UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN PAHANG. KUMPULAN: E DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982 CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001 DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ ABD LATIF HJ GAPOR
29
Embed
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPR 5063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN:
PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM
MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA
BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA
PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN
PAHANG.
KUMPULAN: E
DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982
CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001
DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ
ABD LATIF HJ GAPOR
ISI KANDUNGAN
Perkara Mukasurat 1.0 Tajuk Kajian 1
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji 1
3.0 Latar Belakang Kajian 1 4.0 Pernyataan Masalah 2
5.0 Objektif Kajian 3
6.0 Metodologi Kajian 4
6.1 Ulasan Karya 4-5
6.2 Reka Bentuk Kajian 6-7
6.3 Sasaran Kajian 7
6.4 Instrumen Kajian 7-8
6.5 Metod Analisis 8
7.0 Kesignifikanan Kajian 9-11
8.0 Kesimpulan 12
9.0 Anggaran Perbelanjaan 13
10.0 Jadual Kerja 13
Lampiran
Rujukan
1.0 Tajuk Kajian
Penggunaan „Konsep AB.LEH‟ Dalam Mengenalpasti Kedudukan Item-Item Pada Bahagian
Debit dan Kredit Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang.
2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji
Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama-nama
guru dalam Jawatankuasa adalah:
1. Cik. Devaki A/P Kanaga Retnam
2. Cik. Chitra Devi A/P Raja Krishnan
3.0 Latar Belakang Kajian
Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan
individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan
reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat,
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti
yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah
berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu
peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung.
Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai
kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara
kritis dan reflektif.
Dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan didedahkan tentang konsep dan prinsip
asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan
pengurusan pengrekodan. Pendekatan kontekstual yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan
penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan
kontekstual. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan
menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Aspek teori yang
memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan
untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan
perakaunan.
Konsep yang amat penting dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah debit dan kredit.
Pelajar perlu mahir dalam menentukan item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam
bahagian debit dan kredit dalam lejar. Dalam peperiksaan, format menjawab soalan adalah dalam
bentuk perekodan dan huraian penting amat diperlukan untuk memantapkan jawapan pelajar.
Dalam proses membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Prinsip
Perakaunan, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah akaun melalui perekodan
dan pelajar perlu mengingati item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit
dan kredit. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya
mempraktikkan konsep tersebut dengan berkesan.
4.0 Pernyataan Masalah
Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran
Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di
Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Jika
pelajar gagal memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat, hal ini akan
membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata
pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Kemahiran yang pelajar belajar di
Tingkatan Empat akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima dengan lebih mendalam.
Hal ini menjadi sukar apabila pelajar gagal memahami konsep urusniaga dan gagal mengingati
kedudukan urusniaga tersebut sama ada dalam lejar debit dan kredit. Pelajar juga gagal
mengembangkan konsep urusniaga tersebut ke peringkat yang lebih mendalam dan kesukaran
pelajar dalam mengaitkan satu urusniaga dengan urusniaga yang lain. Oleh itu, melalui konsep
AB.LEH pelajar dapat mengingati konsep urusniaga dan kedudukan urusniaga tersebut dalam
lejar debit dan kredit. Keadaan ini akan memudahkan pelajar berfikir dan membuat keputusan
dengan cepat kerana pelajar akan berpegang pada satu konsep iaitu AB.LEH. Konsep ini akan
menerangkan lima konsep dan membantu pelajar menyusun setiap urusniaga dengan tepat jika
pelajar tersebut dapat memahami konsep AB.LEH dan latih diri dengan pelbagai soalan latihan.
Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada
kesukaran pelajar memahami konsep urusniaga perakaunan dan mengingati kedudukan
urusniaga di bahagian debit dan kredit. Pertama, tiadanya satu cara yang baik untuk pelajar
mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit dan memahami setiap urusniaga
perakaunan serta mengembangkan konsep tersebut. Kedua, disebabkan oleh kegagalan
penggunaan Alatan Bantuan Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
5.0 Objektif Kajian
Objektif Am
Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam pengajaran Prinsip Perakaunan supaya pelajar
dapat mengelaskan item-item mengikut debit dan kredit.
Objektif Khusus
Mengenalpasti proses asas dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Memudahkan pelajar untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang
menjadi asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik asas dalam mata pelajaran
Prinsip Perakaunan.
Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam penyelesaian pengrekodan dokumen perniagaan.
Memperbaiki amalan pengajaran guru agar proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.
6.0 Metodologi Kajian
6.1 Ulasan Karya
Kesukaran untuk memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga
perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan
di Tingkatan Empat. Abdul Rahman Bin Zainal (2007) menjalankan kajian berkaitan
meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata
pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah „magik huruf‟. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di
dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan
dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa
ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja
sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan
sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan
12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang
diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah
menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen
Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh
diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata
pelajaran yang lain.
Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat
rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal
mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku