Top Banner
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK ‘VARIATION’ BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya HAZWANI BT AHMAD RAZALI ( HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: U5 JALAN SM 1E/2 , TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID 32040 SERI MANJUNG , (NAMA PENYELIA) PERAK . Tarikh: 21 APRIL 2008 Tarikh: 21 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
31

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Dec 26, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR

(ABM) BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK ‘VARIATION’ BAGI

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 .

Saya HAZWANI BT AHMAD RAZALI . .

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (� )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

U5 JALAN SM 1E/2, TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID

32040 SERI MANJUNG, (NAMA PENYELIA)

PERAK.

Tarikh: 21 APRIL 2008 Tarikh: 21 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek

Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)”

Tandatangan :

Nama Penyelia: TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID

Tarikh : 21 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

0

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK ‘VARIATION’ BAGI MATA

PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA

HAZWANI BT AHMAD RAZALI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penuh : HAZWANI BT AHMAD RAZALI

Tarikh : 21 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

iii

DEDIKASI

Nukilan khas buat...........

Ayahanda dan bonda serta opah dan atok yang disayangi

Allahyarham Ahmad Razali Abd Jalil dan Sarifah Khalid

Allahyarham Abd Jalil Md Yatim dan Halimah bt Mohammad

Yang sentiasa mendidik, menyayangi, mendoa dan merestui kejayaanku

selama ini. Pengorbanan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

Abang, kakak dan adikku tersayang

Sharizalina, Mohd Shahril, Mohd Shakir, Mohd Saufi, Khuzaimah dan

Mohd Luqman

Yang menempuhi kehidupan bersama-sama ku dari sejak kecil. Budi dan

jasa serta dorongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

Teman istimewa

Mohd Faris Mohd Nazri

Yang berterusan mendoakan kejayaanku dan memberi sokongan kepadaku.

Penyelia Pembimbing

Tuan Haji Muslim Jonid,

Yang telah melatih dan mendidikku dengan penuh dedikasi.

Rakan-rakan seperjuangan

Yang sentiasa menghulurkan bantuan dan sokongan kepadaku.

Kenangan bersama kalian akan ku abadikan di dalam memori.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

iv

PENGHARGAAN

Nafas syukur saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan berkat

keizinannya saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna tepat

pada masanya.

Dengan ikhlas hati, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid selaku pensyarah penyelia

projek sarjana muda yang telah menjadi pembimbing dengan memberi tunjuk ajar,

nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang

diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan kumpulan PSM yang

tidak jemu menghulurkan bantuan dan sokongan serta semangat kepada saya semasa

membangunkan modul perisian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sayang kepada semua

ahli keluarga saya yang sentiasa memberi semangat dan dorongan yang tidak berbelah

bahagi kepada saya serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung sepanjang tempoh pembangunan perisian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

v

ABSTRAK

Pemesatan kemajuan teknologi pengkomputeran yang melanda dunia pendidikan

Malaysia kini telah mencorak proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi

satu yang menarik dan efektif. Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada

pendidik terhadap penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer di

sekolah terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah

sangat proaktif dan kreatif. Maka, satu modul perisian ABM versi bahasa Inggeris yang

bertajuk ‘Variation’, bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 telah dibangunkan untuk

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ABM yang

dihasilkan ini bersifat mesra pengguna dan berorientasikan penggunaan elemen

multimedia seperti grafik, teks, animasi, audio dan video yang bersesuaian untuk guru

dan pelajar. Perisian ini menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003 sebagai

perisian asas pembangunan serta menggunakan perisian sokongan seperti Adobe

Photoshop CS, Sony Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas Movie Studio 6.0, Ulead GIF

Animator 5.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash MX. Kandungan yang terdapat

dalam modul perisian ABM ini termasuk lesson, quiz, e-search, fun-zone dan gallery.

Modul perisian ini dipakejkan ke dalam bentuk cakera padat sebagai fail mudah alih dan

boleh dimainkan dalam komputer yang menggunakan MS-Windows. Oleh itu, dengan

penghasilan perisian alat bantu mengajar ini, adalah diharapkan ia dapat membantu guru

sebagai bahan sokongan yang menarik dalam menghasilkan satu proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah yang berkesan dan kondusif.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

vi

ABSTRACT

The application of computer technology in education is one of the efforts to

enhance the method in teaching and learning process in classroom. Towards this end, the

Ministry of Education is giving greater emphasis to teachers in applying computer base

teaching aids for the Science and Mathematics education in English. Therefore, an

English version software module entitled ‘Variation’ for Form 5 Biology subject had

been developed. The software is designed as a teaching aid to help teachers in teaching

the subject effectively. The software is designed to be user friendly to teachers and

students and also integrated with various multimedia elements included with graphic,

texts, animation, audio and video. The software is developed using the Microsoft Office

PowerPoint Office 2003 and supported by Adobe Photoshop CS, Sony Foundry Sound

Forge 7.0, Sony Vegas Movie Studio 6.0, Ulead GIF Animator 5.0, Ulead Cool 3D and

Macromedia Flash MX. This software module is included with interesting lessons and

effective activities to motivate students to learn better. There are various accessible

menus to be explored by students and teachers including lesson, quiz, e-search, fun-zone

and gallery. This software module is available in CD-ROM and can be played using MS-

Windows computer system. Hopefully, this software will play its own role as an effective

teaching aid to help teachers creating an effective and conducive class environment.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

viii

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Skop Projek 9

1.7 Rasional Pemilihan tajuk 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Alat Bantu Mengajar (ABM) 11

1.8.2 Multimedia 12

1.8.3 Pengajaran 12

1.8.4 Pembelajaran 12

1.8.5 Pendekatan Konstruktivisme 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Modul Perisian Alat Bantu

Mengajar (ABM)

15

2.3 Ciri-ciri Modul Perisian ABM Yang Baik 16

2.4 Kelebihan-kelebihan Modul Perisian

ABM

17

2.4.1 Sebagai Satu Alat Bahan Bantu

Mengajar

17

2.4.2 Pemudah Cara Proses Pengajaran

dan Pembelajaran

17

2.4.3 Menjimatkan Masa 18

2.4.4 Menarik dan Menyeronokkan 18

2.4.5 Mudah Alih, Tahan Guna dan

Mudah Disimpan

18

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

ix

2.5 Kelemahan-kelemahan Modul Perisian ABM 19

2.6 Definisi PBK 20

2.7 Perbezaan Antara Modul Perisian ABM

dan Perisian PBK

21

2.8 Definisi Multimedia 23

2.9 Elemen-elemen Multimedia 24

2.9.1 Teks 24

2.9.2 Grafik 24

2.9.3 Video 25

2.9.4 Animasi 25

2.9.5 Audio 26

2.9.6 Hiperteks 26

2.9.7 Hipermedia 26

2.10 Model Reka Bentuk Perisian Pengajaran 27

2.10.1 Model ADDIE 27

2.11 Teori Pembelajaran 29

2.11.1 Teori Konstruktivisme 29

2.11.2 Teori Behaviorisme 30

2.12 Aspek Pedagogi Dalam Pembangunan

Modul Perisian ABM

33

2.12.1 Pendekatan Konstruktivisme 33

2.12.2 Pendekatan Sains, Teknologi

dan Masyarakat

34

2.13 Strategi Pengajaran dalam Modul

Perisian ABM

34

2.13.1 Latih Tubi 35

2.13.2 Tutorial 35

2.14 Motivasi dalam Proses Mereka

Bentuk Perisian

36

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

x

BAB 3 REKABENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 38

3.3 Objektif Pengajaran 38

3.4 Kumpulan Sasaran 39

3.5 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 39

3.6 Pemilihan Perisian Pembangunan 40

3.6.1 Aspek Pembangunan 40

3.6.1 Aspek Memain Semula 42

3.7 Pemilihan Perisian Multimedia 43

3.7.1 Adobe Photoshop CS 43

3.7.2 Sony Sound Forge 7.0 43

3.7.3 Ulead Cool 3D 3.5 44

3.7.4 Ulead Cool 3D Production Studio 44

3.7.5 Ulead Gif Animator 5.0 44

3.7.6 Macromedia Flash MX 45

3.7.7 Sony Vegas Movie Studio 6.0 45

3.8 Pemilihan Perkakasan 45

3.9 Spesifikasi Perkakasan Cadangan kepada

Pengguna

46

3.10 Pembangunan Perisian 47

3.11 Carta Alir Perisian 48

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xi

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 56

4.2 Penyediaan Bahan 57

4.2.1 Penyediaan dan Pengeditan Teks 57

4.2.2 Penghasilan Animasi 57

4.2.3 Grafik dan Visual 58

4.3 Struktur Asas Perisian 58

4.3.1 Skrin Montaj 59

4.3.2 Skrin Menu Utama 59

4.3.3 Skrin Penilaian 60

4.3..3.1 Skrin Penilaian

Pengetahuan Sedia Ada

60

4.3..3.1 Skrin Penilaian Formatif 61

4.3..3.1 Skrin Penilaian Sumatif 62

4.3.4 Skrin Kemudahan E-Search 62

4.3.5 Skrin Glosari Capaian Terus 63

4.3.6 Skrin Slot Pencarian Aktiviti

Harian

64

4.3.7 Skrin Fun Zone 64

4.3.8 Skrin Gallery 65

4.4 Pempakejan Perisian 66

4.5 Panduan Pengguna 67

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Masalah-masalah yang Dihadapi

Semasa Pembangunan Perisian

70

5.2.2 Kekuatan Perisian 72

5.2.3 Kelemahan Perisian 74

5.3 Cadangan 75

5.4 Kesimpulan 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 81

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xiii

SENARAI JADUAL

No Jadual Tajuk Muka Surat

Jadual 2.1 Perbezaan Antara Perisian ABM dan Perisian

PBK

21

Jadual 2.2 Model ARCS 36

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xiv

SENARAI RAJAH

No Rajah Tajuk Muka Surat

Rajah 3.1 Carta Alir – Main Menu 49

Rajah 3.2 Carta Alir – Exit 50

Rajah 3.3 Carta Alir – Lesson 51

Rajah 3.4 Carta Alir – Quiz 52

Rajah 3.5 Carta Alir – E-search 53

Rajah 3.6 Carta Alir – Fun Zone 54

Rajah 3.7 Carta Alir – Gallery 55

Rajah 4.1 Paparan Montaj 59

Rajah 4.2 Paparan Skrin Menu Utama 60

Rajah 4.3 Paparan Skrin Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 61

Rajah 4.4 Paparan Skrin Penilaian Formatif 61

Rajah 4.5 Paparan Skrin Penilaian Sumatif 62

Rajah 4.6 Paparan Skrin Kemudahan E-search 63

Rajah 4.7 Paparan Skrin Glosari Capaian Terus 63

Rajah 4.8 Paparan Skrin Slot Pencarian Aktiviti Harian 64

Rajah 4.9 Paparan Skrin Fun Zone 65

Rajah 4.10 Paparan Skrin Gallery 65

Rajah 4.11 Paparan Package For CD PowerPoint 2003 66

Rajah 4.12 Paparan Embed True Type Fonts 66

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xv

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

CAL - Computer Aided Learning

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

LCD - Liquid Crystal Display

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

RAM - Random Access Memory

STM - Sains, Teknologi dan Masyarakat

3D - Three Dimension

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Selidik 1 81

B Borang Selidik 1 82

C Pengesahan Menjalankan Projek Sarjana Muda 83

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Maklumat hanya di hujung jari anda”. Kenyataan ini merupakan satu perkara

yang tidak asing bagi setiap individu yang mengikuti kemajuan dunia era globalisasi

tanpa sempadan kini. Perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi yang

melanda dunia kini memastikan satu perubahan yang amat pesat sekali bagi bidang-

bidang tertentu. Bagi dunia pendidikan, perubahan yang berlaku menjadi satu batu

loncatan di mana pelbagai kaedah baru yang berasaskan teknologi multimedia

diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan

dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Ini merupakan satu berita positif bagi

warga dunia pendidikan dalam mencorak dan menghasilkan satu sistem pendidikan yang

lebih berpotensi dan berdaya saing. Dalam memastikan dunia pendidikan Malaysia yang

dahulu dipelopori oleh Tun Abdul Razak turut sama mengalami tempias perkembangan

teknologi multimedia ini, kita sebagai generasi kini haruslah menerokai alam siber yang

serba canggih ini. Ia sekaligus menyahut cabaran Wawasan 2020.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

15

Sejak beberapa tahun lalu, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di sekolah

telah mula diperkenalkan dan kini dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, ia

menjadi satu medium utama bagi guru dalam penyaluran isi pengajaran di bilik darjah.

Dalam perkembangan teknologi multimedia, alat bantu mengajar merupakan satu entiti

yang diserap dalam sistem pendidikan Malaysia dan ia menyediakan pelbagai peluang

kepada para pendidik dalam mengaplikasikan pelbagai teknik dalam proses pengajaran

yang dijalankan. Dengan itu, sumber maklumat serta rujukan tidak lagi terikat dengan

penggunaan teks dan informasi dari buku semata-mata. Malah menjadikan proses capaian

maklumat lebih meluas dalam pelbagai bentuk dengan adanya kehadiran teknologi

maklumat menerusi Internet.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), perkembangan dalam teknologi

multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara

memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Selain itu,

multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan

pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa

kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu

usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara (Ministry of Education, 2000).

Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengaplikasian teknologi

multimedia dalam memperkenalkan satu kaedah baru bagi dunia pendidikan merupakan

satu usaha yang amat digalakkan dalam usaha ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

16

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, pelbagai usaha harus di ambil

dalam mengangkat taraf pendidikan Malaysia ke taraf antarabangsa. Para pendidik

merupakan entiti utama yang harus peka dengan perkembangan teknologi maklumat

dalam pendidikan dan memainkan peranan mereka dalam menghasilkan satu proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang kondusif sekaligus menghasilkan

produk pelajar yang berpotensi besar.

Beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik

bestari iaitu :

a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna.

b) Menguasai dan bijak menggunakan alat teknologi terkini di samping dapat

memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan

kemahiran generik.

d) Membantu pelajar mengenal pasti matlamat pendidikan, mendefinisikan

hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar dan kemudian

menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar sendiri.

e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan

pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.

f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej

pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar

ke arah akses kendiri.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

17

Gates (1996), percaya bahawa teknologi maklumat akan memberi banyak kuasa

kepada semua lapisan pelajar. Kuasa yang dimaksudkan adalah kuasa dalam menguasai

ilmu dari pelbagai sudut dan lapangan. Beliau juga menegaskan bahawa proses berfikir,

proses instruksi, dan proses pembelajaran dapat dipermudahkan dan dipertingkatkan

dengan menggunakan teknologi komputer.

Teknologi multimedia sejak kebelakangan ini menjadi salah satu bahan

penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan. Teknologi multimedia menjadi

menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an dan

keberkesanannya terbukti. Sebelum ini sistem CAL (Computer Aided Learning) dan

hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah. Multimedia yang memiliki

makna gabungan pelbagai media iaitu teks, suara, grafik, animasi dan video dalam satu

perisian (Boyle, 1997).

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,

pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan

perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala menurut aliran behavioris

pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku iaitu cara

seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanisme, pembelajaran

dianggap sebagai proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan

nilai individu.

Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori

kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan

komputer.

Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran

guru. Menurut Mok (1994), dengan adanya bantuan daripada ABM, proses pengajaran

dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

18

Boyle (1997) mendefinisikan pengajaran sebagai interaksi yang bertujuan untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bentuk khusus dan telah

ditentukan.

Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran

tutorial direka bentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran,

model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid

sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru

(Gates, 1996).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala sering berlaku di mana satu keadaan

yang berlaku iaitu guru sebagai penyalur maklumat dan pelajar pula bersedia mendengar

dan mencatatkan isi penting pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar tradisional

oleh guru sebagai bahan sokongan pengajaran seperti papan hitam, carta, poster dan

gamba rajah berwarna dalam proses pengajaran mewujudkan satu sesi pengajaran dan

pembelajaran yang membosankan.

Masalah penggunaan alat bantu mengajar tradisional yang lebih bersifat statik

adalah satu punca utama potensi pelajar gagal dikembangkan secara optimum. Kejayaan

yang bakal didapati dari penggunaan bahan mengajar tradisional ini juga boleh

dipertikaikan. Persembahan sehala yang sering berlaku dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tradisional juga sememangnya mengurangkan minat pelajar terhadap mata

pelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikannya sebagai satu mata pelajaran yang

sukar difahami.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

19

Pada umumnya, kanak-kanak atau pelajar akan berminat dengan mata pelajaran

yang mereka rasa memenuhi citarasa mereka, berkaitan dengan kemahuan mereka dan

mudah (Woolfolk, 2004). Ini menjelaskan bahawa pelajar akan kurang berminat dalam

mata pelajaran yang mereka rasa tidak berkaitan dengan pengalaman mereka,

membosankan dan diajar dengan cara yang tidak menyeronokkan.

Mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran yang mengandungi aplikasi

konsep-konsep yang abstrak. Penerangan secara lisan dan berkonsepkan pengajaran

secara tradisional tidak mampu membantu pelajar memahami konsep-konsep mata

pelajaran Biologi yang abstrak secara total. Sehubungan itu, dengan adanya teknologi

multimedia yang memperkenalkan modul perisian alat bantu mengajar yang

menggabungkan elemen-elemen multimedia, ia memberi impak positif terhadap masa

depan dunia pendidikan masa kini. Komputer mempunyai impak ke atas kanak-kanak

kerana dengan menggunakan komputer, ia dapat memberi pengalaman yang konkrit

kepada mereka.

Dengan adanya teknologi multimedia, masalah-masalah yang berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat diatasi. Alat bantu mengajar

(ABM) menjadi satu alternatif pilihan bagi para pendidik kini dalam menghasilkan satu

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus meningkatkan potensi

pelajar ke tahap yang lebih baik.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

20

1.3 Pernyataan Masalah

Bidang pendidikan tidak terlepas dari turut mengalami impak positif dan impak

negatif kesan dari anjakan paradigma dunia tanpa sempadan yang menular di seluruh

dunia kini. Sehubungan dengan itu, kemajuan pesat bidang teknologi maklumat kini

menular di setiap bidang tanpa ada terkecuali. Dari itu, sektor pendidikan kini

menjadikan teknologi maklumat iaitu berasaskan komputer sebagai alat bantu mengajar

utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di setiap institusi pendidikan.

Menurut Sharifah Md. Nor (2000) kebanyakan perisian yang terdapat di pasaran

tidak berkualiti dan tidak sesuai dengan pedagogi pengajaran dan pembelajaran kerana

perisian yang dihasilkan tidak selaras dengan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).

Dalam konteks penggunaan komputer sepenuhnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan.

Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan komputer sesuai dengan

keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa

yang munasabah. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran (penggunaan oleh guru) dan aspek

pembelajaran (penggunaan oleh murid).

Dengan itu, satu modul perisian yang bertajuk ‘Variation’ telah dibangunkan bagi

sama-sama mencorak dan memantapkan dunia pendidikan kini. Tambahan pula, bilangan

perisian bagi mata pelajaran Biologi khususnya bagi tajuk Variasi dalam versi Bahasa

Inggeris adalah kurang di pasaran. Ia dibangunkan bagi membantu guru dalam proses

penyampaian isi pelajaran dengan lebih efektif dan menarik bersesuaian dengan objektif

pembelajaran.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

21

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah seperti di bawah :

1. Membangunkan satu modul perisian alat bantu mengajar (ABM)

berasaskan Microsoft PowerPoint 2003 yang bertajuk “Variation” bagi

subjek Biologi Tingkatan Lima dalam versi Bahasa Inggeris.

2. Menambahkan bilangan modul perisian ABM berasaskan komputer dalam

versi Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima.

3. Menghasilkan satu modul perisian berasaskan pembelajaran berpusatkan

pelajar dalam versi Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan

Lima.

1.5 Kepentingan Projek

Pembinaan modul perisian multimedia ini adalah bertujuan untuk mengatasi

kelemahan dan kekurangan yang ada pada alat bantu mengajar tradisional yang

digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar sokongan di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di kelas seperti buku teks, poster, gambar dan sebagainya yang statik

dan kurang menarik. Dengan modul perisian ini, di harapkan ia dapat menjadi satu alat

bantu mengajar yang menarik dan berinformasi untuk kegunaan guru.

Selain itu, pembinaan modul perisian ini bertujuan untuk menambah bilangan alat

bantu mengajar yang berasaskan komputer bagi subjek Biologi. Perisian ini diharap dapat

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

22

membantu menarik minat pelajar mempelajari isi kandungan pelajaran perisian bertajuk

‘Variation’ ini.

Perisian ini berfungsi dalam memudahkan penyampaian bahan pengajaran secara

teori berikutan penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,

audio dan video dalam isi kandungan pelajaran. Penyampaian melalui modul perisian ini

dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar berbanding penggunaan alat

bantu mengajar tradisional. Konsep realistik yang didedahkan melalui penggunaan

elemen-elemen multimedia ini dapat memahamkan pelajar dengan konsep-konsep sains

yang abstrak dalam mata pelajaran ini.

Pembangunan perisian ini juga bertujuan bagi menyampaikan maklumat terkini

tentang isi kandungan mata pelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar yang

berasaskan komputer.

1.6 Skop Projek

Skop projek merupakan satu pembinaan dan pembangunan modul perisian alat

bantu mengajar untuk guru bagi tajuk ‘Variation’ dalam mata pelajaran Biologi

Tingkatan 5. Variasi merupakan tajuk terakhir bagi sukatan mata pelajaran Biologi

KBSM Tingkatan 5. Isi kandungan pelajaran dalam modul perisian ini merangkumi

komponen-komponen utama bagi topik variasi.

Modul perisian ini dibina mengikut sukatan pelajaran KBSM bagi mata pelajaran

Biologi Tingkatan 5. Perisian ini juga disertakan dengan penilaian formatif dan penilaian

sumatif di mana secara tidak langsung menguji kefahaman sekaligus membantu guru

memantau prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Sebagai sampingan, maklumat

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

23

tambahan seperti video dan gamba rajah bersuara diselitkan agar perisian ini dapat

digunakan oleh guru sebagai maklumat tambahan yang efektif dalam penyampaian di

kelas.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Biologi merupakan satu subjek yang menggunakan konsep dan istilah yang

abstrak. Berikutan hal itu, ia menjadi sebab utama di mana pemilihan tajuk Variasi

sebagai tajuk modul perisian ABM ini. Sesuatu konsep yang abstrak sukar diterangkan

dengan penyampaian yang hanya menggunakan kaedah ”Chalk and Talk” oleh guru dan

melalui penggunaan alat bantu mengajar tradisional seperti poster, gamba rajah dan carta

yang lebih bersifat statik dan membosankan. Namun begitu, dengan modul perisian ABM

ini, ia mampu menarik minat dan meningkatkan daya tumpuan pelajar melalui elemen-

elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio, dan video yang menarik.

Konsep variasi pada manusia yang jarang didapati di sekeliling pelajar dapat

dipersembahkan melalui modul perisian dengan cara pendekatan yang sangat menarik. Ia

dapat mendedahkan pelajar kepada pembelajaran secara realistik yang secara tidak

langsung membentuk minda dan pengetahuan mereka dengan pembelajaran bermakna.

Selain itu, konsep gen dan kromosom yang membawa kepada punca variasi sukar

dijelaskan secara lisan. Ini kerana gen dan kromosom tidak dapat di lihat dengan mata

kasar. Dengan penggunaan gamba rajah dan lukisan yang berkaitan yang bersifat statik,

kaedah ini tidak menjelaskan konsep variasi secara total. Oleh itu, dengan elemen

multimedia seperti video, animasi dan grafik yang berkaitan yang menarik yang terdapat

dalam persembahan modul perisian, ia mampu membentuk konsep pembelajaran dalam

diri pelajar dengan baik.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

24

Kajian tentang permasalahan berkaitan topik yang sukar di ajar oleh guru telah

dibuat di Sekolah Menengah Taman Keramat. Beberapa topik telah di kenalpasti dan

dicadangkan. Puan Farha Najah Abdullah dan Puan Mahfuzah Bokhari, guru dalam

bidang Sains dari Sekolah Menengah Taman Keramat menyatakan topik Variasi agak

sukar diterangkan kepada pelajar. Ini berikutan, terdapat contoh-contoh variasi pada

manusia yang tidak dapat di lihat oleh pelajar tetapi mampu dijelaskan dengan

menggunakan perisian ABM yang mengandungi elemen multimedia seperti video dan

grafik yang berkaitan.

1.8 Definisi Istilah

Untuk memudahkan lagi pemahaman tentang tajuk ini, beberapa definisi istilah

yang berkaitan dinyatakan.

1.8.1 Alat Bantu Mengajar (ABM)

Alat bantu mengajar adalah alat-alat yang menyokong penyampaian

pembelajaran.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

25

1.8.2 Multimedia

Multimedia terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi, bunyi,

dan video untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui komputer

(Baharuddin, 2003).

1.8.3 Pengajaran

Pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar (Woolfolk, 2004).

Pengajaran adalah aktiviti yang dilakukan mempunyai kaitan yang dilakukan oleh

guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi

kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran yang menghasilkan pembelajaran

(Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan pelajar (Sharifah Md Nor & Zaidatol Akmaliah

Lope Pihie, 1994)

Hamachek (1995) pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian

idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan

matlamat pendidikan.

1.8.4 Pembelajaran

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG ......nasihat dan sokongan penuh sehingga terhasilnya satu prototaip modul perisian yang diharapkan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

26

1.8.5 Pendekatan Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme adalah pendekatan di mana kedudukan psikologi

yang berpegang kepada sebarang kebenaran yang kebanyakan terjadi dengan serta merta

dan konkrit melalui pengamatan kepada fenomena alam. Pengetahuan yang dibina di

dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancaindera dengan alam bagi membentuk

makna dan kefahaman.