Top Banner
C 2006/UNIT 6/ ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS 1 ATURCARA KONTRAK ATURCARA KONTRAK Objektif am: : Mengetahui dan memahami kontrak dari segi prinsip menurut Akta Kontrak, perhubungan dengan tawaran, jenis-jenisnya, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukannya, perbezaan di antara sub- kontrak dinamakan dan pembekal dinamakan, perbezaan di antara kontraktor kecil dan kontraktor kecil dinamakan serta jenis-jenis borang kontrak setara. Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mentakrifkan kontrak dari segi kontrak binaan. Mengenalpasti prinsip-prinsip kontrak yang sah di sisi undang-undang menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974). Menerangkan perhubungan secara am di antara kontrak dan tawaran. Menerangkan dan membezakan jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (procurement). Mentakrifkan Sub kontraktor Domestik, Sub Kontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan. Membezakan antara Sub kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor Dinamakan. Menerangkan jenis-jenis borang Kontrak Setara yang biasa digunakan untuk kerja di Jabatan Kerja Raya. UNIT 6
27
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

1

ATURCARA KONTRAK

ATURCARA KONTRAK

Objektif am: : Mengetahui dan memahami kontrak dari segi prinsip menurut

Akta Kontrak, perhubungan dengan tawaran, jenis-jenisnya, ciri,

keperluan, kebaikan dan keburukannya, perbezaan di antara sub-

kontrak dinamakan dan pembekal dinamakan, perbezaan di

antara kontraktor kecil dan kontraktor kecil dinamakan serta

jenis-jenis borang kontrak setara.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Mentakrifkan kontrak dari segi kontrak binaan.

Mengenalpasti prinsip-prinsip kontrak yang sah di sisi undang-undang

menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974).

Menerangkan perhubungan secara am di antara kontrak dan tawaran.

Menerangkan dan membezakan jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan

keburukan perolehan (procurement).

Mentakrifkan Sub kontraktor Domestik, Sub Kontraktor Dinamakan

dan Pembekal Dinamakan.

Membezakan antara Sub kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor

Dinamakan.

Menerangkan jenis-jenis borang Kontrak Setara yang biasa digunakan

untuk kerja di Jabatan Kerja Raya.

UNIT 6

Page 2: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

2

ATURCARA KONTRAK

6.0 Pengenalan

Sebelum ini anda telah mempelajari Aturcara Tawaran pada unit 5. Setelah

mendapat gambaran yang terang dan jelas dari unit tersebut, anda tentu akan

mudah memahami hubungan di antara tawaran dan kontrak yang akan dipelajari

nanti. Di dalam industri binaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud kontrak.

Di sini menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan peranan dan

tanggungjawab pihak yang terlibat, kontraktor juga hendaklah menyiapkan

kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta

rekabentuk seperti mana yang dikehendaki oleh pemilik . Ia juga mestilah

menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak pemilik pula

hendaklahlah memberikan segala butiran beserta keterangan yang jelas bagi

memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki serta harga

tawarannya.

6.1 Takrif Kontrak

Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak

bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain.

Manakala dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara

dua pihak iaitu kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Pihak

kontraktor akan melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan

bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut. Ia dibuat

secara bertulis dengan menggunakan borang yang sah.

INPUT 6A

Page 3: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

3

ATURCARA KONTRAK

6.2 Prinsip – prinsip Kontrak

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak

yang perlu diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya.

Antaranya termasuklah :

6.2.1 Tawaran

Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (A),

tawaran ialah seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan

kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau

menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat

persetujuan dari pihak yang tersebut.

6.2.2 Penerimaan

Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (B),

penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak

pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima

cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat – syarat yang tertentu.

Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan

mengikut undang-undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila

diterima menjadi janji

6.2.3 Balasan

Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang

menerima tawaran. Tindakan penerimaan tawaran biasanya

dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun secara

perbuatan.

Page 4: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

4

ATURCARA KONTRAK

6.2.4 Niat

Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-

dua belah pihak yang berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah

dan tidak melanggari serta mematuhi segala syarat yang

dikenakan dalam perjanjian kontrak.

6.2.5 Persetujuan yang sah dari segi undang-undang

Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima

hendaklah tidak menyalahi undang-undang kerajaan di mana

kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-undang

kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut Akta

Kontrak 1950 (Semakan 1974).

6.2.6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan

Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak

yang terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan

perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak

sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-

dua belah pihak.

6.2.7 Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak

Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu.

Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian, melebihi tempoh had

masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah sebahagian

daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.

Page 5: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

5

ATURCARA KONTRAK

6.3 Perhubungan Kontrak dan Tawaran

Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor-

kontraktor bagi menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik.

Dokumen yang digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran.

Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan

kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu

dokumen lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini

bertujuan untuk menerangkan tanggung jawab setiap pihak yang terlibat dalam

kontrak tersebut.

Adakah cara kita berjabat tangan ini dinamakan ‘kontrak’?

Page 6: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

6

ATURCARA KONTRAK

6.4 Jenis, Ciri, Keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (Procurement)

Kontrak adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian

bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor

kecil. Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan.

Di antaranya ialah :

6.4.1 Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.

Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan

segala butiran kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender

sebelum tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan

menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam

Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan

jumlah harga tender untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar,

dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu, tangga, bumbung dan lain-lain.

Kebaikan :

i. Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang

kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak

berdasarkan senarai kuantiti.

ii. Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak

akan menjadikan asas untuk menilai bayaraan kemajuan

kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai

perubahan kerja.

iii. Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk

mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan.

Page 7: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

7

ATURCARA KONTRAK

iv. Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub

kontraktor.

v. Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan

meliputi bidang kontrak.

Kelemahan :

i. Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak

lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masaa

yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan

senarai kuantiti.

6.4.2 Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, spesifikasi dan

Jadual kadar harga.

Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk

setiap elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya

(seperti yang telah ditender). Bagi kontrak ini, penender tidak

dibekalkan senarai kuantiti tetapi dibekalkan jadual kadar harga piawai

yang disertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja

terkandung di dalaam pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan di

dalam spesifikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan.

Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran

kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan

kerja. Jika perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak

disenaraikan di dalam jadual kadar harga, Jurukur Bahan akan berunding

dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga yang sesuai.

Page 8: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

8

ATURCARA KONTRAK

6.4.3 Kontrak Turnkey

Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada

pihak kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk

pembinaan dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan

masa yang telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2

faktor kenapa kontrak Turnkey diperkenalkan :

i. keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu

ii. pemilik kekurangan kumpulan pakar.

Kebaikan :

i. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa

dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam

proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir.

i. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan

projek itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan

pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan

projek pembinaan.

i. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai

hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan

lain-lain.

Keburukan:

i. Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan

dengan ystem tradisional.

ii. Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di

mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik

perunding-perundingnya sendiri.

Page 9: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

9

ATURCARA KONTRAK

iii. Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing

untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang

harga dan pengurusan yang tinggi.

6.4.4 Kontrak Harga Tambah (“Cost Reimbursement”)

Kontrak Cost Reimbursement dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus.

Kontrak ini bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan

yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos

bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan

ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung keuntungan dan

perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang

rumit dan perlu disiapkan segera.

Perbelanjaan pengurusan termasuklah :

Gaji pengurus

Sewa pejabat

Alatan/kelengkapan pejabat

Bil-bil seperti elektrik, telefon, air dan sebagainya

Insuran-insuran

Cukai-cukai

Faedah bank

Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya

Page 10: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

10

ATURCARA KONTRAK

Kontrak jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap.

Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar

dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan yang

telah ditetapkan. Kos pengurusan dan keuntungan mesti

telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor sama ada

secara tender atau perundingan.

Adakah anda keliru? Jangan risau, sila rujuk Jadual 6.1 di

bawah.

Kontrak WKP + Yuran Tetap RM RM

1. Kos Buruh

2. Kos Bahan

3. Kos Kerja Sub Kontraktor

4. Kos Alat Jentera & Loji

Tambah Yuran yang ditetapkan

Kos Projek

39000

59000

10000

2000

110000

15000

125000

Jadual 6.1 : Wang Kos prima + Yuran Tetap

CONTOH 1

Page 11: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

11

ATURCARA KONTRAK

b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran .

Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar

dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan mengikut

peratus yang telah ditetapkan. Kos Pengurusan dan keuntungan

mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor.

Peratus yuran dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar.

Semakin banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pemilik

untuk WKP maka kontraktor akan mendapat imbuhan yang

lebih tinggi.

Bagi mendapatkan penerangan yang jelas , anda boleh rujuk

Jadual 6.2 di bawah.

Kontrak WKP + Peratus Yuran RM RM

1. Kos Buruh

Tambah 25 %

2. Kos Bahan

Tambah 10%

3. Kos Kerja Sub Kontraktor

Tambah 5 %

4. Kos alat jentera & loji

Tambah 10 %

Kos Projek

40000

10000

60000

6000

10000

500

2000

200

50000

66000

10500

2200

128700

Jadual 6.2 : wang kos prima + peratus yuran

CONTOH 2

Page 12: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

12

ATURCARA KONTRAK

c) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran.

Untuk kontrak jenis ini kos sasaran (target cost) bagi sesuatu

pembinaan mestilah dipersetujui oleh pihak pemilik dan

kontraktor. Mempunyai factor insentif kepada kontraktor bagi

menggalakkan penjimatan kos pengurusan dan keuntungan

akan diberi kepada kontraktor sekiranya kos pembinaan sebenar

kurang daripada kos sasaran asal. Sebaliknya kontraktor akan

dikenakan denda/potongan sejumlah wang yang patut diterima

jika kos pembinaan melebihi kos sasaran. Dengan cara ini

kontraktor mempunyai inisiatif untuk menjimatkan kos

pembinaan dan mempercepatkan penyiapan projek bagi

mendapatkan bonus.

Beberapa perkara penting yang mesti dipersetujui dalam

kontrak jenis ini ialah :

Jumlah kos sasaran

Bonus atau denda yang perlu dibayar

Kualiti kerja yang perlu dicapai

Pengiraan bagi kontrak ini lebih

komplek. Sila teliti betul-betul

Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 pada halaman sebelah.

Page 13: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

13

ATURCARA KONTRAK

Kontrak WKP + Kos Sasaran

(Kos Sasaran RM 110,000)

RM

RM

1. Kos Buruh

2. Kos Bahan

3. Kos Kerja Sub Kontraktor

4. Kos alat jentera & loji

Yuran yang dirunding

Tambah 20% ke atas RM2000

(RM 110,000 RM 108,000)

38000

58000

10000

2000

15000

400

108000

15400

Kos Projek 123400

Jadual 6.3 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

Kontrak WKP + Kos Sasaran

(Kos sasaran RM 110,000)

RM

RM

1. Kos Buruh

2. Kos bahan

3. Kos kerja Sub Kontraktor

4. Kos alat jentera & Loji

Yuran yang dirunding

Kurang 20% ke atas RM1000

(RM 110000 – RM 111000)

41000

58000

10000

2000

15000

(-) 200

111000

14800

Kos Projek 125600

Jadual 6.4 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

CONTOH 3

CONTOH 4

Page 14: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

14

ATURCARA KONTRAK

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan

berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

6.1 Mengapakah kontrak binaan penting di dalam Industri binaan ?

6.2 Senaraikan prinsip-prinsip kontrak menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan

1974).

6.3 Kontrak dan Tawaran mempunyai hubungan yang rapat. Terangkan

dengan jelas perhubungan tersebut.

6.4 Kontrak jumlah gumpal yang berdasarkan Senarai Kuantiti selalu

digunakan. Walaupun ia mempunyai berbagai kebaikan, namun terdapat

juga kelemahannya. Nyatakan kelemahan tersebut.

6.5 Terangkan DUA (2) faktor mengapa Kontrak Turnkey diperkenalkan.

6.6 Berdasarkan data-data yang diberi di bawah, kirakan Kos Projek bagi

Kontrak ‘Cost Reimbursement’ :

a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap

(Rujuk Jadual 6.1 )

AKTIVITI 6A

Page 15: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

15

ATURCARA KONTRAK

1. Kos Buruh RM 45000

2. Kos Bahan RM 53000

3. Kos kerja Sub-kontraktor RM 12000

4. Kos Alat Jentera + Loji RM 3000

Yuran ditetapkan RM 10000

b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran

(Rujuk Jadual 11.2)

1. Kos Buruh RM 30000

Tambah 25 %

2. Kos Bahan RM 50000

Tambah 10 %

3. Kos kerja Sub Kontraktor RM 15000

Tambah 5 %

4. Kos Alat jentera & Loji RM 3000

Tambah 10 %

Page 16: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

16

ATURCARA KONTRAK

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam Aktiviti 6A

6.1 Kontrak binaan penting kerana ia merupakan satu perjanjian yang

mengikat antara kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu

kerja di mana Pihak kontraktor mesti melaksanakan kerja sehingga

sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat

bayaran terhadap kerja tersebut.

6.2 Prinsip-prinsip Kontrak ialah :

6.2.1 Tawaran

6.2.2 Penerimaan

6.2.3 Balasan

6.2.4 Niat

6.2.5 Persetujuan yang sah dari segi undang-undang

6.2..6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan

6.2.7 Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak

6.3 Kontrak dan tawaran mempunyai hubungan yang rapat kerana setelah

tawaran kontraktor menerusi Dokumen Tawaran disetuju terima oleh

pihak pemilik maka satu ikatan kontrak akan dijalinkan selepas itu

dengan menandatangani Dokumen Kontrak.

MAKLUMBALAS 6A

PERHATIAN

Page 17: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

17

ATURCARA KONTRAK

6.4 a) Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk

menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

b) Kontrak ini memerlukan masa yang cukup untuk menyediaka dan

menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

6.5 a) Keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu.

b) Pemilik kekurangan kumpulan pakar.

6.6 1. Kos Projek RM 123000

2. Kos Projek RM 118300

Page 18: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

18

ATURCARA KONTRAK

ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.

BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB

SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA

SEBARANG MASALAH.

RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

Setiap perlaksanaan untuk projek pembinaan mesti ada ikatan kontrak di antara pemilik

dan kontraktor. Terangkan mengapakah proses ini mesti dilaksanakan.

SOALAN 2

Jelaskan mengapakah terdapat banyak jenis kontrak tersebut di dalam industri

pembinaan.

SEMOGA

BERJAYA

Page 19: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

19

ATURCARA KONTRAK

SUDAH MENCUBA ?

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN

JAWAPAN DI BAWAH.

JAWAPAN 1

Jika tiada ikatan kontrak di antara kontraktor dan pihak pemilik beberapa kemungkinan

akan berlaku iaitu :

i) Kontraktor tidak akan menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.

ii) Kontraktor akan menggunakan bahan binaan tidak mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan.

iii) Kontraktor tidak menjalankan kerja dengan sempurna.

iv) Pihak pemilik tidak membuat pembayaran mengikut kemajuan kerja.

JAWAPAN 2

Jenis-jenis kontrak ialah :

i) Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.

ii) Kontrak harga gumpal berdasarkan lukisan, spesifikasi dan jadual kadar harga

iii) Kontrak Turnkey

iv) Kontrak ‘Cost Reimbersement’

Terdapat banyak jenis kontrak kerana ia dibuat berdasarkan kesesuai jenis - jenis binaan

yang dijalankan.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA TELAH MENJAWAB

DENGAN BETUL

Page 20: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

20

ATURCARA KONTRAK

6.5 Pengenalan

Anda tentu telah mengetahui dengan jelas siapa itu kontraktor dari pembelajaran

unit-unit yang telah lepas. Syabas diucapkan. Kontraktor memainkan peranan

yang amat besar di dalam membina dan menyiapkan sesuatu projek pembinaan

mengikut kehendak atau syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam Dokumen

Kontrak.. Walaubagaimanapun kontraktor terbahagi kepada 3 kategori iaitu

Kontraktor Utama, Sub kontraktor Domestik dan Sub kontraktor Dinamakan.

6.6 Takrif

6.6.1 Sub kontraktor Domestik

Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi

pihak kontraktor utama bagi sesuatu penyiapan kerja..

Dipilih sendiri oleh kontraktor utama.

Kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah memasang jubin lantai &

dinding, kerja simen, kerja konkrit dan sebagainya

6.6.2 Sub kontraktor Dinamakan

Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi

pihak kontraktor utama bagi menyiapkan sesuatu kerja.

Biasa diambil untuk menjalankan kerja-kerja khas yang memerlukan

kepakaram seperti kerja cerucuk, pemasangan elektrik, system

penyamanan udara, lif dan sebagainya.

INPUT 6B

Page 21: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

21

ATURCARA KONTRAK

Pembayaran untuk kerja-kerja yang telah siap adalah dibuat oleh

pemilik secara terus kepada Sub kontraktor dinamakan.

6.6.3 Pembekal Dinamakan

Dilantik oleh pemilik/P.P untuk membekalkan bahan dan barang-

barang binaan kepada kontraktor utama dalam sesuatu projek.

Mengikat kontrak dengan kontraktor utama

Biasa dilantik di atas sebab-sebab :

Pemilik mungkin tidak dapat membuat keputusan

bagi sesetengah kerja iaitu kerja kemasan dan

sebagainya

Perubahan jenis barangan di pasaran seperti

kelengkapan elektrik, kertas hiasan dinding dan

sebagainya

Pembekal dapat memastikan bekalan bahan/barang

ada dalam pasaran dan kerja dapat disiapkan

mengikut jadual

Pembekal biasanya dapat menentukan hanya

barangan bermutu sahaja yang digunakan.

Page 22: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

22

ATURCARA KONTRAK

6.7 Perbezaan di antara Sub Kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor

Dinamakan

Sub Kontraktor

Domestik

Sub Kontraktor

Dinamakan

Tanggungjawab

kontraktor utama

Tiada ikatan kontrak

secara rasmi

Ada ikatan kontrak secara

rasmi

Bayaran kemajuan kerja Bayaran diperolehi

bergantung kepada

kontraktor utama

Bayaran diperolehi

berdasarkan kerja yang

telah disiapkan

Perlantikan Kontraktor utama pemilik/P.P

Hak kontraktor utama

ke atas tuntutan bayaran

Melalui kontraktor utama Dibayar terus oleh pemilik

6.8 Jenis-jenis Borang kontrak Setara

Borang kontrak Setara yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja Raya ialah JKR

203 –Sem.10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83

Anda akan memperolehi huraian yang

lebih terperinci tentang fasal –fasal

yang terkandung di dalam Borang

Kontrak Setara pada Unit 12

Page 23: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

23

ATURCARA KONTRAK

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan

berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

6.1 Mengapakah sub kontraktor dinamakan diperlukan di dalam industri

pembinaan ?

6.2 Senaraikan jenis-jenis borang yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja

Raya bagi semua kontrak kerajaan.

AKTIVITI 6B

Page 24: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

24

ATURCARA KONTRAK

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6B.

6.1 Sub kontraktor Dinamakan diperlukan di dalam industri pembinaan

kerana ia dilantik oleh kontraktor utama untuk menyiapkan kerja-kerja

yang memerlukan kepakaran.

6.2 Borang yang digunakan ialah Borang Kontrak Setara JKR 203 –

Sem.10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83.

MAKLUMBALAS 6B

PERHATIAN

Page 25: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

25

ATURCARA KONTRAK

ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.

BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB

SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.

SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA

SEBARANG MASALAH.

RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

Huraikan perbezaan di antara sub kontraktor domestik dan sub kontraktor dinamakan dari

sudut tanggungjawab kontraktor utama.

SOALAN 2

Anda ditugaskan untuk mendapatkan Borang Kontrak Setara yang digunakan oleh

Jabatan kerja Raya untuk kegunaan pembelajaran bagi unit yang akan datang.

SEMOGA

BERJAYA

Page 26: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

26

ATURCARA KONTRAK

SUDAH MENCUBA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN

JAWAPAN DI BAWAH.

JAWAPAN 1

Sub kontraktor Domestik dipilih sendiri oleh kontraktor utama dan ikatan kontrak di

antara keduanya secara tidak rasmi di atas persetujuan P.P manakala sub kontraktor

dinamakan dilantik oleh pemilik atau Pegawai Penguasa dan ikatan kotrak dengan

kontrak utama adalah secara rasmi.

JAWAPAN 2

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

TAHNIAH DAN SYABAS SEKIRANYA ANDA TELAH

MENJAWAB DENGAN BETUL DAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

YANG DITUGASKAN

Page 27: Unit 6

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

27

ATURCARA KONTRAK

Hubungan di antara tawaran dan kontrak boleh

dirumuskan seperti rajah di bawah

PERJANJIAN

ATURCA RA

TAWARAN

ATURCARA

KONTRAK

PERUNDINGAN PERTANDINGAN BERDASAR

SENARAI

KUANTITI

HARGA

GUMPALAN

COST

REIMBURSEMENT TURNKEY

SENARAI

PENUH

TAWARAN

2 PERINGKAT

PENENTUAN,

JADUAL HARGA

DAN LUKISAN

TERBUKA TERPILIH

WANG KOS PRIMA

+

SASARAN YURAN

WANG KOS PRIMA

+

PERATUS YURAN

WANG KOS PRIMA

+

YURAN