyai pengalaman yang luas di dalam urus tadbir kerajaan tempatan. Seorang yang berpemikiran kritis, sentiasa menilai aplikasi pengurusan semasa dan berusaha membangunkannya ke tahap optimum. Beliau juga sangat mahir di dalam bidang Pembangunan Insan dan Bina Diri (Self Help) yang berjaya dimesrakan antara pendekatan konvensional dengan tradisi Islam. Fasilitasinya kepada peserta amat mudah dan cepat dibawa kepada medan praktikal sebenar di organisasi masing-masing, hasil pengalaman, pemikiran dan pembacaan yang luas. HAJI HASHIM BIN AHMAD Beliau mempunyai pengalaman 26 tahun bergiat di dalam aktiviti Pembangunan Insan, dalam dan luar negara. Mendidik masyarakat Cocos di Australia selama 4 tahun. Mempunyai pengalaman outreach di New Zealand, Amerika Syarikat, Eropah, China, Timur Tengah, Pakistan, Mesir dan Uzbekistan selama 10 tahun. Beliau mempunyai kelebihan di dalam menyampaikan kunci-kunci ilmu yang menyebabkan peserta mudah tersentuh. Keistimewaannya terletak pada keupayaan mengubahsuai pendekatan agar setiap peserta secara individu terasa dekat kepadanya. Disebabkan pengalamannya yang luas beliau mampu memberi bimbingan dan tips yang berguna kepada peserta di dalam menghadapi liku-liku hidup. FASILITATOR KURSUS sec Aset Kecemerlangan Organisasi N P R F O E S I O A L M U K M I N . 27-28 JULAI 2011 tarikh : HOTEL DE PALMA AMPANG tempat :