UNIT 4 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL Sinopsis Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral. 2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU) 3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UNIT 4 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL
Sinopsis
Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan
instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).
Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui
pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran
membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan
ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian
Pendidikan Moral dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral.
2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU)
3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah
Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.
1
TAJUK 1 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
Pengenalan
Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini
adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan
peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian?
Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan
mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan
dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.1 Jenis Penilaian
1.1.1 Penilaian Formal
Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam
Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral sama
dengan penilaian bagi mata pelajaran lain?
Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah
pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid
yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.
2
Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:
UJIAN FORMATIF
UJIAN SUMATIFFungsi Menghasilkan maklumat balik
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid
Pensijilan murid pada akhir kursus
Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unitKesukaran
item
Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian yang
sangat senang dan ada yang susah Jenis alat Alat pengukur formatif yang di
bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun
Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja,
buku skrap dan lain-lain
UPSR, PMR, SPM, STPM,
Peperiksaan Sijil Perguruan,
peperiksaan akhir tahun
1.1.2 Penilaian Tidak Formal
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual
i) Pemerhatian
3
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah
ditentukan.
ii) Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun
enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan
telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah
seperti yang berikut :-
SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR
Nama : Kelas: Tempoh :
BIL TINGKAH LAKU
PEMERHATIAN(YA) (TIDAK)
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah 2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang4. Bersopan santun5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru6. Selalu bersikap adil7. Menepati masa8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor
iii) Skala Pemeringkatan
Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu
skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat
4
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif
atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif
atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang
baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
Latihan 2.3Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
17
Soalan 1
Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu
mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu
bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.
Soalan 2
Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4
Rumusan:
1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih
daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan,
salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.
2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons
secara bertulis.
3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan
maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian
pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak
diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk
mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
dapat dibentuk.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Bacaan Asas
Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman
Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Rujukan
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
18
TAJUK 3 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)
Pengenalan
Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung
dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah
berasaskan matlamat KBSR.
Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi
peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang
19
diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan
kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.
3.1 Tujuan-tujuan PKSR
1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di
peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu
proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna
2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan
3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan
4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi
3.1.1 Skop Penilaian
PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai,
sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)
3.1.2 Pendekatan PKSR
PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:
• Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan
kefahaman
• Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran
psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum
• Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari
aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum
• Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu
• Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan
dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral
20
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda memerlukan bantuan
Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas.
Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah.
Latihan 3.1Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan
nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda
berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.
Contoh:
Situasi Soalan Jawapan anda
Satu acara Hari Kebangsaan
di Kuantan ialah perarakan
kereta berhias. Dalam
keadaan yang penuh sesak
dua helai wang RM10.00
telah tercicir daripada poket
seorang pengunjung
Apakah anda akan
buat apabila terjumpa
wang itu?
A.
B.
C.
D.
21
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.
Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan
kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong
dan membersihkan kuku mereka?
Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).
Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui
Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain
yang amat sukar dinilai
22
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini
seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?
Latihan 3.2 :Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan
asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah
laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian
anda.
Rumusan
Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu
berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa
yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan
Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami
banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
23
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.
Soalan Tutorial
1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik
(1jam)
2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)
3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and
(2 jam)
24
Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php
Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.