-
1
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
UNIT 1
KURIKULUM MURID PEMULIHAN KHAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan prinsip-prinsip yang terdapat dalam kurikulum
pemulihan khas
2. Menjelaskan model-model yang menjadi teras dan kurikulum
pemulihan khas
3. Membezakan prinsip bagi setiap model yang terdapat dalam
kurikulum pemulihan
khas.
PENGENALAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak
untuk diberi
pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun
perkembangan intelek
kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada
semua kanak-
kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang
penting dalam
masyarakat. Murid pemulihan khas yang menghadapi masalah 3M
memerlukan
model kurikulum yang sesuai dengan keupayaan mereka. Kurikulum
kebangsaan
dapat memenuhi keperluan murid-murid pemulihan khas sekiranya
dilakukan
pengubahsuaian aspek kemahiran 3M. Ini adalah kerana tahap
pencapaian
pendidikan murid-murid pemulihan khas secara amnya amat rendah
dan
peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif
yang terdapat
dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid
pemulihan khas
menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan
masing-masing.
Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang
dapat
menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih fleksibel,
menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta
kebolehan murid
pemulihan khas. Perancangan dan penggubalan kurikulum pemulihan
khas
mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan
Akta Pendidikan
-
2
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
1996, Peraturan-peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997
Bahagian II 3 (2)
yang menyatakan: Untuk memenuhi keperluan individu, program
pengajaran dan
pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan
Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menytakan guru-guru
boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran,
masa bagi aktiviti
dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
KURIKULUM PEMULIHAN KHAS
Prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas adalah
pengubahsuaian
daripada kurikulum biasa. Namun begitu bagi menampakkan program
pemulihan
khas sebahagian daripada sistem yang berada dalam pendidikan
khas, sudah pasti
modul ini akan membincangkan model kurikulum pemulihan khas
berkaitan dengan
model kurikulum pendidikan khas. Menurut Rachel Talmor dan Zohar
Dayan Romem
(2009) model yang sesuai dalam pendidikan khas ialah Model
Integrative
Immerging. Model ini terdiri daripada lima unsur yang saling
membantu dan di
gabungkan bersama-sama dalam menyediakan rangka yang sesuai
dan
membentuk sebuah proses yang berjaya. Lima unsur yang di
perkenalkan iaitu
murid (umur, jantina dan pengalaman sedia ada); pengajaran
(sekolah,guru,pentadbir dan sistem sokongan program pendidikan);
Kurikulum
(pengubahsuaian kurikulum); Tingkahlaku (murid,guru dan rakan
sebaya dalam
kelas) dan kesan (prestasi dan kemahiran sosial).
Di Malaysia Kurikulum Pendidikan Khas yang digubal
berasaskan
kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak
dapat menerima
manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid
yang berada
dalam program pendidikan khas terdiri daripada kumpulan murid
dalam spectrum
ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai
tahap
kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu
rekabentuk model yang
dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat dan
potensi sedia ada murid. Oleh itu terdapat keperluan untuk
membina kurikulum yang
dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih
fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan
serta kebolehan
murid PKBP. Perancangan dan penggubalan kurikulum PKBP mengambil
kira
-
3
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan
1996, Peraturan-
peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II 3 ( 2
) yang menyatakan
bahawa;
Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika
dia mampu
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan
disahkan oleh panel
yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian
Pendidikan
Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya
mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri
program
pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut :
KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU
MENYELURUH DAN BERSEPADU PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN
BERMAKNA
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
BIDANG PEMBELAJARAN
PENDEKATAN
P&P
PENILAIAN
BERDIKARI BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF BERMORAL DAN BERETIKA
BERKEMAHIRAN DAN BERKETERAMPILAN PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG
KEPADA KELUARGA,
MASYARAKAT DAN NEGARA
KEHIDUPAN BERMAKNA
KEPERLUAN
INDIVIDU
-
4
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
Kurikulum ialah sekumpulan idea yang menjadi panduan dalam
pengembangan
kurikulum berikutnya.
..curriculum it self is a construct or concept, a verbalization
of an extremely
complex idea or set of idea. (Olivia, 1977)
Perancangan dan cara mentadbir matlamat, isi, bahan dan cara
yang
digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk
mencapai tujuan tertentu.
.. A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known
about learning
process and the development of the invidual has bearing on the
shaping of
curriculum
(Taba, 1962)mPerancangan dan cara mentadbir matlamat, isi, bahan
dan cara yang
digunakan untuk menyelenggarakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk
mencapai tujuan tertentu
Kurikulum Pemulihan Khas ini digubal berasaskan kepelbagaian
keupayaan
individu agar dapat menerima manfaat daripada program pendidikan
arus perdana.
Murid-murid yang berada dalam program pemulihan terdiri daripada
kumpulan murid
dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk
dengan pelbagai
tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu
rekabentuk model
yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat
dan potensi sedia ada murid. Untuk memenuhi keperluan di atas,
kurikulum ini
berlandaskan kepada 3 prinsip utama :
a. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi focus
kepada
potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan
kumpulan pelbagai
disiplin secara kolaboratif dan bersepadu.
b. Pembelajaran yang menggembirakan merujuk kepada proses
pengajaran
dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat murid
pemulihan
khas kepada pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif
perlu diberi
penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang
boleh digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan
bermasyarakat. Ini dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.
-
5
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
c. Pendidikan sepanjang hayat merupakan pemerolehan ilmu
pengetahuan
dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana perluasan
ilmu
secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Prinsip-prinsip di atas perlu dilaksanakan melalui satu proses
yang
melibatkan tiga aspek iaitu bidang pembelajaran, pendekatan
pengajaran dan
pembelajaran, dan penilaian yang berteraskan kepada keperluan
individu. Untuk
menentukan keperluan setiap individu, penilaian awala perlu
dijalankan berdasarkan
laporan pakar. Guru perlu menjalankan ujian pengesanan untuk
menentukan murid
layak berada dalam program pendidikan khas. Setelah murid
ditempatkan di dalam
program pemulihan khas, ujian diagnostik seperti temu bual,
senarai semak dan
pemerhatian perlu dijalankan untuk menetukan tahap kefungsian
murid, dan
seterusnya merancang program pendidikan berdasarkan keperluan
individu.
Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran
dan
pembelajaran, dan penilaian adalah bersifat interaktif. Untuk
memenuhi keperluan
individu, interaksi antara ketiga-tiga aspek di atas boleh
berlaku dalam keadaan
fleksibel. Proses ini boleh bermula daripada mana-mana aspek
dengan berpaksikan
kepada keperluan murid. Kurikulum ini juga menetapkan satu
bentuk pengajaran
yang tidak terikat
MODEL KURIKULUM PEMULIHAN KHAS
Terdapat beberapa model yang diadaptasi dalam kurikulum
pemulihan
MODEL PERUBATAN
Model perubatan iaitu Medical Model dan Model Sosial memainkan
peranan dalam
Pendidikan murid pemulihan khas. Prinsip kolaborasi dan
penglibatan pelbagai pihak
seperti ibu bapa, pakar perubatan, sekolah, kerajaan dan
masyarakat kepada
Bincangkan makna kepelbagaian keupayaan individu dalam konsep
Murid Pemulihan Khas.
-
6
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
program pemulihan khas adalah penting sebagai intervensi awal
terhadap terhadap
murid pemulihan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama yang
diberikan oleh
beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk
mencapai
suatu matlamat.
Ciri-ciri murid pemulihan khas memerlukan model perubatan
dilaksanakan.Intervensi awal yang melibatkan pasukan pakar atau
pelbagai disiplin
akan membantu perkembangan kemahiran motor,kemahiran interaksi
dan
sokongan keluarga. Pakar yang terlibat kepada murid pemulihan
khas termasuklah
jurupulih pertuturan, jurupulih bahasa, pakar
psikiatri,psikologis dan guru pemulihan
khas itu sendiri berperanan. Proses penilaian murid pemulihan
dalam model ini
melibatkan pediatrik dan psikologi. Ibu bapa perlu diberikan
penerangan mengenai
keadaan anak merekayang lewat membaca dan proses pemulihan
bahasa yang
akan dilakukan oleh pakar-pakar. Kerjasama antara pakar akan
membantu murid
pemulihan khas mengupayakan diri mereka. Peranan dan pakar yang
terlibat
kepada murid pemulihan dinyatakan dalam jadual di bawah;
Pakar Peranan
Jurupulih bahasa adalah seorang profesional bertauliah yang
mahir dalam mengenalpasti, menilai dan merawat masalah
komunikasi di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Merawat kelambatan perkembangan pertuturan
dan bahasa. a. Gangguan / bermasalah pendengaran. b.
Bibir-lelangit bercelah (sumbing)
c. Gagap d. Kecelaruan artikulasi e. Kecelaruan bahasa
spesifik
f. Kecelaruan neurologi perolehan; - Penyakit Parkinsons -
Kecederaan otak akibat trauma
- Strok (angin akhmar) g. Masalah suara h. Gangguan
intelektual
i. Ketidakmampuan fizikal (cth: palsi serebral) k. (masalah
makan, menelan dan minum
Jurupulih pertuturan Patologis pertuturan dan bahasa merupakan
pakar yang berkelayakan untuk memberikan
perkhidmatan yang berhubung dengan pencegahan, penilaian,
pengenalpastian dan
-
7
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
rehabilitasi masalah pertuturan dan bahasa
(komunikasi).
- Bahasa Reseptive dan
- Bahasa Ekpresif - Merancang dan melaksanakan program
intervensi/ rehabilitasi termasuk merujuk
kepada profesional lain, penempatan pelajar dan lain-lain.
Memberi khidmat kaunseling kepada individu yang bermasalah dalam
komunikasi dan keluarganya.
- Menjalankan program pendidikan dan
pemulihan untuk mencegah masalah komunikasi.
- Menjalankan penyelidikan dan
pembangunan
MODEL EKOLOGI
Model kurikulum pemulihan khas juga berasaskan interaksi antara
alam dan kanak-
kanak. Sehubungan dengan itu Teori Ekologi Bronfenbrenner.
(1979,1989)
menjelaskan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai hasil
interaksi
antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut
kajian,
perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap
kanak-kanak dan
juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran.
Menurut beliau, persekitaran
perkembangan individu terdiri daripada lima sistem
iaitu:Mikrosistem : Persekitaran
yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksisecara
langsung dan
menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik
beradik,rakan, jiran dan
guru.Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang
berlaku dalam satu
mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain. Misalnya
keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di
sekolah. Contoh:
rumah-sekolah, rumah-jiran,sekolah-jiran. Eksosistem Misalnya
keadaan di rumah
boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh:
rumah-sekolah,
rumah-jiran,sekolah-jiran. Eksosistem : Pengalaman dengan
persekitaran yang tidak
melibatkan murid secaralangsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang
terlibat dengan
kanak-kanak. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan,
kemudahan dan
peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli
belah secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak
tersebut
-
8
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
Makrosistem :
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai
dan
amalanmasyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina
dititikberatkan(Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum
lelaki diberi peluang
pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.Kronosistem :
Perubahan keadaan
dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak
dua atau tiga
puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran
rumah.
Mesosistem:
Perhubungan antara mikrosistem. Iaitu apa yang berlaku dalam
satu mikrosistem
boleh mempengaruhi onteraksi dengan mikrosistem yang lain.
Contohnya keadaan
yang berlaku dirumah boleh mempengaruhi tingkah laku di
sekolah.
Eksosistem:
Pengalaman dan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-
kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak
tersebut. Contohnya
situasi sekolah dan pasar raya iaitu kemudahan dan peraturan
yang dikuatkuasakan
di tempat membeli belah mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak.
Makrosistem :
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan
amalan
masyarakat. Contonhya perbezaan peranan antara jantina lelaki
dan perempuan.
Kronosistem:
Perubahan keadaan dalam satu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak
masa kini
lebih berminat kepada permainan komputer berbanding kanak-kanak
zaman dahulu
yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
-
9
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
MODEL KOGNITIF
Kemampuan membaca adalah kemahiran yang memerlukan
kanak-kanak
mengucapkan kata-kata daripada tulisan dan memahami makna
perkataan dalam
teks. Kemampuan membaca merupakan keupayaan yang dipelajari
biasanya pada
peringkat awal-awal kanak-kanak lagi sudah mampu membaca.
Menurut
pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu
proses menguasai
dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan
leksikal satu-satu bahasa
itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan
struktur bahasa
asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut akan dapat
berkembang secara
mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif
terhadap struktur-
struktur bahasa tersebut. Terdapat lima prinsip utama dalam
model kognitif yang
berkaitan dengan membaca iaitu;
a. Penguasaan Bahasa Kemahiran Bahasa
Dalam bahasa pertama, penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di
kalangan
kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka
mengeluarkan
bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi
perkataan dan
selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi
ungkapan atau
ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran
bahasa itu
daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi
mahir dengan
sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada
proses melahirkan
ucapan. Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu
proses
mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran
bahasa. Latihan-
latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa
yang dipelajari itu.
b. Penguasaan Aspek Bahasa
Lazimnya dalam penguasaan bahasa pertama setiap kemahiran bahasa
dikuasai
dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa aspek
bahasa itu dapat
dikuasai secara sekaligus. Sebagaimana yang diketahui, bahasa
mempunyai
banyak rumus dan peraturan dan semua ini dikuasai secara
serentak. Kanak-kanak
umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna
dan
penggunaannya dalam ayat secara sekaligus. ini berbeza dengan
pengajaran
bahasa kedua yang mesti didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini
bermakna aktiviti
-
10
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
pengajaran harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian
bertutur dan
seterusnya kepada membaca serta menulis. Kanak-kanak diajar
menyebut sesuatu
kata itu dahulu sebelum bentuk-bentuk tulisan diajarkan. Cara
ini akan menghasilkan
satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.
c. Mempelajari Penggunaan Bahasa
Dalam bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak
tidak cuba
mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut.
Mereka belajar
menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa
sesuatu ayat itu
betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Dalam
aspek tatabahasa
misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya
tetapi cukup
sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul. Sebaliknya
dalam
pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar dengan melakukan
analogi.
Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar-pelajar menerima
pelajaran dengan
cara melihat persamaan dan perkaitan di antara bentuk-bentuk
yang diajar. Mereka
dilatihtubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk
menghasilkan
penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga
untuk
menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.
d. Penggunaan Bahasa
Dalam bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu
dengan
memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang
sama
dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun
tidak
memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui
hubungan perkataan
dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang
lain. Mereka
menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya
dalam
konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari
konteks makna bagi
menjelaskan makna peralatan itu. Pelajar diberi latihan dan
latih tubi penggunaan
perkataan yang betul. Sebaliknya dalam pembelajaran bahasa
kedua, makna
haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna
itu sendiri.
Misalnya makna perkataan perlulah di ajar dalam konteks
kebudayaan yang penuh.
Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan
makna.
-
11
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
e. Kebiasaan Mempelajari Bahasa
Dalam penguasaan bahasa pertama, kanak-kanak mempelajari
pertuturan menurut
kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang
individu atau
kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan
mempunyai habit
dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak
perlu dihalang
mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri. Ini
berbeza
dengan pembelajaran bahasa kedua di mana pembelajaran berlaku
adalah secara
formal dan kanak-kanak hanya mempunyai seorang guru sahaja iaitu
di sekolah.
Jadi peluang pembelajaran hanya dapat diikuti di sekolah
sahaja.
MODEL HUMINITI
Pendekatan ini menanam dignity dan self esteem pelajar dengan
menolong setiap
individu untuk mencapai potensi yang termampu. Teori Hirarki
Keperluan Maslow
(Rajah 2.1) menunjukkan bahawa sebelum pembelajaran boleh
berlaku dengan
berkesan, keperluan asas pelajar seperti keperluan fisiologi,
keselamatan, kasih
sayang dan keperluan, penghargaan diri, kognitif, estatik dan
kesempurnaan kendiri
perlu dipenuhi. Semasa proses pembelajaran, pendekatan
humanistik ini lebih
berpusatkan kepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang
klien.
Humanist ik berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada
emosi
dan perasaannya. Mereka menegaskan,setiap individu mempunyai
cara belajar yang
berbeza dengan individu yang lain. Strategi pengajaran dan
pembelajaran hendaklah
diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar
sendiri.
Teori ini juga menerangkan segala keperluan dianggap sebagai
semula jadi
yang diperolehi secara biologi mempengaruhi tingkahlaku.Susunan
keperluan
disusun atur mengikut keperluan iaitu keperluan yang kuat dan
besar berada di
bawah yang mesti dipenuhi sebelum keperluan peringkat yang lebih
tinggi
diperolehi.
Peringkat Penerangan
Peringkat 1:
Keperluan Fis iologi
Keperluan asas yang merupakan
keperluan biologi diperlukan oleh
-
12
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
individu seperti makanan,tempat
t inggal,rehat. dan sebagainya.
Peringkat 2:
Keselamatan
Keperluan kestabilan dan perlindungan
dan rasa bebas.
Peringkat 3:
Kasih Sayang
Keperluan rasa dihargai dan mendapat
kasih sayang dari orang sekeli l ing
termasuklah ibu bapa dan guru
Peringkat 4:
Penghargaan Dir i
Keperluan penghargaan dan pujian dari
orang lain dengan cara pujian dan kata-
kata semangat.
Peringkat 5:
Kesempurnaan Kendir i
Keperluan menggunakan kebolehan
potensi dan keupayaan yang dimiliki.
Dalam situasi kelas pemulihan khas guru haruslah menggunakan
strategi dan teknik
pengajaran yang berasaskan kepada kebolehan dan keupayaan murid.
Kandungan
dan aras kemahiran yang diajar haruslah mengambil kira kebolehan
semasa murid.
Bagi mempertingkatkan motivasi murid pemulihan khas guru
seharusnya
menghargai kejayaan yang diperolehi sungguhpun. Teknik penguhan
akan
meningkatkan perubahan tingkah laku positif. Model Humaniti
dalam kurikulum
pemulihan khas memerlukan pihak guru memastikan keperluan asas
murid dipenuhi
dan menjadikan bilik darjah yang kondusif. Guru pemulihan khas
haruslahbersifat
penyayang dan sentiasa membari ganjaran dan penuguhan yang
sesuai kepada
murid. Perancangan pengajaran yang berasaskan kepada keupayaan
murid mampu
meningkatkan pencapaian dan memberi motivasi kepada murid
pemulihan khan
untuk memperbaiki kelemahan mereka khususnya dalam masalam
3M
(membaca,menulis dan mengira).
MODEL PERKEMBANGAN
Teori perkembangan adalah teras model perkembangan yang juga
sebahagian
daripada teori asas kurikulum murid pemulihan khas. Kurikulum
melibatkan
pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang. Pengalaman
kurikulum perlu
berasakan kepada minat dan penglibatan murid dalam pengalaman
yang aktif.
Kurikulum yang sesuai adalah kurikulum yang dapat membina
kemahiran
-
13
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
bersesuaian dengan tahap perkembangan murid pemulihan khas.
Model
perkembangan murid pemulihan khas dikaitkan dengan perkembangan
kognitif,
emosi dan sosial. Beberapa teori perkembangan yang menjadi teras
kepada model
perkembangan seperti dinyatakan dalam jadual di bawah;
Teori Penerangan
Teori Perkembangan Kognitif Piaget Minda memainkan peranan
penting
dalam semua aspek perkembangan yang
dilalui oleh manusia. Percaya bahawa
manusia sentiasa aktif, bersedia,
berupaya dan berpotensi besar untuk
menggunakan kebolehan mental yang
ada.Manusia sentiasa memproses
maklumat , berpegang kepada prinsip
bahawa individu merupakan ahli fikir
yang dapat membentuk dan mencipta
sesuatu berdasarkan relatif kebolehan
yang dipunyai.Manusia sentiasa
meneroka dan merubah persekitaran
berdasarkan apa yang diperolehi
daripada interaksi sosial dan psikologikal
yang berlaku.
Perkembangan Sosio-budaya Vygotsky Menurut Vygotsky, kanak-kanak
telah menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu
perkataan,
kemudian menggabungkan dua atau tiga perkataan dalam
pertuturannya. Kanak-kanak akan menggunakan ayat-ayat
yang mudah dan beransur-ansur kepada penggunaan ayat yang
kompleks. Akhirnya mereka akan bertutur dengan
jelas menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini telah bertutur
daripada satu bahagian (perkataan), kepada seluruh (ayat
lengkap). Daripada aspek semantik kanak-kanak bermula daripada
keseluruhan makna sepenuh yang
kompleks. Kenudian menguasai unit-unit
-
14
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
semantik yang berasingan seperti makna perkataan dan pemikiran
yang
menyeluruh kepada unit-unit. Aspek semantik dan pertuturan
luaran berkembang mengikut arah yang
berlawanan. Vygotsky menyatakan manusi bergerak balas kepada
ransangan di persekitaran dan juga
bergerak aktif terhadap persekitarannya untuk mencipta
ransangan-ransangan yang baru. Satu jenis ransangan yang
utama dicipta oleh manusia ialah isyarat komunikasi yang boleh
mengubahsuai gerak balasnya sendiri dan juga gerak
balas orang lain terhadap berbagai-bagai ransangan di
persekitarannya. Sepanjang perkembangan hidup insan,
isyarat-isyarat komunikasi luaran kian dibatinkan dan menjadi
sistem pengaliran yang tertinggi bagi mengawal
tingkah laku.
Perkembangan Sosial Bandura Mengikut teori Bandura,
pembelajaran
melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkahlaku
manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses
dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu, secara
tidak lansung, mempelajari pula perubahan tingkah laku
tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai
model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian
tingkah laku model sebagai permodelan. Bandura berpendapat
bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor
dalam dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bandura cenderung
kepada persekitaran. Dia sangat tertarik
membayangkan kanak-kanak membuat penerokaan sendiri dan membina
idea-idea sendiri. Bagaimanapun, secara
nyatanya, pemikiran kanak-kanak dibentuk oleh persekitaran
dengan model-model yang diikuti serta latihan-
latihan sosial di persekitarannya
BENTUK PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA
a. Sistem Withdrawal
-
15
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
Sistem withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan
pemulihan khas
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun,
bertenaga dengan
bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model
pengajaran
tertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas
pemulihan khas ini mampu
menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa
dan
ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini
akan hadir di kelas
pemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran
berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan
Matematik
(mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan
mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
b. Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Guru mata pelajaran di kelas KBSR menilai pencapaian murid pada
setiap sesi
pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut
guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya
menentukan
adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang
diajar. Sekiranya
terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar,
maka guru mata
pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam
darjah dengan
segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan,
kemungkinan murid
akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasainya.
Bantuan khusus
dan tindakan segera daripada pihak guru akan memudahkan
pengesanan murid
diperingkat awal.
c. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan
mulai 2010 hingga
2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan
semua murid
Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca,
menulis (literasi)
dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun
4. Pelaksanaan
program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian
Pelajaran
Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.
d. Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli
(PKMOA)
-
16
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
Program Khas Murid Orang Asli dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat
menguasai
kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani
program
Tahun Pemulihan selepas Tahun 2. Pusat Perkembangan Kurikulum
telah
menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan iaitu
Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan dan Modul Buku
Aktiviti 3 serta
Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).
Huraian
Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan
senarai kemahiran
asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca,
dan menulis yang
perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan
Pelajaran ini
berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia
ada.
e. Program Tiga M (PROTIM)
PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang
mengalami
kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di
samping
mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran
pemulihan pula adalah seperti berikut : Program pemulihan pula
dilaksanakan
setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik.
Biasanya murid
yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid
tahun 4 dan 5,
bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan
dengan semua pihak
dalam organisasi. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang
juga
menghadapi masalah 3M dalam kategori aras rendah. Sasaran
program PROTIM ini
adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat
dalam program
PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas
murid-murid selesai
menduduki peperiksaan UPSR. Murid yang gagal mendapat keputusan
90% dan ke
atas hendaklah mengikuti PROTIM.
f. IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)
IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap
penguasaan murid
dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid
yang
menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid
yang perlu
meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi
maklumat
tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang
berkenaan.
-
17
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
g. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
merupakan satu
program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu
menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
Pada masa
yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang
belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun
satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang
lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan
hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid
yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan
murid menguasai
kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan
dijalankan sepenuh
masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep
pengajaran Bahasa
Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan
menggunakan
strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani
Kesihatan,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan
kemahiran-
kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini
dijalankan
selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan
yang dibuat oleh
sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti
ujian penapisan.
Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui
murid-murid yang tidak
menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa
Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala
murid yang gagal,
mereka akan ditempatkan dalam program ini.
RUMUSAN
Prinsip yang terdapat dalam kurikulum pemulihan khas adalah
pengubahsuaian daripada kurikulum biasa. Namun begitu bagi
menampakkan
program pemulihan khas sebahagian daripada sistem yang berada
dalam
pendidikan khas, sudah pasti modul ini akan membincangkan
model
kurikulum pemulihan khas berkaitan dengan model kurikulum
pendidikan
khas.
-
18
Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas
Beberapa model digunakan dalam merangkan kurikulum pemulihan
khas
termasuklah model kognitif,ekologi,humanistik dan perubatan.
Teori perkembangan adalah teras model perkembangan yang juga
sebahagian daripada teori asas kurikulum murid pemulihan khas.
Kurikulum
melibatkan pengalaman yang dirancang dan tidak dirancang.
Pengalaman
kurikulum perlu berasakan kepada minat dan penglibatan murid
dalam
pengalaman yang aktif
Rujukan
Crystal Joan Peter, Emeliana binti Elias, Mohd Sofi bin Nasri
Perkembangan Kurikulum Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
http://eprints.utm.my/14941/1/Perkembangan_Kurikulum_Pendidikan_Khas_Teknik_dan_Vokasional.pdf
Rachel Talmor dan Zohar Dayan Romem (2009). An Integrative Model
For Including
Children With Autistic Spectrum Disorder In General Education
Settings A Practical Lesson In Israel. Wingate Institute:
Israel
Zainudin Mohd. Isa(2008). Analisis Keperluan Kurikulum
Pendidikan Vokasional Pelajar Bermasalah Pembelajaran (LD) di
Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Kebangsaan
Malaysia
Bhasah Abu Bakar. 2012. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Quantum
Books.Tanjong Malim.
Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Instrumen Penentu Penguasaan
3M.Pencetakan Nasional
Berhad. Kuala Lumpur
Gargnilo, R.M (2006) Special Education in Contemporary Society.
USA: Watsworth
Cole, P & Chan, L (1990) Methods and Strategies for Special
Education. Sydney : Prentice
Hall
Bachor, D. & Crealock, C. (1986) Instructional for Students
with Special Needs. Ontario:
Prentice Hall
Polloway, E. & Patton, J. (1997). Strategies for Teaching
Learners with Special Needs. Ohio:
Merrill