8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
1/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
1 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
Pengenalan
Perniagaan ialah aktiviti dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan
untung.
1.1 Kumpulan Sasaran
a) Kumpulan sasaran ialah bakal pembeli. Bagi kawasan sekitar sekolah, kumpulan
sasaran adalah murid murid dan guru guru.
b) Pemerhatian, temu bual, dan mengedarkan barong soal selidik adalah cara
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan barang yang diperlukan,
disukai, dan mampu dibeli oleh murid dan guru.
1.2 Jenis barang yang sesuai dijual
a) Setelah membuat pemerhatian, temu bual, dan mengedarkan borang soal
selidik, pelajar akan dapat mengenal pasti jenis barang yang sesuai dijual
kepada murid murid dan guru guru di sekolah.
b) Terdapat dua jenis barang yang sesuai untuk murid murid dan guru guru
iaitu:
i- Barang keperluan murid dan guru.
ii- Barang kesukaan murid dan guru.
U N I T 1 BARANG JUALAN
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
2/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
2 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
1.3 Sumber bekalan
a) Bekalan diperoleh dari pembekal iaitu orang yang membekalkan barang untuk
dijual kepada peniaga.
b) Petani, peladang dan pemborong adalah contoh pembekal.
c) Pengilang adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan barang barang
keperluan seperti alat tulis, pakaian, dan sebagainya.
d) Pelbagai cara kita boleh dapatkan maklumat tentang pembekal iaitu :
i- Iklan di laman web, radio, surat khabar, majalah dan poster.
ii- Melalui peniaga lain.
iii- Buku panduan telafon dan halaman kuning Yellow Pages.
iv- Lawatan ke tempat perniagaan pembekal.
v- Pameran perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat syarikat tertentu.
e) Pembekal biasanya dipilih berdasarkan harga yang ditawarkan, kualiti barangan
yang dijual, jarak tempat pembekal dengan peniaga dan reputasi pembekal
tersebut.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
3/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
3 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
2.1 Membuat Rancangan Jualan
1.1 Sebelum memulakan perniagaan, para peniaga perlu menentukan jenis barang atau
perkhidmatan yang hendak diniagakan.
1.2 Setelah itu peniaga perlu merancang dan mengenal pasti harga sebelum
menjalankan perniagaan.
1.3 Merancang jualan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan
secara teratur.
1.4 Perancangan ini penting supaya peniaga tidak menanggung risiko kerugian.
1.5 Selain itu juga, peniaga perlu menyediakan barang jualan iaitu menyiapkan barang
yang hendak dijual dengan menetap harga jualan dan melabelkan barangan
tersebut.
1.6 Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah:
i- Jumlah modal
ii- Jenis barang
iii- Jumlah barang
iv- Maklumat pembekal
v- Cara jualan
U N I T 2 MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
4/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
4 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
1.7 Mengenal pasti cara mendapatkan modal
i- Modal adalah perkara pertama yang penting dalam perniagaan. Sumber
modal dapat diperolehi daripada:
- Simpanan sendiri
- Rakan rakan
- Bank atau syarikat kewangan
ii- Kepentingan modal
- Membayar kos pembiayaan seperti bil, sewa dan pengangkutan.
- Membeli stok dari pembekal.
- Membayar upah pekerjaan.
1.8 Menyediakan maklumat barang jualan.
i- Antara maklumat penting yang harus disediakan oleh seorang peniaga
ialah :
- Menentukan barang yang hendak dijual.
- Jumlah perbelanjaan.
- Membayar upah pekerja.
- Sumber bekalan yang harus diperoleh untuk dijadikan barang jualan.
- Harga barangan yang akan ditawarkan kepada pembeli.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
5/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
5 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
ii- Rumus bagi mendapatkan untung ialah :
iii- Rumus bagi mendapatkan harga seunit barang ialah:
1.9 Rancangan Jualan
i- Antara aspek aspek penting dalam membuat rancangan jualan ialah:
- Bakal pembeli sama ada guru atau murid.
- Cara untuk menjual barang sama ada secara terus atau tidak.
- Masa jualan sama ada masa rehat, hari kurikulum atau sebagainya.
- Tempat jualan sama ada di kantin, koperasi, padang sekolah dan
sebagainya.
ii- Jadual kerja
- Setiap jualan haruslah mempunyai jadual kerja yang sistematik. Ini
bagi memastikan setiap pelajar yang ditugaskan mempunyai sikap
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan mereka.
Untung Kasar = Harga Jualan Harga Kos
Harga Seunit = Jumlah Harga Jualan Jumlah Barang yang dibeli
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
6/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
6 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
2.2 Membuat rancangan
a) Semua barang yang diperoleh dari pembekal biasanya datang dalam bungkusan
bentuk pukal. Oleh itu, peniagaan haruslah menyediakan barang tersebut dalam
bungkusan yang lebih kecil agar mudah dibeli oleh pengguna.
b) Beberapa langkah perlu diikuti dalam proses menyediakan barangan untuk
dijual. Antaranya:
i- Mengasingkan barangan yang perlu dibungkus dengan barang yang tidak
perlu dibungkus seperti pen, buku, biskut dan sebagainya.
ii- Memecah pukal barang jualan iaitu membahagikan barang yang perlu
dibungkus dalam unit yang lebih kecil dan meletakkan label.
c) Rumus untuk menentukan harga jualan ialah :
d) Harga barangan yang ditetapkan hendaklah berpatutan dengan kuasa beli dan
pendapatan kumpulan sasaran serta dapat bersaing dengan penjual yang lain.
Harga Jualan = Harga Belian + Untung
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
7/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
7 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
e) Membungkus dan melabel
i- Barang yang datang dari pembekal haruslah dibungkus dan dilabel untuk
menarik perhatian pembeli.
ii- Tanda harga merupakan perkara yang penting bagi bakal pembeli kerana ini
menjadi penentu kepada keputusan seseorang bakal pembeli sama ada beli
barang tersebut ataupun tidak.
iii- Antara tujuan membungkus dan melabel adalah :
- Daya tarikan kepada pelanggan.
- Membezakan dengan barang lain yang sama jenis di pasaran.
- Memudahkan bakal pembeli mengambilnya.
- Menjual sesuatu barang dalam satu unit yang lebih kecil apabila
diperlukan oleh pelanggan.
- Mudah disusun, dipamerkan, dan dicari oleh pelanggan di tempatnya.
- Memberikan keselamatan kepada sesuatu barang yang dibeli.
- Memberikan maklumat yang diperlukan oleh pelanggan mengenai
sesuatu barang yang diperlukan.
- Mengekalkan dan memastikan kualiti barang agar tahan lama.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
8/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
8 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
iv- Antara maklumat yang biasa kita lihat pada sesuatu barang ialah :
- Kelebihan barang tersebut
- Kandungan barang
- Kod bar
- Cara penggunaan
- Berat bersih sesuatu barang
- Pengeluar
- Tanda halal.
v- Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meletakkan harga iaitu :
- Tanda harga pada barang itu sendiri
- Mengantungkan label tanda harga
- Tanda harga pada longgokan sesuatu barang yang ingin dijual.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
9/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
9 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
2.1 Promosi Melalui Pembungkusan
a) Mempromosi jualan adalah satu kaedah atau cara untuk memberitahu,
memujuk, dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu
barangan yang ingin dijual.
b) Pelbagai cara promosi jualan boleh dilakukan sama ada memberi sampel
percuma, mengadakan demontrasi cara cara menggunakan barang,
menampal poster poster dan memberi baucer atau hadiah kepada orang
ramai.
c) Promosi bertujuan untuk :
i- Meluaskan pasaran barangan
ii- Menyebarkan maklumat barangan
iii- Menimbulkan minat terhadap barangan baharu
iv- Mengingatkan pelanggan kepada barang yang dijual.
d) Promosi melalui pembungkusan pada sesuatu barangan memainkan peranan
penting untuk menarik minat pelanggan untuk membelinya.
U N I T 3 MEMPROMOSI JUALAN
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
10/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
10 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
e) Ciri yang perlu diambil perhatian semasa membungkus ialah :
- Bentuk dan rupa yang menarik
- Mudah dibawa
- Warna yang menarik
- Tahan lama
- Sesuai dengan jenis barang.
f) Kaedah pembungkusan yang menarik, rapi, kemas, berwarna warni dan
cantik secara tidak langsung akan menjadi iklan yang berkesan untuk barang
tersebut.
g) Antara maklumat penting yang harus adapada setian barang ialah :
i- Kandungan
ii- Berat
iii- Tarikh luput
iv- Kod bar
v- Nama pengeluar
vi- Tanda halal
vii- Keistimewaan barang
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
11/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
11 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
h) Membungkus barang untuk tujuan mempromosi
i- Barang barang jualan yang hendak dijual oleh seseorang peniaga
haruslah mempunyai bungkusan yang sesuai dengan cara dan jenis
corak pembungkusannya.
ii- Terdapat pelbagai cara dan jenis pembungkusan di pasaran seperti :
- Kertas
- Botol
- Kotak
- Plastic
iii- Antara tujuan pembungkusan ialah :
- Supaya barang jualan lebih menarik
- Mudah disusun dan dipunggah
- Bertindak sebagai satu cara pengiklanan
- Untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli.
iv- Pembungkusan yang menarik akan menggalakkan pelanggan untuk
membeli barang tersebut.
v- Semua maklumat yang terdapat padabungkusan hendaklah bersifat
kreatif dan dapat menarik perhatian pelanggan supaya membeli
barang tersebut.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
12/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
12 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
i) Perbezaan bungkusan yang menarik dengan yang kurang menarik.
i- Sesuatu barang yang dijual oleh penjual mempunyai pelbagai cara dan
rupa bentuk bungkusan sama ada menarik ataupun kurang menarik.
ii- Antara ciri ciri pembungkusan yang perlu diambil kira sewaktu
membeli produk ialah :
- Rupa bentuk
- Mudah dibawa
- Tahan lama
- Bahan yang digunakan untuk membungkus
- Warna dan corak bungkusan
j) Menilai pembungkusan yang dihasilakan untuk tujuan promosi
i- Antara ciri ciri menilai pembungkusan yang dihasilkan untuk tujuan
promosi ialah:
Pembungkusan yang menarik Pembungkusan yang tidak menarik
Rupa bentuk bungkusan adalah
kemas dan sempurna
Rupa bentuk bungkusan adalah tidak
kelas dan tidak sempurna
Bungkusan tahan lama atau tidak
mudah rosak
Bungkusan mudah pecah
Mudah dibawa Susah untuk dibawa
Tulisan yang jelas dan mudah dibaca Tulisan yang kabur dan sukar dibaca
Berhias dengan corak yang menarik Tidak bercorak dan kurang kreatif
mereka cipta corak bungkusan
Berwarna cerah dan ceria Berwarna pudah dan malap
Terdapat tarikh luput Tidak terdapat tarikh luput
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
13/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
13 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
Pengenalan
Seseorang peniaga perlulah mengendalikan perniagaannya dengan teratur,
sistematik dan cekap bagi memastikan perniagaannya berjaya.
4.1 Melayan pelangan
a) Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap.
i- Seorang peniaga mestilah bijak melayan pelanggannya kerana sikap
ramah yang ditunjukkan semasa melayan pelanggan dapat menarik hati
pelanggan untuk membeli barangan yang dijual.
ii- Peniaga perlu sentiasa menunjukkan :
- Wajah ceria dan manis
- Sentiasa melayan pelanggan dengan sopan
- Bersedia menerima teguran pembeli
- Sentiasa berpakaian kemas dan bersih
- Menjawab soalan pembeli dengan hormat dan tepat.
b) Mengira dengan cepat dan tepat
i- Pengiraan yang tidak betul akan menyebabkan pelanggan mudah salah
faham dan menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada peniaga.
U N I T 4 MENGURUSKAN JUALAN
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
14/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
14 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
ii- Oleh itu, peniaga haruslah mempunyai kemahiran mengira dengan baik.
Bagi peniaga yang mempunyai kelemahan dalam pengiraan, mereka
boleh menggunakan bantuan mesin kira.
iii- Pemulangan wang baki perlu dilakukan dengan sopan dan tepat.
iv- Rumus untuk mengira wang baki ialah :
c) Inferens etika jualan
i- Peniaga perlu mengamalkan etika jualan yang baik semasa melayan
pelanggan dalam urusan jual beli.
ii- Seorang peniaga perlulah mengamalkan beberapa etika supaya
pengguna suka membeli di kedainya seperti :
- Mesti sentiasa berlaku jujur
- Mesti berlaku adil kepada semua pelanggan.
- Mesti sentiasa menepati masa berniaga
- Mesti sentiasa menjaga alam sekitar.
iii- Pada masa yang sama, penjual perlulah menghindari amalan amalan
yang tidak sihat seperti menaikkan harga barang sesuka hati, memberi
layanan yang istimewa atau diskaun khas kepada pelanggan tertentu, dan
sebagainya.
iv- Setiap peniaga haruslah bersedia untuk menerima komen, rungutan atau
cadangan daripada pelanggan kerana komen, rungutan atau cadangan itu
mungkin dapat mempertingkatkan lagi kualiti perniagaannya.
Wang baki = Wang yang diterima Jumlah harga barang
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
15/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
15 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
v- Selain itu, bagi pembeli sewaktu menawarkan harga barang, mereka
haruslah melakukan secara bersopan dan berpatutan agar tidak
merugikan kedua dua belah pihak.
vi- Pembeli juga perlu bersikap jujur semasa membeli barang. Sekiranya
peniaga tersalah memberi baki wang, pembeli yang beretika haruslah
memulangkan baki itu dengan segera.
vii- Kemudian, bagi pembeli yang membeli barang secara ansuran, mereka
seharusnya menjelaskan jumlah hutangnya pada masa masa yang
dijanjikan.
viii- Disamping itu, bagi pembeli yang mempunyai sikap kerjasama yang baik
dengan peniaga, mereka tidak akan meminta layanan atau perkhidmatan
yang di luar kemampuan peniaga. Ini kerana perbuatan mereka boleh
menyusahkan peniaga dan pada masa yang sama banyak lagi pembeli
lain yang perlu dilayan oleh peniaga.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
16/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
16 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
Pengenalan.
a) Aktiviti merekod barang adalah penting dalam perniagaan bagi mengawal
pergerakan keluar masuk stok.
b) Rekod ini menjadi sumber rujukan perniagaan dan digunakan untuk mencatat
urusan jual beli barangan.
c) Borang rekod jualan digunakan untuk merekodkan barang jualan.
5.1 Merekod barangan
a) Sesuatu perniagaan haruslah mempunyai rekod perniagaan yang baik.
b) Rekod ini boleh dibuat dengan menggunakan buku khas atau kad inventori.
c) Antara ciri ciri yang harus ada pada sesuatu kad inventori ialah :
i- Nama barang
ii- Nama pembekal
iii- Tarikh
iv- Jumlah belian
v- Jumlah jualan
vi- Baki stok
U N I T 5 MEREKOD JUALAN
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
17/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
17 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
d) Antara tujuan merekod maklumat dalam kad inventori ialah:
i- Mengetahui jumlah baki stok
ii- Mengetahui jenis barang yang telah dibeli
iii- Mengetahui jumlah barang yang telah dibeli
iv- Mengetahui jumlah barang yang telah dijual
v- Mengetahui jumlah pendapatan dan perbelanjaan
vi- Mengetahui keuntungan yang telah diperolehi
e) Butir butir pada kad inventori perlu diisi pada masa :
i- Menerima barang jualan daripada pembekal
ii- Menjual barang kepada pembeli
iii- Menyemak baki stok barang jualan
f) Berpandukan butir butir dalam kad inventori, peniaga dapat mengetahui
beberapa aspek penting iaitu:
i- Jumlah simpanan stok barang
ii- Membuat anggaran bagi mendapatkan bekalan stok yang mungkin
diperlukan pada bulan berikutnya.
iii- Mengulang tempahan stok bagi stok barang yang sering menjadi
pilihan pembeli.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
18/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
18 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
5.2 Merekod pendapatan dan perbelajaan
a) Perbelanjaan merupakan aktiviti yang dilakukan oleh peniaga yang
mengeluarkan wang untuk membeli barang untuk dijual.
b) Pendapatan pula merupakan wang hasil yang diperoleh daripada kegiatan
menjual barang kepada pelanggannya.
c) Semua pendapatan dan perbelanjaan mestilah direkodkan supaya peniaga
tahu perjalanan perniagaannya.
d) Peniaga memperolehi pendapatan daripada sumber sumber berikut :
i- Hasil jualan barang yang diniagakan
ii- Hasil kutipan hutang daripada pelanggan
iii- Pendapatan lain seperti komisen, elaun, dan diskaun.
iv- Hasil jualan semula harta tetapnya seperti perabot, kenderaan, dan
peralatan pejabat.
e) Antara kepentingan perbelanjaan kepada peniaga ialah :
i- Membeli barangan niaga
ii- Membayar hutang kepada pembekal
f) Antara tujuan merekod pendapatan perbelanjaan ialah :
i- Mengetahui jumlah pendapatan perniagaan dalam sesuatu tempoh
masa tertentu.
ii- Jumlah perbelanjaan perniagaan dalam sesuatu tempoh masa
tertentu.
iii- Jumlah untung atau rugi yang diterima pada sesuatu tempoh masa
tertentu.
8/9/2019 Unit 1 _pdf_ - Perniagaan dan Keusahawanan
19/19
PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN TAHUN 4
19 SYED,FIZAH,LEYHA,JALILAH| 3PISMPRBT3
5.3 Mengira untung atau rugi.
a) Semua peniaga melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang.
b) Aktiviti dijalankan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.
c) Untung atau rugi sesuatu perniagaan dapat diketahui pengiraanya
berdasarkan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan.
d) Rumus untuk mengira untung atau rugi adalah seperti berikut :
e) Keuntungan ialah hasil pendapatan yang diperoleh melebihi pendapatan.
Manakala kerugian pula ialah hasil pendapatan yang diperoleh kurang
daripada perbelanjaan.
f) Rugi ialah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan melebihi jumlah
pendapatan.
Pendapatan perbelanjaan = untung
Perbelanjaan pendapatan = rugi