Unit 9 : Modul Guru Program Literasi Tahun 2 425 Unit 9 Membaca, Memahami dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan Tema: Kaum-kaum di Malaysia Objektif Pada akhir unit 9, murid dapat : i membaca dan memahami frasa. ii membaca dan memahami ayat majmuk. iii membina dan menulis frasa. iv membina dan menulis ayat majmuk dengan kata hubung. v membaca dan memahami ayat berdasarkan bahan rangsangan. vi menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan .
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
425
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Objektif
Pada akhir unit 9, murid dapat :
i membaca dan memahami frasa.
ii membaca dan memahami ayat majmuk.
iii membina dan menulis frasa.
iv membina dan menulis ayat majmuk dengan kata hubung.
v membaca dan memahami ayat berdasarkan bahan rangsangan.
vi menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan .
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
426
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Aktiviti Bahan/Alatan
5.0 Membaca ayat
5.8 Membaca dan
memahami ayat
majmuk
i. Membaca petikan secara kelas,
berkumpulan dan individu.
ii. Bersoal jawab berdasarkan
petikan.
iii. Menjawab soalan pemahaman
berdasarkan petikan.
Contoh:
Terdapat pelbagai perayaan
yang disambut oleh rakyat
Malaysia. Kaum Melayu
menyambut Hari Raya Puasa.
Kaum Cina menyambut Tahun
Baru Cina manakala masyarakat
India meraikan Hari Deepavali.
Penganut agama Kristian
menyambut Hari Krismas. Hari
Gawai pula disambut oleh
masyarakat Iban di Sabah dan
Hari Keamatan di Sarawak diraikan
oleh kaum Kadazan.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
427
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan sebutan yang betul.
LATIHAN MEMBACA
i
ii
iii
Baju samfu yang berwarna biru itu tergantung
pada dinding.
Emak membeli sepasang baju kurung yang
berwarna biru.
Sari yang dipakai oleh Puan Mala sangat
cantik.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
428
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
iv
v
vi
Baju kelambi ialah pakaian tradisional orang
Iban yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
Cikgu Jamilah suka memakai baju kebaya dan
berkain batik.
Baju ceongsam selalu dipakai oleh Puan Wong
pada Tahun Baru Cina.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
429
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 2 Baca ayat-ayat di bawah dengan sebutan yang betul.
i.
ii.
iii.
Masyarakat Melayu menyambut Hari Raya
Aidilfitri dalam suasana yang meriah.
Tahun Baru Cina disambut secara besar-
besaran oleh kaum Cina.
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Pesta
Cahaya bagi kaum India.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
430
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
iv.
v.
vi.
Penganut agama Kristian meraikan Hari
Krismas pada 25 Disember setiap tahun.
Hari Gawai disambut oleh kaum Iban di
Sabah dan Sarawak.
Kaum Kadazan di Sarawak pula menyambut
Hari Keamatan.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
431
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 3
Baca petikan di bawah.
Terdapat pelbagai perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. Kaum Melayu
menyambut Hari Raya Puasa. Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina manakala
masyarakat India meraikan Hari Deepavali.
Penganut agama Kristian menyambut Hari Krismas. Hari Gawai pula disambut oleh
masyarakat Iban di Sabah dan Hari Keamatan di Sarawak diraikan oleh kaum Kadazan.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
432
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 4
Baca pantun di bawah.
“Budaya Kita”
Terang cahaya sinar sang bulan,
Menerangi alam Benua Asia;
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan;
Antara kaum penduduk Malaysia.
Berkelip-kelip si kunang-kunang,
Indah nian bagaikan pelita;
Ngajat, sumazau, zapin dan inang;
Antara tarian kebanggaan kita.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
433
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Bunga matahari si bunga raya,
Jadi hiasan penyeri taman;
Ceongsam, sari, kurung dan kebaya;
Pakaian warisan zaman-berzaman.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
434
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 5
Baca seni kata dan mari menyanyi.
Pakaian Istimewa
Kain pelikat la…la…la…la… (2x) Kainlah sari la…la…la…la… (2x)
Kain pelikat diguna aneka cara. Kainlah sari berwarna aneka warna.
Kain pelikat la…la…la…la… (2x) Pakaian istimewa
Kain pelikat dipakai di sini sana. Semua rakyat Malaysia
Bersatu-padu bersama
Bajulah samfu la…la…la…la… (2x) Jayakan satu Malaysia
Bajulah samfu diguna sepanjang masa.
Bajulah samfu la…la…la…la… (2x)
Bajulah samfu dipakai di Tahun Baru.
Kainlah sari la…la…la…la… (2x)
Kainlah sari dipakai kaum India. Melodi lagu : Kain Pelikat ( Anuar Zain dan Elina )
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
435
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Kemahiran Aktiviti Bahan/Alatan
6.0 Membina dan menulis
ayat
6.8 Membina dan menulis
ayat majmuk dengan
kata hubung
6.9 Menulis ayat majmuk
dengan kata hubung.
i. Membaca ayat tunggal dari
jadual yang disediakan.
ii. Memadakan ayat
menggunakan kata hubung.
iii. Membaca ayat majmuk yang
dibina.
iv. Menulis ayat majmuk yang
dibina.
Contoh:
Ah Seng
berbangsa
Cina.
dan Chong
Beng
berbangsa
Cina.
Muthu
suka
makan
capati.
tetapi Farid suka
makan
nasi lemak.
Encik
Kamal
pergi ke
hospital.
kerana melawat
Raju.
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
436
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 1
Padankan gambar dengan frasa yang betul.
i. iv.
ii. v.
iii. vi.
KEMAHIRAN MENULIS
baju ceongsam
kain samfu
baju kurung
kain kebaya
baju kelambi
baju sari
Unit 9 : Modul Guru
Program Literasi Tahun 2
437
Unit 9
Membaca, Memahami
dan Menulis Ayat Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tema: Kaum-kaum di Malaysia
Latihan 2 Isi tempat kosong berdasarkan frasa yang diberi.