1 UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN SECARA RUQYAH” PIMPINAN DATO DR HARON BIN DIN DALAM KONTEKS RAWATAN ALTERNATIF DAN KOMPLMENTARI DI MALAYSIA: SATU OBSERVASI MENURUT NERACA HUKUM DAN MASLAHAH Rushdi Bin Ramli Melakukan rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit, rohani dan jasmani, melalui ruqyah syar`iyyah adalah antara pendekatan rawatan yang diperakui di dalam Islam. Terdapat banyak karya-karya para ulama tersohor - dari dahulu hingga ke masa kini - yang telah dihasilkan di bidang ini. Dalam perkembangan semasa, rawatan melalui ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular dan mendapat tempat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, pusat rawatan melalui system ini, yang digerakkan di bawah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa, adalah di antara pusat rawatan yang cukup popular dan telah mendapat tempat hampir 30 tahun yang lalu. Pusat rawatan Darussyifa ini adalah sebuah pusat rawatan yang diasaskan oleh dan di bawah bimbingan ulama tersohor, Dato Dr Haron Din sepenuhnya. Dalam usaha memartabatkan system rawatan secara ruqyah ini, Dato Dr Haron Din, dalam pemerhatian penulis, bukan sahaja telah memanfaatkan segala khazanah penulisan ilmu di bidang ini, malah turut memperkenalkan beberapa pendekatan-pendekatan baru dan tersendiri di dalam system ruqyah syar`iyyah ini. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha dari penulis untuk meneroka dan menilai – setelah penelitian dibuat - beberapa aspek pembaharuan yang diketengahkan oleh Dato Dr Haron Din. RAWATAN PENYAKIT MELALUI RUQYAH SYAR’IYYAH DI DALAM SYARIAT ISLAM Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami telah menurunkan di dalam al-Quran ini apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…..” Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan dua penawar iaitu madu lebah dan al-Quran” Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya [dengan melakukan ruqyah kepadanya] maka lakukanlah” Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berfungsi dan berperanan sebagai pertunjuk dan pemberi panduan di dalam kehidupan manusia, khususnya umat Islam, namun pada masa yang sama al-Quran turut berfungsi sebagai penawar dan ubat kepada penyakit manusia, yang fizikal dan yang rohani, dan kepada permasalahan sejagat. Penggunaan al-Quran sebagai penawar merupakan suatu perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama. Secara ringkasnya para ulama telah bersepakat kata tanpa khilaf tentang keharusan merawat penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa yang muktabar. Justeru,
13
Embed
UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN SECARA
RUQYAH” PIMPINAN DATO DR HARON BIN DIN DALAM KONTEKS
RAWATAN ALTERNATIF DAN KOMPLMENTARI DI MALAYSIA: SATU
OBSERVASI MENURUT NERACA HUKUM DAN MASLAHAH
Rushdi Bin Ramli
Melakukan rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit, rohani dan jasmani, melalui
ruqyah syar`iyyah adalah antara pendekatan rawatan yang diperakui di dalam Islam.
Terdapat banyak karya-karya para ulama tersohor - dari dahulu hingga ke masa kini
- yang telah dihasilkan di bidang ini. Dalam perkembangan semasa, rawatan melalui
ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular dan
mendapat tempat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, pusat
rawatan melalui system ini, yang digerakkan di bawah Persatuan Kebajikan dan
Pengubatan Islam Darussyifa, adalah di antara pusat rawatan yang cukup popular dan
telah mendapat tempat hampir 30 tahun yang lalu. Pusat rawatan Darussyifa ini
adalah sebuah pusat rawatan yang diasaskan oleh dan di bawah bimbingan ulama
tersohor, Dato Dr Haron Din sepenuhnya. Dalam usaha memartabatkan system
rawatan secara ruqyah ini, Dato Dr Haron Din, dalam pemerhatian penulis, bukan
sahaja telah memanfaatkan segala khazanah penulisan ilmu di bidang ini, malah turut
memperkenalkan beberapa pendekatan-pendekatan baru dan tersendiri di dalam
system ruqyah syar`iyyah ini. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha dari penulis
untuk meneroka dan menilai – setelah penelitian dibuat - beberapa aspek
pembaharuan yang diketengahkan oleh Dato Dr Haron Din.
RAWATAN PENYAKIT MELALUI RUQYAH SYAR’IYYAH DI DALAM SYARIAT
ISLAM
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami telah menurunkan di dalam al-Quran ini
apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…..”
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan dua penawar iaitu madu
lebah dan al-Quran”
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu yang sanggup
memberikan manfaat kepada saudaranya [dengan melakukan ruqyah kepadanya] maka
lakukanlah”
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berfungsi
dan berperanan sebagai pertunjuk dan pemberi panduan di dalam kehidupan manusia,
khususnya umat Islam, namun pada masa yang sama al-Quran turut berfungsi sebagai
penawar dan ubat kepada penyakit manusia, yang fizikal dan yang rohani, dan kepada
permasalahan sejagat. Penggunaan al-Quran sebagai penawar merupakan suatu perkara yang
telah diijmakkan oleh para ulama.
Secara ringkasnya para ulama telah bersepakat kata tanpa khilaf tentang keharusan merawat
penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa yang muktabar. Justeru,
2
sejak dari awal-awal perkembangan ilmu-ilmu Islam, antara bidang ilmu yang banyak
disumbangkan oleh tokoh2 ulama lampau dan semasa adalah ilmu ruqyah ini atau disebut
juga sebagai ilmu al-tibb al-nabawwi. Sejak dari dahulu sehingga ke hari ini terdapat ratusan
karya yang ditulis oleh para ulama yang membincangkan selok-belok ilmu ruqyah ini. Justeru
pada hari ini dan khususnya di Malaysia amalan “berubat melalui sistem rawatan ruqyah” ini
adalah di antara amalan rawatan yang popular dan boleh dilihat di seluruh negara-negara
Islam. Malah terdapat juga beberapa kajian di peringkat universiti yang telah dilakukan yang
berkaitan dengan konsep rawatan ruqyah ini.
PUSAT RAWATAN BERASASKAN RUQYAH SYAR`IYYAH DI MALAYSIA
Dalam konteks Malaysia, rawatan ruqyah ini, yang kini telah dipopularkan dengan istilah
“Rawatan melalui pengubatan Islam”, adalah di antara rawatan yang cukup mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat Islam. Di dalam kajian PhD yang dilakukan oleh Dr Khaedir
Ahmad [2011], beliau telah menyenaikan sekitar 20 pusat rawatan “pengubatan Islam” ini
manakala secara rambang, iaitu dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang ada, boleh
dikatakan terdapat hampir satu ratus pusat-pusat rawatan di Malaysia yang melabelkan pusat
rawatan mereka sebagai “pusat rawatan pengubatan Islam”. Secara umumnya semua pusat-
pusat rawatan ini menjadikan al-Quran dan doa-doa yang muktabar sebagai asas terpenting
dalam rawatan yang diberikan.
LATARBELAKANG KAJIAN
Pendekatan merawat penyakit secara ruqyah syar’iyyah ini dapat dibaca di dalam hadis-hadis
Nabi SAW yang sahih dan di dalam tulisan-tulisan para ulama. Walau pun prinsip “kaifiat”
merawat melalui ruqyah ini dinyatakan dan dapat dilihat di dalam Sunnah Nabi SAW, namun
melalui perkembangan masa dan zaman, dan berasaskan kepada pengalaman-pengalaman
benar para ulama dan ahli ilmu di bidang ini, terdapat tidak sedikit pembaharuan-
pembaharuan dari sudut “pendekatan rawatan” yang telah diperkenalkan oleh para ulama
yang berkecimpung di bidang ini. Semua pembaharuan-pembaharuan ini, dalam pandangan
penulis, tidak lain melainkan bertujuan untuk memantapkan lagi pengamalan rawatan
penyakit melalui sistem ruqyah ini.
Namun sekalipun pembaharuan-pembaharuan ini mungkin boleh dilihat sebagai sesuatu yang
berpaksikan kepada maslahah, namun - dalam pandangan penulis - kelalaian, kealpaan dan
kejahilan yang tidak terkawal terhadap “prinsip-prinsip ruqyah di dalam Islam” adalah
ditakuti akan mendedahkan sistem amalan ruqyah ini kepada pelbagai elemen-elemen
khurafat dan “haram” yang tersasar jauh daripada objektif-objektif Syariah yang muktabar.
BEBERAPA UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN ATAU CIRI-CIRI UTAMA PUSAT
PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BERDASARKAN PEMERHATIAN
PENULIS :
1. Tidak Ada Bayaran dan “business minded” Bagi khidmat Rawatan Ruqyah.
Penulis berpendapat bahawa meletakkan bayaran tertentu di dalam khidmat rawatan yang
diberikan adalah di antara fenomena yang paling ketara di dalam semua pusat2 rawatan
alternative dan komplementari di Malaysia. Ini merupakan suatu perkara yang tidak pelik
kerana sememangnya pusat-pusat rawatan tersebut menyasarkan objektif untuk menghasilkan
3
pendapatan melalui khidmat yang diberikan. Dalam konteks perbincangan di sini boleh
dikatakan kebanyakan pusat rawatan ruqyah di Malaysia mengenakan bayaran tertentu.
Secara prinsip Syariahnya, meletakkan bayaran yang munasabah bukanlah suatu kesalahan
kerana Islam membenarkan upah diambil melalui rawatan ruqyah yang diberikan. Walau
bagaimanapun masalah dan kemusykilan mula timbul sekiranya terdapatnya pusat-pusat
rawatan yang mengenakan “cas rawatan” yang tidak munasabah lagi membebankan melalui
khidmat yang diberikan. Apa yang lebih mendukacitakan ialah bilamana chaj-chaj yang
dikenakan itu mungkin mencecah ribuan ringgit sehingga menimbulkan fitnah yang amat
besar dan “mecemari imej pusat-pusat rawatan Islam”.
Dalam konteks pusat rawatan Darussyifa`, Dato Dr Haron Din meletakkan “rawatan tanpa
bayaran” sebagai prinsip utama dan teras yang mendasari seluruh pusat-pusat rawatannya di
seluruh Malaysia.1 Dato Dr Haron Din sangat menitikberatkan tuntutan keikhlasan di dalam
rawatan dan keperluan mencari ganjaran pahala dari sisi Allah berbanding ganjaran wang dan
ringgit yang hanya sementara. Justeru, dari awal-awal keterlibatan beliau di dalam
mengembangkan serta mengaplikasikan ilmu rawatan ruqyah syar`iyyah ini, khususnya di
Darussyifa, beliau sentiasa menegaskan bahawa khidmat rawatan ini hendaklah dilaksanakan
secara yang seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan wang dari manusia.
Bagi penulis, rawatan tanpa bayaran ini boleh dikatakan sebagai “trade mark” rawatan ruqyah
di bawah pimpinan Dato Dr Haron Din. Malah pernah berlaku, sebagaimana yang diceritakan
oleh beberapa perawat Darussyifa`, bilamana Dato Dr Haron Din ditanya mengenai “bayaran
yang perlu dibayar” untuk melakukan rawatan terhadap kes-kes yang serius, seperti merawat
kawasan yang bermasalah dengan gangguan, maka beliau akan menjawab bahawa “bayaran
khidmatnya ialah tiada bayaran”.2
Penilaian Penulis
Dalam penilaian penulis, ini merupakan antara ciri-ciri yang amat unik dan tersendiri di dalam
khidmat ruqyah yang telah diterapkan oleh Dato Dr Haron Din dari detik awal beliau
menurunkan serta mengaplikasikan ilmu ini kepada masyarakat. Pendekatan yang diambil
oleh beliau ini memperlihatkan bagaimana beliau teramat menitikberatkan unsur “keikhlasan
dan berkhidmat kerana Allah SWT semata-mata” di dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Melalui pendekatan “khidmat tanpa bayaran” yang diambil ini pastinya akan dapat
memelihara orang ramai daripada unsur-unsur penipuan, ketidakadilan dan
ketidakmunasabahan dalam penetapan harga rawatan. Pendekatan seumpama ini juga
pastinya akan dapat mendidik para perawat Darussyifa untuk sentiasa berkhidmat dengan niat
mengharapkan balasan pahala di akhirat. Sesungguhnya, menurut observasi penulis, ini
adalah di antara ciri-ciri teristimewa yang dapat dilihat di dalam pusat-pusat rawatan
Darussyifak yang sukar ditemui di pusat-pusat rawatan alternative lain di seluruh Malaysia.
Hakikat ini juga memahamkan kepada kita bahawa Dato Dr Haron Din ingin menjadikan
1 Dalam perkembangan terkini terdapat sekitar 90 pusat rawatan Darussyifak di seluruh Malaysia. Pusat rawatan Darussyifa boleh ditemui di setiap negeri di Malaysia. 2 Temubual penulis bersama Ustaz Abdul Rahman Nawas, Setiausaha Persatuan Darussyifa`.
4
rawatan melalui ruqyah ini sebagai suatu “amal ibadah kepada Allah” dalam pengertiannya
yang sebenar. Justeru, elemen keikhlasan ini adalah suatu prinsip rawatan yang paling penting
dihayati. Begitu juga pendekatan ini amat menepati konsep ruqyah itu sendiri di mana,
sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama di bidang ini, kekuatan sesuatu ruqyah itu amat
berkait rapat dengan keikhlasan yang tersemat di dalam hati para pengamalnya.
2. Membuka dan Mengutamakan Premis Rawatan Di Seluruh Malaysia
Terdapat segelintir ilmuan Agama yang mendakwa bahawa membuka pusat-pusat rawatan
ruqyah adalah suatu bentuk bid`ah “mungkar” yang semakin menjadi-jadi dewasa ini, yang
diada-adakan oleh para ilmuan agama.3 Bagi mereka, walaupun ruqyah itu sesuatu yang
disyariatkan di dalam Islam namun pembukaan premis khas untuk “menruqyahkan para
pesakit dan orang ramai” adalah suatu pendekatan yang tersasar dari Syariah Islam. Ini adalah
kerana ianya tidak berdasarkan kepada perbuatan Nabi saw, dan tidak juga berdasarkan
kepada dalil yang jelas dan tidak pula diamalkan oleh para Sahabat Nabi saw dan para ulama
terdahulu.
Dalam konteks pendekatan Dato Dr Haron Din, beliau amat menitikberatkan pembukaan
presmis-premis rawatan bagi tujuan ini. Menurut beliau, berdasarkan prinsip asal rawatan,
khidmat ruqyah syar`iyyah ini hendaklah diberikan kepada sesiapa sahaja yang berhajat dan
di mana sahaja apabila khidmat itu diminta oleh orang. Inilah yang menjadi amalan beliau
dan inilah spirit yang diterapkan oleh beliau ke dalam jiwa para anak didiknya. Namun,
dengan mengambil kira kepada perkembangan semasa, beliau berpendapat pembukaan
premis rawatan seumpama ini adalah terlalu penting kerana ianya akan memberikan ruang
yang lebih luas dan lebih flexible kepada mereka-mereka yang berhajat. Melalui sistem
“waktu rawatan” dan “khidmat para perawat yang berjadual” yang terpampang di premis-
premis rawatan Darussyifa seluruh Malaysia, ini akan memberikan ruang yang selesa kepada
“perawat” untuk mengatur-susun aktiviti mingguan mereka dan kepada “pesakit” untuk
mengatur-susun masa yang sesuai bagi mendapatkan rawatan.
Penilaian Penulis
Dalam pemerhatian penulis, pembukaan premis-premis rawatan Darussyifak di seluruh
Malaysia adalah di antara ciri2 istimewa yang terserlah di dalam persatuan Darussyifak ini.
Penulis bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Dato Dr Haron Din bahawa pembukaan
presis di seluruh Malaysia ini sesungguhnya telah mera`ikan maslahah semasa, iaitu ianya
dapat memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada masyarakat yang berhajat kepada
rawatan ruqyah ini.
Sesungguhnya ajaran Islam bukanlah sentiasa bersifat rigid [seperti yang cuba difahami dan
diterapkan oleh segolongan ahli agama] di mana – secara prinsipnya - apa sahaja wasilah dan
jalan yang boleh mendatangkan maslahah yang jelas kepada masyarakat maka ianya termasuk
dalam ruang lingkup amalan dan aktiviti yang diperakukan oleh Islam. Realiti ini menepati
sepenuhnya kaedah “al-wasa`il laha ahkam al-maqasid” yang memahamkan kita bahawa
3 Kenyataan ini ada penulis temui di dalam beberapa karya berbahasa Arab.
5
sekiranya sesuatu amalan itu adalah sunat di dalam Islam maka apa sahaja wasilah yang
membawa kepada tercapainya amalan sunat itu turut dihukumkan sebagai sunat.
Begitu juga, dalam pemerhatian penulis, sekiranya kita melihat kepada bilangan para perawat
yang terlalu ramai yang telah “dilahirkan” oleh Dato Dr Haron Din sendiri, adalah terlalu
sukar untuk mengawal-selia aktiviti rawatan yang mereka lakukan melainkan sekiranya
khidmat rawatan itu dijalankan di premis2 yang dikawal-selia secara berterusan oleh barisan
AJK dan peraturan SOP yang kemas dan mantap. Begitu juga, kehadiran para pesakit yang
terlalu ramai dewasa ini menjustifikasikan lagi – menurut neraca maslahah - kepentingan
penyediaan tempat rawatan yang selesa dan dapat menampung kehadiran orang ramai.
Dari sudut yang lain, dalam pemerhatian penulis, memberikan rawatan ruqyah di rumah
sendiri secara solo dan tidak berjemaah – pada kebiasaannya - akan mendedahkan para pesakit
kepada kepelbagaian fitnah, penipuan dan masalah luar jangkaan yang sering kedengaran
mutakhir ini seperti penipuan dari sudut wang, pencabulan maruah dan kehormatan dan
sebagainya. Justeru, dalam konteks ini adalah jelas wujudnya maslahah yang rajih yang dapat
dilihat melalui pembukaan premis-premis rawatan ini.
Begitu juga, dari satu sudut yang lain, melalui premis-premis yang diwujudkan ini maka
rawatan secara ruqyah ini dapat dilaksanakan secara terbuka dan tidak tersembunyi di mana
amalan secara tersembunyi dan terselindung ini, dari satu segi, amat berbahaya kerana ianya
akan membuka ruang tersebarnya amalan perubatan khurafat atau ajaran sesat yang kerap
timbul di dalam masyarakat secara berahsia dan tersembunyi.
Begitu juga pada hari ini kita melihat bagaimana banyaknya pusat-pusat rawatan yang penulis
berani mengkategorikan sebagai “pendekatan rawatan yang masih menyelitkan unsur-unsur
yang meragukan” 4 yang wujud di tengah-tengah masyarakat pada hari ini. Justeru,
pembukaan premis-premis yang menepati “piawaian Syariah” ini pastinya akan dapat
menyelamatkan akidah umat Islam daripada terjebak ke dalam rawatan secara sihir, khurafat
dan seumpamanya. Lebih-lebih lagi, dalam pemerhatian penulis, pengetahuan masyarakat
Islam Malaysia mengenai persoalan rawatan yang menepati syariah ini masih cetik dan
dangkal dan ini memudahkan orang ramai tertipu di pusat2 rawatan tersebut. Justeru, adalah
tidak munasabah untuk menghukum kewujudan presmis ruqyah ini sebagai suatu bid`ah yang
diada-adakan. Sebaliknya, pelbagai kebaikan yang dapat dilihat dengan adanya premis-premis
ini.
3. Tidak Menawarkan Diri untuk merawat orang secara ruqyah
Walau pun merawat secara ruqyah adalah suatu amalan yang disyariatkan menurut kata
sepakat para ulama namun Dato Dr Haron Din mengambil pendekatan bahawa rawatan
ruqyah ini hanya wajar diberikan kepada “sesiapa yang memohon/meminta khidmat tersebut
daripada pihak kita”. Dalam mengulas isu ini Dato Dr Haron din menyatakan bahawa secara
umumnya tidak semua umat Islam menerima rawatan secara ruqyah ini atau dengan bahasa
4 Yang mencampuradukkan antara rawatan yang menepati piawaian syariah dan yang melibatkan amalan syirik kepada Allah.
6
lain tidak semua umat Islam memahami kewujudan rawatan penyakit melalui ayat-ayat al-
Quran. Justeru, bagi beliau, adalah lebih baik rawatan ini tidak “ditawarkan” melainkan
kepada orang-orang yang bersedia [dari dirinya sendiri] untuk dirawati secara ruqyah ini.
Kerana itu bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham maka rawatan ruqyah, dalam
konteks darussyifak, hanya diberikan apabila seseorang yang dengan rela hati bersedia untuk
dirawat.
Penilaian
Dalam pemerhatian penulis, secara prinsipnya, menawarkan diri untuk memberikan khidmat
ruqyah kepada orang ramai tidaklah menyalahi Syariat Islam. Islam sentiasa menganjurkan
kita berbuat kebaikan kepada orang ramai dan antara kebaikan itu ialah mendoakan
kesejahteraan kepada mereka. Malah terdapat satu hadis yang khusus mengenai khidmat
ruqyah ini di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu
yang sanggup untuk memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah”. Walau
bagaimana pun, dalam konteks pendekatan Dato Dr Haron Din ini, penulis berpendapat,
beliau lebih melihat kepada keperluan pemeliharaan pendekatan rawatan ruqyah ini dariapda
sebarang fitnah, salah faham dan tuduhan yang tidak berasas yang amat mudah berlaku.
Justeru adalah lebih baik, khususnya dari sudut mera`ikan kemuliaan amalan ini sendiri yang
melibatkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa Nabi SAW, untuk tidak menawarkan rawatan ini
melainkan terhadap mereka-mereka yang dengan rela hati bersedia untuk dirawati dan
meyakini amalan ini sebagai suatu kaedah rawatan yang benar dan sahih di dalam Islam.
Dalam pemerhatian penulis, ini juga adalah di antara “adab-adab yang amat halus dan penuh
sopan” yang ingin Dato Dr Haron Din terapkan kepada para anak didiknya. Dengan bahasa
mudahnya, “Jangan menonjol-nonjolkan diri sebagai perawat, namun berilah khidmat dengan
penuh keikhlasan apabila kita diminta oleh sesiapa pun”.
4. Ruqyah Secara Jelas dan Langsung [Bukan CD] Dan Tiada penggunaan azimat,
rajah dan wafaq
Berdasarkan penelitian penulis, Dato Dr Haron Din sentiasa menitikberatkan pendekatan
cermat, teliti dan berhati-hati [intiyat] dalam mengaplikasikan rawatan ruqyah ini. Beliau cuba
mengelakkan rawatan ruqyah yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesamaran seperti
rawatan ruqyah yang melibatkan pemakaian azimat atau lukisan rajah dan wafaq yang
mungkin pendekatan ini diterima-pakai dalam kalangan sebahagian ahli ilmu agama pada hari
ini.
Bagi Dato Dr Haron din, ungkapan2 ruqyah yang dibaca mestilah jelas, tepat dan tidak
menyalahi hokum syarak. Begitu juga rawatan secara ruqyah yang sahih mestilah bersifat
secara langsung dan bukannya bacaan melalui rakaman CD. Begitu juga Dato Dr Haron Din
menekankan kepentingan pembacaan doa ruqyah secara yang dapat didengari oleh diri
perawat dan juga pesakit. Melalui pendekatan ini maka apa yang dibacakan oleh para perawat
bukanlah suatu ilmu yang tersembunyi atau ingin disembunyikan dari pengetahuan orang
ramai. Malah orang ramai dapat memahami dan menilai sendiri ruqyah yang dibacakan oleh
perawat. Ini juga boleh dianggap sebagai antara ciri2 utama kaifiat ruqyah yang ditekankan
oleh Dato Dr Haron Din kepada para pelajarnya. Malah, sebagai suatu proses rawatan dan
7
penyebaran ilmu, beliau juga menyarankan ilmu ruqyah ini diberikan kepada para pesakit agar
ianya dapat diamalkan oleh mereka di dalam kehidupan seharian.
Hakikat ni juga memahamkan bahawa Dato Dr Haron Din mementingkan bacaan ruqyah yang
dibaca secara langsung dan bukannya secara rakaman di dalam CD dan sebagainya. Bagi
beliau, ruqyah adalah suatu bentuk doa kepada Allah yang memerlukan elemen ruh ibadah
seperti keikhlasan dan rasa tawaduk; justeru ianya perlu dilakukan secara langsung kepada
pesakit dan bukannya melalui CD.
Penilaian
Dalam pandangan penulis, pendekatan yang diambil oleh Dato Dr Haron din di sini adalah
pendekatan yang amat menepati tuntutan syarak dalam aspek ruqyah. Apa yang ditekankan
oleh beliau ialah supaya nilai-nilai ibadah [hubungan jiwa perawat dengan Allah SWT] akan
terus wujud dan terjalin di dalam amalan beruqyah. Justeru, ruqyah perlu dihayati secara
langsung oleh diri para pangamalnya dan bukannya dialunkan melalui rakaman CD. Begitu
juga keengganan beliau menggunakan segala jenis azimat dan tangkal memperlihatkan
bagaimana beliau mementingkan penjagaan dan pemeliharaan nilai-nilai iman dan takwa di
dalam rawatan. Sikap berhati-hati beliau di dalam bab ini memperlihatkan pendekatan beliau
amat menepati objektif utama syariah yang menuntut penjagaan agama dengan sebaik-baik
yang mungkin. Penolakan beliau terhadap penggunaan azimat rajah, nombor2 arab dan wafaq
jelas memperlihatkan bagaimana beliau menekankan kepentingan “kefahaman terhadap apa
yang dibaca” dalam amalan ruqyah. Ini adalah bagi memastikan apa yang dilafazkan itu
terselamat sepenuhnya dari unsur-unsur syirik dan sihir.
5. Kaifiat Merawat Bangunan Dan Premis Dan Kaitannya Dengan Hadis Para Malaikat
Merawat bangunan, premis dan “tempat-tempat yang bermasalah” secara ruqyah bukanlah
suatu amalan yang boleh dihukumkan sebagai bid`ah yang menyesatkan. Banyak karya-karya
ilmuan Islam yang berkaitan dengan ilmu ruqyah ini turut menjelaskan bagaimana “premis
juga boleh dirawat dengan menggunakan doa dan air yang didoakan. Justeru, merawat
bangunan dan premis-premis yang bermasalah adalah di antara bentuk rawatan ruqyah yang
diamalkan serta diturunkan oleh Dato Dr Haron Din kepsada para pelajarnya.
Walau bagaimana pun antara pembaharuan yang boleh dilihat di Darussyifa’ ialah Dato Dr
Haron Din menekankan “kaifiyat rawatan premis” yang lebih teratur, tersusun dan bersifat
berjemaah. Beliau menyarankan beberapa proses amalan utama yang merangkumi 1. solat